21.7.08

Betulkah Teknik SISTEM Kewangan seperti ini?

Saya bertemu kawan lama, kami berbicara tentang Sistem Kewangan Islam.

Kawan saya bertanya. betulkan Sistem Muamalat Islam seperti ini...

Beliau membuat permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 daripada Bank Ar Rahji memandang bank ini adalah bank terbesar di Saudi dan baru memasuki pasaran kewangan Islam di Malaysia. Alhamdulillah pinjamannya diluluskan... tapi....

Proses itu yang menjadi tanda tanya diri beliau.

1. Proses itu lulus melalui telefon

2. Cara lulus ialah

"Encik, tahniah kerana pihak bank telah meluluskan pinjaman encik sebanyak rm15,000. Namun begitu pihak bank tidak memberikan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk barangan....?

Kawan saya kata beliau tergamam buat seketika... mcmanapula dalam bentuk barangan?

"Barangan apa?"

"Barangan susugold"

"Adakah encik hendakkan barangan tersebut atau encik perlukan tunai. Jika encik perlukan tunai encik boleh menjualnya semula kepada syarikat MSK dengan jualan rm15,000 tetapi pihak encik kena membayar rm250 untuk pengangkutan"

KAwan saya kata... "bila pulak aku order barangan itu dan bila pulak aku uruskan pengangkutan itu"... Jawab saya... "pengangkutan alam maya lah ni...."

"Adakah itu cara BAnk AlRajhi membuat urusan untuk dapatkan pinjaman peribadi ini?

Pegawai tersebut berkata (thru telefon) " Ya, encik."

"Adakah encik bersetuju?" Kawan saya kata nak buat macamana, aku perlukan duit itu so aku bersetujulah walaupun dalam hati terasa mcm pelik aje muamalat ini.

"Kalau encik bersetuju, saya akan sambungkan kepada pegawai MSK"

Lalu talian tersebut disambungkan, tapi aku rasa pegawai tu duk sebelah aje dgn pegawai bank tersebut...senang...senang dia sambung dan senang-senang ia putuskan....

So pegawai bank itupun bacalah aqad atau kontraknya.... so aku ikutlah sebab katanya dalam ISlam kena ada ijab dan qabul..... terlepaslah duit RM250 aku hanya untuk pengangkutan alam maya ni ha.....

Lepas tu... duit yang aku dapat jadi RM 14,750. Dan ditolak lagi dengan RM10 - duit setem dan tolak lagi dengan insuran/takaful diri sebanyak RM101.70

Akhirnya... aku dapat RM14,639.30
Lepas tu aku kena bayar bulan RM349 selama 5 tahun iaitu RM 20,940

Soalannya kepada saya dan kepada anda semua...

1. "Betul ke itu cara muamalat Islam......????"

2. "Masa aku ambil dgn Bank Konvensional dulu, bank bagi duit yang aku pinjam setelah ditolak yuran proses, duit setem dan insuran...."

Jadi Saya serahkan kepada anda semua untuk fikirkan adakah ok cara tersebut.......

No comments: