Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah setelah 6 hari di beberapa tanah rancangan F sekitar Kuantan 1, ada 6 TR yang telah kami pergi dan berjumpa dengan warga peneroka sekitar jumlah 1200 orang.
Berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan, kami berbincang, bertukar-tukar pandangan dan mendengar pandangan dan luahan hati warga peneroka bukan sahaja tertumpu kepada kepimpinan di sana malah warga ahli biasa juga terlibat sama.
Kami pergi dari rumah ke rumah mendengar luahan hati mereka sama ada puas atau tidak ke atas setiap persoalan yang dikemukakan malah jika mereka memberikan idea, semuanya akan dicatat demi ingin melihat dalam 50 tahun akan datang, warga F ini akan menjadi contoh terbaik buat komuniti yang lain.
Suka duka sentiasa ada bersama kami setiap kali pergi ke TR ini, kamii melihat keunggulan pemikiran akan melahirkan keunggulan tindakan.
Ada rumah yang begitu cantik dan nampak baru serta moden. Ada rumah yang begitu tidak berubah daripada rumah yang asal ketika warga F masuk. Kenapa jadi begitu?
Tentulah gaya berfikir akan melahirkan gaya tindakan seterusnya melahirkan natijah yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling.
Peranan Institusi peneroka dan peranan institusi pengurusan penting dalam melahirkan masyarakat peneroka yang unggul kontek dan konten pemikiran unggul lagi cemerlang.
Jikalau kami pergi ke TR dn kami melihat keseluruhan pembangunan lengkap dgn struktur rumah yang cantik dan menarik maka kami akan tahu bahawa kawasan itu pernah atau sedang diwakili oleh pengurusan yang unggul dalam pemikiran...begitu juga institusi peneroka yang unggul dalam pemikiran dan memainkan peranan yang bagus dalam memajukan TR itu.
Jika kami sampai ke TR yang kedudukan rumah yang usang, kawasan yang tidak terjaga, masjid yang kurang pengunjung malah infrastrukturnya menyedihkan maka kami fahami bahawa di TR itu ada masalah dengan sistem pengurusan sebelum ini atau sedang berlaku malah peranan institusi peneroka juga boleh dipersoalkan, dicungkil beratnya bebanan yang mereka pikul dalam memajukan TR itu.
Pelbagai rungutan yang kami terima.... namun begitu sebagai trainer atau konsultan, kami sentiasa bersikap pragmatik iaitu mendengar dan meneliti apakah rungutan itu betul atau sekadar beremosi.... setiap apa yang diperkatakan, dipantau dan diselarikan dengan realiti "kenapa, mengapa dan bagaimana".
Ada yang menyatakan ada individu yang tamak jawatan, semua disapunya, dialah pengerusi A, B, C, D tapi tiada di dalam TR, duduk kat luar...akhirnya banyak elaun yang dapat, tapi kerja tak menjadi malah penduduk tak puashati...
Ada yang memuji pengurusan lama dan tak puashati dgn yang baru sebab kurang mesra alam, kurang mesra penduduk, byk program kemasyarakatan tak hadir, kalau hadir pada individu atau kelompok terpilih sahaja.
Ada yang merungut pada microfon dan speaker masjid yang dah usang....sezaman dgn pembinaan masjid.... hanya saf 1,2 dan 3 sahaja yang dengar apa yang diperkatakan oleh imam atau khatib jumaat, yang kat belakang tak dengar langsung. Ini menyebabkan jemaah jumaat tinggal 10-20% yang ada ketika imam membaca kutbah, yang lain tunggu kat luar sambil borak, merokok dan termenung malah hanya 40-50% sahaja yang hadir ketika solat jumaat dimulakan...masiid menjadi kosong..... agaknya terkejut para malaikat melihat situasi itu sedang di TR itu ada lebih 300 buah rumah.....
Ada yang tak puashati dengan perpecahan politik yang melampau....masih ada konsep pulau memulau kerana fahaman politik....kalau buat kat masjid, hanya golongan ini yang datang...golongan itu tak datang. Kalau buat kat balai atau dewan, hanya golongan itu yang datang, golongan ini tak datang pula....kasihan yang tak berpihak kat mana-mana, menjadi mangsa keadaan yang ada.
Tapi ada pula yang menarik pemikirannya kerana katanya, "kami kat sini kalau berpecah fahaman politik hanya 14 hari sahaja iaituu ketika dekat pilihanraya...lepas itu kami berbaik semula....kita nikan melayu...buat apa nak berpecah berpanjangan...rugi melayu nanti...rugi agama kita...nantikang yang untung org lain pula....orang yang atas itu..mereka nampak bergaduh depan TV je, dalam akhbar je..tapi bila ada program, mereka makan dan gelak ketawa bersama....kita yang kat bawah ni yang jadi bodoh sebab nak bergaduh sepanjang hayat kita" Itu adalah luahan yang menarik kami jumpa.... pemikiran melahirkan tindakan.... apa yang difikirkan itulah apa yang diluahkan menerusi tindakan.
Kami juga terdedah kepada beberapa jenis makanan tradisi yang membuka minda dan perut kami untuk merasainya.... terima kasih kepada chef-chef di TR yang masak untuk kami.... dapatlah merasai masakan kampung, masakan makanan tradisi setempat, dapat merasa makan pulut dengan ikan kering.... bubur kacang durian asli tanpa bahan tiruan...
Kami juga dapat menghayati suasana masyarakat setempat, pergi ke tempat yang menarik...ada yang membuat pertandingan di pantai...kaki sapa paling banyak kena pasir putih.....kaki sapa paling gelap warnanya setelah berhujan dan berpanas mencari responden. Sehinggakan ada seorang makcik responden komen...."kasihan yang anak-anak ni...datang berkulit putih...balik berkulit hitam"
TAPI itulah pengalaman berharga kami, mengenali masyarakat dan kehidupan...mengambil pengalaman yang yang baik menghilangkn apa yang buruk...
SESUATU pengalaman berharga yang tidak diajar di Universiti Keilmuan atau Menara Gading....
Minggu depan akan pi cari pengalaman di Wilayah Kuantan 2 pula......

No comments:
Post a Comment