3.3.13

PERJUANGAN MELAYU MUSLIM BERNAMA SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

Thursday, October 25, 2012

Jihad Seorang "Budak Dangau"



* Dangau adalah Dailek Utara bermaksud "pondok kecil" atau "teratak" di kawasan sawah padi, dusun atau ladang (DBP)



Peringatan penting kepada bangsa Melayu supaya berusaha memikirkan jauh di luar kotak (kebiasaan). Jadilah anak bangsa yang mampu bertindak dalam kewarasan akal berbanding mementingkan nafsu sendiri. Sebagaimana Kisah "Budak Dangau" ini. Kisah ini akan terpapar dalam sejarah bangsa ini dan manusia ini (budak dangau) dijadikan idola kepada mereka yang ingin berjaya dalam dunia konglomerat.
"Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur."
Apa yang penting ialah dia masih seperti dahulu. Tidak angkuh dan sombong bila mendapat kurniaan Allah SWT.
Mempergunakan kurniaan ini untuk menjaga agama, bangsa dan negara, walaupun manusia sekeliling tidak menghargainya kerana rasa cemburu membabi buta. Hanya dia satu-satunya manusia Melayu diantara 10 orang terkaya di Malaysia. Laluan hidupnya bukanlah semudah yang kita sangka. Penuh duri dan ranjau. Persoalannya kenapa dia berjaya?

Dia ada misinya tersendiri. Dia masih patuh kepada Maha Pencipta dan sering merendah diri. Dalam pada itu, masih ada suara sumbang yang cuba mengaibkan beliau namun ini tidak mematahkan semangatnya dalam membela anak bangsa seagama dengannya.

Kenyataan-kenyataan negatif berlegar kencang mengenai beliau diterajui oleh MalaysiaKini yang jelas memusuhi Melayu. Beliau dikatakan bakal "miflis" dan meruntuhkan ekonomi negara. Begitu buruk persepsi terhadap beliau. Sesuatu yang amat dahsyat berlaku di belakang tabir. 

Jika bangsa Cina dan India menjadi kaya, tidak mengapa. Tetapi bukannya bangsa Melayu yang pernah dianggap sebagai penduduk negara yang paling "bodoh" dan "malas". Terlebih malang apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang sanggup menjadi "barua" asing untuk menjatuhkan beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia. With involvement in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation, he has a net worth estimated to be US$3.3 billion according to Forbes making him the 6th richest Malaysian.
Kenapa mesti irihati dengannya? Kenapa sebarkan kebencian terhadapnya? Ada tangan hitam sedang cuba mengeruhkan keadaan dan mengharapkan orang Melayu sendiri yang menghalang beliau dari terus cemerlang. Mereka yang bersubahat menghina dan merendahkannya ternyata mengalami kekalutan minda yang cukup parah. 

Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

"Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina
Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.
Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.
Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.
Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.
Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang."
Saya teruja membaca kenyataannya dalan satu temuramah. Ternyata :Budak Dangau ini bukan manusia sembarangan. Mempunyai jatidiri yang amat mengkagumkan. Dia kaya tetapi tidak membanggakan kekayaannya. Itu satu kelainan berbanding orang-orang kaya yang lain. Kita dapat lihat asas perjuangannya bukan berlandaskan budaya politik sempit, malah dia seorang yang berjiwa besar yang sepatutnya menjadi tonggak kecemerlangan emonomi orang Islam Malaysia.

Intisari temuramah adalah seperti diperturunkan di bawah:


Proton, Gardenia dan TS Mokhtar Al Bukhary
mengapa Proton dan Gardenia?
Kempen menghalang kejayaan perusahaan Orang Islam


1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.


4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?

Gardenia
1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.


Proton

1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.


6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.



8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.
9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.


Jihad
1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang berani untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah di bawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.

5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.


Kekayaan TS Mokhtar
1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perlu diingatkan bahawa cukai dan zakat, juga terpakai ke atas beliau.

5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia tohmah. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.



9. Cuba kita lihat mereka-mereka yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN PENTING TS MOKHTAR
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

No comments: