27.3.13

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

 D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: 

“Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.”

D’ALOISIO menunjukkan aplikasi Summly di London semalam. -REUTERS


LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.

Ia dicipta pada November 2012.

Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu:

 “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi

26.3.13

KEHEBATAN SYEIKH RAMADHAN AL-BUTI

Ketinggian ilmu ulama Syria Sheikh Said Ramadhan

TUTUR kata dan keperibadian Sheikh Said Ramadhan dikagumi ramai ulama.


"TIDAK tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Itu pesanan terakhir Sheikh Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, 84, kepada ulama terkenal Yemen, Habib Ali al-Jufri yang menghubungi beliau melalui telefon kira-kira dua minggu sebelum kematiannya akibat serangan nekad pengebom berani mati.

Kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang mengajar anak-anak muridnya di Masjid Eman yang terletak di Damsyik, Syria pada 22 Mac lalu. Serangan tersebut mengakibatkan 42 jemaah terbunuh termasuk beliau.

Ternyata benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah."

Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Sheikh Said Ramadhan sudah mengetahui ajalnya akan tiba yang semua itu merupakan kurniaan Allah kepada hamba pilihan-Nya.

Apa yang pasti, pemergian Syeikh Said Ramadhan pada malam Jumaat yang mulia dalam keadaan al-Quran didakap di dadanya, ditangisi jutaan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Reda terima berita

Bagi Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 44, anak murid kepada Sheikh Said Ramadhan ketika menuntut di Universiti Ulum Islamiyyah di Syria sekitar tahun 1994 hingga 1997, walaupun sedih namun beliau menerima takdir itu dengan reda.

"Secara peribadi saya terkejut mendengar berita pemergian guru kami dalam tragedi tersebut. Tetapi, saya reda. Sheikh meninggal dalam keadaan sangat mulia kerana menegakkan agama Allah iaitu ketika mengajar di masjid.

"Antara keistimewaan Sheikh Said Ramadhan ialah beliau seorang mufaqih Islam. Setiap tutur kata dan pengaruhnya dikagumi dan diambil prihatin oleh ramai ulama dunia Islam. Beliau juga merupakan syeikh mazhab Syafie terkemuka pada tahun 1960-an hingga 1970-an," ujar Zulkifli yang merupakan seorang pendakwah bebas di Malaysia ketika dihubungi Kosmo!.


KETINGGIAN ilmunya membuatkan Sheikh Said Ramadhan sering diundang untuk menyampaikan syarahan di seluruh dunia.


Tambah Zulkifli, beliau pernah bertanya pada anak Sheikh Said Ramadhan, Dr. Tawfik Ramadhan berkenaan ayahnya. Ia lantas dibalas dengan kata-kata: "Di rumah kami ada sebuah bilik khas yang aku tidak pernah melihat ayahku kecuali dalam tiga keadaan iaitu membaca, menulis dan bersolat (berzikir)."

Ketika di Syria, Zulkifli turut berkesempatan berguru dengan beberapa ulama selain Sheikh Said Ramadhan iaitu Sheikh Dr. Wahbah Zuhayli, Sheikh Abdul Latif Marfour dan Sheikh Abdul Rahman Habbannakah. Menurut beliau, guru-gurunya di Syria terbahagi kepada beberapa kelompok.

"Ada antara mereka bersama kerajaan, menentang kerajaan atau memilih untuk berdiam diri. Bagi saya, pendirian Sheikh Said Ramadhan terhadap isu di Syria wajar dihormati kerana beliau lebih memahami keadaan semasa di sana.

"Ia berbeza dengan Mesir. Apa pun, Sheikh Said Ramadhan di akhir hayatnya bersama dengan perjuangan rakyat," tegas Zulkifli sambil berharap umat Islam akan berpegang teguh pada pesanan terakhir Sheikh yang meminta mereka bersatu atas kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Gelaran profesor
Dilahirkan pada tahun 1929 di sebuah perkampungan Ayn Dewar di utara Syria, Sheikh Said Ramadhan merupakan ulama Ahlus Sunah Wal Jamaah (ASWJ) yang bermazhab Syafie terkemuka di negara tersebut.

Beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1955. Sekitar tahun 1960-an, Sheikh Said Ramadhan pernah menjadi tenaga pengajar sebelum dilantik sebagai Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Damascus, Syria.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Undang-Undang Islam juga di Universiti Al-Azhar.

