24.12.08

Kenapa Seseorang Itu Miskin.... Sekadar Lontaran Pandangan Berdasarkan Pengalaman

Kemiskinan adalah satu isu yang akan terus diperkatakan oleh kebanyakan pihak terutama yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan bandar dan kemiskinan kampung atau pinggir bandar.

Berdasarkan pengalaman bersama program kemiskinan bandar, apa yang saya mampu rumuskan erti kemiskinan dan kenapa seseorang itu berada dalam kelompok yang dikaitkan dgn kemiskinan


Pertama
Ada orang miskin disebabkan dilahirkan dalam kelompok miskin dan tidak tahu bahawa beliau mampu keluar daripada kelompok itu.

Kedua
Ada orang miskin sebab beliau suka dirinya miskin.... beliau berkata-kata dengan bahasa kemiskinan, beliau melihat dirinya sudah ditakdirkan hidup sebagai orang miskin.

Ketiga
Ada orang miskin sebab suka dgn kemiskinan.... banyak kelebihan menjadi orang miskin. Bantuan di mana-mana dan senang didapati. Ada bantuan daripada baitulmal, ada bantuan daripada JKM, ada bantuan daripada PBT, ada bantuan daripada tekun , mara. Ada bantuan daripada yayasan sana dan sini.

Sewa flat hanya rm 100- rm 200 sebulan sahaja sedangkan yang "bukan miskin" perlu bayar lebih daripada itu malah boleh mencecah RM 500 sebulan.

Bila nak berniaga.... ada banyak pihak nak beri bantuan .... seperti RM5,000 daripada pusat zakat.... tak perlu bayar balik...percuma aje... yang penting nak niaga. Kalau "bukan miskin" kena buat pinjaman.... kena bayar balik.

Bila nak sewa kedai 20 kali 70 lebar dan besarnya.... hanya perlu bayar separuh.... kerajaan ada peruntukan tentang itu..... ketika orang "bukan miskin" bayar RM3000.... orang miskin hanya bayar RM1500 sahaja..... betapa seronoknya dilabelkan sebagai orang miskin.... banyak bantuan yang boleh didapati yang penting perlu usaha dan yakin diri.....

Ada bantuan untuk anak-anak orang miskin... yang penting isi borang dan submit sahaja.... kalau nak bantuan persekolah awal tahun, kena submit borang permohonan 6 bulan lebih awal....

Banyak program memajukan diri disediakan oleh pihak pbt dan kerajaan kepada golongan miskin. Semuanya percuma.... program dijalankan dihotel bertaraf 3 - 4 star.....

Untuk "bukan miskin"... kalau nak majukan diri kena ikut kurus berbayar antara rm300 ke RM600 per program.


Keempat,
Ada orang suka dipanggil miskin dan hidup dalam kelompok miskin..... selain dapat bantuan itu dan ini, mereka ingin membantu orang lain... ada dahpun melepasi tahap kemiskinan tapi still bersama kelompok ini sebab suka bantu orang lain..... bawa orang miskin yang tak tahu ada bantuan kepada tahu bagaimana nak buat bantuan.... dan pelbagai lagi aktiviti bantu orang miskin yang lain.

Biasanya kelompok ke 4 ini, dah ada kereta, ada 2 handphone yang agak canggih, juga rajin buat aktiviti jualan. Memakai imej diri yang bagus dan agak profesional tingkahlakunya.

Kesusahan hidupnya dan kepayahan hidup telah mengubah dirinya menjadi insan terbaik setelah berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Kelima,
Ada yang miskin.. bukan berasal daripada kelompok miskin tapi masuk ke kelompok ini apabila diuji ilahi dgn kehidupan seperti perceraian, kematian, tomahan masyarakat, gagal dalam bizness dan pelbagai cabaran hidup.... kebanyakan adalah daripada golongan sederhana dan ada juga daripada golongan mewah.

Ada yang pernah menjadi Jutawan MLM yang berjaya, pernah melancong ke pelbagai negara, pernah tinggal di hotel 5 bintang, pernah punyai downline melebihi 6,000 orang, pernah pegang duit ribuan, pernah naik dan punyai kereta mewah... tapi... jatuh bangkrap bila suami meninggal atau suami main kayu tiga setelah segala aset atas nama suami.

Ada dah menjadi franchisee berjaya tapi menjual biznessnya dan jadi miskin bila berlaku perceraian dan malu kepada masyarakat sekeliling sebab beliau dikenali......

Keenam,
Yang ni canggih sedikit, ada yang berada dalam kelompok ini kerana padanya sumber pendapatannya.... beliau pandai bercakap, cakap mempengaruhi orang lain dan pandai melakonkan aksi yang menyentuh perasaan....

Orang yang miskin tentulah inginkan duit tambahan, mereka mempunyai mentaliti nak duit tanpa perlu berusaha keras.... dgn modal inilah wujudnya kelompok yang menjadi ejen skim cepat kaya yang berselindung pada konsep melabur dalam syarikat yang kononnya dah maju.

Mereka mencari-cari orang miskin untuk dijadikan mangsa..... akhirnya ramai yang terkena......

Yang akhirnya....
Sebenarnya ramai perunding yang terlibat dalam program basmi kemiskinan ini berpendapat... yang miskin menjadi miskin adalah berpunca dripada miskin minda, miskin ilmu dan miskin kemahiran.......

Sama-samalah kita berdoa semoga kita tidak tergolong dalam miskin minda, miskin ilmu, miskin kemahiran dan miskin kerohanian

wassalam.

No comments: