17.12.08

Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris... akhirnya pakar bersuara..

Alhamdulillah... akhirnya seminar dan bengkel yang membicarakan matematik dan sains yang diajar dalam BI selesai dilangsungkan.

Kita melihat pro dan kontranya pakar-pakar yang membicarakan hal tersebut...

Hari ini, dada-dada akhbar terutama berbahasa Melayu... membicarakan 7 opsyen yang telah dinyatakan...

Antara opsyen tersebut ialah

"PUTRAJAYA 16 Dis. - Tujuh opsyen mengenai masa depan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diperhalusi oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, semua opsyen tersebut adalah hasil lima siri persidangan meja bulat PPSMI yang disertai oleh wakil parti politik, tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, opsyen itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah selain memulakan PPSMI dari tahun empat hingga sekolah menengah.
''Opsyen lain ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah selain penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.
''Opsyen turut menyentuh penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga, penggunaan dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah dan memansuhkan mata pelajaran Sains di peringkat tahun satu hingga tiga tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan persidangan meja bulat PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Ka Siong memberitahu, Hishammuddin sedang mengadakan lawatan kerja ke luar negara dan dijangka kembali dalam beberapa hari ini untuk meneliti opsyen berkenaan.
''Saya ingin menegaskan bahawa persidangan meja bulat atau keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 tidak menentukan keputusan mengenai PPSMI tetapi ia akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad," katanya.
Ditanya mengenai persiapan untuk pengajaran Sains dan Matematik bagi sesi persekolahan akan datang, beliau berkata, dasar PPSMI tidak diubah sehingga ada pengumuman di peringkat Jemaah Menteri."

Kita nantikan apakah keputusan Jemaah Kabinet.......
wassalam

No comments: