18.6.08

Anjing Lebih Mulia Daripada Manusia

Anjing warisi RM12.9 juta harta janda Helmsley

(Utusan Msia :- 18 Jun 2008 / 13 Jamadil Akhir 1429)

NEW YORK 17 Jun - Seekor anjing Maltese bernama Trouble yang mewarisi RM38.9 juta (AS$12 juta) daripada harta milik jutawan hotel dan hartanah Leona Helmsley, bakal "kempunan" kerana hanya mendapat sebahagian saja daripada harta janda itu.

Akhbar New York Post semalam melaporkan bahawa seorang hakim memutuskan bahawa RM32.5 juta (AS$10 juta) daripadanya akan diserahkan kepada badan amal dan dua orang cucu Helmsley.

Hakim Reena Roth memutuskan bahawa Helmsley mempunyai masalah mental semasa wasiat itu ditulis dan memutuskan sebanyak RM12.9 juta (AS$4 juta) akan diberikan kepada pertubuhan kebajikan yang dirahsiakan dan baki sebanyak RM19.5 juta (AS$6 juta) lagi kepada Craig dan Meegan Panzirer yang sebelum ini tidak dinyatakan dalam wasiat tersebut.

Helmsley, 87, telah mewasiatkan sebahagian besar daripada peninggalan hartanya berjumlah RM8.1 bilion (AS$2.5 bilion) kepada satu dana amanah selepas meninggal dunia pada 20 Ogos tahun lalu.

Warisnya termasuk seorang abangnya yang juga penjaga kepada Trouble sehingga ia mati, empat cucu dan 12 cicit.

Sebanyak AS$5 juta (RM17 juta) setiap seorang kepada dua daripada empat cucunya, hanya jika kubur anaknya, Jay Panzir, dilawati sekurang-kurangnya setahun sekali.

Roth juga memutuskan pemberian RM12.9 juta (AS$4 juta) kepada Craig Panzirer, 40, dan RM6.5 juta (AS$2 juta) kepada adiknya, dengan syarat mendiamkan diri berhubung perbalahan dengan nenek mereka dan menyerahkan semua dokumen mengenai Helmsley.

Trouble kini hanya memiliki RM12.9 juta (AS$2 juta) dan dipelihara di satu lokasi rahsia di Florida selepas dipindahkan ke sana pada Disember lalu setelah menerima ancaman bunuh.

Helmsley berkahwin dengan jutawan hartanah, Harry Helmsley pada 1972 dan kemudian membantu suaminya itu membangunkan sebuah syarikat yang mengurus beberapa hartanah paling berprestij di New York termasuk Bangunan Empire State, di samping hotel di seluruh negara.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Begitulah laporan daripada utusan hari ini, anjing lebih mulia daripada manusia.

Kenapa?

Zaman sekarang ini apabila integriti tiada pada diri manusia, syak wasangka menjadi-jadi, tiada lagi unsur percaya mempercayai.. terutama bila berkaitan dengan DUIT, WANG atau Money!

Lalu terjadilah seperti di atas... anjing menerima wasiat dan harta...jumlahlah billion dollar...
pandai ke anjing ini menguruskan wang itu sendiri.....

Akhirnya anjing ini menerima ancaman bunuh.... tragis betul cerita benar ini?... kalau cerita cartoon senang pula anjing ini melarikan diri atau anjing ini membina empayar perniagaan sendiri tapi ini cerita bener di dunia yang bener...


Apakah situasi ini akan juga berlaku di MALAYSIA pada masa akan datang?




16.6.08

Miskin Bandar II - Buang Bayi

Bila disebut Miskin Bandar, kita juga selalu dimomokkan dengan pemikiran iaitu mereka miskin harta atau miskin kebendaaan.

Sedangkan konsep miskin ini luas jikalau dipandang daripada kepelbagaian makna secara holistik.

Ada orang miskin harta, ada orang miskin rohani, ada orang miskin fizikal, ada orang miskin aqal dan hati.

Buang Bayi adalah penanda kemiskinan aqal, rohani dan hati. Bayi dibuang begitu sahaja tanpa ada unsur belas kasihan daripada ibunya atau bapanya atau orang yang ada talian darah dengannya. Kenapa? Gejala Sosial? Rogol? Zina? Suka-Suka?

"Anak yang secomel ini senang-senang dibuangnya... senang dapat anak tapi tak dihargai.!" marah seorang kakak apabila membaca keratan akhbar apabila dilaporkan yang bayi diletakkan di dalam beg sekolah.... " Kita ni bertahun-tahun berusaha buat itu dan ini, jumpa berbagai-bagai doktor... buat ikhtiar yang tiada penghujungnya adalah kerana inginkan seorang anak!" Luahnya yang begitu kecewa dgn fenomena di negara kita.

Isteri saya mencelah... "anak di sebelah kakak ni, anak siapa?" memandangkan ada seorang anak yang berusia 2 tahun duduk di atas ribanya. "ooo... ini anak angkat akak, kakak ini dah tak boleh dapat anak sebab kanser rahim...."

Begitulah ujian kita di dunia ini, individu yang baik inginkan anak akan diuji dgn cabaran susah dapat anak. Individu yang subur dan senang dapat anak akan diuji dgn percintaan, nafsu dan kemampuan diri menjauhi kemiskinan pemikiran dan rohani.

Yang berjaya membina kekayaan rohani , hati dan pikiran akan berjaya membina dirinya dan keluarga menjadi berjaya walaupun kesempitan wang. Berjaya melawan dugaan dan cabaran di dalam memajukan diri senjadi insan yang berguna dan mulia.

Individu yang berduit adakalanya diuji dengan miskin pemikiran , miskin rohani, miskin perhubungan, miskin akhlak dan pelbagai kemiskinan yang kadang-kala tak terfikir oleh kita.....

Miskin apakah yang perlu diperangi dahulu....

Miskin Rohani, Miskin Pemikiran, Miskin Hati, Miskin Emosi atau Miskin Harta?

Wassalam

13.6.08

Miskin Bandar




Apa bila memperkatakan "Miskin Bandar", kita kena luaskan ufuk kefahaman kerana miskin bandar bukan seperti miskin desa. Kalimat "miskin" yang sama tetapi makna hakiki yang berbeza.

Bila disebut miskin desa, tergambarlah difikiran kita, keadaan yang menyedihkan. Rumah buruk, harta tiada, anak-anak tak terurus, kais pagi makan pagi, kais petang makan ptg..

Miskin bandar sedikit berbeza... ianya bergantung kepada taraf hidup sesuatu bandar.. Mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar, adakalanya mendiami rumah batu, ada kereta, ada motosikal, ada pekerjaan yang kadangkala bergajikan RM2000 tapi kehidupannya susah dengan bilangan anak yang ramai.

Cuba kita lihat senario ini,
Selepas solat jumaat di Masjid Aman, Jalan Damai KL, apabila tetamu Allah keluar daripada Masjid, mereka akan melalui satu golongan manusia yang akan menyediakan cawan untuk diisi dgn duit daripada wanita dengan anak-anak kecil, lelaki di atas kerusi roda dan pak cik yang berbasikal ke masjid. Mereka dipanggil pengemis jalanan. Yang paling menyedihkan apabila si anak kecil yang sepatutnya berada di tadika atau di sekolah rendah juga berada di situ bersama ibunya menghulurkan cawan kepada jemaah masjid.

Bila diperhatikan pergerakan mereka, didapati satu keluarga pengemis yang terdiri dari ibu-ibu dan anak-anak datang ke Masjid Damai ini dengan teksi - pay by cash- lagi tambangnya.

Pak Cik itu pula datang berbasikal (dimanakah tempat tinggalnya... tidak pasti. Dan pandai berbahasa Inggeris Simple... bila pelancong Arab memberikan duit kepadanya, spontan beliau mengucapkan - "thank you, sir".. Saya lihat ramai jemaah senyum melihat telatahnya... tak sangka beliau boleh berbahasa inggeris.

Wanita (maybe dari Burma atau Bangladesh)bersama dengan anaknya turut berada di situ meminta-minta belas kasihan jemaah.

Apakah yang hadir difikiran kita... adakah mereka ini dipanggil "miskin bandar"


Senario 2,

Saya pernah menghadiri satu program dimana hampir 100 orang yang dipanggil miskin bandar berada di situ.....
Bila dibuat perbincangan dgn mereka... beberapa perkara yang menyedarkan kami erti miskin bandar

1. Ada di kalangan mereka pernah menjadi jutawan MLM, pernah pegang duit ribuan, pernah melancong ke 8 buah negara dgn penginapan 5 star hotel.. mereka jatuh miskin apabila diuji dgn kematian pasangan atau diuji dgn penceraian.

2. Ada yang memiliki kereta MYVi... tetapi sentiasa diuji dgn pelbagai ujian yang menyebabkan hilang arah tujuan hidup.

3. Ada berhadapan dgn masalah kesihatan yang kronik, masalah kawin paksa, masalah anak down sindrom

4. Mereka rajin berusaha tetapi peluang tidak diberikan.

5. Rajin berusaha dan berjiwa peniaga tetapi belum lagi berjiwa usahawan.

6. Berjiwa usahawan tapi tidak tahu akan wujudnya dana kerajaan yang membantu mereka.

7. Tahu tentang dana kerajaan seperti tekun, mara, zakat dan lain-lain tetapi terasa seperti dipermainkan oleh pegawai agensi yang terlibat.

Senario ke 3,

Bergaji RM 2000 - RM 3000, hutang kredit card RM 17,000, Personal Loan RM5,000, Bayaran kereta RM500 sebulan, sewa rumah RM450 sebulan.....

Adakah situasi ke 3 ini juga dikira sebagai "Miskin Bandar"?

Sama-sama kita fikirkan....

Nowseeheart Secara Unplugged



Kumpulan Nasyid Terkenal Nowseeheart ketika mengadakan pertunjukan free di gerai prinsip 3

Unplugged 2



Ramai yang teruja dengan persembahan Live dari artis kita ini, begitulah artis nasyid.. menyanyi sambil membawa nilai yng bagus...

Unplugged 3



Membawa penonton atau peminat mendekati Allah merupakan unsur dakwah yang boleh digerakkan dan dikembangkan

Unplugged 4




Peminat Fanatik Bernasyid bersama NowseeHeart

Kesan Harga Minyak Naik

Mungkin ini adalah kesan harga minyak naik, rakyat tiada pilihan....

Sihatkan Badan... Mari Berjogging

Tinjauan di Stesen Petrol di sekitar Kuala Lumpur (4 Jun 08)

MInyak Naik, Ramai Yang Panik... Siapakah yang panik... tentulah rakyat jelata

Kesian apabila kita menjadi rakyat jelata, keputusan bukan ditangan kita....

Tapi bestnya menjadi pemimpin.. kenapa?

Di Dunia ini, dapat income lebih kurang RM10,ooo. Tak termasuk lagi Elaun orang gaji + tukang MAsak + tukang kebun + rumah + elektrik + air + perjalanan + ahli parlimen + elaun pengerusi atau menjadi pengarah syarikat (proksi) dan pelbagai elaun.

Pendek kata... income yang boleh dibuat tabung....

ITULAH KATA- Kata orang ramai selaku rakyat pada pemimpin mereka.

Betulkah KATA-KATA itu?. Hanya pemimpin yang tahu...

Di Akhirat bagaimanapula? Besar dan Betapa beratnya tanggung Jawab pemimpin ini di depan Rabbul Jalil, Allahu Akbar

Ubah Gaya Hidup

"Ubah gaya hidup.... Ubah gaya hidup"

Ubah Gaya Hidup, Rakyat Terpaksa Berubah, Pemimpin Bila Lagi?

Isu bahan api dan kenaikan harga barang terus diperkatakan didada-dada akhbar. Saban hari isu itu dimainkan.. bukan sahaja pada akhabar kertas, tapi akhbar online malah di media elektronik.

Rakyat diminta bersabar, memahami masalah negara, bersedia berkorban untuk negara, bersedia berubah dgn mengubah gaya hidup, banyakkan mencari alternatif untuk hidup.

"Ubah gaya hidup.... Ubah gaya hidup"

Rakyat akan sentiasa mengubah gaya hidup sebab mereka ingin hidup walaupun susah seteruk manapun... hidup ini mesti diteruskan

Rakyat menerima gaya yang tetap... sibuk dgn bekerja 8 jam sehari, atau buat biznes kecilan.. bila minyak naik, harga melampung naik...pendapatan yang tetap akan mengecil nilai dan kuasa beli manakala perbelanjaan akan semakin menambah-nambah sampai tak larat nak kira. Rakyat kurang mampu untuk tambahkan pendapatan kerana faktor masa, kuasa membuat keputusan dan pelbagai undang-undang dan birokrasi yang wujud atau diwujudkan.

Ada yang buat 2 - 3 kerja sampai tiada masa untuk keluarga dan anak-anak. Pagi sehingga petang bekerja. MAlam pula berniaga sama ada di pasar malam atau terlibat dalam MLM (multi level marketing) atau Meniaga Larut Malam. Biasa mereka ini akan balik rumah pukul 2 pagi.... tidur dalam keletihan dan esok kena bangun awal, kena pi kerja, kalau terlewat... kad menjadi merah menyala.

Pernah satu ketika, saya mengajar kakitangan kerajaan di KL, dalam program pukul 11 pagi sehingga 12.45 tengahari, ada beberapa peserta tertidur dalam kelas, saya pada mulanya ingatkan mungkin cara mengajar tak kena atau memboringkan. Lalu saya tukar pendekatan dgn masukkan unsur-unsur jenaka, tapi peserta yang tidur tadi rupanya tidur mati.... saya teruskan mengajar tanpa kejutkan beliau dan rakan-rakan yang terlena.

PAda sesi pukul 2.30ptg, saya dapati seorang yang terlena tadi tiada dalam dewan.. beliau datang lewat dalam keadaan termengah-mengah, dan mengikuti program seterusnya....

Selang seberapa minggu, kawan trainer saya memaklumkan bahawa beliau terserempak dengan peserta yang tidur dan menghilang diri di pasar malam, pada mulanya tak kenal tetapi bila peserta tersebut memperkenalkan diri...dan bercerita barulah kami faham... beliau terlena dalam kelas / dewan tempohari sebab beliau menjual di pasar malam ini, pukul 2pagi baru sampai rumah.... hampir setiap hari itulah kerja beliau selepas waktu pejabat. Beliau menghilangkan diri sebab beliau balik ke rumah mengisi barang dalam Van (just to get ready) untuk ke pasar malam...

maklumlah katanya, "hidup kat KL ini dengan gaji seribu dua tak cukup encik, anak ramai, barangan selalu naik.. kalau tak buat kerja kedua ni, anak nak makan apa?, persekolahan anak sapa nak bayar, sewa rumah, kereta, loan sana sini?"

Ah!... itulah sebuah pengorbanan rakyat yang mencari duit sampai hubungan kekeluargaan menjadi tanda tanya.


Persoalan yang selalu ditanya...

Rakyat dan berkorban, pemimpin bila lagi,?????

Bila Pak Lah nak potong elaun keraian, ada juga pemimpin tak setuju... katanya tidak menyelesaikan masalah TAPI....

Bila dipotong...tengok-tengok hanya 10% dan nilainya penjimatan mencecah RM 2 Billion ringgit... terkejut rakyat kerana baru 10% dah jimat RM 2 Billion.. itu baru elaun keraian... kalau potong 20% akan jimat RM4 Billion (juta juta)

Sepatutnya dipotong 60% dan kerajaan akan jimat RM12 Billion... banyak tu.... boleh settlekan sebahagian besar perumahan rakyat di lembah klang.

11.6.08

Apakah itu sebuah hakikat atau alasan diri?

Assalamualaikum semua,

Semoga semua dianugerahkan kesihatan yang benar-benar sihat secara luaran dan dalaman kerana adakalanya kita ini sihat luaran tapi belum tentu dalaman.

Semalam Selasa 10 Jun 2008, saya diminta memberikan satu ceramah berkaitan minda dan bagaimana menyuburkannya di salah satu pusat Latihan PBT di negeri Selangor.

Alhamdulillah, respon yang cukup bagus daripada peserta memandangkan usia mereka masih lagi lingkungan 30an... jiwa yang masih muda, minda yang masih segar membara menimba ilmu secara teori dan ingin mempraktiskan menjadi amali dan pengalaman diri.

Semasa makan tengahari dan minum petang, saya dan rakan didatangi oleh pegawai yang mengikuti kursus.. lalu berlakulah satu perbincangan tentang masa depan PBT, perbincangan yang boleh membuka pemikiran kita tentang pengurusan mantap yang menjadi idaman rakyat.... saya mengemukakan persoalan berdasarkan tajuk yang pernah diberi kepada peserta iaitu "kalaulah saya dilantik sebagai YDP atau Datuk Bandar, apakah yang akan saya lakukan dalam masa 100 hari pertama pentadbiran saya"

Jawapan peserta ialah melakukan itu dan ini secara panjang lebar tetapi masih lagi seolah-olah mengulangi tindakan yang dibuat oleh YDP atau Datuk Bandar yang lama... Jarang-jarang peserta memberikan jawapan baru iaitu suatu tindakan yang belum dilaksanakan oleh pentadbir sekarang atau satu tindakan yang berbeza jauh dan menentang pemikiran YDP atau Datuk Bandar sekarang....

Bila saya bertanya.. kenapa tindakan yang sama?... kenapa tidak sesuatu tindakan yang boleh mmudahkan masyarakat berhubung dgn PBT.. memudahkan urusan masyarakat.. kenapa tidak menyatakan satu tindakan yang betul-betul baru yang mampu mengejutkan PBT lain atau satu tindakan yang akan mencabar minda YDP dan Minda Ahli Majlis untuk melaksanakannya!

Jawapan yang diberikan sungguh simple dan biasa didengar... kami di PBT tertakluk kepada peraturan tubuh PBT.... sesiapa yang menjadi YDP atau Datuk Bandar akan melaksanakan perkara yang sama sahaja....

Pada masa itu pelbagai persoalan datang ke minda saya... bila diajukan kepada rakan sebelah... katanya banyak jugak yang difikirkan ttg situasi tersebut:

1. Betulkah peraturan tubuh PBT menghalang kreativiti memajukan PBT untuk menjadi hebat, efisien dan terkini selari dgn kehendak zaman? atau diri manusia sebenarnya penghalang utama apabila zon selesa adalah segalanya.....

2. Perlukan "management of Change" diperkasakan semula supaya lebih memahami realiti yang berlaku di PBT?

3. Kenapa manusia suka menuding jari kepada peraturan, dan bukan pada diri sendiri? Apa yang patut diubah dahulu... manusiakah... atau peraturan?

4. Adakah kita di PBT cuba memahami kehendak rakyat atau kita mungkin syok sendiri akan kehendak rakyat.

Adakah itu sebuah hakikat atau ilusi diri sendiri........hanya matahati yang mampu melihat apa itu yang hakiki

Wassalam