Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam
PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.
Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.
Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.
syukran atas perkongsian kedua-dua belah pihak..ana x mahu mengatakan yg mana benar atau sebaliknya...tp ini menunjukkan perkara positif apabila perkara2 seperti ini dikaji dan diperdebatkan dgn cara berhikmah..semoga akan lahir ramai dai'e yg berdakwah dan menasihati antara satu sama lain...
(1)
Terima kasih kerana memautkan link ke artikel penolakan saya tersebut.
Maaf sekiranya ayat-ayat yang saya gunakan di link tersebut adalah keras. Ianya adalah keras yang disengajakan, melihat kepada beratnya dakwaan yang dikemukakan, beratnya penyelewengan yang ada dan beratnya kesan yang boleh ditimbulkan.
Saya sendiri berpengalaman menjadi "penggiat" teori konspirasi beberapa tahun yang lampau, sebelum "pencen" kerana, tentulah, ianya endless.
Kecacatan gerakan teori konspirasi akhir-akhir ini saya letak kepada dua - penggerak dan pengikut.
Penggerak teori konspirasi zaman sekarang ini, lebih mengutamakan "sensasi" daripada kesahihan berita yang diwar-warkan. Sudah tidak wujud penghargaan terhadap ilmu, sebaliknya semuanya dianggap mudah.
Video tersebut, contohnya, membicarakan mengenai ilmu arkeologi sedangkan pembuat video tersebut tidak mengetahui pun ilmu arkeologi! Penulis teori konspirasi membuat cerita mengenai H1N1, tetapi penulis tersebut sendiri malas mengkaji mengenai ilmu biologi H1N1!
Tanpa background yang kukuh, masakan mungkin artikel yang ditulis menjadi artikel yang bermanfaat.
Cuba lihat tokoh-tokoh konspirasi yang terkenal. Noah Chomsky, contohnya, sentiasa melampirkan bukti-bukti bertulis apabila membongkarkan penipuan kerajaan Amerika Syarikat. Pendek kata, "He knows what he's talking about!"
Berkonspirasi mengenai evolusi. Apabila saya tanyakan apa 2 prinsip asas evolusi pun tidak tahu, bagaimana orang nak percaya artikel yang ditulis?
(2)
Itu dari segi penggerak. Aspek kedua, dari segi pengikut.
Ada ramai penggerak konspirasi yang bagi saya bertahap "moderate", mereka sentiasa berlapik dalam berkonspirasi dan sentiasa merendah diri. Namun yang jadi masalah, adalah para pengikut yang sering taksub dengan penggerak dan apa yang dikonspirasikan.
Pernah saya terjumpa, pengikut konspirasi yang mencaci maki seorang tokoh Islam kerana dikaitkan dengan konspirasi. Diedit gambarnya, diletakkan tanduk dan sebagainya. Sayang, jumpa konspirasi, akhlak hilang.
Begitu juga, apabila sikap masyarakat kita yang ENGGAN MENGKAJI. Semuanya menerima bulat-bulat apa yang diceritakan. Sedangkan Allah sendiri menyuruh kita menyiasat sebarang berita yang diterima. Sedangkan Allah sendiri yang menyuruh kita agar berlaku adil, walaupun terhadap kaum lain. Sedangkan Allah sendiri yang menyuruh kita bertanya kepada Ahlazzikri (orang yang berpengetahuan), sekiranya kita tidak mengetahui. Sedangkan Allah sendiri menyuruh kita memBACA, wahyu pertama yang diturunkan.
Wahai penggerak2 konspirasi - latihlah pengikut2 anda untuk mengamalkan perkara2 yang ALLAH suruh diatas terlebih dahulu, sebelum anda menyogok mereka dengan adrenaline dan artikel-artikel yang sudah pasti mereka enggan mencari kesahihannya!
Akhir kata,
Bagi saya, adalah tidak bermanfaat untuk kita menghabiskan masa dengan teori konspirasi ini. Jika alQuran dan Sunnah itu sudah difahami sebetulnya, akidah kita sudah lurus dan jelas, maka kita tidak perlu takut pun terhadap konspirasi. Datanglah konspirasi Freemason ke, Illuminati ke, Yahudi ke, NWO ke, WWF ke, kita tetap akan terjaga akidah, inshaAllah.
Dengan syarat, akidah yang lurus dan jelas berdasarkan alQuran dan Sunnah.
Atas sebab itulah, Abu Bakar AsSiddiq dan Umar AlKhattab tak perlu tahu pun mengenai konspirasi-konspirasi ini. Namun iman mereka jauh, jauh lebih mantap daripada kita.
Atas sebab itulah, dalam sebuah peristiwa, sahabat nabi terkenal Mughirah pernah berkata bahawa beliau adalah orang yang paling banyak bertanya mengenai dajjal
Kenapa Nabi berkata sedemikian? Kerana iman Mughirah sudah mantap. Akidah Mughirah adalah akidah yang suci, bersih.
Luruskanlah akidah kita. Nabi berpesan dalam menghadapi fitnah dajjal, antara amalan yang disarankan adalah melazimi surah Al-Kahfi.
