28.3.10

Jauh Perjalanan,Luas pengalaman Part 6

salam,

Kajian kami diteruskan di TR-TR Negeri Sembilan.

Kali ini kami diuji dgn sikap dan kurang kemesraan penduduknya terutama ketika mengambil kajian di kedai-kedai kopi....

Antara soalan yang ditanyakan kepd kami ketika kami memperkenalkan diri ialah

1."Jadi enciknya SB Feldalah yer?" ** Note : Sb = Special Branch

2. "Encik ni orang astro ke?" Bila di tanya kenapa? Jawapannya: "Saleman astro pakai baju orange!"

Ada yang menyuruh kami duduk di tempat lain dan bukan berhampiran dgn mereka kerana tak mahu mereka disoal dan diberikan soalan berdasarkan format yang telah ditetapkan..

Ada pula yang menyangka bahawa kami ni budak lepasan SPM sahaja...malah ada yang menyangka konsultan-konsultan kami ni budak lepasan graduan yang baru keluar universiti ..yang tak de kerje lain sebab tu terlibat dgn kajian ini....

Majoriti di sini menjadi peneroka tanaman getah... jadi yang rajin akan sibuk ke kebun sampai tengahari....ada yang sambung semula sebelah petang.... yang tak larat akan upahkan orang lain sama ada daripada kalangan peneroka atau buruh indon atau bangla

Namun ada juga yang nampk terlalu relaks.... maybe ada perancangan sendiri.....

Ada Masjid yang kami pergi tidak ramai jemaah solatnya, ada masjid seolah-olah jarang digunakan memandangkan tandasnya yang tak terjaga serta tempat ambil wuduknya pula penuh dgn taik cicak.....

Ada peneroka yang berkata,"sapa pi masjid....dia orang hijau...." Pemikiran kepartian seperti ini perlu dibuang....sapa pi masjid ialah orang yang ingin hidupkan solat berjemaah dan bukan dari parti tertentu........ Solat berjemaah adalah tuntutan fardu kifayah di setiap kg....atau daerah atau kawasan...kalau tak de dibuat...akan berdosalah seluruh penduduknya... Islam berbuat demikian untuk memantapkan ukhuwwah perhubungan persaudaraan di sambil memantapkan keimanan penduduk atau umatnya. Jadi pemikiran bahawa masjid adalah hak milik pihak tertentu perlu dibuang kerana masjid adalah hak milik umat Islam di kawasan itu.

Ada pengerusi JKKK/R tak pi masjid sebab carpet yang dihamparkan di Masjid bukan hasil usahanya...ini lagi parah kerana beliau terlalu melayan sikap "popular sanguine" dalam dirinya. Sikap popular sanguine itu bagus kalau dijaga dan dibajai dengan jalan yang betul.....

Wassalam...................

No comments: