15.4.09

Mentaliti Orang Yang Bekerja (Pekerja)

Sejak dari sesi 1 sehingga terkini sesi 9, saya dan kawan-kawan berbincang dengan golongan yang bekerja di bahagian operasi yang masih mempunyai minda pemikiran "generasi pekerja di tahap lama", maaf kalau saya katakan begitu. Pemikiran Pekerja ini banyak diperkatakan oleh Robert T Kiyosaki dalam buku-buku beliau iaitu "Rich Dad Poor Dad", "Retire Young, Retire Rich", "Rich Dad Poor Dad How To Investing", "Rich Kids, Smart Kids", "Cash Flow - 4 Quadran"

Antara pemikiran pekerja yang perlu diubah oleh pekerj itu sendiri ialah
1.) Mengharapkan majikan atau pengurusan memahami mereka tanpa mereka terlebih dahulu memahami majikan atau pengurusan.

2) Selalu mengungkit tentang gaji yang sedikit, selalu tak cukup... sepatutnya mereka dibayar gaji lebih sebab mereka (kononnya) memberikan wang kepada syarikat. Mereka menganggap majikan atau pihak pengurusan sepatutnya memahami kekurangan kewangan mereka. Mereka lupa tentang tanggungjawab dan sikap mereka. Mereka lupa tentang perbelanjaan mereka melebihi pendapatan mereka.

3) Mereka mahukan majikan menyediakan "benefit" dan keselamatan kepada mereka. Mereka lupa tentang "performance" mereka adakah cemerlang atau lemah.

4) Mereka mengungkit tentang bonus yang sedikit tetapi mereka lupa tentang tahap disiplin mereka dan tahap pengurusan masa mereka.

Robert T Kiyosaki dalam buku-buku beliau menyatakan bahawa pekerja suka menyalahkan majikan atau pihak pengurusan tetapi mereka lupa tentang diri mereka sendiri... mereka lupa tentang keupayaan kemahiran dan ilmu mereka yang akhirnya hidup mereka bergantung kepada ehsan majikan atau pengurusan atau ehsan orang lain....

Idea-idea beliau ini akan ditentang dan diperbahaskan oleh persatuan pekerja atau persatuan sekerja malah akan ditentang habis oleh golongan pekerja yang masih mengamalkan mentaliti pekerja zaman 80-an, 70-an, 60-an

Apa pandangan anda?
Azizi Ali dalam bukunya menyatakan bahawa seorang pekerja masih boleh jadi jutawan walaupun masih bekerja......

Bagaimana ye?.... sesiapa yang amalkan apa yang berlawanan dgn 4 perkara di atas sahaja yang tahu cara-caranya.....

Carilah berlian itu!



No comments: