ASSALAMUALAIKUM. ..
bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin
kisah penjual tempe
moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan mas ak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3
No comments:
Post a Comment