27.12.08

Kes Penipuan Dalam Perniagaan MLM

   AKHabar semalam dan hari ini membicarakan kes penipuan dalam MLM dgn tertangkapnya seorang jutawan MLM yang dapat setengah juta dalam tempoh 3 bulan.

              Ini adalah isu yang menarik kerana medan perniagaan MLM adalah yang paling popular bagi penduduk Malaysia terutama bangsa Melayu.

             Perniagaan MLM adalah perniagaan yang menggunakan modal yang sedikit serta mempunyai risiko perniagaan yang rendah, mudah dijalankan, sistem yang telah sedia ada dan proses membina jaringan atau network.

            Namun sistem yang telah mudah ini cuba dipermudahkan lagi oleh agen-agen atas alasan, duduk diam-diam dapat duit.....  Bagaimanakah caranya?

          Jawapannya ialah bermain dgn sistem, bermain dgn kelemahan sistem dan bermain dengan duit iaitu invesment atau pelaburan yang tinggi.

        Sebab itu ada konsep "RM6000 - 6 bulan - satu kereta" sebagai contoh yang pernah popular dalam MLM Shaklee satu ketika dulu, yang akhirnya kumpulan yang bermain sistem ini hancur sebab itu bukan sistem MLM syarikat....

      Dalam AMWAY atau beberapa syarikat yang lain, satu ketika dulu ada konsep membeli kedudukan atau position...... yang akhirnya produk berlambak dalam stor yang expired tarikhnya dan akhirnya group seperti ini juga hancur sebab itu bukan sistem MLM....

Saya tidak pasti sistem beli kedudukan masih dimainkan dalam MLM......

           Kalau kita membaca tulisan dan buku-buku karya Razzi.... kita akan banyak memahami penyelewangan atau ajaran yang sesat dalam perniagaan MLM, beliau banyak mendedahkan antara perniagaan MLM yang sebenar dengan perniagaan MLM yang palsu....

        Apabila ramai yang ingin menceburi sistem perniagaan MLM yang kononnya cepat dapat duit dan cepat kaya serta cepat buat bizness sendiri dan cepat berhenti kerja dan meletup-letup...

   akhirnya muncullah perlbagai company MLM yang menggunakan sistem dan menyediakan plan pemasaran yang akan nampak mudah buat duit dengan syarat pelaburan besar seperti rm 10 ribbu, rm 20 ribu sehingga rm 50 ribu....

                 senangnya... buat pinjaman bank.... bank rakyat ada, bank islam ada.....

Apa yang tragis ialah... jual satu.... produk berlambak kat rumah dan kena berhutang dgn bank, bayar bulan-bulan.......

Perniagaan MLM adalah sebuah bentuk perniagaan. Apabila ianya dipanggil perniagaan... bermakna ianya ada risiko so perniagaan yang berjaya apabila peserta membina kemahiran dan ilmu perniagaan, bina kepimpinan dan bantu orang memahami konsep perniagaan yang tulen dan sebenar.... ianya perlukan masa setahun malah bertahun-tahun mengikut kelajuan dan kefahaman sesorang....

Jadi Jauhilah daripada agen atau pemimpin MLM yang ajak anda buat MLM tapi ajakkannya semacam buat skim cepat kaya pula......

==============================================================

Kaya kelentong sahaja


SEORANG lelaki kecewa apabila barangan skim MLM yang disertainya tidak terjual. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – “Jika ada yang mendakwa mampu meraih RM500,000 sebulan dalam tempoh singkat dengan menyertai skim jualan langsung (MLM), orang itu pasti seorang penipu dan ada unsur penyelewengan. Jadi hati-hatilah.”

Demikian ingatan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Daud Tahir mengenai kewujudan aktiviti penipuan yang melibatkan syarikat MLM.

“Jika ada peningkatan mendadak dalam jualan, itu mesti ada sesuatu yang tidak kena dan syarikat MLM yang terlibat perlu memastikan ejen-ejennya melakukan kegiatan jualan langsung dengan cara yang betul,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurut Daud, kini terdapat banyak aduan mengenai penipuan skim-skim MLM kerana kewujudan ejen-ejennya yang tamak dan ingin cepat kaya. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kes-kes terbabit.

“Masalahnya ialah sistem sudah cantik tetapi ejen MLM itu sendiri yang ubah dan buat sendiri sistem pemasaran yang akhirnya melanggar garis panduan yang kita tetapkan,” jelas Daud.

Hanya syarikat MLM yang mempunyai premis dan cawangan dilesenkan dan perniagaan MLM berbentuk Internet tidak dilesenkan di bawah Akta Jualan Langsung 1993.

Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif Satu Syarikat MLM,  Datuk Stapa Omar menegaskan bukan mudah untuk mencapai taraf jutawan melalui perniagaan MLM malah ia memakan masa bertahun-tahun.

“Jika ada yang mendakwa boleh bergelar jutawan dalam tempoh tiga bulan dengan menjalankan perniagaan MLM, dia sudah pasti kelentong sahaja,” ujarnya.

No comments: