27.4.09

Cabaran Itu Adalah Ujian terutama ketika Kita Penat dengan emosi

Hari ini adalah hari ke 30, saya dan rakan-rakan menjalankan latihan secara berterusan. Pada peringkat ini, kami merasakan inilah ujian Allah untuk menjadikan kami mutiara atau berlian yang berharga.

Pada hari ini, kami diuji dengan kepenatan yang amat sangat... terasa tenaga hilang... lalu ianya menjadikan mood tidak selesa.

Kami cuba membina mood yang baik serta kerjasama yang erat antara perunding untuk memastikan masing-masing mempunyai rehat yang cukup atau sekadar cukup untuk memberikan persembahan yang bertenaga.

Alhamdulillah, pada peringkat mulanya kami berjaya mempertahankan standard mengajar dalam tahap yang tinggi dan baik selaras dengan kehendak boss dan moto syarikat.....

Akhirnya ujian datang iaitu, 2 peserta menunjukkan taringnya... memandangkan mereka berasal dari Johor dan memiliki asas agama.... itulah kelebihan anak johor dimana mereka didedahkan kepada pembelajaran agama Islam pada usia muda bermula tahun 3 sekolah rendah... mereka mempelajari bab nikah kahwin atau munakahat ketika tahun 5 sekolah rendah dan akhirnya ada peperiksaan ketika tahun 7 atau tingkatan 1.

Salah seorang daripada mereka, ketika membuat presentation di hadapan dalam membicarakan 3 potensi hebat mereka dengan ada sedikit unsur keangkuhan dan unsur "saya orang agama"... saya mampu buat apa sahaja.....
sebagai perunding, saya meletakkan emosi terhibur melihat gelagat orang muda yang "merasakan tahu tapi mereka tak pasti adakah mereka betul-betul tahu"
Mereka membuktikan cabaran mereka apabila keduanya... suka menjampuk secara lawak apa yang saya dan rakan-rakan perunding perkatakan.... kami masih mendiam sebab ingin jaga emosi diri sendiri dan juga emosi peserta yang lain....

Pada solat zohor... keduanya terus mencabar kami dengan tidak hadir solat berjemaah dan tidak mendengar tazkirah yang diberikan.....

Apa nak buat.... bila seseorang dah sampai peringkat tertinggi dalam kedegilan diri dan sikap yang kurang menyenangkan maka....

Terpaksalah kami menjadi kaunselor buat seketika.... berbicara dan menegur tanpa perlu berleter.....

Kami memilih menggunakan ilmu yang telah keduanya pelajari untuk menyedarkan akan keduanya bahawa sikap yang ditunjukkan berlawanan dengan ilmu agama yang telah mereka ada dan juga berlawanan dengan fitrah suci bersih yang Allah telah tanamkan dalam diri manusia....

Alhamdulillah... nampak mereka sedar dan mereka melakukan muhasabah dan mu'atabah ke atas perbuatan mereka lalu terbongkarlah rahsia mereka.......
walaupun mereka belajar agama semasa usia muda tetapi mereka cuai dalam solat, cuai menjaga masa...... itulah agaknya cabaran insan yang belajar agama iaitu cabaran dalam mempraktiskan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dan ada dalam dada....

Cabaran yang besar buat mencari ilmu dan pencari kebenaran




No comments: