Ubuntu 11.10 telah melepasi versi pembangunan beta 1 dan kini pengguna tertunggu-tunggu versi penuhnya yang bakal diterbitkan pada bulan 10 nanti. Antara isu yang timbul semenjak dari Ubuntu 11.04 ialah, terdapat pengguna yang tidak senang dengan antaramuka Unity yang dijadikan default dalam ubuntu 11.04. Akibatnya, ada pengguna yang beralih angin kepada distro lain seperti fedora, Linux Mint, dan sebagainya.
Dalam Ubuntu 11.10 yang baru, Ubuntu masih lagi mengekalkan Unity sebagai antaramuka default namun kali ini pengguna yang tidak menyukainya berpeluang untuk mencuba altenatif lain iaitu samada Gnome-Shell mahupun Gnome2 Classic (dalam Gnome 3).
Unity
Memasang Gnome-Shell dalam Ubuntu 11.10.
Gnome-Shell boleh dipasang secara terus dalam Ubuntu 11.10 menggunakan kata arahan berikut;
sudo apt-get install gnome-shell
Memasang Gnome2 Classic (Dalam Gnome 3)
Sekiranya anda tidak menyukai kedua-dua antaramuka samada unity mahupun gnom-shell, pilihan terakhir adalah mengekalkan apa yang anda pernah guna ketika menggunakan Gnome 2. Kini, antaramuka tersebut boleh diaktifkan dengan memasang pakej gnome-session-fallback.
Masukkan kata arahan berikut ke terminal;
sudo apt-get install gnome-session-fallback
No comments:
Post a Comment