4.7.10

PEROKOK ADALAH INDIVIDU YANG BERFIKIRAN KELAS RENDAH DAN MEMBUAT DOSA SETIAP HARI

PEROKOK perlu berfikir panjang sebelum meneruskan tabiat merokok yang membazir itu kerana

1. ia menunjukkan betapa rendahnya tahap IQ perokok kerana lebih mementing aktiviti yang tidak berfaedah.
2. Ianya membazirkan wang.... "membazir itu dalah saudara syaitan".
3. Mengsengsarakan orang lain terutama perokok pasif.
4. Mendedahkan kebodohan diri seperti membiarkan diri menjadi sarang penyakit, sarang untuk sel kanser, menjadikan mulut berbau busuk, air kencing berbau menyebabkan tandas yang digunakan teruk baunya walaupun dah diflush...begitu juga najis perkumuhan dan tandas yang digunakan.

Merokok dalam bangunan membahayakan kesihatan diri dan orang lain terutama kanak-kanak dan ibu yang mengandung....

IKUTI pendedahan ini....

Hakikatnya, berada dalam bangunan pun belum tentu menjamin tahap kesihatan yang baik kerana ramai yang tidak menyedari risiko pendedahan udara dalaman serta kesan kepada kesihatan, apatah lagi udara tercemar termasuklah asap rokok. Aktiviti merokok di dalam bangunan diakui antara empat faktor utama mempengaruhi kualiti udara dalaman dalam kalangan pekerja pejabat yang dikenali dengan terma ‘Indoor Air Quality’ (IAQ). Antaranya ialah bahan pencemar kimia, pencemar biologi, tekanan fizikal dan psikososial. Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah faktor mengenai punca bahan pencemar kimia seperti organik meruap (VOCs), ozon alat pencetak, partikel terampai, pembasmi serangga dan asap tembakau persekitaran atau ‘Environmental Tobacco Smoke’ (ETS).

Semua faktor itu jika ditambah dengan sikap kurang kesedaran dalam kalangan pekerja mengenai persekitaran dalaman menyebabkan aktiviti di dalam bangunan mengundang bencana masalah IAQ terutama aktiviti merokok.

Perlu diketahui, kajian Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menunjukkan pekerja pejabat menghabiskan masa lebih 75 peratus di dalam kawasan bangunan termasuk di pejabat, sekolah, pusat beli belah atau dalam kenderaan.

Jika fakta itu diambil kira, pekerja pejabat sebenarnya cukup terdedah kepada pencemaran udara dalaman kerana berada terlalu lama di dalam bangunan terutama pejabat yang mempunyai ruangan merokok atau berlakunya aktiviti ‘curi-curi merokok’ di tempat tersembunyi.
Pegawai Akademik dan Penyelidik, Unit Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (USKKP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Syazwan Aizat Ismail, berkata punca utama masalah kualiti dalaman terbahagi kepada dua iaitu sistem penghawa dingin dan aktiviti pengguna bangunan.

Katanya, aktiviti pengguna bangunan sangat penting dalam mempengaruhi paras pencemar persekitaran dalaman dan merokok di tangga dan di dalam tandas juga boleh memberi impak ke atas ruang kerja pejabat.

“Kajian SBS dan IAQ mendapati paras ETS partikel terampai di ruang legar pejabat yang mempunyai bilik merokok mencatatkan bacaan 2.5 microgram permeter padu. Kadar itu adalah tinggi berbanding ruang pejabat yang biliknya ditutup atau diubahsuai menjadi surau.

“Ini membuktikan asap rokok boleh merebak ke ruang legar pejabat jika sistem ventilasi bilik merokok di bawah standard ditetapkan. Kita perlu mencontohi negara maju yang menghentikan terus aktiviti merokok di ruang berhawa dingin atau di dalam bangunan,” katanya.

Walaupun kerajaan sudah mewartakan Akta Kawalan Hasil Tembakau dan pengguna dilarang merokok di dalam kawasan berhawa dingin, tetapi masalah pencemaran tetap berlaku kerana kurangnya tindakan penguatkuasaan dan kesedaran pekerja.
Pemilik bangunan juga kurang memantau aktiviti yang mencemar udara dalaman menyebabkan masalah partikel terampai tinggi di sesetengah bangunan. Disebabkan bahan ‘partikel’ itu kecil dan halus, ia boleh menembusi ruang paru paru manusia.

“Keadaan ini boleh mengakibatkan serangan asma kepada penghidapnya dan pekerja lain yang sihat juga tercemar dengan tanda mata berair, hidung tidak selesa dan demam,” katanya.

Berdasarkan kajian Dr Sean Semple daripada University Of Aberdeen, mendapati pekerja bar di United Kingdom berjaya penurunan kes berpunca daripada masalah sistem pernafasan sejak kerajaan memansuhkan kegiatan merokok di dalam.

Ini membuktikan penguatkuasaan penting dalam mengurangkan masalah kualiti udara dalaman dan kesihatan pekerja, manakala pengurus bangunan digalakkan memantau berterusan masalah kepada punca pencemaran.

Masalah pencemaran udara dalam ini boleh dikawal dengan baik dan mudah apabila jika kedua-dua pihak, pengurusan dan pengguna bangunan memainkan peranan masing-masing dan aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah proses pemantauan jika 60 peratus pekerja mengadu masalah IAQ.

pix_gal0
Asap dari bilik merokok yang ada dalam sesuatu bangunan memberi kesan besar kepada kualiti udara pejabat

kawasan dibenarkan merokok patut dihapuskan terus dan diubahsuai dengan secepat mungkin bagi mengelak aktiviti merokok dalam bangunan terus berulang. Iia perlu dilaksanakan pada semua peringkat, baik sektor awam dan swasta. Memberikan contoh jika wanita mengandung disahkan penghidap penyakit berpunca daripada asap rokok dalam bangunan menyebabkan bayi dalam kandungan juga terjejas, Ia sebenarnya adalah satu bencana.

“Cuba fikirkan, jika kita menjadi penyebab sesuatu bencana dan bayangkan mangsa yang terkena penyakit itu adalah isteri atau saudara mara kita, tidakkah wujud sedikit rasa bersalah dalam diri. Memang kita akui, tabiat merokok sukar dibuang tetapi ia masih boleh dikawal,”

Kerajaan perlu menaikkan jumlah cukai rokok bagi memastikan perokok terutama yang berpendapatan rendah berfikir 20 kali untuk menghabiskan duit membeli rokok.

Perokok sebenarnya berada dalam kelas paling bawah dalam kalangan pekerja di pejabat dan mereka perlu dipulau jika masih berdegil merokok dalam kawasan larangan.

“Kerajaan patut wartakan lebih banyak kawasan larangan merokok supaya ‘zon panas’ itu semakin kecil. Itupun masih ada yang ‘curi-curi’ merokok dalam tandas atau di tangga. Sebab itulah mereka ini berada dalam kasta paling bawah.

“Apa guna kerajaan dan majikan lekatkan poster besar ‘Dilarang merokok’ di dalam tandas, jika kawasan itu dipenuhi puntung rokok dan berbau busuk. Sedangkan semua sudah maklum, merokok tidak bagus untuk kesihatan,”





No comments: