24.4.10

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman Part 9

Kami meneruskan penyelidikan kami ke negeri cik siti wal kembang....

Pengalaman yang kami dapati ialah
1. Ada peneroka yang bertukus lumus memperkayakan diri, pengalaman dan jaminan hidup. Ada yang mengusahakan sendiri ladang kerana merasakan qudrat masih ada...mampu berdikari dan inginkan pendapatan yang lebih besar...malah mereka dapat apa yang diingini. Ada juga menyerahkan kepada felda menguruskan ladang mereka, mereka mendapat imbuhan bulanan, namun begitu, tetap tidak mahu duduk diam dan mengusahakan apa sahaja yang mampu dilakukan untuk menambahkan pendapatan.

2. Ada juga peneroka yang hidup sekadar yang ada, menerima sekadar yang ada. Mereka sama ada pada waktu pagi atau petang bermain dam atau daun terup di kedai kopi... malah ada yang mencerita kpd saya sampai pukul 8-9 malam masih lagi bermain terup di kedai-kedai yang menyediakan. Persoalan yang timbul difikiran ialah adakah ini satu contoh teladan yang baik buat generasi belia yang lalu lalang di kawasan mereka atau tumpang join sekaki.....

Mereka merasakan pendapatan yang dapat dah mencukupi...... lagipun kebun atau ladang diusahakan oleh org lain....

3. Kami perasaan bahawa majoriti peneroka hidup sekadar di TR mereka atau dalam kawasan TR... jadi mereka hanya melihat skop sebegitu.....

Mereka mempersoalkan kenapa TR yang baru tidak dibuka lagi?. Kenapa generasi ke 2 tidak diberi TR yang baru untuk mereka duduk dan hidup senang bahagia? Kenapa F tak beli Tanah - tanah yang ada dan tukarkan kepada TR sehingga ada cadangan yang menyatakan F mampu menguasai Malaysia dgn keluasan TRnya.

Saya pernah terfikir bahawa kalaulah org kampung biasa tahu dan boleh berbicara,, tentulah mereka akan melahirkan rasa jelous dan cemburu dgn peneroka kerana peneroka dapat tanah dalam 6 - 14 ekar sedangkan org kampung mengusahakan tanah sebatang kera.....

Peneroka yang tanam getah mampu capai sehingga 7-8 ribu sebulan sedangkan org kg hanya 800-1000 sebulan. Peneroka yang buat sawit kalau rezeki ok mampu mencapai sehingga 14 ribu sebulan sedang org kg hanyalah beberapa ribu sahaja....

Peneroka ada tanah 6-14 ekar diberi percuma sedangkan org di kg terpaksa beli atau warisi sekadar 2-3 ekar sahaja.....

Anak-anak peneroka dapat mcm-mcm bantuan dan pinjaman sedangkan anak-anak org kg hanya dapat sekadar yang ada....

Tentulah orang kampung akan berkata, kenapa tak puashati lagi?...kenapa nak minta itu dan ini? Org di kampung apalah yang ada sangat, tak de badan special nak tolong mereka......

Namun itu hanyalah bicara org kampung sahaja....... bicara peneroka tentulah berbeza......


3. Satu pengalaman yang kami dapat ialah

a) hubungan kemanusiaan mampu atasi segalanya.... sehinggakan kami jumpa seorang yang tak pegang jawatan apa-apa dalam TR mampu mempengaruhi keputusan JKKKR ...bila nak dilaksanakan....

Beliau seorang yang kalau bercakap terlalu berani cakap lepas dan terlalu konfiden walaupun apa yang dicakapkan itu sesuatu perkara yang tinggi untuk difikirkan oleh peneroka lain.

Melalui perbualan dgn beliau, saya dapati beliau seorang yang suka membawa bahan-bahan yang tinggi, mengambil maklumat tentang sesuatu yang tinggi. walaupun beliau sekadar punya SPM tetapi beliau membaca bahan-bahan yang dibaca oleh CEO sesuatu syarikat. Ada sesuatu yang beliau betul-betul faham dan ada juga beliau sekadar me"quote"kan ilmu/maklumat tersebut tanpa fahami apa yang tersirat disebalik sesuatu peristiwa yang berlaku.

Keberanian beliau berhujjah dgn penuh konfiden menyebabkan beliau mampu berkawan dgn level-level dato'. "Mungkin" beliau baik hati dan banyak menolong orang lain sehinggakan beliau menjadi rujukan peneroka yang lain.

Bila beliau berada di kedai kopi, ramai peneroka mengkerumuninya.

Ada juga yang merisaukan saya ialah kekadang maklumat yang beliau dapat tidak setaraf dgn pemikiran atau daya pemikiran beliau. Jadi beliau mentafsirkan dgn sekadar fahaman yang ada.... kalau tafsiran salah...ianya akan mempengaruhi org yang menghormati beliau menerima tafsiran yang salah itu sebagai maklumat yang betul....

Namun begitu, banyak yang saya pelajari daripada beliau...

"Keperibadian dan personal touch adalah satu senjata yang mampu menegakkan kebaikan"

Akhirnya, saya ucapkan tahniah buat RA-RA kami yang mampu mencari 200 orang peneroka untuk dibanci dalam masa 7-8 jam.... sesuatu pencapaian yang bagus..tidak termasuk lagi responden dari kalangan isteri, anak-menantu dan cucu. Walaupun borang yang perlu diisi tebal tapi kemahiran yang telah digelap sejak pertengahan bulan Februari sungguh mengujakan kami, konsultan - konsultan yang bersama mereka. Malah "pengurus penyelidik" tentulah berbangga....


No comments: