Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq: Perosak Sejarah Awal Islam
dari Darul Kauthsar - Pengkaji Sejarah Islam daripada Hadis-hadis, kata para sahabat dan ulamak yang besar....
Satu penemuan yang mengejutkan kita dari lena.....
Namanya Muhamad bin Ishaq. Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said Ibnu Musayyab.
Beliau secara tidak rasminya diangkat sebagai 'bapa sirah' dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya. Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.
Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.
Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah. Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra
Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh ulamak ialah:
a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.
b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah r.a dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu Nabi.
c) Cerita hijrah Nabi saw dari rumah baginda pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari. Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma' dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.
d) Kisah Isra' nabi dari rumah Ummu Hani'. Ummu Hani` ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam. Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri. Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.
e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan Nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan 'mempersaudarakan' itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada Nabi saw dan beliau juga berasal dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali
No comments:
Post a Comment