Semasa hayatnya, beliau masih bergelar profesor di Universiti Damascus dan bergiat aktif dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menulis tidak kurang daripada 40 buah buku dalam pelbagai bidang termasuk kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan.
Ketinggian ilmunya terserlah dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. 

Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan penyelidik di Royal Society of the Islamic Civilisation yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah kitab Fiqh Sirah yang menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, Haniff Abu Talib, 24, turut melahirkan rasa sedih di atas pemergian Syeikh Said Ramadhan.
"Kita membesar dengan kitab Fiqh Sirahnya. Takziah kepada seluruh umat Islam kerana kehilangan sebuah permata ummah. Beliau merupakan ulama yang telah mengarang banyak kitab dan kebanyakannya menjadi rujukan utama umat Islam," ungkap Haniff yang turut dipaparkan pada laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Haniff, ulama bukanlah maksum dan mereka mempunyai ijtihad sendiri. Tetapi, inilah yang menyebabkan fitnah ke atas Sheikh Said Ramadhan apabila beliau membela rejim Bashar al-Assad.

SALAH satu program wacana ilmiah yang dihadiri Sheikh Said Ramadhan bertempat di Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sewaktu berkunjung ke Malaysia tiga tahun lalu.


Kunjungan ke Malaysia
"Ia berlaku lantaran kejahilan golongan awam terhadap ijtihad seseorang ulama. Apa pun, ingatlah jasa beliau yang telah meninggalkan banyak ilmunya pada kita," luah anak muda kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Pada tahun 2010, Sheikh Said Ramadhan pernah berkunjung ke Malaysia melalui inisiatif yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Sepanjang berada di Malaysia, beliau sempat menghadiri pelbagai majlis ilmu dan memberi ceramah yang diterjemahkan oleh Zulkifli.
Ini termasuklah mengadakan syarahan perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Wacana Ilmiah: Islamic & Extremism di Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kuliah di Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan program Aplikasi Fiqh Sirah dalam Realiti Semasa di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu, salah seorang ulama Syria, Sheikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi berkata, Allah telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan kemuliaan syahid.

"Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang mujaddid dalam pemikiran dan akidah. Beliau adalah seorang alim rabbani yang berjuang membela Islam dan ASWJ berdekad lamanya di mimbar Damsyik dan kuliah syariah," jelas Sheikh Muhammad Abul Huda.

Beberapa hari sebelum dijemput pulang menghadap Ilahi, Sheikh Said Ramadhan juga pernah berkata: "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas daripada ganjaran ijtihad (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)."

Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh ribuan pengikutnya dan dikebumikan di sebelah makam Salahuddin al-Ayubi yang terletak berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria

PERGINYA ULAMAK ILMUAN ISLAM KE RAHMATULLAH....


Tokoh Maal Hijrah 2005 meninggal
Kuala Lumpur: Tokoh cendekiawan Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, kembali ke rahmatullah jam 7 malam tadi.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di kuarters Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) di sini.
Allahyarham yang juga Felo Amat Utama ISTAC dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2005 (1426 Hijrah), meninggalkan seorang balu, Mariam Hussin, 65, serta 12 anak berumur 45 hingga 30 tahun. 


Anak Allahyarham, Asma berkata ayahnya meninggal dunia secara mengejut ketika melakukan kerja ilmiah di bilik tidur. 

Rebah atas katil
Allahyarham ketika itu duduk di atas katil menguruskan kitab yang diambil, sebelum rebah. Pasukan paramedik kemudian mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia. 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, selepas solat Zuhur esok (hari ini) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIAM, katanya. 

Beliau berkata, Allahyarham pernah mengalami masalah jantung tahun lalu, selain penyakit darah tinggi. 

Allahyarham yang dilahirkan pada Februari 1943, berasal dari Kampung Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan, terkenal dengan sumbangannya menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam. 

Allahyarham juga membentangkan kertas kerja dalam seminar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa mengenai Islam dari segi akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah, di samping menterjemah buku dari bahasa Arab dan Inggeris. 

Antara bahan ilmiah dihasil dan diterjemah Allahyarham ialah Al-Quranul-Karim; Fathul Mu'in; Peradaban dalam Islam; Memahami Islam; Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi serta Islam dan Kebudayaan.

Allahyarham Pencari Ilmu,
 Kata, Trainer Roslan Abd Hamid,
"Pertama kali kenal dia masa saya umur belasan tahun. Waktu itu dia di Pondok Tal Tujuh. Dia berdikari bawa teksi sambil mengajar agama. Sangat tawadhuk. Dia sama sebaya Prof Tan Sri Kamal Hassan. Kita kehilangan seorang insan ilmuwan gigih dan sentiasa tegas mempertahankan kemurnian akidah ahli sunnahwaljamaah."
Kata Mohd Hassany Hashim,   
Allahyarham pernah berbasikal dan menumpang lori dari Palekbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari buku dan ilmu. Beliau adalah ilmuan tersohor dan ulamak tulen
Kata Dr Rafidah,
Al Fatihah di atas pemergian Ustaz Dr Uthman El Muhammady....beliau adalah seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat saya segani. 

Karya terakhir beliau yang saya baca adalah FALSAFAH AGAMA JOHN HICK - dimana beliau mengulas sejarah dan kepincangan ajaran tokoh yang dianggap nabi Pluralisma itu, dan bahaya pemikiran tersebut yang mula menjangkiti umat Islam. Allahyarham menyiapkan khazanah tersebut dalam masa seminggu di bulan Ramadhan 2012.

Beliau disifatkan seorang pendakwah yang versatil, boleh bercakap di surau2 di perkampungan paling ceruk dengan loghat daerah, sehinggalah kepada menyampaikan ucaptama2 di konvensyen dan seminar antarabangsa dalam bahasa Inggeris mengungkap falsafah Islam. 

Dunia dakwah pasti terasa kehilangannya.

Dr rafidah
 

24.3.13

JANGAN AMALKAN AMALAN SYIRIK INI....

Saya dapat dripada blog yang mendedahkan hasil penemuan Anggota Tentera dan Gambar-gambar yang dirakamkan....

Sila bawa petikan - petikan blog yang dikumpul.


http://talkwithhand.blogspot.com/2013/03/harus-terngok-dan-baca-mati-dalam.html


Kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
Ada juga tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila rata2 mereka mati ditembak olih Pasukan Keselamatan Malaysia.
Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
 
Ini yang mereka katakan Jihad apabila mensyirikkan Allah dengan mempercayai tangkal dan azimat kebal? Penceroboh Militan Harus dihapuskan... ada yang menyatakan ini tulisan sifat 20 yang dijadikan azimat.....
 
 

PEMIKIRAN KREATIF DALAM MEMDEDAHKAN KEKALUTAN MAKLUMAT...

Menjelang PRU 13 ini,

Saya suka melihat bagaimana setiap kumpulan yang bertentangan secara upaya memacu pemikiran kreatif, konstrultif, kritikal dan inovatif dalam membina hujah dan dalam membantah hujah serta maklumat yang diterima...

Contoh di bawah cukup cantik dihayati dan difahami....
=========================================

Tergelak MyMassa baca pendedahan Rafizi Ramli.
 
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B. papagomospr1
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
papagomospr2

Baca seterusnya di sini : http://rafiziramli.com/2013/03/papagomo-wan-muhammad-azri-wan-deris-adalah-pengundi-hantu/

Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.

Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?






MyMassa harap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.



Hakikatnya:

Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd
 
 
======================================
 
Itulah caranya  bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong mereka. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.
Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.



PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.

Baca seterusnya di sini : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/03/rafizi-ramli-saya-terpaksa-fitnah-papa.html

MyMassa harap agar pembaca lebih berhati-hati bila mendapat maklumat daripada blog Rafizi kerana bukan kali pertama dia menipu. MyMassa pernah dedahkan penipuannya di sini :

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rafizi-tuduh-umno-bagi-ic-azzimuddie.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-rafiziramli-terlepas-cakap-rahsia.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-dalang-kekacauan-tahun.html

 

================

22.3.13

SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI ANGKARA REJIM BASYAR ASAD!


SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI

Photo: SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI

Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah.

Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.

Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria, beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.

Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.

Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya. 

Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’.
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan.
Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali,tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau
Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah.

Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.

Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria, beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.

Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.

Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya.

Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’.
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan.
Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali,tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau.
======================================
ISU PEMBUNUHAN SYAIKH RAMADHAN AL-BUTI

Berdasarkan video ini semua mangsa cedera di kepala (headshot ), seolah-olah tembakan jarak dekat dan bukannya bom sebagaimana yang diwar-warkan oleh media rejim.

Tambahan pula, jika masjid tersebut dibom, tidak ada kerosakan yang teruk di dalam masjid tersebut. Adakah rejim Basyar sedang merancang sesuatu?
====================================

KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN DALAM ISU PEMBUNUHAN SYAIKH MOHD SAID RAMADHAN AL-BUTHI

Syaikh Muaz Khatib, Presiden Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria (gambar) dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka mempunyai maklumat dan bukti-bukti yang menegaskan bahawa telah mula berlaku perubahan dari segi pendirian Syaikh Mohd Said Ramadhan Al-Buthi terhadap isu di Syria.

Perkara ini juga diakui oleh Syaikh Abul Huda Ya'koubiy bahawa beliau telah merancang untuk keluar Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar. Selepas daripada itu, berlaku pembunuhan (bukannya pengeboman seperti yang dilaporkan media rejim) di masjid Iman, Dimasyq semalam yang membawa kepada kematian syaikh.

Ternyata, ia pasti perancangan licik rejim Basyar.
 ======================================

LAGI BUKTI PENIPUAN REJIM BASYAR

Media-media rejim termasuk media Barat melaporkan bahawa Syaikh Said Ramadhan Al-Buthi terbunuh kerana pengeboman yang dilakukan di masjid Iman semalam.

Sedangkan jika kita lihat di dalam gambar ini, tiada langsung kesan letupan atau kebakaran akibat pengeboman sebagaimana yang dilaporkan. Perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satupun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut.

Kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 20 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan? Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini dalam kebanyakan kes di Syria.

Basyar cuba menipu dunia dengan menuduh mujahidin dalang kepada peristiwa ini.
SEMOGA ALLAH MENGHANCURKAN BASYAR ASAD DAN SEMUA PAKATAN KUNCU-KUNCUNYA DISELURUH DUNIA! 

15.3.13

SEMUA DUNIAKU TERBALIK

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.
FotoBOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’
“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

3.3.13

HUBUNGAN KHILAFAH OTHMANIYYAH DAN ALAM MELAYU

Hubungan Khilafah dengan Alam Melayu: Sejarah yang Disembunyikan

Generasi Sekarang Tidak Pernah Menikmati Indahnya Khilafah?

Syeikh Daud Hamdan (Ulama' Timur Tengah):
“Generasi kini belum pernah saksikan Khilafah yang terap sistem Islam.”
“Khilafah bukan khayalan”
“Buktinya Khilafah wujud selama 13 abad”
“Khilafah pasti wujud masa akan datang”
“Menegakkan Khilafah adalah wajib”




Karl Vick, Wartawan Akhbar Washington Post
Sabtu, Januari 14, 2006;




“Khilafah amat dihormati oleh ramai Muslim. Menurut temuramah yang saya lakukan, Muslim lihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai”


“Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana Muslim ingat kekuatan mereka di zaman silam, lihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa depan.”

Hasil Siasatan Karl Vick

Kerem Acar, tukang jahit di Istanbul. “Saya mungkin tak hidup untuk saksikan Khilafah, & mungkin anak saya pun tidak dapat saksikannya, tetapi cucu saya akan saksikan seseorang isytihar dirinya Khalifah, & ini akan datangkan kesan besar ke atas dunia.”

Ertugul Orel,pemilik kedai pakaian di luar Masjid Aya Sofia, Istanbul, ”Saya harap Khilafah akan muncul sekali lagi kerana jika ada Khilafah semua Muslim akan bersatu.”

Atacan Cinar, pemilik kedai cenderamata,” Semasa Khilafah Uthmaniyah, tidak ada masalah dalam negara Islam“

Ali Bulac, wartawan dan penulis buku,
“Konsep Khilafah masih lagi bergema dalam ingatan masyarakat.”

Ahmet Arslankaya, Turki,”Sesuatu ideologi mesti kekalkan keutuhannya. Matlamat strategik terakhir kita adalah untuk sebarkan pemikiran Islam ke seluruh dunia dan bawa bendera Islam ke Rumah Putih di Amerika.”

Khilafah & Alam Melayu

Persamaan antara Bendera Khilafah & Bendera Alam Melayu
Benderah Kerajaan Turki Uthmaniyyah...



dan dijadikan ilham untuk bendera di Alam Melayu seperti...

....bendera Johor selepas 1865...


..bendera Selangor..


...dan bendera Acheh


Khalifah Umayyah

Muawiyah cuba serang Jawa pada 674M tetapi tak menjadi
Beliau hantar utusan untuk siasat sahaja.
Raja Srivijaya kirim 2 surat kepada Muawiyah & Umar Abdul Aziz, akui kebesaran Khilafah
Muawiyah kirim surat kepada Raja Srivijaya, Lokitavarman, ajak peluk Islam
Khalifah Sulaiman (715-717M) kirim 35 kapal perang ke Sumatera.
Hasil dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717 – 720M) Raja Srindravarman, pengganti Lokitavarman, pada 718M peluk Islam

Kerajaan Hindu Lenyap dengan Bantuan Khilafah

Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam

Kejatuhan empayar Hindu Majapahit tidak akan tercapai tanpa peranan Khilafah Uthmaniyah yang menyekat penjajah Portugis dan kirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.

Kesultanan Melaka

Dari perkataan Arab ‘Mulaqat’ = tempat pertemuan / pusat perdagangan
1471, Sultan Mahmud ke2 (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah.
Khilafah bantu Melaka dengan senjata, askar
Melaka jadi Pusat Dakwah,
Ulamak dihormati di Melaka,
Sultan Melaka aktif menyebarkan Islam.


Portugis Takut dengan Khilafah

1511 Portugis jajah Melaka

1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka.

Portugis hancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyakki akan ke Melaka.

Khilafah Bantu Acheh Lawan Portugis


Acheh ganti Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511

Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh

1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah.

160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk tolong Muslim

1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.

Lebih 300 tahun Acheh terselamat

Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun.

Bila Acheh tidak dapat bantuan Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad 20.

Belanda Ugut Acheh Putuskan Hubungan Dengan Khilafah


Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873
Belanda minta Acheh Putuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah;
& tukar Bendera Acheh –Bintang Bulan– seperti Turki dengan Bendera Belanda.
(Bendera Indonesia sekarang adalah bendera Belanda yang diubahsuai)




Bendera Indonesia..

Hubungan Erat Johor dengan Khilafah

Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata

1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul

1893 – Sultan Abu Bakar lawat Istanbul kali ke2

Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).

Ruqayah ibu kepada Dato’ Onn Jaafar

1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor.
Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar.

Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah

Raja Ali Kelana ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 minta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.

Raja Ali kerjasama dengan Syeikh Ahmad al-Fathani untuk satukan Melayu dengan Khilafah

Misi Raja Ali itu gagal (Khilafah `Uthmaniyyah ketika itu lemah)

Raja Ali lari ke Johor dan dilantik oleh Sultan Johor sebagai Syeikhul Islam sehingga beliau mati pada 1927.

Raja Ali = ulama Riau dan Johor adalah waris kesultanan Riau-Lingga,

Rakyat Negeri Sembilan Sokong Khilafah

1892 – Di Negeri Sembilan, Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas, minta panglima tentera laut Khilafah yang lawat Singapura bantu umat Islam di Tanah Melayu ‘ketepikan Britain’.

Majlis Negeri atas desakan Britain singkir Penghulu Inas.
Britain serba salah untuk hukum Syed Hamid.
Syed Hamid tokoh yang amat penting & Britain tidak berani ambil tindakan drastik ke atasnya.
(J. M. Gullick)

Bendera Khilafah berkibar di Sungai Ujong

Pembesar-pembesar Sungai Ujong, Datuk Kelana & Datuk Bandar gaduh .
Datuk Kelana lawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874, menandatangani persetiaan menerima perlidungan British dan meletakkan Simpang dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.

Datuk Kelana kibar bendera British
Sekumpulan orang kibar bendera Khilafah telah kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah (h. 189, Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya)

10 Oktober 1874, Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British.
Akibatnya Sungai Ujong dijajah British....

Pahang

Julai 1892 – Dato’ Menteri Pahang telah melakukan perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi Britain.

Cecil dakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.
(h. 71, William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press, 1994)

Khilafah Hargai Ulamak Melayu

Syeikh Daud Abdullah al-Fatani
Lahir di Gerisik, Pattani, pada 1133H (1721).
Kerana ilmunya yang mendalam, beliau melayakkan diri mengajar di Masjidil Haram.
Khilafah Uthmaniah lantik beliau jadi Sheikh Haji dan merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan tersebut

1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani

1890an – 1908
Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja

Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.

Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi.

Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama dengan Inggris. Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu (h. 117, Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994). Cubaan itu tidak berhasil. Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia 1908.

Syeikh Wan Ahmad, Hero Melayu Pattani, Selatan Thailand

Syeikh Wan Ahmad (1866-1908M), ulamak Pattani.
Beliau seorang pembesar di Mekah dan orang kepercayaan Khilafah.
Dia bertungkus lumus dengan rakannya untuk sedarkan Muslim dan menyatukan alam Melayu denan Khilafah .

Sultan Abdul Hamid 2 jemputnya datang ke istananya di Turki.

Syeikh Wan Ahmad karang buku tentang sejarah Khilafah Uthmaniyah

Bangsa Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.

Filipina (Abad 18 – 20)

Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) hubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan perangi Sepanyol.

Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul(Rujukan: Cesar Adib Majul)

1904 Riau Minta Bantuan Khilafah

Februari 1904, putera-putera Sultan Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan.

Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu.

Oktober 1904, Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.

Julai 1905, Khalifah minta Ratu Belanda supaya tidak serang Muslim di nusantara tapi ditolak Belanda

Singapura

Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura (1880-1890an) cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah.Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah. Namun,akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah.

Sultan Brunei Minta Bantuan Khilafah Uthmaniyah - 1908



Perang Balkan & Libya Melayu Prihatin

Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro
Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru.

Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.

1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya.

Seruan Khilafah Perang Dunia 1 (1914 – 1917)

Umat Islam di nusantara mendoakan kemenangan Khilafah.

Foto pengisytiharan Jihad:


In November 1914, when the Ottoman Empire had officially entered the war against the Allies, the Sultan had issued a declaration stating that it was a "Cihad-ı Ekber" (the greatest of all wars). This was not enough. It had to be declared as a "Cihad-ı Mukaddes" (holy war), because the Ottoman Sultan was at the same time the Caliph of all the Muslims in the world. This meant that the Muslims of the world should join the Turkish efforts to fight against the "infidels."
The Sheikh-ul Islam, the top religious officer of the Ottoman government, proclaimed the holy war at the Fatih Mosque in Istanbul by reading the "fatwa" (religious decree).


Akhbar dahulu kritik Melayu suka berseronok . Malangnya Melayu hari ini tetap tak sedar Akhbar Melayu kumpul dana untuk Khilafah.

Neracha (1911-1915) yang miliki pembaca hingga ke Indonesia, Makkah dan Kaherah, kritik Melayu yang sibuk dengan pertandingan bola, dan tidak peduli nasib umat Islam.

Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang.

Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul.
Kempen serupa dilancarkan sebelum itu untuk Muslim di Tarablus (Tripoli, Libya) ketika serangan Itali.

Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.

Perang Dunia 1 Khilafah lawan Britain

Bila Perang Dunia 1 meletus dan Khilafah Uthmaniyah bergabung dengan Jerman, timbul kebimbangan di pihak pentadbiran British di Tanah Melayu kemungkinan orang Melayu atas dasar persaudaraan Islam menyokong perjuangan Khilafah.

Kebimbangan pentadbir British ini didasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu terhadap perjuangan Khilafah seperti dipaparkan dalam akhbar-akhbar yang mereka terbitkan.

Britain Sekat Berita Tentang Khilafah

Britain sedar Muslim taat kepada Khalifah.

Britain sekat berita tentang peperangan Dunia Pertama yang menyaksikan Khilafah menentang Britain.

Akhbar Neracha ditutup secara paksa oleh Britain dalam tahun 1915 dan akhbar Tunas Melayu juga ditutup oleh Britain

Penentangan Askar Islam di Singapura - 1915

Februari 1915, askar Islam yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan.
Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah.

815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain.
33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati.

Peniaga Singapura Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah.

Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British:




3 Mac 1924 Khilafah dibubarkan

Fatwa Mufti Brunei:
“Demikian juga orang Islam apabila lebih mirip kepada Barat dengan membuang dan membelakangi agama sendiri dan memilih sekularisme sebagai dasar dan pemerintahan negara sebagaimana berlaku di Turki bilamana perlembagaannya telah memasyhurkan sekularisme sebagai dasar pemerintahan.

Mulai 1924 tumbanglah Khilafah Islamiah.
Mustafa Kamal Ataturk buang undang-undang Khilafah dan gantinya dengan yang baru.
Diambilnya undang-undang dari Switzerland, Itali, dan Jerman.
Bahkan juga kemuliaan dan kehormatan al-Quran juga turut dicabuli dengan merumikannya."

Reaksi Melayu

Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khalafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.

Tok Kenali (1870 – 1933) Berdakwah Bangkitkan Kesedaran




* Dirikan Majlis Ulama Islam Kelantan

* Tok Kenali terbitkan majalah Pengasoh yang melaporkan perkembangan tentang Khilafah dan minta Melayu prihatin terhadapnya

Tok Janggut

Pahlawan Islam, Tok Janggut, lawan Musuh Islam, Britain Tok Janggut digantung setelah diarak di sekeliling Kota Bahru





Sultan Johor hantar 2 wakil ke Persidangan Khilafah 1926

Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas hadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor.

Syed Muhammad Aqil, anak saudara beliau, Syed Ahmad bin Omar dan 2 anak lelaki Syed Ahmad (Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah) hadiri persidangan itu

Jumlah wakil dari Malaya ke Persidangan Khilafah = 6 orang

Pelajar Malaysia Ingin Khilafah Kembali

Jawatankuasa Persatuan Kebajikan pelajar-pelajar Malaysia Al-Difa’ Al-Watani (Pertahanan Kebangsaan) hantar wakil ke Kongres Dunia Islam di Mekah pada 1926 untuk bincang tentang Khilafah, dan

2 wakil bertolak dari Tanah Melayu (William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism)

Sekularisme, Nasionalisme & Patriotisme Hancurkan Perpaduan Umat Islam Seluruh Dunia

1905 – Istilah ‘Tanah Air’ (Patriotisme) diperkenalkan dalam kamus Melayu supaya umat Islam lebih cinta tanah airnya daripada mencintai Islam
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)

Nasionalisme = Bersatu atas dasar bangsa yang samaIa adalah ikatan yang bersifat emosional

Ia tidak manusiawi kerana menimbulkan pertentangan dan perselisihan sesama manusia
Dalam tempoh antara Perang Dunia 1 dan 2, nationalisme Melayu dimasuki ideologi sekularisme dan perpaduan Islam (pan-Islam) hilang
Sumber: Buku bertajuk ‘Malaysia’ karya J. M. Gullick, Ernest Benn Limited, London, 1969

Umat Islam dilalaikan oleh penjajah dengan NASIONALISME, SEKULARISME, Kebebasan
Umat Islam di nusantara berpecah belah kepada beberapa buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand

Tiada siapa selamatkan umat Islam yang ditindas di selatan Thailand & selatan Filipina

Alam Melayu Menuju Khilafah

Kebangkitan Umat Islam drastik di Indonesia


Pasca 11 September 2001 – Amerika serang umat Islam

Penulis Free World Academy dalam artikelnya “FUTURE OF SOUTH EAST ASIA” kata “Sejak September 2001, semangat Islam makin meningkat. Gelombang Islam bertujuan mewujudkan sebuah Khilafah yang perkasa termasuk Indonesia, Malaysia dan kawasan selatan Thailand dan Filipina.”

Selatan Thailand – umat Islam dizalimi

Selatan Filipina – umat Islam diserang

Muslim dibunuh di selatan Thailand
Hanya Khilafah yang boleh selamatkan mereka

Musuh Mahu Melayu Menentang Khilafah ?

Jangan percaya propaganda musuh Islam

Musuh Islam kaitkan Islam dengan pengganas

Sebahagian besar perjuangkan Islam secara aman

Oleh kerana Islam dipaparkan secara negatif, ramai beralih ke sekularisme

Musuh Islam takutkan Muslim supaya jangan kembali kepada Islam dan lupakan sejarah

Taktik Musuh: Muslim dilekakan dengan cara hidup Barat

Ramalan Agensi Perisikan Amerika, CIA

Laporan ‘Mapping The Global Future’ oleh National Intelligence Council, agensi CIA
Khilafah akan tegak semula pada 2020 (ada kaitan dengan Wawasan 2020???)

Khilafah akan cabar Amerika

Alam Melayu akan diperintah oleh Khilafah

Lee Kuan Yew Berwaspada?

Lee Kuan Yew kata pada Disember 2002 bahawa 100 kumpulan Islam “mahu tegakkan Khilafah yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura”

Nabi Berjanji Khilafah Akan Tegak Tapi Muslim Mesti Rajin Berdakwah

Hadis :
“…kemudian Dia akan menaikkannya kemudian menurunkannya; kemudian akan muncul khilafah rasyidah yang sesuai kaedah kenabian, kemudian dia (nabi SAW) diam." (Musnad Imam Ahmad 4/273).

Kesimpulan

Peranan Khilafah dalam alam Melayu dalam banyak buku sejarah diabaikan malah kadangkala diselewengkan

Sejarah Alam Melayu di bawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah berjalan selama 1300 tahun lamanya

Penyatuan umat Islam bukan khayalan atau mimpi kerana Allah dan RasulNya berjanji ia akan jadi kenyataan

Melayu tidak akan berjaya jika ketepi Islam

Pertahankan Islam jika Islam difitnah

PERJUANGAN MELAYU MUSLIM BERNAMA SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

Thursday, October 25, 2012

Jihad Seorang "Budak Dangau"



* Dangau adalah Dailek Utara bermaksud "pondok kecil" atau "teratak" di kawasan sawah padi, dusun atau ladang (DBP)



Peringatan penting kepada bangsa Melayu supaya berusaha memikirkan jauh di luar kotak (kebiasaan). Jadilah anak bangsa yang mampu bertindak dalam kewarasan akal berbanding mementingkan nafsu sendiri. Sebagaimana Kisah "Budak Dangau" ini. Kisah ini akan terpapar dalam sejarah bangsa ini dan manusia ini (budak dangau) dijadikan idola kepada mereka yang ingin berjaya dalam dunia konglomerat.
"Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur."
Apa yang penting ialah dia masih seperti dahulu. Tidak angkuh dan sombong bila mendapat kurniaan Allah SWT.
Mempergunakan kurniaan ini untuk menjaga agama, bangsa dan negara, walaupun manusia sekeliling tidak menghargainya kerana rasa cemburu membabi buta. Hanya dia satu-satunya manusia Melayu diantara 10 orang terkaya di Malaysia. Laluan hidupnya bukanlah semudah yang kita sangka. Penuh duri dan ranjau. Persoalannya kenapa dia berjaya?

Dia ada misinya tersendiri. Dia masih patuh kepada Maha Pencipta dan sering merendah diri. Dalam pada itu, masih ada suara sumbang yang cuba mengaibkan beliau namun ini tidak mematahkan semangatnya dalam membela anak bangsa seagama dengannya.

Kenyataan-kenyataan negatif berlegar kencang mengenai beliau diterajui oleh MalaysiaKini yang jelas memusuhi Melayu. Beliau dikatakan bakal "miflis" dan meruntuhkan ekonomi negara. Begitu buruk persepsi terhadap beliau. Sesuatu yang amat dahsyat berlaku di belakang tabir. 

Jika bangsa Cina dan India menjadi kaya, tidak mengapa. Tetapi bukannya bangsa Melayu yang pernah dianggap sebagai penduduk negara yang paling "bodoh" dan "malas". Terlebih malang apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang sanggup menjadi "barua" asing untuk menjatuhkan beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia. With involvement in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation, he has a net worth estimated to be US$3.3 billion according to Forbes making him the 6th richest Malaysian.
Kenapa mesti irihati dengannya? Kenapa sebarkan kebencian terhadapnya? Ada tangan hitam sedang cuba mengeruhkan keadaan dan mengharapkan orang Melayu sendiri yang menghalang beliau dari terus cemerlang. Mereka yang bersubahat menghina dan merendahkannya ternyata mengalami kekalutan minda yang cukup parah. 

Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

"Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina
Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.
Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.
Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.
Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.
Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang."
Saya teruja membaca kenyataannya dalan satu temuramah. Ternyata :Budak Dangau ini bukan manusia sembarangan. Mempunyai jatidiri yang amat mengkagumkan. Dia kaya tetapi tidak membanggakan kekayaannya. Itu satu kelainan berbanding orang-orang kaya yang lain. Kita dapat lihat asas perjuangannya bukan berlandaskan budaya politik sempit, malah dia seorang yang berjiwa besar yang sepatutnya menjadi tonggak kecemerlangan emonomi orang Islam Malaysia.

Intisari temuramah adalah seperti diperturunkan di bawah:


Proton, Gardenia dan TS Mokhtar Al Bukhary
mengapa Proton dan Gardenia?
Kempen menghalang kejayaan perusahaan Orang Islam


1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.


4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?

Gardenia
1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.


Proton

1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.


6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.



8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.
9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.


Jihad
1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang berani untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah di bawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.

5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.


Kekayaan TS Mokhtar
1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perlu diingatkan bahawa cukai dan zakat, juga terpakai ke atas beliau.

5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia tohmah. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.



9. Cuba kita lihat mereka-mereka yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN PENTING TS MOKHTAR
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.