25.9.08

Keizinan Bergantung Pada Pemikiran dan Kepercayaan Guru

Assalamualaikum semua,

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, kami diberi tugas oleh perunding utama menjalankan kajian impak keberkesanan program ICT di kampung-kanpung yang terpilih. Kedudukan kampung ini dianggap mewakili Daerah.

Berbagai pengalaman yang diambil dan diceduk sepanjang program kajian ini.... sudah 25 hari berlalu...

Pengalaman kami ke sekolah rendah... memohon keizinan guru besar untuk mengadakan kajian ke atas pelajar bagi menilai ilmu komputer mereka dan sejauh mana rapatnya mereka dengan pusat ICT desa.

Alhamdulillah dari sekolah bandar ke sekolah pinggiran bandar seterusnya ke sekolah desa, kami tiada masalah dengan sekolah rendah dan mudah untuk mendapat keizinan guru besar setelah ditunjukkan surat perlantikan kami oleh kementerian yang terlibat. Lebih tersenyum lebar bila berhadapan dengan guru besar di desa yang begitu meraikan kami.

Sedikit cabaran bila ke sekolah menengah di sesetengah bandar atau pinggiran bandar, pengetua menunjukkan sikap tidak mesra dengan kehadiran kami, surat dari kementerian yang ditunjukkan tidak dapat memberikan satu kepercayaan kepada nya untuk membenarkan kami. Beliau masih inginkan surat daripada PPD kerana katanya PPDnya tegas orangnya..tak mahu pelajar diganggu... tapi bila kami ke sekolah menengah di setengah pinggiran bandar dan desa, tiada pula permintaan surat daripada PPD, mereka menyambut kami dengan mesra dan memberikan kerjasama dan pertolongan sebaik mungkin.

Mungkin ada sesuatu peristiwa telah terjadi di sekolah tersebut sehinggakan merisaukan pengetua memberikan keizinan kepada kami berada 25 minit sahaja di sekolah berjumpa pelajar dan mendapatkan maklum balas. Lagipun tugasan kami tiada kaitan dengan mana-mana agenda. Apa yang penting ialah hasilnya nanti untuk kebaikan masyarakat sekeliling.

Setiap kali ke sekolah menengah, kami selalu berdoa mudah-mudahan Allah mudahkan urusan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang hubungan pelajar dengan pusat ICT desa.... yelah untuk kesinambungan masa depan pelajar itu sendiri....

Kami sekarang ini berada di seberang prai utara.....

wassalam.

No comments: