2.1.11

CERITA REMAJA MELAYU SABAN TAHUN DI AWAL TAHUN BARU...

kosmo.com.my
SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.


AMPANG - Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.

Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.

Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.

===================

Mat rempit terjun sungai tinggal kekasih elak dicekup


2011/01/02

IPOH: Seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke Sungai Kinta semata-mata mahu melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Sultan Idris Shah, di sini sempena Ops Ambang Tahun Baru dan Ops Mabuk, awal pagi semalam.

Tindakan lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia sebaya terpaksa disoalsiasat polis.

Selain terjun ke sungai, ada beberapa pengguna jalan raya kebanyakannya penunggang motosikal sanggup menentang aliran trafik, tercekik topi keledar disebabkan panik dan bergelut dengan anggota polis semata-mata untuk melepaskan diri daripada kepungan atau sekatan polis.

"Malah, empat penunggang dan pembonceng termasuk satu pasangan berusia lingkungan 20-an turut ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan," katanya kepada pemberita selepas tamatnya operasi itu".

Beliau berkata, Operasi Mabuk yang dijalankan bermula jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi pula berjaya menahan 10 individu terdiri sembilan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

"Mereka ditahan di beberapa lokasi sekatan jalan dan ujian alkohol dijalankan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

======================================

Wanita bawa anak ke hotel untuk buat maksiat


2011/01/02

KUALA LUMPUR: Untuk mengaburi mata orang ramai, seorang wanita tempatan membawa anak lelakinya berusia dua tahun ke sebuah hotel bersama seorang lelaki warga Bangladesh kononnya untuk menunjukkan mereka seolah-olah satu keluarga padahal lelaki berkenaan baru saja dikenali di Dataran Merdeka ketika menyambut Tahun Baru, malam kelmarin.

Difahamkan, wanita terbabit sanggup mengunci anaknya itu dalam bilik air ketika dia pula memadu asmara dengan lelaki Bangladesh berkenaan"

Ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu bilik hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, kira-kira jam 4 pagi semalam, wanita berusia 40-an terbabit bertegas mereka suami isteri sah, namun gagal menunjukkan sijil akuan nikah.
Sumber JAWI berkata, wanita berkenaan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang sebaliknya hanya ingin melepaskan rasa penat selepas bersiar-siar di Dataran Merdeka, malah sebelum itu mendakwa bayi berkenaan adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu.

“Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku dia baru mengenali lelaki Bangladesh itu beberapa jam sebelum tahun baru,” katanya.

Di hotel berasingan, kesanggupan sepasang kekasih, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun datang dari Sabah semata-mata untuk menyambut Tahun Baru dan memadu asmara berakhir dengan kisah memalukan apabila dicekup JAWI atas kesalahan bersekedudukan.

Dua pasangan itu antara 20 orang yang ditahan JAWI kerana bersekedudukan dalam bilik hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda Aziz dan Jalan Raja Laut dalam operasi khas sempena sambutan Tahun Baru 2011. Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Turut ditahan, lapan lelaki dan wanita kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

====================

TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.

Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.

Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.

“Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.

Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi.

No comments: