18.5.10

Adakah kita sudah kembali ke zaman Jahiliyah?

Jikalau kita membaca sirah nabi, kita akan mempelajari situasi yang berlaku di tanah Arab sebelum kedatangan Cahaya Islam yang bersinar menerangi dunia.

Manusia pada zaman itu tidak mempunyai satu Sistem yang standards dan telus dalam menyatakan hak kemanusiaan. Manusia yang lemah akan ditindas oleh yang kuat, kaum wanita menjadi hamba seks kepada kaum lelaki yang kuat.....

Peperangan berlaku dimana-dimana.....

Kehidupan kemasyarakatan musnah, perkahwinan tak kira hubungan darah..... perkahwinan antara adik beradik berlaku....

Perzinaan berleluasa di mana-mana..... perzinaan antara remaja.....perzinaan antara belia.... perzinaan antara suamni orang lain dgn isteri orang lain....

Manusia ketika itu tiada cahaya sistem yang sempurna....

Anak-anak yang dilahirkan...dibunuh..ditanam....

TAPI itu dulu sebelum kedatangan Islam....

Di Malaysia selepas kedatangan Islam.....

Bagaimana pula...

Berita ini mengejutkan kita.... adakah remaja/belia kita sudah kembali ke zaman sebelum kedatangan Islam..? Di mana silapnya?

Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar

 PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat   bayi ditanam di  tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam,   semalam.
PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, semalam.
Remaja tunjuk lokasi budak dikebumi hidup-hidup

MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu.
Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam.

“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan.
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran

No comments: