18.4.10

REZEKI Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

Apabila berlakunya pilihanraya, maka penduduk setempat akan mendapat durian runtuh...ramai dan banyak individu atau badan-badan tertentu datang dan menaburkan segala kemudahan dan janji retorik.

Jalanraya yang di tar akan ditar sekali lagi.... bangunan yang dahpun dirasmikan akan dirasmikan sekali lagi.... pendek kata pelbagai aktiviti dilakukan supaya suasana nampak meriah....

Masa inilah rezeki untuk usahawan...juallah apa saja...pasti laku...

Harga rumah sewa juga akan naik....letaklah berapa sahaja.....

Sewa rumah RM20,000

HULU SELANGOR – Kerancakan pilihan raya kecil Hulu Selangor membawa rezeki melimpah ruah apabila rumah-rumah di kawasan itu disewakan di antara RM4,000 hingga RM20,000 sepanjang tempoh proses pilihan raya berlangsung.

Kadar sewa ditentukan berdasarkan perbincangan antara pihak pemilik dan penyewa bergantung kepada jenis rumah sama ada teres atau banglo.


No comments: