13.4.11

Subliminal Message - Message yang kalau tak terkawal merosakkan minda..

Baik & Buruk ‘Subliminal Message’

Filed under: Ilmiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Topik minggu ini merupakan ulasan lanjutan dari post lepas. Alhamdulillah. Rata-rata kita lihat begitu ramai yang tertarik untuk mempelajari ilmu minda ini. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap ilmu ini maka terdapat banyak tawaran yang diberikan dalam bentuk kursus dan buku-buku. Pelbagai teknik dan teori didedahkan dalam pembelajaran ilmu minda ini. Walaubagaimanapun, masyarakat dinasihatkan jangan terlalu ghairah dengan ilmu ini. Untuk mengelakkan daripada tersalah guna atau salah faham dalam mempraktikkannya adalah lebih baik dinasihatkan anda berguru.

Minda sangat sensitif, oleh yang demikian kita mesti benar-benar kenal terlebih dahulu akan sifat minda itu sebelum boleh menggunakan kuasanya dengan optimum. Namun sekiranya kita tersalah program adalah dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang besar akan berlaku dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari adalah hasil daripada pemikiran yang kita terima melalui minda. Minda merakam semua perkara yang kita lihat, dengar, cakap, baca dan fikir. Perkara ini diprogram dan disimpan sebagai fail kekal di dalam minda. Apabila tiba masa yang sesuai atau keadaan perlu, minda akan menggunakan program yang disimpan untuk kehidupan.

Disebabkan oleh keadaan ini, maka kita perlu berhati-hati dalam menelusuri kehidupan seharian. Minda boleh menangkap apa yang tidak kita nampak dengan mata kasar atau dengar dengan telinga kasar. Inilah antara kekuatan minda yang telah dimanupulasi oleh manusia untuk mempengaruhi masyarakat tanpa sedar. Hal ini telah mengakibatkan banyak terjadinya gejala-gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat. Adakalanya teknik ini juga digunakan untuk memesongkan akidah seseorang. Teknik yang digunapakai ini banyak mengakibatkan kerosakan diatas muka bumi. Walaubagaimanapun teknik ini boleh juga digunakan kearah kebaikan dan membantu untuk mecapai kejayaan. Teknik ini dikenali sebagai ‘Subliminal Message’

Apa itu subliminal message? Ia adalah satu teknik yang mampu mempengaruhi seseorang tanpa mereka sedari. Teknik ini dilakukan dalam bentuk tulisan atau bunyi. Namun begitu ia tidak dapat ditangkap dengan jelas oleh mata kasar atau pendengaran biasa, ia hanya mampu ditangkap oleh saraf halus yang terdapat pada mata atau lebih dikenali sebagai ‘Optical Brain’. Teknik ini banyak digunakan oleh pihak musuh untuk melemahkan minda anak-anak muda khususnya dan masyarakat umumnya.

Contoh ‘Subliminal Message’ yang negatif


Lihat betul-betul bentuk pokok kelapa. >Lagi gambar dan info ’subliminal message’<

Apabila seseorang itu melihat sesuatu benda atau objek atau tulisan secara tidak langsung dengan kerap maka saraf optiknya akan merakam objek tersebut lalu dihantar sebagai message kepada minda separa sedar. Sekiranya perkara ini berlaku setiap hari secara berulang-ulang maka ia akan menjadi program kekal di dalam mindanya. Tatkala tiba waktu yang sesuai, program ini akan dikeluarkan dan digunapakai dalam kehidupan. Saya ada menceritakan tentang ‘Subliminal Message’dalam animasi di post yang lepas. (>KLIK SINI< untuk baca post lepas yang bertajukAnimasi, Anak-anak Kita dan ‘Subliminal Message’)

Rasulullah dan ‘Subliminal Message’

Disebabkan oleh hal demikian maka Rasulullah sendiri mengambil pendekatan dengan membuang semua benda yang ada bentuk salib di dalam rumah baginda. Ini bukan disebabkan kerana baginda membenci atau memusuhi agama lain. Demi kebenaran dan mengelakkan fitnah, baginda juga mengelakkan ‘subliminal message’ ini terjadi dan mempengaruhi orang yang melihatnya. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud:.

“(Rasulullah saw) tidak meninggalkan di rumahnya sesuatupun yang berbentuk salib kecuali dia akan mematahkannya.” (Abu Daud 4139, buku 27. Hadis Sahih).

Subliminal message ini juga dapat dilihat dengan dalam gerakkan solat dan doa. Subhanallah

==============================

Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku?

Mari kita lihat antara contoh filem animasi terbitan mereka yang sangat hebat pendidikan di dalamnya tetapi pada masa yang sama menceroboh minda anak-anak kita dengan perkara yang diluar sangkaan. The Lion King, adalah satu filem animasi yang sangat hebat, di dalam filem itu diajarkan banyak perkara tentang kehidupan, setiakawan, berjiwa kental, sayangkan keluarga, malah terlalu banyak sehingga bukan sahaja anak-anak mengkaguminya tetapi orang dewasa juga amat terpengaruh dengan cerita tersebut.

Dalam keseronokkan menonton rupa-rupanya minda kita diceroboh dengan perkataan-perkataan yang merosakkan, tanpa disangka mereka menyelitkan beberapa unsur yang tidak baik di sebalik setiap frame cerita. Di bawah ada saya sertakan video youtube untuk pembaca melihat sendiri bagaimana penerbit ini secara diam merosakkan akhlak penonton tanpa disedari. Mereka menggunakan teknik yang dikenali sebagai “Subliminal Message”.

Apa itu Subliminal Message?

Subliminal Message merupakan isyarat atau message yang ditanam dengan cara atau medium berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar.


Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat. InsyaAllah dalam Seminar Percuma, kami akan dedahkan lebih lanjut tentang pengertian subliminal message ini.

Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message ini, ia mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka samada di televisyen atau panggung wayang. Jadi sebagai ibubapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar.

Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.

Subliminal Message dalam bentuk gambaran lucah

Manakala ibu-ibu pula menggunakan cara ini untuk mengkhayalkan anak-anak mereka dengan tujuan tidak mengganggu tugasan ibu-ibu. Sepatutnya ibu-ibu tidak mengambil perkara ini sambil lewa kerana ia melibatkan masa depan generasi baru. Sebab itu ramai anak-anak kita runtuh akhlaknya, lembab pemikirannya, dan banyak lagi sifat yang negatif lahir daripada sikap sambil lewa ini.

Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakyah agama lain untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.


1 comment:

Mummy & Papa haris said...

Saya sangat setuju dengan pernyataan dan artikel yang di tulis ini. Namun jika topik ini diutarakan kepada rakan-rakan untuk dibincangkan, ramai yang menganggap bahawa kita terlalu paranoid dan terlalu mengambil berat perkara kecil ini. Moral of the story, ibu bapa perlu memperkayakan ilmu sendiri dan membuka hati dan minda untuk melihat lebih jauh serta lebih halus. Jangan terlalu bersangka baik terhadap semua yang di bawa dari barat. Ada juga yang menyatakan bahawa kita terlalu terpengaruh dengan teori konspirasi.
Terpulang pada individu bagaimana mereka melihat. Tapi, perlu ditegaskan, komen dan pendapat tanpa ilmu adalah umpama tin kosong. Dan orang sebegini dapat dikesan apabila kitan mendengar cara mereka bercakap dan berhujjah.

Just my 2 cents.