8.4.10

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan dan Pengalaman Part 7

Semasa di Negeri Sembilan, saya secara peribadi berjumpa dgn satu rumah yang daif, penghuninya peramah malah menyatakan bahawa beliau tertunggu-tunggu kedatangan kami bagi memaklumkan situasi kehidupan yang agak tertekan disebabkan satu peristiwa masa silam.

Ayahnya adalah peneroka di situ, selepas ayahnya meninggal dunia, status peneroka ganti diberikan kpd ibu, selepas itu status itu diberi pula kepada adiknya selepas kematian ibu....namun begitu...rumah dan kebun disitu ditinggalkan hampir 12 tahun tanpa sebarang jagaan. Akibatnya rumah asal telah menyembah bumi manakala kebun getah pula tak terjaga dan musnah begitu sahaja...yang tinggal dalam 200 pokok sahaja.

Beliau mengambil alih tugasan itu setelah statusnya ditukarkan kepada beliau....malah suaminyalah orang yang bertukus-lumus membetulkan keadaan yag ditingggalkan...

Yang menjadi masalah sekarang ialah...
1. permohonannya untuk menanam semula pokok yang dah mati itu menghadapi kesukaran walaupun tanah yang masih kosong hampir 7-8 ekar........ beliau dimaklumkan oleh pengurusan supaya perlu mengikuti konsep menanam semula nanti iaitu kena tunggu 10 tahun lagi.....

2. Rumah yang roboh itu telah diganti dgn rumah kecil..itupun bantuan ehsan daripada jiran-jiran dan ketua JKKK/R di situ.

3. Taraf hidupnya dibawah paras kemiskinan sedangkan rata-rata penduduk disitu mendapat pendapatan melebihi 1500.00. Beliau dan suami berusaha membaiki kehidupan tapi bantuan pinjaman susah dapat memandangkan kewangan yang tidak kukuh menyukarkan beliau dipercayai untuk mendapatkan pinjaman....

4. Beliau mendapat bantuan JKM dalam 200 sebulan.

5. Beliau juga berusaha menternak ikan di depan rumah dgn bantuan kewangan sahabat-sahabatnya... beliau nampak seorang yang rajin tetapi keadaan penghalang juga banyak untuk beliau tempohi.....

Yang datang dalam minda saya ialah.. kekadang kita berjumpa dgn orang yang ada potensi untuk membina perubahan tetapi beliau masih baru di TR ini...baru berpindah masuk... beliau belum kuat kuasa networking dan kenal who's who. Dalam proses pembinaan.... sistem marketingnya dan networkingnya baru dalam proses pengolahan......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya kami semua bertolak pula ke Wilayah Perak, menziarahi TR Trolak, Besout dan Behrang...
Penduduknya peramah dan mudah untuk menerima kedatangan kami malah open untuk mengisi atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Ada kawasan yang nampak ceria dan agak moden dgn pelbagai kemudahan disediakan termasuklah ada bank malah ada mesin ATM...jarang-jarang jumpa...malah dikatakan bahawa hanya di situ sahaja yang ada, di TR lagi masih tiada kemudahan itu.....

Apabila kecekapan pengurusan felda TR, ditambah kecekapan JKKK/R dan kehebatan GPW digabungkan sebaik mungkin maka impak sinergi ini akan memberikan impak yang positif dan manfaat yang berpanjangan kepada semua warga peneroka. Maka pelbagai kemudahan yang datang mencurah-curah..... begitu juga senario yang negatif akan berlaku apabila sinergi daripada core group ini tidak kuat atau terpisah disebabkan fahaman dan pemikiran yang berbeza dan pertentangan emosi dilayan.....

ADa satu TR yang kami pergi, rata-rata peneroka membincangkan masa depan TR itu dengan kekuatan belia atau generasi keduanya, mereka meminta felda memberikan tumpuan kepada membangunkan generasi ke dua sebagai pewaris mereka kerana majoriti umurnya dalam lingkungan 40-50 tahun....yang sememangnya layak diberi kuasa untuk mentadbir ladang dan kebun bapa mereka.

Kami jumpa pelbagai potensi diri daripada generasi kedua ini, tapi sayangnya undang-undang menyatakan bahawa yang boleh pegang persatuan disana ialah yang pegang geran atas namanya..... maknanya...selain persatuan belia, generasi pewaris ini (gen 2, 3,4 dan seterusnya) hanya boleh jadi pemerhati dalam mesyuarat JKKK/R atau GPW, suara mereka tidak didengari dan tidak diberi perhatian oleh pihak pengurusan TR sedangkan mereka punyai kuasa untuk memutuskan disamping mempunyai kekuatan fizikal yang masih boleh bekerja........

Jika suara mereka tidak didengari, maka mereka akan beralih kepada individu atau group di luar sana yang sedia mendengar pandangan mereka...sedangkan orang luar tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam felda secara realiti...orang diluar sekadar boleh menabur janji yang fantasi..... orang yang berada di dalam TR lebih mengentahui hakikat situasi dan keperluan mendesak di TR masing-masing....yang mana tentulah berbeza di antara satu tempat dgn tempat yang lain.....

Bersambung.......

No comments: