10.6.10

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7.. Adakah Tulisan Sejarah Perlu Dikemaskinikan Semula?

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7


PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.

===================================

Waris Puteri Saadong dimasyhur
bharian.com.my
2010/06/10

RAJA Tengku Putri Anis yang mendakwa beliau waris  Puteri Saadong  sedang menanti untuk istiadat  pemasyhuran di PCB Resort, Kota Bharu,  malam semalam.
RAJA Tengku Putri Anis yang mendakwa beliau waris Puteri Saadong sedang menanti untuk istiadat pemasyhuran di PCB Resort, Kota Bharu, malam semalam.
Simbolik berakhirnya sumpahan di Kelantan

KOTA BHARU: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, dimasyhurkan dengan gelaran Sri Putri Saadong Ke-VII pada upacara penuh istiadat yang berlangsung di PCB Resort dekat sini, malam kelmarin.
Pada upacara itu, Raja Tengku Putri Anis, dimasyhurkan oleh wakil Raja Nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan menggunakan keris warisan

Majlis itu dilangsungkan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.

Kelmarin, majlis pelancaran buku Sri Ratu Saadong VII diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kemunculan wanita itu mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya kerana raja wanita itu dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak kehilangannya lebih 420 tahun lalu.

Raja Tengku Putri Anis sebelum ini dilaporkan media sebagai mendakwa dirinya Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau sebelum mendirikan rumah tangga dengan Sultan Gowa

1 comment:

goodseller said...

saya sebagai rakyat kelantan sendiri merasa tidak perlu dibangga-banggakan tentang hal sebegini,keturunan etc.Warisan biarlah menjadi warisan.untuk kita ingati dan jadikan pedoman serta tauladan.apa hebatnya keturunan jika kita masih lagi berpegang pada adat karut marut dan tidak berpandukan ajaran islam sepenuhnya.Buktikanlah jika anda pewaris Putri saadong...baginda dikatakan adalah seorang yang wara' ,pendekar,berilmu dan berbudi tinggi.bukan hanya petah berkata2...