26.3.13

PERGINYA ULAMAK ILMUAN ISLAM KE RAHMATULLAH....


Tokoh Maal Hijrah 2005 meninggal
Kuala Lumpur: Tokoh cendekiawan Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, kembali ke rahmatullah jam 7 malam tadi.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di kuarters Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) di sini.
Allahyarham yang juga Felo Amat Utama ISTAC dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2005 (1426 Hijrah), meninggalkan seorang balu, Mariam Hussin, 65, serta 12 anak berumur 45 hingga 30 tahun. 


Anak Allahyarham, Asma berkata ayahnya meninggal dunia secara mengejut ketika melakukan kerja ilmiah di bilik tidur. 

Rebah atas katil
Allahyarham ketika itu duduk di atas katil menguruskan kitab yang diambil, sebelum rebah. Pasukan paramedik kemudian mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia. 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, selepas solat Zuhur esok (hari ini) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIAM, katanya. 

Beliau berkata, Allahyarham pernah mengalami masalah jantung tahun lalu, selain penyakit darah tinggi. 

Allahyarham yang dilahirkan pada Februari 1943, berasal dari Kampung Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan, terkenal dengan sumbangannya menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam. 

Allahyarham juga membentangkan kertas kerja dalam seminar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa mengenai Islam dari segi akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah, di samping menterjemah buku dari bahasa Arab dan Inggeris. 

Antara bahan ilmiah dihasil dan diterjemah Allahyarham ialah Al-Quranul-Karim; Fathul Mu'in; Peradaban dalam Islam; Memahami Islam; Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi serta Islam dan Kebudayaan.

Allahyarham Pencari Ilmu,
 Kata, Trainer Roslan Abd Hamid,
"Pertama kali kenal dia masa saya umur belasan tahun. Waktu itu dia di Pondok Tal Tujuh. Dia berdikari bawa teksi sambil mengajar agama. Sangat tawadhuk. Dia sama sebaya Prof Tan Sri Kamal Hassan. Kita kehilangan seorang insan ilmuwan gigih dan sentiasa tegas mempertahankan kemurnian akidah ahli sunnahwaljamaah."
Kata Mohd Hassany Hashim,   
Allahyarham pernah berbasikal dan menumpang lori dari Palekbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari buku dan ilmu. Beliau adalah ilmuan tersohor dan ulamak tulen
Kata Dr Rafidah,
Al Fatihah di atas pemergian Ustaz Dr Uthman El Muhammady....beliau adalah seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat saya segani. 

Karya terakhir beliau yang saya baca adalah FALSAFAH AGAMA JOHN HICK - dimana beliau mengulas sejarah dan kepincangan ajaran tokoh yang dianggap nabi Pluralisma itu, dan bahaya pemikiran tersebut yang mula menjangkiti umat Islam. Allahyarham menyiapkan khazanah tersebut dalam masa seminggu di bulan Ramadhan 2012.

Beliau disifatkan seorang pendakwah yang versatil, boleh bercakap di surau2 di perkampungan paling ceruk dengan loghat daerah, sehinggalah kepada menyampaikan ucaptama2 di konvensyen dan seminar antarabangsa dalam bahasa Inggeris mengungkap falsafah Islam. 

Dunia dakwah pasti terasa kehilangannya.

Dr rafidah
 

No comments: