15.10.08

Dedahkan penganjur skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kerajaan disaran mempamerkan identiti pesalah yang menganjurkan skim cepat kaya kepada khalayak selain menyenaraihitamkan nama mereka supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, langkah tersebut sebagai ingatan kepada penganjur lain yang masih bergiat aktif menjalankan kegiatan itu di negara ini untuk dikenakan tindakan yang sama.

Menurutnya, tindakan mendedahkan identiti mereka juga perlu dilakukan segera bagi membendung kegiatan yang sama berlaku pada masa depan.

''Pengguna perlu tahu apa jenis tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk perkara ini.

''Oleh itu, kita mencadangkan agar tindakan undang-undang dikaji semula bagi memperketatkan lagi dan kalau boleh, mereka dikenakan penjara mandatori," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam yang menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Maamor memberitahu, kerajaan juga dicadangkan memantapkan semula pasukan penguat kuasa bagi memantau perkara terbabit tanpa henti agar tindakan segera dapat diambil sekiranya mendapat laporan daripada orang ramai.

''Menerusi cara ini, pengguna mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dan sentiasa berjaga-jaga dengan perkara ini," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kepada pengguna agar jangan mudah percaya dengan dakwaan pihak-pihak tertentu mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

''Mereka perlu sentiasa merujuk dengan BNM dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNHEP) bagi mendapatkan pengesahan tepat terhadap syarikat-syarikat yang mereka berminat untuk melabur,'' katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhd. Sha'ani Abdullah berkata, sikap orang ramai mengambil mudah terhadap risiko pelaburan Internet menyebabkan masih ada mereka yang terpedaya.

''Walaupun media telah memainkan isu ini berulang kali, namun masyarakat awam tidak ramai ambil peduli kerana menganggap ia bukan satu kepentingan lantas menjadikan mereka mudah ditipu pada masa akan datang,'' katanya.

Tambahnya, walaupun dengan penguatkuasaan yang ketat, namun tanpa kesedaran mendalam di kalangan pengguna, isu pelaburan skim cepat kaya masih sukar untuk diselesaikan di peringkat akar umbi.

''Bukan senang nak jadi senang, saya nasihatkan orang ramai yang ingin mencari pendapatan lebih supaya lebih kreatif dengan membuat kerja sampingan atau berniaga.

''Sebagai contoh, berniaga di saluran yang betul seperti di pasar-pasar malam atau membuat jualan langsung yang dibenarkan oleh kerajaan,'' katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berpendapat, kebanyakan pengguna sebenarnya tertarik menyertai skim cepat kaya kerana faktor emosi.

Menurutnya, ejen skim cepat kaya syarikat terbabit akan menunjuk-nunjuk kejayaan mereka yang telah menyertai perniagaan itu terlebih dahulu sehingga ramai antara pengguna baru tidak berfikir panjang menyertainya.

''Mereka juga diuar-uarkan dengan modal yang kecil dan akan mendapat untung berlipat kali ganda, jadi ramai pengguna berminat untuk mencuba,'' katanya.

Beliau turut menarik perhatian dengan cadangan penguatkuasaan lebih menyeluruh kepada sesiapa yang menyertai mana-mana skim cepat kaya.

''Selalunya, ramai ejen itu tahu skim yang mereka perkenalkan tidak mempunyai lesen sah daripada kerajaan, namun tetap teruskan kerana tidak perlu berdepan risiko akan didenda atau dipenjara,'' jelasnya.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat meminda akta sedia ada dengan tindakan undang-undang turut dikenakan kepada ejen yang terlibat dan bukannya kepada pemilik skim terbabit sahaja.

8.10.08

Perbincangan dalam internet pasal Buluh MAs

RE: Jom Pencen Bersama BuluhMas!
Monday, 8:49 PM EDT
saya jd promoter dr bulan 6 lg,saya ambil pakej yg paling besar rm3615=rm714,tp sehingga hari ni 07/10/2008 saya masih belum dapat apa2 lg,saya cuma dapat voucer rm1 tu jak bulan lepas,.so agen2 buluhmas,apa yg perlu saya lakukan,.

Anonymous RE: Jom Pencen Bersama BuluhMas!
Monday, 8:55 PM EDT
saya jd promoter dr bulan 6 lg,saya ambil pakej yg paling besar rm3615=rm714,tp sehingga hari ni 07/10/2008 saya masih belum dapat apa2 lg,saya cuma dapat voucer rm1 tu jak bulan lepas,.so agen2 buluhmas,apa yg perlu saya lakukan

minta wakil mana dr buluhmas utk ambil tindakan,.

ni no tel saya,.ZAMRI=0128618646 & 0135486192

Anonymous RE: Jom Pencen Bersama BuluhMas!
Yesterday, 12:29 AM EDT
Setelah membaca macam2 cerita pasal BM ni. Rasa keliru juga. Tapi pendapat saya ialah BM should be bersedia .... krn kalau ada yg complain tak dpt duit ni.. rasa2nya tak lamalah tu. Teringat saya dulu zaman Pak Man telo, kelemahannya satu.... bila nak byr guna org tengah jadi macam2 hal lah lepas tu. Elok2 sepatutnya baik langsung jadi kes negara! So BM kena lebih professional tentang soal pembayaran. Make sure everbody gets. Kena ada sistem yang cekap sebelum memulakan perniagaan ini. Jgn sampai kena complain . Takut jadi kes POLIS nanti SUSAH. Apalagi kalau pihak TV dah masuk campur. Dengar2kanlah....
RE: Jom Pencen Bersama BuluhMas!
Yesterday, 4:12 AM EDT
woi duit aku belum masuk lagi,kata lps sbulan terus masuk,korok betullah.baik masuk buloh bentong la boleh buat lemang
RE: Jom Pencen Bersama BuluhMas!
54 minutes ago
AKU MSK PAKEJ RM3600 DAH 3 BULAN LEBIH,HABUK PUN X DPT LAGI,CAMANA NI.

Anda boleh layari

http://interestgrouppahang.wetpaint.com/thread/1814310/Jom+Pencen+Bersama+BuluhMas!?offset=20&action=openThreadForm?postId=12258123&isWatching=false&t=anon

BuluhMas bukan lagi Buluh Emas

Hari ini ramai yang teruja melihatkan saudara maranya bergaya dengan kereta baru... altis 1.8 atau Vios 1.5J, bila ditanya buat bizness apa.... "saya jadi promoter buluh mas!". Skim apa pulak ni? keuntungan 10% sebulan?

Saya sertakan jawapan UZAR.....


Awas Koperasi Ala Skim Cepat Kaya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Asyik nak cepat kaya

Nasihat ringkas saya, sila baca kenyataan akhbar suruhanjaya komunikasi di bawah. Fikrkan, skim cepat kaya bukan sahaja haram di sisi undang-undang Malaysia malah haram juga di sisi Shariah.

Hati-hati dengan salahguna lesen koperasi untuk kutip duit melabur secara piramid, janji pulangan tetap lumayan. Mereka mungkin boleh terlepas dari dakwaan 'illegal deposit taking' kerana koperasi dibenarkan untuk mengutip duit ahlinya. Namun, kenyataan di bawah baik untuk anda tatapi sebelum menyertai mana-mana koperasi cepat kaya.

sekian

zaharuddin abd rahman

www.zaharuddin.net

KENYATAAN AKHBAR

Sumber

1.

Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya' yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2.

SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3.

SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya' yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya'. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-

No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: aliasi@skm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50608 KUALA LUMPUR

JUN 2008

Comments
Written by SEraPh on 2008-09-23 17:48:28
Ermm .. aku dah join buluhmas ... bukan seronok nak dapat duit tapi melihatkan ekonomi orang melayu makin susut .. korang ade idea x + berani untuk buat sesuatu macam buluhmas ... terus terang saya katakan company ayah saya pun amik deposit orang tanpa lesen dan secara senyap2 dalam penjualan minyak (pump duit ke company)... adakah buluhmas buat perkara yang sama? .. sekarang ni buluhmas dah ada 5 cawangan .. bagaimana dengan hypermarket yang bukan setakat menjual barang keperluan tetapi barangn elektrik, sukan, dsb..
Mengenai hukum2 agama sila rujuk dengan peguam buluhmas ... jangan buat spekulasi yang mencemarkan imej bangsa tetapi tolong sesama umat agar tidak ditipu...

jika betul buluhmas salah sila huraikan ia dan mungkin ia boleh membantu rakan kita yang lain sebelum terjebak
Written by Bulumas on 2008-09-13 01:00:29
Buluhmas nak monopoly perniagaan, xkan berjaya jika ada campurtangan pihak atasan, dulupun ada dah orang nak buat tapi x boleh.

Kamu nak 1 malaysia beli barang kat tempat kamu?

Silap2 kena band.

mcm lah company lain tak bersangkut paut dgn duit pket orang politik? nampaknya bulumas kena berpolitik jugalah lepas ni.



:grin
Written by samsor on 2008-09-03 17:24:23
buluhmas bukan skim pelaburan, bukan MLM, bukan penerima diposit, bukan skim cepat kaya. buluh mas hanya lah sebuah syarikat pengiklanan yang mengiklankan nama Buluhmas supaya menjadi komersil dan gah satu hari nanti dimana buluhmas mencipta satu fenomena baru dalam era perniagaan global.kekuatan syarikat buluhmas adalah dari penglibatan ahlinya yang menjadi promotor sambilan secara langsung merupa pelangan tetap yang akan berbelanja secara terus dengan Buluhmas Mart.

Buluhmas terus maju dan berjaya selagi ahli/promoter berbelanja di buluhmas mart ini tanggungjawab wajib dilakukan kerana ahli telah mendapat upah mereka dalam bentuk tunai dan kupon. nilai kupon sebanyak 15% dari jumlah upah yang diperolihi. tentang bayaran upah yang sampai berjuta-juta sebulan tu buluhmas tak susah kerana syarikat ada formula macammana yang dapat duit. bagi yang ingin maklumat lanjut sila hadir taklimat di daerah masing-masing anda pasti teruja. perniagaan buluhmas halal dan ianya membantu pengusaha IKS kebanyakannya bumiputra yang mempunyai lambakan produk yang tak dapat nak dipasarkan dimana BUluhmas akan pasarkan kepada semua ahli/promoter berdasarkan kopun 15% tadi. Buluhmas mart menjual barangan runcit dan produk IKS. upah max. kpd setiap nama promoter rm5 sebulan (berdasarkan 4 level). jadi sekiranya ahli seramai 300,000 bermakna hanya rm1.5j bayaran upah sebulan. dan kita tahu 15% dari upah keseluruhan bayaran dikeluarkan kupon dimana ahli perlu tunaikan di Buluhmas Mart.ini satu contoh saja buluh mas buat duit. sekian
Written by insaf on 2008-08-19 05:07:07
hrp pihak2 trlibat sprti bank negara,suruhanjaya koperasi malaysia, ambil tindakn skim-skim yg menyalahi undang-undang negara dan hukum syarak. sprti buluh mas,my-fish,estana farm dan byk lg.agar mudah tak dipedaya dan ditipu dgn skim-skim yg telah dibeku kn oleh bank negara sbelum ni.sprti jai netwok dan lain2
Written by Hafez on 2008-08-15 16:51:19
Assalammualaikum! Saudara2ku sekalian carilah rezeki yang halal lagi diredhai oleh ALLAH S.W.T.
Sekiranye kita was - was dalam satu2 perkara jadi kita jauhkan..

Banyak lagi perkerjaan yang halal kat dunia ni..Jangan terlalu mudah untuk mencari kekayaan dengan menyertai skim ala-ala cepat kaya.. :)
Written by yang terbimbing on 2008-08-13 04:34:48
assalamualaikum ustaz,bukankah ini semua 'majlis ekonomi kerajaan' kita yang PM sndri rasmikan.contoh;- koperasi micro al-insan,koop al-ihsan,koop ukhwah pend. islam dan bnyak lg.knapa rakyat kita susah nak percaya dgn kerajaan sndri.padahal,agama islam merupakan agama rasmi kerajaan negara kita.mereka suma x perasan ke yng skrg ni negara kita sedang b'usaha untuk menaikkan taraf bumiputra.zaman skrg ni,cina pgang ekonomi.sdangkan kturunan nenek moyang yg b'mati2an merdekakan malaysia atas pertolongan ALLAH mengalahkan Nippon.Wallahualam.apa pendapat ustaz?
Written by Guest on 2008-08-08 23:04:50
Allahhuakhbar... boto le kumb ngan eastana dah kono siasat... tapi blum didakwa dan masih tak bersalah,harap pihak eastana/ kumb perbotulkn balik apa2 yg patut...
Written by jai on 2008-08-08 23:02:24
pasal buluhmas ni... cuba hangpa pikir sndri, dia kata dah ada 300 ribu promoter lebih,setiap promoter bayar rm15 sekali seumur hidup tapi ramai ygbayar lebih dari tu (RM 15.00 to RM puluh ribu pun ada) kita ambil contoh andaian setiap promoter bayar rm180.00 x 300,000 promoter= pendapatan sykt sekali je.untk setiap bayaran rm180.00 promoter dijanjikan pencen setiap bulan sehingga 4 generasi sebanyak rm36.00, so now buluhmas must spend around rm 10.8 MILLION continually every month only for their promoter. can anybody please tell me which company dare to do this kind of biz?and as far as im concern, till to date they only run almost 15 outlet of mini market and i`m so please to ask all malaysian; do you believe 1 mini market can make around 2 million profit per month to cover all their cost of operation? :zzz
Written by Pejuang Hamas on 2008-08-06 19:54:05
Salam..semenjak kebelakangan ni byk company @ koperasi yg bg pulangan yg melebihi 10% setiap bulan kepada setiap pelabur..1thn = 120% ! Woww gila punya tawaran..Kalo di ikutkan bank rakyat pon bg 20% ntuk 1 tahun..Apa yg saya tahu kalo company yg nk amek deposit dari org awam kena dpt lesen mcm finance company = credit suisse ( sekadar contoh )..Hmm mcm mana perkara camnih ley berleluasa eh ???????
Written by Raimi on 2008-08-06 19:54:26
cuba beritahu satu jenis perniagaan yang boleh buat kita kaya. Mesti modal beribu ribu kan ?
Written by azmi adam on 2008-08-06 00:28:25
Ustaz,
Saya cukup was-was dgn bentuk perniagaan yg ditawarkan oleh syarikat bumiputera ini iaitu BuluhMas - www.buluhmas.com (walaupun bukan atas nama koperasi, tetapi tetap sebuah syarikat berdaftar..apakah hukum pendapatan diterima dari sudut agama
azmiadam.stmb@yahoo.com


uzar : jika was was, jauhinya
Written by hakim on 2008-08-05 23:14:08
berkaitan dgn skim buluhmas, saya ingin menambah sedikit info
Kira-kira 2 bulan lepas saya telah bersemuka dengan orang kuat Buluhmas dan kesimpulan yang saya dapat buat adalah seperti berikut:

buluhmas adalah sebuah syarikat pengiklanan yang baru berkembang dan menawarkan orang awam untuk mengiklankan syarikat tersebut dengan bayaran RM1 sebulan untuk selama-lamanya selagi company tersebut wujud. Yuran penyertaan adalah RM sekitar RM15-RM17 sahaja. Dengna cara menampal iklan tersebut dikereta atau motor akan dapat RM1 sebulan.
Namun untuk menggalakkan syarikat berkembang telah ditawarkan insentif dengan mengajak seberapa ramai orang untuk sama-sama mengiklankan company tersebut.(xperlu diteranglkan jenis insentif)
Namun apa yg menebabkan keraguan ialah seperti berikut:
Seseorang pengiklan boleh membuat bayaran lebih berupa pelaburan(cth RM3000) dan akan dapat monthly certain amount.Bagaimana pulangan akan diberi kepada sipelabur tadi?
Jawapan: Diandaikan sifulan tadi menampal iklan sebanyak 200 sticker dikereta maka akan mendapat komisyen sebulan RM200, tapi yang confiusnya, semuanya berlaku berdasarkan andaian semata-mata, dengan cara mengisi nama2 yang xpernah wujud kat dunia ini & no IC yang xpernah wujud kat alam maya ini. Dengan cara menulis sebanyak 200 nama yg xwujud,dan diandaikan kereta sebanyak 200 sedang bergerak mengiklankan nama company trsebut, maka akan dibayar RM 200 tiap2 bulan.

Ini yang menjadi persoalam difikiran saya. minta tolong pada sesiapa yang boleh menjelaskan samada bolah atau tidak menggunakan skim ini dari segi undang2 Malaysia mahupun dari sudut Syarak.
Written by ingin maklumat on 2008-08-05 23:42:05
salam boleh tak ustaz comment tentang keruntuhan akhlak kerana hilangnya sifat malu dikalangan remaja kini
Written by fromBangi on 2008-08-06 00:33:29
Apa yang aku faham BuluhMas ni memberi UPAH kepada promoter dia sbg kerja mereka menampalkan stiker di kenderaan (RM1/bulan). sekiranya dia taja promoter lain sehingga level 4, dia akan dapat RM1/bulan dari setiap tajaan dia.

Aqad dari BuluhMas kepada promoter adalah upah, dan siapa yg join jd promter bukannya buat bisnes, tapi diberi upah/gaji sebab tampal stiker kompeni kat kereta.

Tiada kena-mengena dengn skim MLM sbb promter x kena buat selling, just tampal stiker.

Sama spt sape2 yg jadi kerani, dapat upah wat keje kerani.

Dia bukan skim cepat kaya jgk tapi umpama BuluhMas SEWA ruang cermin kereta anda utk iklankan kompeni dia...

Ni apa yg aku faham pasal sistem promoter BuluhMas. kalau silap boleh la sape2 betulkan.

Salam..
Written by zahrul on 2008-08-02 23:16:16
salam...saya pun nak tau ader berkaitan dgn eastana farm tak
Written by puteri islam_77 on 2008-08-01 18:45:53
salam.

saje nk confirm yg artikel ni berkaitan koperasi KUMB yg jual lembu tu kan ? Estana Farm / farm fresh.. betul ke? sesiapa yg yg tau tlong ye..
Written by Yusof Mohammad on 2008-08-01 00:17:54
Ustaz,
Saya cukup was-was dgn bentuk perniagaan yg ditawarkan oleh syarikat bumiputera ini iaitu BuluhMas - www.buluhmas.com (walaupun bukan atas nama koperasi, tetapi tetap sebuah syarikat berdaftar). Mewar2kan konsep "pengiklanan - entah apa iklan yg dah diiklanpun saya tak tahu, ada Mark - masih boleh diragui dgn bentuk pulangan yg ditawarkan (berapa persen sangat keuntungan drp jualan dari BuluhMark ini)dan berbagai lagi. Ramai dah mula masuk kerana keuntungannya bagaikan skim cepat kaya. terimakasih:roll
Written by Pak Usu on 2008-08-01 00:18:55
Sekarang ni orang dah macam2. Nak kaya tapi malas usaha...
Written by SAIFULBAHRI on 2008-08-01 00:27:36
Salam,

Terima kasih UZAR, saya sudah hantar email untuk mendapat penjelasan skim Buluhmas.
Written by kyhelmi on 2008-08-01 00:37:41
assalamualaikum...
baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan koperasi my-fish...adakah itu antara skim yang ust perkatakan?

30.9.08

Salam Raya dan Salam Keharmonian Sejagat

Alhamdulillah saya selamat sampai ke kampung.
Seronok melihat perubahan persekitaran bandar dan kampung yang ditinggalkan.

Pagi tadi ayah didatangi oleh tetamu untuk mengurut tangannya yang terseliuh.

Ayah memang dikenali sebagai insan yang pandai mengurut.

Nampak gaya tetamu tersebut ayah kenali... seorang ibu bersama anak perempuannya yang masih kecil

PAda mulanya beliau kata terjatuh daripada motosikal... tapi bila dilihat pada urat biru yang timbul... pada hemah saya yang bias a melihat ayah mengurut... rasanya kalaulah jatuh motor tentulah dah lebih dari 3 hari....

Saya cuba memberanikan diri bertanya..."dah lebih 3 hari agaknya?"

Tiba-tiba... airmata si ibu menangis.... lah rupanya bukan jatuh motor tapi buatan si suami yang tak berhati perut.... memukul isteri bila duit tak dapat........

MAsih ada lagi jantan seperti itu di akhir bulan puasa ini... esokkan dah nak raya....
bukan itu sahaja...muka si ibu ini juga ada kesan-kesan tertentu.....

Bila ditanya oleh kakak saya kenapa tak buat report... sebab bukti dah ada....

Si ibu ini membisu.....

BUkankah kita ada badan atau agensi yang boleh dirujuk bila berlaku peristiwa dera ini?.... kenapa kaum hawa terutama di kampung tidak mahu bersuara? menuntut hak mereka sebagai kaum yang perlu dilindungi.....

Itulah persoalan yang bermain difikiran saya.....

Kenapa masih ada lagi lelaki yang bertindak ganas pada isteri.... yang hanya tahu buat anak tapi bukan menerima tanggungjawab Allah sebagai Amanah menjaga wanita ketika akad nikah dilaksanakan.?

Kenapa masih ada yang malas bekerja dan masih meminta duit dari isteri..... bila tak dapat dipukulnya isteri.... tapi bila waktu malam menjelang dicarinya isteri.... bukankah itu satu yang ditentang oleh RAsulullah melalui hadisnya yang mulia....?

Fikirkanlah wahai kaunm adam ketika berakhirnya puasa dan ketika tibanya hari raya......

25.9.08

Keizinan Bergantung Pada Pemikiran dan Kepercayaan Guru

Assalamualaikum semua,

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, kami diberi tugas oleh perunding utama menjalankan kajian impak keberkesanan program ICT di kampung-kanpung yang terpilih. Kedudukan kampung ini dianggap mewakili Daerah.

Berbagai pengalaman yang diambil dan diceduk sepanjang program kajian ini.... sudah 25 hari berlalu...

Pengalaman kami ke sekolah rendah... memohon keizinan guru besar untuk mengadakan kajian ke atas pelajar bagi menilai ilmu komputer mereka dan sejauh mana rapatnya mereka dengan pusat ICT desa.

Alhamdulillah dari sekolah bandar ke sekolah pinggiran bandar seterusnya ke sekolah desa, kami tiada masalah dengan sekolah rendah dan mudah untuk mendapat keizinan guru besar setelah ditunjukkan surat perlantikan kami oleh kementerian yang terlibat. Lebih tersenyum lebar bila berhadapan dengan guru besar di desa yang begitu meraikan kami.

Sedikit cabaran bila ke sekolah menengah di sesetengah bandar atau pinggiran bandar, pengetua menunjukkan sikap tidak mesra dengan kehadiran kami, surat dari kementerian yang ditunjukkan tidak dapat memberikan satu kepercayaan kepada nya untuk membenarkan kami. Beliau masih inginkan surat daripada PPD kerana katanya PPDnya tegas orangnya..tak mahu pelajar diganggu... tapi bila kami ke sekolah menengah di setengah pinggiran bandar dan desa, tiada pula permintaan surat daripada PPD, mereka menyambut kami dengan mesra dan memberikan kerjasama dan pertolongan sebaik mungkin.

Mungkin ada sesuatu peristiwa telah terjadi di sekolah tersebut sehinggakan merisaukan pengetua memberikan keizinan kepada kami berada 25 minit sahaja di sekolah berjumpa pelajar dan mendapatkan maklum balas. Lagipun tugasan kami tiada kaitan dengan mana-mana agenda. Apa yang penting ialah hasilnya nanti untuk kebaikan masyarakat sekeliling.

Setiap kali ke sekolah menengah, kami selalu berdoa mudah-mudahan Allah mudahkan urusan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang hubungan pelajar dengan pusat ICT desa.... yelah untuk kesinambungan masa depan pelajar itu sendiri....

Kami sekarang ini berada di seberang prai utara.....

wassalam.

15.9.08

Cabaran Pengemudi Program


Untuk menjadi seorang trainer yang bagus atau penceramah yang bagus memerlukan kepada latihan yang berterusan. Di samping bakat yang boleh digilap.

Seorang penceramah perlu sensitif dengan suasana dan gelagat yang ditunjukkan oleh peserta di samping cekap memainkan perasaan peserta untuk mencapai matlamat program.

Skrip yang disediakan tidak boleh diikuti begitu sahaja kerana skrip dibuat tanpa diadunkan dengan perasaan persekitaran jadi penceramah perlu pandai mengemudikan program atau majlis yang diserahkan kepadanya.

Jika penceramah menggunakan peralatan media maka perlu ada seseorang yang boleh memahami kehendak penceramah sebagai rakan sparing.

Penceramah juga kena tahu cara kawal mikrofon... seeloknya usah bercakap kepada rakan lain semasa memegang mikrofon ...nanti peserta dengar apa yang diucapkan.... offf dulu baru bercakap..... perlu sensitif dengan persekitaran.

Begitulah susahnya menjadi pengemudi program... setiap gerakan kita sentiasa diawasi oleh peserta serta rakan urusetia atau fasilitator yang lain.

Betul tak abang ngah?

3.9.08

Harapan Bakal Anak Mithali... Tahniah KBM Remaja

30 dan 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat buat lebih 150 pelajar sekolah menengah sekitar Banting. Satu program keinsafan diri telah diadakan oleh KBM KL bersama pemaju utama daripada Pulau Pinang (abang Ngah).

Program yang disusun cantik dan diolah dengan susunan jalan cerita yang menarik akan menyentuh hati adik-adik remaja tingkatan 5. Sekeras mana hati mereka...tangisan keinsafan akan kedengaran.




Program bermula dengan sentuhan mesra di mana para peserta diminta memahami rakan partner. Walaupun ada yang sudah
5 tahun berkenalan, mereka masih tersenyum lebar bila mengetahui bahawa sebenarnya 2 rakan karib masih lagi belum memahami semendalam mungkin kerana masing-masing telah berkawan dengan memakai topeng-topeng yang dibina dan dipakai setiap hari tanpa ada ketelusan sehinggalah program ini dilaksanakan. Sehinggakan ada yang berkata" Walaupun saya dah lama berkawan dengan Lina tapi hari ini, saya betul-betul memahami rakan saya ini."

Namun begitu berlaku satu peristiwa yang membuka pekung di dada, apa bila sebilangan besar pelajar perempuan bangun dan meminta pelajar lelaki sekelas untuk turut bangun seraya berkata...."aku dan kawan-kawan mohon maaf pada kau orang semua sebab kita orang selalu kutuk eng
kau orang terutama ***** dan ****."



La... rupanya kat sekolah ni, ada satu persengketaan dan perselisihan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.....

Lagi teragis...bila ada pelajar lelaki bangun secara terbuka mohon maaf pada seorang perempuan sambil berkata dipenghujung ayatnya "..aku sayang padamu"... sempat jugak si adik ni luahkan kata sayang pada kaum berlainan jenis.... remaja zaman sekarang yang mudah terlibat dengan cinta monyet.... kenapa? sebab kat TV, kat majalah dan kat mana-mana media selalu menggambarkan percintaan seolah-olah bercinta itu lumrah remaja dan halal dalam Islam.
Pada sebelah petangnya pula, para pelajar diajak untuk menghayati erti kasih sayang kepada ibu dan ayah serta kawan-kawan secara terbaik.

Pada sebelah malam dalam MAM 1, adik-adik diajak berfikir tentang ayah dan ibu, kebaikan mereka, kesilapan kita terhadap andaian negatif kita kepada mereka. Adik-adik diminta memikirkan apakah dosa - dosa yang pernah mereka lakukan terhadap ibu dan ayah.....

Pada situasi ini, ramai yang menangis kerana tahu betapa ramai remaja hari ini berdendam dengan kedua ibu bapa mereka, mereka menyangka ibu bapa mereka tidak adil kepada mereka tanpa menyedari sebenarnya remaja konfuse antara kasih sayang dan ketegasan.

Remaja tidak tahu (barangkali) ada ibu dan ayah yang menangis disebabkan tingkah laku mereka, Ada ibu dan ayah yang menahan lapar kerana ingin melihatkan semua anak mereka makan sekenyang yang mungkin. Ada ayah yang bekerja sampai larut malam sebab nak tengok kehidupan keluarga dan anak-anak bahagia. Bila dikhabarkan kepada mereka tentang kesusahan dan kepayahan serta penderitaan ayah dan ibu untuk membesarkan mereka... ramai yang mengalirkan air mata..terharu dan insaf yang selama ini remaja hanya memikirkan diri mereka sahaja.

Adik remaja diajak berfikir jika.... ayah dan ibu pergi buat selama-lamanya..... apakah yang akan berlaku pada mereka....... dan sketsa "pemergian ibu" dilakonkan.... ramai yang menangis sekuat hati melihatkan hal sedemikian....



Last sekali dalam MAM 2, para pelajar diajak berfikir...jika mereka pula yang pergi menemui ilahi... adakah mereka sudah bersedia dengan soalan malaikat dan apa yang berlaku seterusnya..... suasana sedih dengan lakonan daripada fasilitator sungguh memberikan impak yang berkesan kepada peserta.......