29.8.09

Zoo Ampang Bergegar lagi!

Pagi tadi penjaga zoo ampang telah mengadakan meeting ttg perkembangan terkini projek2 yang ada dan akan datang.. nampak gaya... banyak projek selidik tertunda kerana ketidaktentuan ekonomi...

Selepas itu dibuat presentation pada kerja yang dah diberikan... 2 group semuanya...


Akhirnya, sebagai penutup bicara penjaga zoo memaklumkan pada sesinga sekalian bahawa dana zoo hanya cukup untuk makan bulan september sahaja kalau no projek baru.....

Di akhir bulan itu, bila terima makanan masing-masing... anggaplah ianya makanan terakhir di zoo ini..... So carilah dana untuk memanjangkan tempoh masa....

Senyum semua singa di zoo pada wajah mereka.... hati mereka sapalah tahu.....

Di antara sesinga ini, ada yang menerima ofer dari zoo dengkil sebagai International Student n Alumni Executive.... ada yang menerima ofer sebagai kaunselor "penjaga orang sakit" tapi sesinga ni menolak sebab padanya tukar kerja adalah seumpama tukar tempat sahaja tetapi masih di bawah penjaga ...bukan bebas seperti singa di hutan.... walaupun makanan yang diofer lebih banyak tapi stres kerja juga akan terlebih banyak.....

Walaupun begitu minda usahawan perlu digerakkan, diperkasakan dan kena diolah sehingga menjadi sebuah realiti yang mana banyaknya makanan nanti bergantung kepada banyaknya usaha dan bukan tingginya taraf pendidikan.....

Zoo - zoo bizness ada yang telah mula buka pintunya.... sesinga yang berani sahaja akan keluar dari zoo ampang yang sememangnya tidak berkunci malah pintunyapun dah lama terbuka memasuki dimensi pintu baru.......

Hanya masa yang akan tentukan.... bila.... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....









2 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Hari ini penjaga zoo berbicara lagi tentang masa depan zoo ini... berbicara penuh dgn kekuatan diri..hanya akhirnya hujan turun walaupun ditahan-tahan apabila kawanbaik call bertanya khabar.

Benarlah kewangan penghalang meneruskan perjuangn zoo ini memberikan ilmu dan maklumat berguna buat pengunjung yang mahu relakskan minda, emosi, fizikal dan hati....

Ini pintu zoo telah dibuka seluas-luasnya kepada semua sesinga... lebih luas daripada saiznya

Satu harapan yang diberikan...

Pada sesinga yang memilih jalan keluar...demi legasi keluarga maka pintu untuk datang kembali juga terbuka luas.....

Datanglah jika projek besar masuk yang boleh membahagiakan semua....

Semua sesinga termenung jauh.....

Mohd Affendi said...

Singa kena fokus. Kalau tidak singa akan hilang taringnya...