Surah Al-Kahfi itu sendiri, ditafsirkan oleh Syeikh Qutb dalam Fi Zilalil Quran, mengajak umat Islam untuk tashih aqidah (memperbetulkan aqidah), tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap), serta tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar). Laksanakanlah ketiga-tiga ini, inshaAllah kita akan terlindung dari fitnah dajjal.
Sekian, wallahua'lam. Wassalam. kepada Nabi. Namun baginda s.a.w berkata kepada beliau: "Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu." (maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim).
Para pembaca dijemput membaca penulisan lama saya di sini:
Sikap Intelek Dalam Menghadapi Artikel Konspirasi
Sikap Umat Islam Zaman Sekarang
klu semuanya yg tak syok untuk kite terima kite fikir konspirasi pon masalah jugak..manusia!!
hemmmm dah lame dah ade blog yg tuan share kan ni..saye pon dah lame megikuti dorang...bukan senang pejuangan dorang ni....berape kali blog dorang pernah di band...& terus berusaha di blog lain....kalau boleh kepada semua bloger2 masukan juge di blog2 korang semua maklumat yng penting biar senang sikit maklumat sampai kepada semua umah islam :) sharing is carring
Bro leokid, ak tak stuju tang hg kata "tidak bermanfaat untuk kita menghabiskan masa dengan teori konspirasi ini"... "Atas sebab itulah, Abu Bakar AsSiddiq dan Umar AlKhattab tak perlu tahu pun mengenai konspirasi-konspirasi ini. Namun iman mereka jauh, jauh lebih mantap daripada kita."... teori konspirasi adalah satu CARA utk mengembalikan umat Islam ke jalan yg spatutnya. ianya adalah CARA, dan apabila anda menidakkan satu CARA ini, maka sy sedih dgn sikap anda. seolah2 anda nak sume org ikut CARA anda shj.
sy adalah seorg 'mangsa' teori konspirasi yg anda kata, dan alhamdulillah sy mula kembali berjinak2 dgn agama. skarang ni yg sbetulnya kita cuba meningkatkan mutu pengemukaan teori konspirasi supaya tampak lebih ilmiah, tetapi apabila anda ego nak sume org tolak slh satu cara utk menyedarkan umat Islam. harap leokid dpt buang ego skit
perlu ke kritik peribadi org? yg penting ilmu yg disampaikan masing2 bleh ambil manfaat darinya. harap kedua2 belah pihak saling bkerjasama dan berlapang dada dlm sbarang khilaf. org umum masih ramai yg perlukan ilmuan2 mcm korang.
kpd saudara/saudari Anonymous yg x setuju dgn pndapat leokid...rilex la,kita negara demokrasi kot,semua org ada hak nk menyuarakn pndapat dn sbnrnya sy sependapat dgn leokid...mmg kdg2 tak bermanfaat...bkn ke beribadah lg bermanfaat dr kte nk bincag pasl hal konspirasi ni???kalo pahala lom trase cukup jgn la sibuk dok bogkar konspirasi(asif kalo trase)...tepuk dada tnye la iman kn...niat x meghalalkn cara...kalo niat btol tp cara x kne pon susah gak...ape2 pon pray your prayers,insyALLAH He show you the way...
yang utama adalah agar semua umat Islam berwaspada dan tidak leka dengan perkara2 maksiat hinggakan lupa yang matahari naik di sebelah barat nantinya...saat itu nanti semuanya sudah terlambat..
Sekurang2nya perkongsian sebegini boleh juga mengingatkan semua mengenai kemunculan Hari Kiamat dan persediaan kita bagi menghadapinya.
Konspirasi atau bukan atau apa2 saja..yang penting kita perlu sentiasa bersedia untuk berjumpaNya nanti...
wallahualam...
Kepada Saudara Leokid.sy ingin ulangi skali lagi apa yang di tulis oleh salafus-sholih.
"mengapakah terdapat orang-orang yang akan menolak dan melawan maklumat-maklumat sebegini secara mentah-mentah? Mengapa mereka menyerang anda?"
1. Dari sudut pandang psikologi, maklumat ini bukan senang untuk dihadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya. Dan sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.
2. Masalah kesombongan, iaitu dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan kamu. Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.
3. Pada kebanyakan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka juga tidak mahu menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.
4. Kamu perlu faham, kebanyakan orang-orang di sini tidak bersedia untuk menerima kebenaran. Dan kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara sistem ini? Media!
kehidupan kita ini ibarat kapal yang ingin berlayar ke destinasi(akhirat). ilmu tentang penjagaan,dan pengendalian kapal(agama) perlu di timba dan diamalkan supaya kapal tidak tenggelam dalam lautan(dunia). tapi dlm masa yang sama, kita masih memerlukan Lautan utk sampai ke destinasi(akhirat)
- sikap anda seperti menolak sehabis2 nya ilmu dunia..dan sy pasti anda sendiri pun xtahu samada perkara2 mengenai freemason,illuminati,lucifer,nazi,konspirasi zionis itu tidak benar. jika betul anda mengatakan ia tidak benar, maka anda percaya lah tentang UFO,kejadian 11 september 2001 adalah perbuatan orang islam, zionis itu dtg dari 100% penganut yahudi, lagu lady gaga itu tiada apa2 maksud tersembunyi, simbol simbol pemujaan syaitan itu tidak wujud.
ada yang masih tak percaya dengan teori konspirasi .. sebab ia semata2 teori,.. bukan sebenar.. tak tau lah macamana .. xkan nak tggu bencana besar betul2 terjadi???
(2) bagaimana pula kalau sy katakan seorang yang beramal, tapi menjalankan kehidupan yang kufur secara tidak sedar kerana seorang itu tidak ada ilmu tentang perkara2 dunia yang menyebabkan kufur. contoh paling jelas berlaku pada mase sekarang:-
seorang ustad yang beramal soleh, tp menjual batu yang konon nya batu gunung berapi yang mampu memberi aura, menyembuhkan penyakit. menjualkan dgn cara menceritakan tentang kehebatan dan kelebihan batu itu bersama bukti2 kukuh mampu lakukan tindakkan luar biasa seperti mengangkat meja menggunakan dua jari. secara mata kasar memang boleh mengatakan itu benar dan menakjubkan.tp sedarkah anda bhw mengagung2 kan batu itu sudah seperti menyembah berhala?? mengatakan batu itu penyembuh penyakit, bukan kah itu syirik disisi Allah?? Allah yang berkuasa ke atas segalanya, bukan nya batu itu! dan ia sama seperti mempercayai bomoh yang konon nya boleh mengubati penyakit mistik!
nampak seperti perniagaan biasa, mulia, ingin membantu org yang ingin menyembuh penyakit, ingin membantu org lain mencari rezki, promosi kan lagi kepada yang lain, dan rezki anda semakin melimpah ruah selepas berjaya dlm perniagaan ini.tp, sedarkah anda bhw perbuatan yg secara halus kita xnampak itu telah mensyirikkan Allah! tp dek sebabkan ego, dan rase sgt selesa memperolehi rezki dan harta yang byk,kamu menolak bahawa perbuatan itu syirik.dalam masa yang sama kamu beramal. apakah yang berlaku ni??
sy harap encik leokid cuba meneliti secara halus perkara ini..saya juga berpesan perkara ini pada diri sy sendiri..sama2 lah kita berpesan sesama kita.
terima kasih semua yang hadir,
jika sesuatu perkara dilaksanakan kerana beribadat kepada allah, dengan izin allah juga semoga anda teruskan usaha-usaha anda semua.
saya dh tgk n serap siri the arrival.. salah 1 hasilnya: saya tak makan fast food, saya berhati2 dgn fesyen sbb fesyen skang byk corak2 yg mengarut n sengaja2 nk bg pompuan pakai tudung tabarruj...sy tak dgr music2 hiburan, n berhati2 stp brg nk beli... stp kali saya rs geram nk berfesyen sy akan tgk lg siri tu.. huhuu..
saya mmg setuju mmg susah nk buat org tgk info2 mcm ni... tambah2 the arrival tu siri dia terlampau pnjg.. n saye bersykur saya mampu faham n serap info2 ni, sbb tak smua org mampu serap n paham system yg dh lame bernanah kt neg kita ni...
matlamat tak menghalalkan cara..wooot3 o_O
Kpd PutraRocker, phm molek2 ya. Kalau la seorg tu bg ceramah kt satu kump manusia, dlm ceramah yg die buat tu ada yg tak kena, misalnya ada fakta x betul ka, ade tipu2 ka... adakah kerana sdikit kecacatan yg de pd ceramah seseorg tu perlu menidakkan keseluruhan ceramah org2 laen? anda berhujah 'matlamat tak menghalalkan cara' tak kena tempat la. aduhaai
Salam. Anda semua mempunyai akal dan fikiran. Sy cadangkan anda menyelidik setiap inci cerita dalam video tersebut. Jgn terima 100%.Apa2 pun saya faham penerimaan anda tentang video ini. Masing2 tolong jgn emosi terhadap pendapat sendiri.kaji dan terus mengkaji jgn sebok dengan berita sebegini sehingga kita bercakaran sesama sendiri sedangkan Allah telah menyarankan dalm al QURAN IAITU selidik setiap berita yang di terima samaada benar atau salah... wallahu A'lam
"tp sedarkah anda bhw mengagung2 kan batu itu sudah seperti menyembah berhala?? mengatakan batu itu penyembuh penyakit, bukan kah itu syirik disisi Allah??"
ya betul cakap saudara/i. sama saperti makan ubat dan kemudian sembuh daripada sesuatu penyakit. syirik jika kita cakap ubat itu yang menyembuhkan kita. kata-kata seperti ini memberi maksud seperti Allah memerlukan bantuan ubat tersebut untuk menyembuhkan seseorang. Padahal Allah dapat menyembuhkan atau pun menyakitkan seseorang dengan sesuka hati-NYA.
Maka, untuk apa-apa perkara sekalipun, kite mestilah cakap INSYAALLAH... itulah yang sebetul-betulnya. jazakallah khair
ya betul komen anda tu.
ntahnya Leokid nih...org buat video tu semua utk bg kesedaran kat orang Islam dan diri sendiri...Kita mesti hati2 dlm kehidupan kita,jgn terjebak dengan strategi kaum kafir utk jatuhkn Islam.
Adakah saudara sehebat Saidina Abu Bakar sehingga x perlu risau akan kedatangan Dajal ini?
akhir kata org berilmu perlu ada rasa rendah diri...x perlu ego dlm mencari ilmu
apa apa pun saya sokong........dengan apa tuan rumah dah lakukan.......bukan aper sekurang2 nya saya dah terhantuk.....lalu tersedar dari segi cara kita berfikir dan penerimaan generasi ini.....jangan cepat mengelabah yang lain2....saya pun tahu dan percaya ramai punya ilmu yang ....guna pakai sehemahnya walaupun kita bebas bersuara banyak cara.....untuk kita mengindahkan pesanan atau teguran.....islam menuntut kita berpesan-pesan sesama muslim....so kepada tuan rumah saya percaya niat anda ikhlas.....melakukan amal makruf dan nahi mungkar memang dituntut oleh ALLAH....WASSALAM
bukankah Allah dah berfirman bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada sebab musababnya.. kalau lapar kene makan.. macam ni jerlah.. anggap jerlah semua konspirasi yg ada sebagai hiburan dalam menuju kehancuran..
siapa yang benar dan siapa yang salah itu LANGSUNG TIDAK PENTING BAGI SAYA...
cuma disini saya nak ingatkan pada umat islam pada zaman sekarang ini..
~" Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu BERPEGANG TEGUH dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah AL-QURAN dan SUNNAHku. " ~
(petikan daripada khutbah terakhir Nabi, KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH )~
kesimpulan nya disini.. kalau x nk rasa diri tu sesat atau jahil... konpius ikut 2 ni jer tau..
1.- AL-QURAN
2.- SUNNAH Nabi
ASSALAMUALAIKUM.
bagi saya, salahnya kita ialah terlalu menerima sesuatu. ini semua berlaku disebabkan kejahilan manusia itu sendiri. maka apa saja yang disogok dan diberi, dianggukkan kepala dan canang sini sana. kita malas untuk membaca dan mengkaji cerita yang sebenar.
dan bila ada yang cuba pertikai kebenaran yang yang dicanang, kita pula yang beria2 marah dan emosi. sepatutnya kita bandingkan. masalahnya, kita sudah terbiasa didedahkan dengan KEPINTARAN GOLONGAN BARAT. kita rasa rendah diri untuk melawan, dan nah, inilah akhirnya. KITA DITINDAS.
salahnya lagi, kita juga terlalu melihat kesalahan sesuatu perkara. bukankah ada kata yang bicara, TIADA APA YANG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH, RASULNYA, MALAIKAT DAN ISLAM ITU SENDIRI. maka, jika benar ada kebenaran yang tidak sempurna, tidak patut kita tolak mentah2. sama seperti kita makan durian, diluarnya kita lihat cantik. apabila dibuka isi, eh ada yang sudah busuk, tapi tidak seluruh. hanya sebahagian kecil. ADAKAH KITA AKAN MEMBUANG SEBUJI DURIAN ITU? tidak. kita akan makan yang elok sahaja.
samalah seperti dakwah. kita ambil pengajaran yang cuba disampaikan. tiada apa yang sempurna.
tonton video itu untuk kesedaran. lihat dari perspektif yang positif. video ini cuba sampaikan, SELAMATKAN AL AQSA, KIAMAT SEMAKIN DEKAT. itu yang paling ketara saya lihat.
WASALAM :)
konspirasilah yang menjatuhkan ummah....berhati2 dgn konspirasi...konspirasi ada dimana2...dalam komen2 disinipun ada konspirasi...kepada pembaca sentiasalah berhati2...
assalamualaikum wbt...
para saudara2 dan saudari2 sekalian, di sini saya sebagai salah seorang dari komuniti Islam kita, ingin memberi sedikit pandangan dari sudut pandangan saya selama saya menerima dan memerhati. Hal yang dikatakan sebagai teori konspirasi, kemunculan al-Masih al-Dajjal, kemunculan Imam al-Mahdi, turunnya Nabi Isa dari Syurga dan yang berkaitan. Pada ketika ini, saya banyak mendalami ilmu2 yang berkaitan Islam secara lebih mendalam. Adapun dalam saya meneliti maklumat yang saya peroleh, saya terbaca mengenai teknologi cahaya yang didominasi Dajjal. Dan saya terfikir sejenak, adakah komputer yang saya gunakan sekarang merupakan salah satu dari penciptaan dajjal?
dalam ketika saya memikirkan perkara tersebut, terlintas satu perkara. ketika sedang melayari setiap blog, baik dinamakan utk agama, sosial mahupun politik, akal bertanya, apakah semua ini berbaloi? berbaloikah sekiranya kita secara terus menerus menggunakan saluran ini untuk semua tujuan? hingga berdakwah pun melalui internet?
berkata panjang lebar pun tak berguna sekiranya tiada sedikit meninggalkan kesan. kepada blogger2 sekalian, ini cuma saranan: TINGGALKAN SEMUA INI, KEMBALI KITA MEMAKMURKAN MASJID DAN SURAU. SEELOKNYA BERMUSYAWWARAH MENGENAI PERKARA2 SEBEGINI DI TEMPAT2 SPT MASJID2 DAN SURAU2. JGN KITA DEKAT DGN TEMPAT IBADAH PABILA TIBA WAKTU SOLAT SAHAJA. DI SINI (INTERNET) ANDA TERLALU TERDEDAH KEPADA ANASIR YANG MENGGUGAT KEWIBAWAAN ISLAM.
sekian Wasalam...
walaupun apa jua teori anda saya percaya anda semua setuju bahawa dunia benar2 sudah berada diakhir zaman segala tanda2 kecil kiamat sudah lama berlaku kita sekarang sedang menuju ke tanda2 besar kiamat yg pertama.Umat islam benar2 dalam bahaya..
bukti illuminati sedang mempersiap perang besar!
http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang_22.html
salam.. ak percaya ape yang diutarakan oleh www.wakeuprpject.com itu adalah benar.. :) kerana tiada walau 1 pun penerangan mereka dalam video mereka yang bercanggah dengan AL-QURAN + HADIS nabi s.a.w. malah membuka mata kita pada agama wahyu yang lain,
leokid dan salafus soleh
teruskan usaha, berdebatlah dengan baik dan hikmah, sertakan dalil, kerana manusia biasa macam saya ni ramai..
pepun, jgnlah serang peribadi
jadilah profesional, nabi marah pun senyum
so, berlapiklah bahasa anda
kita semua islam, islam itu yg kita perjuangkan, bukan peribadi ^^
salamun 'alaik
awaslah wahai rakan2 sekali.. perkara2 seperti ini walaupun nampak ringan tetapi amatlah berat.. kalau kita mengatakan sesuatu yang dusta terhadap seseorang maka terjadilah fitnah, kalau betul pun akan masuk dlm golongan 'mengata'.. CARA sebaik2 cara untuk berjuang di jalan Allah adalah kembali kepada Allah, bukan dengan membentangkan sebarang teori yang berlandaskan fitnah dan dusta.. sejauh mana sahihnya teori itu yang kita tak tahu maka dengan itu perlulah berhati-hati terhadap setiap langkah kita.. jikalau terasa ilmu tu masih lagi cetek, perkuatkan akidah dan akhlak... insyallah.. byk lagi CARA yag sebetul2 cara untuk memperjuangkan jalan Allah.. marilah kite berhenti dan berfikir adakah ini cara Rasulullah memperjuangkan Islam dulu? kembalilah kepada cara perjuangan yg sebenar yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya.. wallahualam..
saya respek korg sume sbb masing2 ada buah fikiran dan falsafah hidup masing2. xde sape yg salah dlm hal ini. sume saya sokong!
btol gak ckp leokid tu. x perlu la kita buang masa berjam-jam mencari sejauh mana kebenaran sesuatu teori konspirasi. amik mana yg patut, hold mana yg kurang patut, dan buang mana terang2 salah. by hook or by crook, dajjal pasti akan muncul bila tiba masanya.
semua ini bpunca dari janji iblis yg mahu menyesatkan seluruh umat manusia. seharusnya kita sibuk mempersiapkan diri sendiri dgn amal ibadat. sedarkan keluarga, saudara-mara dan kenalan2 kita agar bersama-sama menuju ke syurga. jgn sesekali terhasut dgn bisikan iblis laknatullah..
jadikan video2, gambar2 dan artikel2 yg ada sbg pendorong utk kuatkan iman. kerna saya pasti semuanya membawa mesej yg sama, iaitu mahu memberi kesedaran supaya kita menjadi org Islam yg lebih baik. dan memang sudah tersurat yg manusia ni pelupa. sbb itulah kita kena saling berPESAN-pesan dgn keBENARan dan keSABARan.
-------
semalam saya ada melepak dgn kawan2 saya. kami bercerita tentang hari kiamat. ada sesuatu yg saya ingin kongsikan bersama..
kawan saya berkata,
"Pada hari kiamat nanti, semua org Islam akan mati."
masa tu, kami semua berasa lega sbb semua org Islam akan mati. sefaham kami, maka akan tinggal org kafir je nnt kt muka bumi ni. yg menunggu masa dikenakan bala oleh Allah dan tiupan sangkakala. tp ternyata semua jangkaan kami itu meleset..
"Orang Islam je yg mati, org munafik tak."
maksudnya, org Islam je yg akan tiada pada hari kiamat nnt. org munafik (mengaku Islam tetapi tak mengamalkan) akan turut kena bala Allah bersama-sama org kafir nnt.
sejenak itu, saya pun berfikir,
"Aku ni Islam ke Munafik pada pandangan Allah?"
kemudian saya terfikir tentang mereka yg mngaku Islam tetapi tak beramal seperti mereka yg tak bertudung, tak solat, tak puasa, berzina dan macam2 lagi. Adakah mereka ini akan selamat? Anda pula bagaimana??
harap2 keturunan kita semua nnt terhindar dari perkara2 begitu.. Amiin.
p/s: klo ada yg salah tolong betulkan ek, saya sekadar ingin berkongsi.
Ambillah yang jernih , tinggalkan yang keruh.
Illuminati/Freemason/Dajjal, korang xperlu risau lah.. sebab memang korang da rancang da kn? apabila sesuatu kebenaran atau kesedaran itu disebarkan oleh seseorang, ianya akan ditentang oleh beribu2 orang datang dari kaum sendiri jugak.. tahniah lah dengan usaha anda (Illuminati/Freemason/Dajjal) itu.. korang memang terbaek!!! dalam menaikkan angka manusia di neraka.. tahniah2!!!
sekadar nasihat utk saya dan tuan2,
kpd leokid, rendahkan ego anda.. jgn serang peribadi dan blog.. kita semua berda'wah nak cari dan harap redha allah semata2..
kpd salafus sholih, teruskan usaha ikhlas anda.. blog anda antara yg terkehadapan dlm usaha menyeru manusia kpd allah.. jgn biarkan syaitan dan manusia menggugat hati dan usaha anda..
akhir kata, kekuatan umat islam bukan terletak pada keuatan fizikal(kuasa, ekonomi, tentera, populasi dsb) tetapi terletak pada berapa banyak sunnah dan amalan yg ada pada ummat.. dan bantuan allah bukan turun bersama dgn kekuatan fizikal tetapi bersama dgn org2 yg lemah, org2 yg bersolat dan berdoa dan hati2 yg ikhlas..
dan yg paling penting, kita sekalian manusia akan dimatikan dan kelak akan berada sama ada di syurga bersama dgn redha allah atau di neraka dgn murka allah.. maka penghujung yg baik itulah menjadi asbab, nabi diturunkan kepada manusia, maksud hidup kita semua dan terletaknya kesukaan dan redha allah.. maka beruntunglah org2 yg beramal dan ORG2 YG BERDA'WAH UTK BERAMAL..
bukan semua orang boleh terima ap yg kita cuba sampaikan...saya tetap mnyokong perjuangan fisabilillah anda...teruskan usaha anda wahai brofat n salafus-sholih..
"...kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya..." 29:64
dh tak yah pening2 pale.. Allah dh berfirman dunia ni ibarat hiburan dan permainan... jgn duk leka2 dh... mmg kita semua ni duk zaman getir..
perbanyakkan ilmu dan amal,tingkatkan iman dan taqwa... perbaiki ibadah kpd Allah... inshaAllah kiter selamat dr fitna2 ni...
AISHA....
Siapa leokid???....
dia ni pejuang evolosi scara halus..
A theory cannot be called a theory when it is proven that it is reality.
bahagian yang mana salah dalam vidoe tu? saya ni budak baru belajar.... walaubagaimana pun dalam video tu saya menerima pakai bahagian awal tu saja...
salamua'laik wahai saudara/i ku sekalian.
Konspirasi Teori (KT) itu luas cabangnya. Bukan mudah memasukinya. Tersilap langkah, patah jualah kaki kita.
Nasihat saya kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang KT, sentiasalah berhati-hati melangkah. Ada konspirasi dibalik konspirasi. Jika anda berjaya mencorak langkah, maka 'rahsia dibalik rahsia' itu sudah tentu menjadi milik anda.
Tidak mempercayai KT tidaklah bermaksud seseorang itu berada dijalan yang salah. Mempercayai KT juga begitu. Tidak salah. Tujuan kami di FOM mendedahkan kepada dunia mengenai KT adalah supaya ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang lamunan mimpi duniawi yang mereka sedang alami lalu membawa mereka memandu diri kepada Ilahi. Tidak lebih daripada itu. Jika anda rasa kami menakut-nakutkan anda dengan pelbagai teori, mungkin anda perlu fikir semula.
Coraklah langkah anda sendiri menemui Ilahi.
Allahu ghayatuna,
ar-Rasul qudwatuna,
al-Quran rustuluna,
al-Jihad sabiluna,
al-Mautu fisabilillah,
Asma amanina...
Saya kurang bersetuju dengan penolakan saudara Leo(http://me.leokid.my/) tentang video dunia akhir zaman tersebut sehingga boleh menyebabkan kajian dan pemikiran gagal berkembang bebas.
Mungkin dalam video tersebut terdapat fakta yang meragukan, tetapi tindakan tersebut saya rasa agak keterlaluan sehingga mengaibkan pembuat video .
Bagi saya, pembuat video itu hanyalah berdasarkan kajian tetapi ada fakta yang patut di ketahui oleh umat Islam tentang teori-teori kewujudan manusia dari zmaan batu yang patut diwar-warkan bukan ditolak bulat-bulat! sekiranya kita menyokong manusia hidup digua seperti di zaman batu seolah2 kita menolak kewujudan nabi Adam dan hebatnya bahtera Nabi Nuh dan lain-lain. Just my 5cent..
Hebat betul si leokid ni... sokong teori charles darwin pastu tentang teori harun yahya... Baca buku ini untuk tahu pembohongan zaman batu...
Zaman Batu: Satu pembohongan Sejarah
Harun Yahya
http://www.scribd.com/doc/28550834/Zaman-Batu-satu-Pembohongan-Sejarah-Harun-Yahya
mungkin sebab gambar najib ada dalam video tuh x ???
hahahah tuh pasal dia bengang... tpi betul apa kata islam tpi dok duduk bawah yahudi
satu perkongsian yg amat berguna...
blog awk mmg bnyk bgi pngetahuan kt owg2 jahil mcm sy...
trima kasih...
keep on blogging...
perdebatan yang hebat....
tapi saya bukn ingin berdebat...
secar jujurnya saya sudh lihat bnyak video seperti ini...
antranya phase 3, n the arrival...
x semua ape yg dipaparkn adlh benar...
kita harus bijak menpiskan nya...
saya suka dengan pendekatan yang dilakukan olen salafus sholih...
n saya kurng bersetuju dengan pandangan saudara liokid mengenai manusia kuno..
dengan kta lain sudh wujud manusia lain sebelum adam..
kerna saya sudh bertnya kepda ustaz yg mempunyai pendidikan daripada sebuah U di Mesir..
beliau berkata tiada manusia lain yang wujud sebelum Adam...
trmasuklah manusia Kuno...
dan cikgu sejarah saya ada menyatakan bahawasnya...
sejarah yg diajar disekolah..
dikaji oleh sejarahwan barat...
jadi ia mungkin tidk benar...
jika sejahrawan bart mengakui bahawasanya Adam manusia pertama..
dan mencatatkan itu dalam sejarah maka...
secara tidk langsung mereka telah mengakui bahasa islam itu adalh benar...
dan mereka tidk mungkin akan melakukan sdemikian...
tapi ini hanya pendapt saya melalui pembacaan, (pelajar sejarah termasuk tamadun islam dn tamadun dunia) dan juga prtayaan kepada ustaz....
assalamualaikum
kepada leo n his supporter n becoming his supporter....kalau ia pown dh tau kemenangan tu dh Allah rancang memang hak Dia n dajjal tu kalah,habes kita orang2 ISLAM n sedikit2 beriman dok saja ja ka...so what point doa dalam selepas sembahyang mintak kita diredhakan masuk syurga-Nya...cam na nk dapat redha kalau dok saja...apa dah....pi baca kitab bagi banyak ckit....baru baca satu kitab buat cakap pandai......
Salam. Saya ni xreti pasal teori konspirasi ke ape ke. ilmu cetek lagi. mungkin kalau pasal teori, mungkin boleh citer ckit kot. konspirasi ni aku xnak sentuh sebab aku memang tak tau langsung.
Bismillah. semoga apa yang aku share ni berguna hendaknya. Nak terima, terimalah, kalo x, terpulang lah. ilmu aku cetek... kan dh cakap.
teori ni, satu cara manusia untuk memberi gambaran. gambaran tentang satu premis keadaan dimana sekiranya, diulangi, sekiranya sesuatu itu berlaku, ini yang akan terjadi. maksudnya, xsemestinya satu2 perkara itu akan berlaku. sebab teori tersebut mengatakan perkara itu boleh berlaku jika disertakan fakta dan eksperimentasi.
contoh mungkin dh byk diceritakan oleh org lain. biar la juz explanation je.
di ulangi, ilmu aku ni cetek n kalo nak tegor org rasanya xlayak. tapi oleh kerana rasa nak tegor jugak, aku tegor la. ape nak malu. aku pun manusia jugak cam korang n mkn nasik gak. Erk.. Alhamdulillah.
Camnilah, ego ni memang sumanya ada. kalau nak buang suma, tinggalkan ego tu, memang xdapat nak buat. ketinggian ilmu pun boleh menyebabkan kita lupa diri n pesan kat org lain buat baik tapi kite sendiri yg xbuat apa yg kita cakapkan. bende ni mmg berlaku pun... kalau rasa pegang tukul tu, ketuk sendiri. ye lah, aku pun camtu gak. kadang2 ckp kat org buat baik, tapi sendiri xbuat. manusia. mudah lupa.
akhir kata, nak tegur biar berhemah, jgn kutuk org. sendiri mau ingat. kadang2 xtau yg time kiter tegor or kritik org tu, kite buat dosa. Wallahua'alam. Semoga mesej ni sampai kat suma org. aku ni org yg ilmunya cetek. sila beri tunjuk ajar.
Salam.
Bismillah . .
Sedikit peringatan ,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
mana - mana blog mesti ada pengkritik...kepada leokid n penyokong2 nya..anda tahu tak banyak blog- blog konspirasi telah berjaya menyedarkan orang ramai yang tenggelam dlam dunia dajjal...mungkin semua info yang disampaikan blog2 camni ada yang tak tepat...tapi tak boleh dinafikan ini adlah salah satu cara dakwah yang sedikit sebanyak membawa impak positif kepada seseorang dari sudut agama...manusia sekarang kalau nak dakwah secara direct...susah nak terima...contohnya anda pegi jumpa sahabat anda yang tak sembahyang,tiba -tiba anda suruh die pegi sembahyang..basuhlah macam mana pun ...diorang xkan dengar...tetapi klau kita cerita pasal apa yang sedang berlaku kat dunia sekarang baru cter pasal agama...sedikit sebanyak diorang akan tersentak...
saudara - saudaraku....
10 tanda akhir kiamat 1)asap 2)dajjal 3)nabi Isa 4)yakjuj makjuj 5)binatang 6)gempa tanah arab 7)gempa timur 8)gempa barat 9) matahari ikut barat 10)keluar api dari yaman..
sedarlah wahai rakan- rakan.. kita sekarang diambang tanda besar kiamat iaitu keluarnya ASAP dan DAJJAL..asap yang kluar dikatakan akan memenuhi seluruh bumi..ada hadis kata 40 hari ada kata setahun...tapi asap tersebut disebabkan dua hentaman yang kuat...hentaman tersebut mungkin disebabkan hentaman meteor atau pun nuklear..wallah huallam ..yang pasti banyak nyawa akan terkorban dan kebuluran akan berlaku...namum ianya bila bila masa boleh berlaku....kerana tanda2 kecil kiamat yang lain semua sudah berlaku...maaflah kiranya saya tak sertakan hadisnya disini..anda kaji sendiri la plak...
buat pengkritik yang suruh penulis tinggalkan semua ni dan kembali memakmurkan masjid dan surau...anda kenal ke siapa penulis blog ni?.entah2 amal penulis ni lagi hebat dari anda...hahaha....sory kalau tersalah bahasa...
Wssalam....
Asalamualaikum,
Dari Abu Sa'id RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah keluar datang kepada kami. Pada waktu itu kami sedang membincangkan tentang Masih Dajjal. Baginda SAW bersabda: Mahukan aku khabarkan kpd kamu sesuatu yg pd pendapatku lebih berbahaya bg kamu berbanding Dajjal? Kami berkata: Ya Rasulullah! Khabarkan kepada kami. Baginda SAW telah bersabda: Ia adalah syirik khofi. (Yg contohnya ialah:) seseorang berdiri utk solat dan dia memperbaguskan solatnya kerana ada org yg memerhatikannya bersolat.
HR Ibnu Majah.
Salam..... Secara peribadi...
saya mengamati perjalanan teori konspirasi yang terdapat dalam video itu memenuhi apa yang telah saya kaji sebelum ini. Saya pernah membaca buku 'Dajjal dan Segitiga bermuda' keluaran 1976 tak silap saya. Buku itu dari Mesir dan mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar. dan terjemahan dalam bahasa Indonesia.
secara keseluruhan saya sanggat memahami perjalanan hidup Dajjal. Buku itu cukup lengkap untuk mengenali Dajjal kerna diserta kan dalil Al-Quran serta Sunah, serta bukti2 Scientific yang sama seperti dalam video tersebut malah detail lagi.
Cuma kita umat islam sekarang tersepit tambahan pula ramai kalangan Islam sendiri tidak memahami dan mengunakan pendekatan Islam.
Tidak terkecuali dengan sy sendiri. Saudara usah pedulikan tomahan dari mereka yang tidak mahu memperjuangkan hakikat sebenar. Sesungguhnya Jihad itu wajib walau hanya dengan Ilmu sahaja. Terima kasih kerana banyak memberi info dan sebagai pembaca tidak akan membuta tuli menerima sahaja tetapi mengkaji bersama utuk mendapatkan penjelasan bersama.
Bismillahirrahmannirrahiim...Assalamualaikum w.b.t...trima ksih di atas info yg diberikan oleh saudara/i sekalian...sgguh, kita sbagai umat Islam sgt digalakkan untuk memberi peringatan serta saling berpesan di antara kita, tp jgnlah smpai kita 'bertikam lidah' sesama sndiri..apa yg pnting, adalah kita bersatu untuk mempertahankan maruah agama kita..jgn sekali2, mudah menerima ilmu dari barat, yg kita tdak ketahui sumber asasnya..sgguh, ilmu Allah maha luas..tiada yg dapat menandingiNya...sntiasa lah berdoa kpda Allah supaya akidah kita sntiasa terpelihara, dgn mngamalkan ajaran Rasulullah s.a.w.. 'Rabbana latuzik qulubana, ba'daiz, hadaitana wahablana minladun karahmah, innaka antal wahab..ayuh saudara2ku, berpeganglah kpada kedua ini,nescaya kita tdak akan tersesat...AMIN..
1. Al-Quran 2. Al-Hadis
maaf.. sy masih kurang setuju dgn anda.. jangan mudah mengkategorikan & memandang hina org yang tidak setuju dgn teori konspirasi.
pd sy, kebanyakan orang bnyak menolak teori konspirasi bukan dalam 4 kategori tersebut. sebab utama mereka adalah bukti2 palsu dan buti2 rekaan yg sengaja diada2kan oleh orang yg terlalu taksub dgn teori konspirasi. kebanyakan bukti langsung tak dikaji terlebih dahulu. bagaimana mereka, org2 yg berakal, akan percaya dgn teori konspirasi?