29.4.09

MInyak Sawit = Minyak Hitam KERETA?

Nak goreng telur atas enjin kereta ke bang?



Bila perhati betul-betul, biar betul abang ni, guna minyak saji sebagai minyak enjin? 67 orang pengguna di Negeri Sembilan telah menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir enjin kereta mereka.

Minyak masak yang boleh digunakan hanyalah minyak masak dari kelapa sawit sahaja. Minyak jagung,soya dan sebagainya tidak boleh. Ini adalah kerana menurut kajian diaorang minyak kelapa sawit adalah minyak paling sintetik.. !

Orang-orang yang berinovasi seperti ini yang sepatutnya diberi perhatian kerana dengan idea mereka boleh menjimatkan kos dan menaikkan lagi pendapatan komoditi negara.

Kalau betullah pihak berkenaan mesti mengkaji dan mewar-warkannya untuk memajukan lagi industri pertanian kelapa sawit . Apabila luas penggunaannya barulah harga minyak kelapa sawit boleh naik dan anak-anak kampung dan Felda boleh balik kampung potong buah kelapa sawit. Lebih-lebih lagi kesan kegawatan ekonomi industri perkilangan sekarang .

Jangan terperanjat pula bila minyak saji naik harga apabila penggunaannya 2 dalam 1.

28.4.09

Peta Minda Adalah Anugerah Allah

Pada 4 dan 5 Mei ini akan diadakan program peta minda oleh buzan malaysia. Ianya dhadiri oleh founder Mind Mapping atau Peta Minda iaitu Tony Buzan.

Sebagai Pengamal Peta Minda atau dikenali sebagai mindmapper, program Mind Mapping ini adalah penting untuk kita mengoptimumkan penggunaan otak kanan, otak kiri, kreativiti dan kemahiran menggunakan warna dan melukis.


Ketika mempelajarinya daripada seorang rakan secara informal (atau kata orang secara jalanan) pada tahun 2000 kemudian diperteguhkan ketika mengikuti kursus "in search of genius" oleh Tony Buzan bersama satu syarikat di Malaysia iaitu the switch pada tahun 2006. Ianya memantapkan kefahaman dan kemahiran tentang apa kelebihan Mind Map ini... lebih-lebih lagi kalau kita praktiskannya dalam apa jua kehidupan kita seperti

* ketika brainstorming
* Planning
* Note Taking
* Nota Presentation
* Minit Mesyuarat
* list barangan sebelum ke pasar atau supermarket atau hypermarket
* pelbagai aktiviti bersama isteri dan anak-anak
* malah menjadikan seisi keluarga memahami penggunaan mind mapping/peta minda ini.

Antara kelebihannya ialah kita merangsang koordinasi atau integrasi antara otak kanan dan otak kiri atau dgn kata lain merangsang otak kanan dan otak kiri bergerak serentak.

Membina daya kreativiti, pemikiran kreatif, kritikal dan konstruktif...

Kalau kita perhatikan kepada alam semujadi ciptaan ilahi... kita akan dapati Allah telah mengajarkan kita bahawa konsep mind mapping ini adalah sebahagian ciptaannya... orang yang suka memikirkan tentang alam dan suka memerhatikan alam akan menemui ilmu dan hikmah yang Allah telah sediakan

Lihat Kilat..... lihatlah Pokok.... lihatlah Daun..... Lihat Rama-rama, burung, lalang, rumput... semuanya dalam bentuk peta minda

Lihatlah saraf manusia.... lihatlah saraf otak manusia... semuanya dicipta oleh Allah dalam bentuk peta minda atau mind mapping

Kita Umat Islam sepatutnya lebih memahami perihal keagungan Allah dalam ciptaan lebih daripada agama lain kerana Al Quran ada menceritakannya secara umum tentang kejadian Alam dalam bentuk ini





27.4.09

Cabaran Itu Adalah Ujian terutama ketika Kita Penat dengan emosi

Hari ini adalah hari ke 30, saya dan rakan-rakan menjalankan latihan secara berterusan. Pada peringkat ini, kami merasakan inilah ujian Allah untuk menjadikan kami mutiara atau berlian yang berharga.

Pada hari ini, kami diuji dengan kepenatan yang amat sangat... terasa tenaga hilang... lalu ianya menjadikan mood tidak selesa.

Kami cuba membina mood yang baik serta kerjasama yang erat antara perunding untuk memastikan masing-masing mempunyai rehat yang cukup atau sekadar cukup untuk memberikan persembahan yang bertenaga.

Alhamdulillah, pada peringkat mulanya kami berjaya mempertahankan standard mengajar dalam tahap yang tinggi dan baik selaras dengan kehendak boss dan moto syarikat.....

Akhirnya ujian datang iaitu, 2 peserta menunjukkan taringnya... memandangkan mereka berasal dari Johor dan memiliki asas agama.... itulah kelebihan anak johor dimana mereka didedahkan kepada pembelajaran agama Islam pada usia muda bermula tahun 3 sekolah rendah... mereka mempelajari bab nikah kahwin atau munakahat ketika tahun 5 sekolah rendah dan akhirnya ada peperiksaan ketika tahun 7 atau tingkatan 1.

Salah seorang daripada mereka, ketika membuat presentation di hadapan dalam membicarakan 3 potensi hebat mereka dengan ada sedikit unsur keangkuhan dan unsur "saya orang agama"... saya mampu buat apa sahaja.....
sebagai perunding, saya meletakkan emosi terhibur melihat gelagat orang muda yang "merasakan tahu tapi mereka tak pasti adakah mereka betul-betul tahu"
Mereka membuktikan cabaran mereka apabila keduanya... suka menjampuk secara lawak apa yang saya dan rakan-rakan perunding perkatakan.... kami masih mendiam sebab ingin jaga emosi diri sendiri dan juga emosi peserta yang lain....

Pada solat zohor... keduanya terus mencabar kami dengan tidak hadir solat berjemaah dan tidak mendengar tazkirah yang diberikan.....

Apa nak buat.... bila seseorang dah sampai peringkat tertinggi dalam kedegilan diri dan sikap yang kurang menyenangkan maka....

Terpaksalah kami menjadi kaunselor buat seketika.... berbicara dan menegur tanpa perlu berleter.....

Kami memilih menggunakan ilmu yang telah keduanya pelajari untuk menyedarkan akan keduanya bahawa sikap yang ditunjukkan berlawanan dengan ilmu agama yang telah mereka ada dan juga berlawanan dengan fitrah suci bersih yang Allah telah tanamkan dalam diri manusia....

Alhamdulillah... nampak mereka sedar dan mereka melakukan muhasabah dan mu'atabah ke atas perbuatan mereka lalu terbongkarlah rahsia mereka.......
walaupun mereka belajar agama semasa usia muda tetapi mereka cuai dalam solat, cuai menjaga masa...... itulah agaknya cabaran insan yang belajar agama iaitu cabaran dalam mempraktiskan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dan ada dalam dada....

Cabaran yang besar buat mencari ilmu dan pencari kebenaran




25.4.09

Mudah Ke Praktikal Komunikasi Berkesan?

Komunikasi Berkesan adalah idaman setiap orang, setiap suami, setiap isteri, setiap ibu, setiap bapa, setiap anak, setiap pekerja, setiap majikan dan sesiapa sahaja.

Secara teori nampak macam mudah seperti ABC tetapi mencabar bila dipraktiskan.

Kenapa ye?

Sebab setiap komunikasi akan melibatkan emosi, daya pemilikan, daya persepsi, daya andaian awal dan kuasa maklumat awal-entah betul atau tidak.


Sebagai contoh....

Suami berbicara dengan isteri.... bila si suami tinggi suara untuk menunjukkan ketegasan.... si isteri akan terasa kerana pada pandangan beliau... itu tanda suaminya tengah marah...

Bila si isteri berkata-kata pada suami.... si isteri tersilap memilih kata-kata... seperti "adakah itu suatu alasan"
Tiba-tiba si suami terasa hati kerana menganggap perkataan "alasan " itu adalah suatu perkara yang negatif. Tak sepatutnya digunakan oleh si isteri.. alasan bermakna saja cari sebab untuk mengelak daripada melakukan sesuatu atau bertanggungjawab ke atas sesuatu....

Kenapa terjadi begitu?.... sebab "kuasa pemilikan suami isteri"

Komunikasi yang menarik bila disertai dengan senyuman atau manis muka di samping memberi fokus kepada orang yang bercakap......

Contoh.... si suami bersembang dengan isteri....... sedang si isteri tengah picit-picit Handphone atau tengah sms.... tentulah si suami terasa walaupun si isteri dengar ucapan si suami.

ATAUpun si suami bersembang dgn si isteri.... tetapi di isteri lambat jawab dengan muka yang tiada senyuman atau muka manis.... tentulah si suami tawar hati nak teruskan sembang itu.

Begitu juga bila si isteri bersembang, si suami tengah baca akhbar atau tengok TV atau tengah memandu dan hanya jawab emmm, ye ke.... atau diam... tentulah si isteri juga terasa hati.....

Akhirnya, ada orang cadangkan agar suami dan isteri kena pi belajar NLP agar komunikasi kedua menjadi cantik dan mesra sebab faham tentang apa itu visual, auditari dan kinestatik dan apa itu otak analisa, fakta, emosi dan wawasan

Memanglah Komunikasi Berkesan Sukar Di Capai melainkan peranan kedua belah pihak di mainkan sebaik mungkin

Wassalam

15.4.09

Mentaliti Orang Yang Bekerja (Pekerja)

Sejak dari sesi 1 sehingga terkini sesi 9, saya dan kawan-kawan berbincang dengan golongan yang bekerja di bahagian operasi yang masih mempunyai minda pemikiran "generasi pekerja di tahap lama", maaf kalau saya katakan begitu. Pemikiran Pekerja ini banyak diperkatakan oleh Robert T Kiyosaki dalam buku-buku beliau iaitu "Rich Dad Poor Dad", "Retire Young, Retire Rich", "Rich Dad Poor Dad How To Investing", "Rich Kids, Smart Kids", "Cash Flow - 4 Quadran"

Antara pemikiran pekerja yang perlu diubah oleh pekerj itu sendiri ialah
1.) Mengharapkan majikan atau pengurusan memahami mereka tanpa mereka terlebih dahulu memahami majikan atau pengurusan.

2) Selalu mengungkit tentang gaji yang sedikit, selalu tak cukup... sepatutnya mereka dibayar gaji lebih sebab mereka (kononnya) memberikan wang kepada syarikat. Mereka menganggap majikan atau pihak pengurusan sepatutnya memahami kekurangan kewangan mereka. Mereka lupa tentang tanggungjawab dan sikap mereka. Mereka lupa tentang perbelanjaan mereka melebihi pendapatan mereka.

3) Mereka mahukan majikan menyediakan "benefit" dan keselamatan kepada mereka. Mereka lupa tentang "performance" mereka adakah cemerlang atau lemah.

4) Mereka mengungkit tentang bonus yang sedikit tetapi mereka lupa tentang tahap disiplin mereka dan tahap pengurusan masa mereka.

Robert T Kiyosaki dalam buku-buku beliau menyatakan bahawa pekerja suka menyalahkan majikan atau pihak pengurusan tetapi mereka lupa tentang diri mereka sendiri... mereka lupa tentang keupayaan kemahiran dan ilmu mereka yang akhirnya hidup mereka bergantung kepada ehsan majikan atau pengurusan atau ehsan orang lain....

Idea-idea beliau ini akan ditentang dan diperbahaskan oleh persatuan pekerja atau persatuan sekerja malah akan ditentang habis oleh golongan pekerja yang masih mengamalkan mentaliti pekerja zaman 80-an, 70-an, 60-an

Apa pandangan anda?
Azizi Ali dalam bukunya menyatakan bahawa seorang pekerja masih boleh jadi jutawan walaupun masih bekerja......

Bagaimana ye?.... sesiapa yang amalkan apa yang berlawanan dgn 4 perkara di atas sahaja yang tahu cara-caranya.....

Carilah berlian itu!



13.4.09

Formula Terhebat Untuk Berubah - 6 M

Hari ini saya mengajar Formula 6 M - hasil penyelidikan Imam al Ghazali yang dipetik daripada buku karangan hebatnya iaitu Ihya' Ulumuddin.

Formula 6 M ini mahukan kita meletakkan apa itu syarat utama untuk berjaya (Musyaratoh), Mengenal diri sehingga Ehsan (Muraqobah), sentiasa muhasabah diri (Muhasabah), Bertanggung jawab dan berintegriti (Mu'aqobah), Bersungguh-sungguh dalam apa jua amalan mulia (Mujahadah) dan Muatabah iaitu tidak ego dan sombong bila berjaya.

Saya tengok peserta daripada bangsa india dan cina angguk semacam sebab mereka setuju dengan nilai sejagatnya.

Para peserta diminta mengolah semula 6M ini dengan dua tayangan clip video yang selalu mereka lihat di kaca TV.

Alhamdulillah, semuanya dapat mengolahkan dengan baik serta belajar daripada apa yang mereka lihat untuk dicernakan dalam diri masing-masing.

Selepas ini didoakan kita akan melihat industri pemeriksaan otomotif kita akan membawa perubahan ke arah positif malah lebih baik.

Kalau tak.. pakat-pakatlah buat satu "HIJRAH" baru!

11.4.09

Pengurusan Tetap bersalah


Sepanjang program "Agenda Perubahan Holistik", sejak sesi 1 sehingga sesi 7, saya dan rakan -rakan sentiasa di asak oleh peserta bahawa pihak pengurusan perlu berubah untuk membetulkan keadaan.

"Senang aje encik nak selesaikan masalah ini, pihak pengurusan kena turun ke padang, kena tengok apa yang kami lakukan di bahagian operasi, kena buat bersama kami, kena rasai apa yang kami rasai bila berhadapan dgn runner atau pelanggan...."

"Janganlah datang untuk cari kesalahan kami"


"Cubalah pihak pengurusan pi ke Jepun, German, Peranchis atau negara maju.... belajar dengan depa cara pengurusan yang terbaik"

"saya dah 15 tahun bekerja kat sini.... saya tahu sangat perangai pihak pengurusan"


Itulah jawapan yang kami terima daripada soalan yang dikemukakan iaitu

"Berdasarkan contoh-contoh perubahan yang diberikan, di syarikat anda, apakah perubahan yang perlu dilakukan?"

Kita suka menjadi cerita dan nyanyian kanak-kanak di tadika iaitu lagu "Bangau oh! Bangau"

Semua salah orang lain, semua suka memberi hak "kambing hitam" kepada orang lain sedangkan jari jemari ini membuktikan... bila di tunjukkan kepada orang lain, satu jari ke arah orang lain dan selebihnya 3 - 4 jari lagi akan menghala kepada diri sendiri....

Insaflah......


7.4.09

Perlukah Kita Berubah... Kenapa?

Salam buat semua netters,

Bermula dari 29 Mac sehingga akhir Jun, saya dan team latihan telah diamanahkan untuk mendidik dan berbincang dgn 650 kakitangan utama sebuah konglemerat di Malaysia.

Tajuk utama ialah "Agenda Perubahan Holistik"

Agenda ini besar dan terlalu luas untuk diperkatakan. Pihak Syarikat meminta team latihan menyediakan 8 modul dalam program 2 hari. Setiap sesi akan dihadiri oleh 30 peserta. Jadi pihak team "sperma juara" ini bertukus - lumus menyediakan apa yang dikehendaki sesuai kehendak client... bagaikan nak pecah kepala dibuatnya dalam kepuasan.

Syarat kedua pula ialah... kurangkan teks, banyak gambar dan kurangkan slides, banyakkan perbincangan... so kami menyediakn pelbagai jenis tools... jadi satu slide kami boleh diperkatakan dan dibincangkan dari 30 minit sehingga 1jam 45 minit.

Hari ini dah masuk sessi yang ke 5.....

Secara ringkasnya ialah

Apabila disebut perubahan, kita selalu berkata... "orang di sana yang perlu berubah dahulu"... bila tanya kakitangan sokongan.."sapa yang perlu berubah dulu dan kenapa?" Mereka menjawab "Pihak pengurusan yang perlu berubah dulu...barulah kami berubah dan disertakan pelbagai hujah yang sekali nampak "macam logik"....

Bila ditanya kepada pihak pengurusan soalan yang sama . Jawapan juga dalam bentuk yang sama..."Pihak di bawah perlu berubah dulu" dengan pelbagai hujah yang "nampak" mcm betul

Kalau melihat kepada Al Quran dan Hadis... Islam menyatakan "Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu yang melakukan perubahan"

Apa maknanya? Setiap individu perlu melakukan perubahan tanpa perlu menuding jari kat oranglain... orang bawah perlu berubah dalam kategori dan situasi orangbawah. Orang atas perlu berubah dalam kategori orang atas.

Kenapa perlu berubah?

1. Alam sentiasa berubah, cuaca berubah, bentuk bumi berubah, pokok berubah, manusia setiap hari berubah umurnya.

2. Sapa tak berubah akan ditinggalkan

3. Teknologi begitu pantas berubah.... tengok sahaja perubahan handset, tv, komputer, laptop, notebook, kereta, motor dan sebagainya...

OK ke Berubah?
Berubah memang sakit pada mulanya tetapi nikmat akhirnya

Lastly?
Mana-mana syarikat atau organisasi yang tidak mahu berubah, akan ditinggalkan oleh pesaing dan pelanggan..

Yang paling penting berubah ialah secara BLUE OCEAN

Wassalam... Jumpa Lagi