8.1.11

Kreativiti Pada Kajian Sains.....Simen Telus...

Firma Itali cipta simen telus



PENCAPAIAN ARKITEK...ruang pameran Itali di Ekspo Shanghai di China tahun lalu satu-satunya dibina menggunakan simen telus setakat ini.
PENCAPAIAN ARKITEK...ruang pameran Itali di Ekspo Shanghai di China tahun lalu satu-satunya dibina menggunakan simen telus setakat ini.

ROME: Sekumpulan arkitek berjaya mencipta ‘simen telus’ yang membolehkan cahaya masuk menerusi bahan binaan itu dan menjadikan dinding sesebuah bangunan seperti tingkap gergasi.

Bahan itu - dinamakan sebagai i.light - mempunyai banyak lubang halus bagi membolehkan cahaya melaluinya tanpa menjejaskan keteguhan struktur.


Perbezaan konkrit itu hanya dapat dikesan jika ia dilihat dari jarak dekat apabila ada liang seluas dua hingga tiga milimeter padanya.

Pada hari cerah, persekitaran dalaman bangunan diperbuat daripada simen itu seperti disinari lampu pada dinding dengan sebahagian daripada cahaya matahari disaring bagi mengelakkan terlalu terang.


Simen itu dihasilkan dengan campuran sejenis damar khas oleh syarikat Itali, Italcementi.


Setakat ini i.light hanya pernah digunakan sekali - bagi membina tapak pameran Itali di Ekspo Shanghai di China, tahun lalu.

Bahan itu dikatakan menarik perhatian banyak pihak kerana mampu menjimatkan penggunaan elektrik.


Italcementi menggunakan i.light pada 40 peratus daripada bangunan pameran setinggi 18 meter itu, atau 3,774 panel telus dan separa telus dengan jumlah berat keseluruhan 189 tan.

Bagi setiap panel, ada kira-kira 50 liang halus bagi membolehkan 20 peratus cahaya melaluinya berbanding 10 peratus pada panel separa telus.


Sebelum ini, ada pengeluar menghasilkan bahan hampir sama menggunakan kabel gentian optik, tetapi menurut Italcementi, i.light jauh lebih baik daripada produk itu.


Pengarah Inovasi Italcementi Group, Enrico Borgarello, berkata ‘simen telus’ itu menggunakan damar plastik yang lebih murah berbanding gentian optik.


“Tambahan pula kemampuan i.light ‘menangkap’ cahaya jauh lebih baik kerana ia memiliki sudut visual yang lebih lebar,” katanya. Ketika ini, belum dapat dipastikan sama ada i.light akan dipasarkan di seluruh dunia. - Agensi

No comments: