26.9.11

ISU HUKUM HUDUD KEMBALI HANGAT! SIRI 1

Saya akan letakkan atau paparkan pelbagai pandangan pemimpin tentang Hukum Hudud yang kembali hangat di pasaran politik.

Kita boleh menilai sejauhmana pergerakan pemikiran DAP sendiri yang masih kalut dgn Isu ini.... mcmana mereka nak memerintah bersama kalau pakatan menguasai Putrajaya.

Satu isu yang begitu sensitif di kalangan Muslim....

Ikuti tulisan-tulisan di dada-dada akhbar semua pihak untuk penilaian bersama.....

++++++++++++++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Tidak sampai 24 jam selepas mengeluar kenyataan mengkritik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.


Hari ini, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.


Justeru, beliau berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Pas dan menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan segera.


Menurut Karpal, Muktamar Agung Pas Ke-57 baru-baru ini menggugurkan agenda pembentukan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.


"Kami ingat agenda itu telah terhapus. Rakyat juga bergembira dengan langkah Pas itu. Namun secara tiba-tiba (timbul balik soal hudud). Saya tak faham kenapa Nik Aziz boleh berikan kenyataan sebegitu... Mungkin dia orang tua yang mahu mencari perhatian," katanya.

Semalam dalam satu kenyataan, Karpal juga menegur Nik Aziz yang menyatakan DAP boleh meninggalkan pakatan pembangkang jika mereka tidak bersetuju dengan agenda negara Islam.


"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.


Karpal mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.


"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada orang kata.. Lim Guan Eng ni persis meminati pemerintahan Umar Abdul Aziz... tetapi lain bunyinya kenyataan dibawah ini:


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.


Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

========================


PENDIRIAN TOK GURU NIK AZIZ....adalah satu pendirian yang disokong penuh kerana beliau tahu hukum hakam Islam dan mempunyai keilmuan yang tinggi dalam bab Feqah ini....sebagai orghe kelate....sokongan penuh diberikan..Semoga Allah bersama beliau....



KOTA BHARU 25 Sept. - Walaupun pelaksanaan hukum hudud ditentang keras oleh DAP, namun ia ternyata tidak dipedulikan oleh Pas.

Ia terbukti apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, negeri itu kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.

“Usaha kami sekarang ini ialah nak memasukkan hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah di Kelantan.

“Kami hanya nak memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah-mahkamah boleh menggunakan akta ini, bila kes berlaku di mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie ke tak ada, kalau ada prima facie ada peguam bela peguam cara tak ada apa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi.

Langkah kerajaan Kelantan itu dijangka menghangatkan lagi ‘pertelingkahan’ dengan DAP yang melalui Pengerusinya, Karpal Singah menentang pelaksanaan hukum hudud.

Walaupun Karpal semalam menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘orang tua yang mahukan perhatian’, namun ketika meminta mengulas kenyataan berkenaan Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan beliau ‘menghormati pandangan Karpal sebagai orang tua yang telah lama berkecimpung dalam perundangan dan tidak timbul sebarang perbalahan’.

Bagaimanapun jelas Nik Abdul Aziz, tidak sepatutnya timbul salah faham di kalangan parti pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud.

Mengulas lanjut kenyataan Karpal itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berasa apa-apa walaupun Pengerusi DAP tersebut turut menyentuh soal peribadinya.

Beliau sebaliknya menjelaskan, adalah lebih baik negara ini menerima hukum hudud berbanding melaksanakan hukuman mandatori gantung sampai mati bagi kesalahan seperti dadah dan senjata api.

Ini kerana kata beliau ia menyebabkan keluarga individu terbabit merana disebabkan tiada tempat hendak bergantung hidup.

“Hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia, kenapa dia sibuk sangat, sibuk kerana macam saya kata tadilah, orang takut ke hudud macam takut ke hantu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat pakatan pembangkang dijadual Rabu ini, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau kini dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu sama ada akan hadir atau sebaliknya.

============

Takut hudud ibarat takut ‘hantu’ | Print |
Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 25 Sept: PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.

“Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.

“Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.

“Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan,” ujarnya
.



No comments: