Dari 17 - 19 Mac, Kami meneruskan perjalanan tradisi penyelidikan kami ke wilayah kuantan 2, dari Tasik Chini menuju ke Keratong dan seterusnya ke Selancar.
Banyak juga pengalaman hidup yang diceduk dan dijadikan azimat kehidupan.
Pengalaman pertama kami bermula di Wawa Inn, Bandar Muadzam Shah. Al Maklumlah kami memulakan sarapan pagi pukul 7 pagi di restoran wawa kerana perjalanan kami selepas itu mengambil masa hampir 2 jam sebelum tiba ke destinasi.
Oleh kerana jumlah kami 24 0rang maka di restoren seawal pagi riuh dgn gelak ketawa dan pelbagai cerita dari RA kami.
Sewaktu beratur untuk mengambil makanan yang disediakan.....hanya nasi lemak dan roti yang perlu dibakar sendiri, kami dihampiri oleh pekerja restoren.... maybe...supervisornya....
Lalu dengan suara kasar dan lengguk bahasa yang kasar dan kurang menyenangkan menanyakan "ramai-ramai ni, ada kupon makan?"... seoalah-olah kami semuanya mamak atau minah rempit yang datang restoren nak makan free. sedang kami semua ni tidur dan bermalam di wawa inn berbayar..bukan tidur free.
Namun begitu, pengurus kami dengan lembut hati datang dan menyerahkan kupon yang dipegang olehnya...sejebuk kertas diberikan kpd wanita supervisor ini.....
Suasana menjadi hening, beberapa taiko trainer dan konsultan kami tidak puashati dgn layanan "teramat istimewa ini"
Jadi kami makanlah apa yang ada...makan nasi lemak secukup rasa....makan roti bakar seadanya dan makan hati jugaklah.....
Agaknya pihak pengurusan Wawa Inn terlupa nak adakan Kursus perkhidmatan pelanggan / Customer Services buat semua staffnya atau staff yang berapa di Restoren agar mereka tidak kehilangan pelanggan walaupun hanya satu INN seperti ini di Muadzam...walaupun tiada saingan perniagaan INN orang melayu di sana....
Pada keesokan harinya, kami mengambil keputusan untuk tidak makan sarapan di WAWA INN walaupun kupon masih ada dgn kami..... kami makan di dalam perjalanan menuju ke tempat destinasi yang dituju...makan kat luarlah.... layanan sedikit ok...bahasa sedikit menarik berbanding semalam dan rasa masakan menyelerakan.... boleh makan nasi berlauk dan bukan lagi nasi lemak cili api dan cili telinga.
Pengalaman di Tanah Rancangan F
Apabila kami menjalankan penyelidikan di TR F ini, kami akan berdepan dengan corak pemikiran yang hampir serupa seperti TR sebelumnya yang pernah kami ziarahi. Yang beza ialah bagaimana mereka mengaplikasikan pemikiran ini untuk memajukan Warga TR ini tanpa melibatkan kefahaman politik dan gagasan unrealitik yang sekadar menyedapkan halwa telinga.
Antara pengalaman kami ialah
1. "Apa guna penyelidikan ini, tak de gunanya, duit penyelidikan ini pun diambil daripada duit kami sebagai peneroka... duit bayaran anda sebagai konsultanpun dari hasil titik peluh kami....."
"Kami berusaha teruk-teruk...org pengurusan kat atas relaks je.... dibayar gaji tetap dan bergaji besar.... kami peneroka makan pagi kais pagi, makan petang kais petang... anak tengoklah sendiri... berapa tan aje kami dapat sehari.... nak dapat perahan 20.00 pun sudah yang paling tinggipun 19.5 aje...tupun susah nk dapat......begitulah kehidupan kami ditekan"
"Kami ni daripada kumpulan a**k, kami akan tentang apa yang F buat..... kurang beri kebaikan kpd peneroka"
"Pengurusan hanya beri bantuan dan pinjaman kepada puak mereka aje"
"Yang mana tanam semula dgn mereka, mereka layan.... yang mana tanam sendiri....mereka buat tak nampak aje.."
"GPW tu bukan wat kerja pung, tengok cili kulai yang mereka tanam kat ofis mereka, ada hidup dan maju?" Anak pilah tengok sendiri....cili kulai tak diberi kpd kami tapi banyak dgn mereka sedangkan projek cili kulai tu utk peneroka" (Note: Bila saya pi tengok kat kawasan yang ditanam oleh GPW...cili kulai/cili padinya..hidup subur dan dah keluarkan hasil 9kg..ada dalam bakul.... pada pemikiran saya ialah...yang mengadu tadi mungkin sekadar meluahkan rasahatinya atau sekadar dengar cerita orang lain tanpa melihat dgn mata sendiri)
Itulah antara pengalaman aduan yang kami dapat..... kalau diperhatikan setiap aduan ialah mereka masih meletakkan diri mereka sebagai pemikiran pekerja / hamba(memetik kata-kata Robert T.Kiyosaki), mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai usahawan/peniaga/hidup sendiri dengan potensi kekuatan sendiri.
Mereka hendak dibantu dan diberikan tongkat sepanjang hidup mereka dan sehingga ke anak-cucu.
Kalau dihayati hidup mereka sebenarnya setiap peneroka ini adalah jutawan senyap. Kenapa? . Mereka ada 10 ekar tanah kebun yang di atas nama mereka....(atau dalam proses)...kalau seekar RM20,000 nilainya... Kalau 10 ekar, tentulah RM200,000 telah menjadi hak mereka tapi zaman sekarang dah tentulah nilai satu ekar antara RM40,000 - RM60,000 malah mungkin mencecah RM100,000 maknanya nilai aset dibawah pegangan mereka ialah antara RM400,000 sehingga RM1 juta.....itu baru nilai tanah... tak dikiralagi nilai pokok sawit dan nilai hasilnya....
Itu tak ditambah dengan nilai 1/2 ekar yang mereka duduki sekarang.
Tapi sayangnya pemikiran mereka masih melihat sekitar kehidupan.... mereka masih melihat pendapatan harian dan pendapatan bulanan mereka... mereka belum dibawa ufuk pemikiran untuk melihat dgn lebih jauh lagi....
Kami juga tak salahkan mereka kerana mereka hidup dalam kawasan tertentu dan melihat kepimpinan yang ada setiaphari. Mereka sentiasa berhadapan dengan karenah masyarakat sekeliling. Mereka berdepan dgn karenah kepimpinan TR, mereka berhadapan dengan karenah pengurusan TR di tempat mereka.....
Mereka dijanjikan dengan bahasa-bahasa bombastik yang kadangkala melucukan pemikiran yang waras.....
Antara yang dijanjikan ialah "isu begini/begitu sudah disalurkan kepada PM dan akan dibincangkan di kabinet" atau "akan dibincangkan di parlimen"
.... takkan isu TR ini sampai nak bincang oleh jemaah menteri atau parlimen.... apa tak boleh diselesaikan di peringkat pengurusan TR atai Wilayah atau HQ....
Kekadang peneroka diberi janji manis supaya mereka tak "membebel" tapi apa solution secara praktikalnya.......
Namun begitu, ada juga individu tertentu yang datang jumpa peneroka dan janjikan akan diberi tanah untuk setiap anak sebanyak 2 ekar seorang kalau follow mereka atau follow perjuangan mereka.
Nampak mcm logik dan boleh menyalakan semangat berkobar-kobar tapi jumlah peneroka ramai . Katakan jumlah peneroka 200,ooo orang. kalau satu peneroka ada (katakan) ada 5 anak maknanya jumlah anak peneroka = 1 juta orang. Kalau janji 2 ekar seorang, maknanya kena sediakan 2 juta ekar tanah. Sepanjang tanah kosong yang ada di TR seluruh Malaysia...ada ke tanah seluas 2 juta ekar..... satu janji yang nampak sukar untuk dilaksanakan....tak pasti pula kalau pihak yang berjanji itu telah membuat penyelidikan dan pengiraan yang rasional berdasarkan fakta dan pengiraan nombor atau sekadar lepasan emosi ketidakpuasan hati semata-mata.
Sebelum ini ada satu puak buat (janji) ketika PRU yang lepas, jika memerintah maka anak-anak yang dok "U" atau masuk "U" akan dapat Rm**** dan ibu tunggal akan dapat RM**** tapi bila Allah berikan keizinan untuk menjaga negeri itu serta dianugerahkan dan dimakbulkan akan doa untuk memberikan kepimpinan maka adakah janji itu terlaksana sepenuhnya. Apa yang kami dengar...akhirnya..hanya sebilangan kecil yang dapat... sebilangan besar masih menunggu apa yang diperkatakan sebelumnya.
Kami terfikir adakah janji-janji oleh pihak A, B dan C ini hanya ianya retorik, atau janji kosong.... apa resultnya..... sesuatu yang dicurahkan tapi tidak tertunai...akhirnya disimpan.
Sesuatu yang disimpan terlalu lama,akan menghasilkan gas-gas yang mana boleh meletupkan dgn lebih kuat apabila sampai masanya letupan itu dikeluarkan.
Apakah yang ada dalam pemikiran pekerja/hamba?
Mengikut Robert T.Kiyosaki dalam buku-buku terbitan bahawa pekerja hanya memikirkan tentang
A) Keselamatan
B) Kebajikan
C) Pendapatan secukup untuk hidup sebulan
Berbeza dengan usahawan yang hidupnya membina pekerjaan untuk orang lain, tahu menggunakan semaksimum mungkin peluang yang ada disekeliling mereka, tahu apa itu aset kekal dan apa itu aset berubah-ubah.
Kami suka kalau kami berjumpa dengan usahawan-usahawan peneroka di TR kerana suka melihat pemikiran mereka yang berbeza daripada yang lain dan akhirnya pemikiran ini melahirkan natijah yang berbeza. Apakah natijah itu?
a) Rumah mereka besar dan selesa
b) Mereka ada kenderaan selesa seperti Citra, Exora, Pikup Triton Mitsubishi malah ada yang pakai Merz.
c) Keluarga mereka nampak selesa dgn hiasan tanaman sekeliling yang menawan hati.
d) Mereka tak suka mengomel atau komplen itu dan ini tetapi mereka sentiasa mencari peluang untuk memajukan perniagaan mereka dan mencari peluang-peluang perniagaan yang lain bagi menambah aset-aset mereka.
bersambung....................