29.8.09

Zoo Ampang Bergegar lagi!

Pagi tadi penjaga zoo ampang telah mengadakan meeting ttg perkembangan terkini projek2 yang ada dan akan datang.. nampak gaya... banyak projek selidik tertunda kerana ketidaktentuan ekonomi...

Selepas itu dibuat presentation pada kerja yang dah diberikan... 2 group semuanya...


Akhirnya, sebagai penutup bicara penjaga zoo memaklumkan pada sesinga sekalian bahawa dana zoo hanya cukup untuk makan bulan september sahaja kalau no projek baru.....

Di akhir bulan itu, bila terima makanan masing-masing... anggaplah ianya makanan terakhir di zoo ini..... So carilah dana untuk memanjangkan tempoh masa....

Senyum semua singa di zoo pada wajah mereka.... hati mereka sapalah tahu.....

Di antara sesinga ini, ada yang menerima ofer dari zoo dengkil sebagai International Student n Alumni Executive.... ada yang menerima ofer sebagai kaunselor "penjaga orang sakit" tapi sesinga ni menolak sebab padanya tukar kerja adalah seumpama tukar tempat sahaja tetapi masih di bawah penjaga ...bukan bebas seperti singa di hutan.... walaupun makanan yang diofer lebih banyak tapi stres kerja juga akan terlebih banyak.....

Walaupun begitu minda usahawan perlu digerakkan, diperkasakan dan kena diolah sehingga menjadi sebuah realiti yang mana banyaknya makanan nanti bergantung kepada banyaknya usaha dan bukan tingginya taraf pendidikan.....

Zoo - zoo bizness ada yang telah mula buka pintunya.... sesinga yang berani sahaja akan keluar dari zoo ampang yang sememangnya tidak berkunci malah pintunyapun dah lama terbuka memasuki dimensi pintu baru.......

Hanya masa yang akan tentukan.... bila.... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....









24.8.09

Luahan Hati Kumpulan Raihan.....

Luahan kecewa Raihan

hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya menganggap ia lebih kepada luahan hati kami terhadap kesukaran mendapatkan penaja untuk mengadakan persembahan nasyid terutama memenuhi jemputan di luar negara sejak kebelakangan ini, kata anggota kumpulan nasyid popular Raihan, Che Amran Idris, 40, berhubung desas-desus Raihan akan dibubarkan.

Che Amran, 40, berkata luahan kekecewaan itu bertujuan menyedarkan pihak berkaitan supaya memandang lagu nasyid sebagai satu daripada penggerak industri hiburan tanah air.

“Kami sayangkan industri lagu nasyid, tetapi tanpa sokongan daripada semua pihak termasuk penaja, memang sukar untuk kami mengembangkan dakwah terutama di luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ Raihan apabila genre nasyid semakin merosot dari segi sambutan.

Malah, anggotanya dikatakan hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ mahu meninggalkan dunia seni.

he Amran berkata, Raihan yang kini sudah berusia 13 tahun menerima jemputan mengadakan persembahan di luar negara kerana di sana penganjur lebih menghargai lagu nasyid sebagai satu cabang seni bukan semata-mata berkaitan agama.

“Memang kami ada menerima jemputan mengadakan persembahan biasa dalam negara, tetapi dalam soal penajaan terutama untuk memenuhi jemputan luar agak sukar umpama lagu nasyid ini dipandang dengan sebelah mata saja.

“Mungkin mereka (penaja) menganggap lagu nasyid hanya berkaitan agama seperti solat dan zikir tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, lagu nasyid meliputi motivasi serta teguran apatah lagi berkaitan gejala sosial remaja sekarang,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan stesen radio juga dilihat lebih banyak memainkan lagu berkonsep komersial berbanding nasyid.

“Lagu nasyid mungkin hanya dimainkan pada waktu tertentu seperti Ramadan dan Aidilfitri saja sedangkan kami bukan berceramah sebaliknya menyampaikan dakwah menerusi lagu serta muzik.

“Lagu nasyid mempunyai peminat tersendiri malah ada lagu yang ‘evergreen’ dan sokongan mereka tidak pernah putus namun dalam suasana sekarang yang menyukarkan kami untuk mendapat peluang memperkembangkan industri nasyid,” katanya.

Che Amran berkata, disebabkan kemurungan industri hiburan sekarang, Raihan hanya menghasilkan ‘single’ bertajuk Doa Niat Puasa sempena Ramadan.

22.8.09

Misi istimewa Penyampai Ikon

Misi istimewa Penyampai Ikon

Sebanyak 17 peserta yang terpilih menyertai program Penyampai Ikon tidak mempunyai pengalaman, baik di depan kamera mahupun dalam bidang kewartawanan. Berjayakah Penyampai Ikon menzahirkan impian mereka untuk bergelar penyampai televisyen terhebat? Saksikan bakat mereka pukul 9 malam ini di TV2 RTM.




UNTUK tampil menjadi penyampai yang baik di TV, setidak-tidaknya seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai asas sebagai seorang wartawan.

Itu satu kenyataan yang boleh dibuktikan kerana pengacara tersohor seperti Wan Zaleha Radzi, Suhaimi Sulaiman, Dang Suria Zainurdin, waima pengacara terkenal Aznil Nawawi pun pernah bergelar wartawan pada awal kerjaya mereka satu ketika dahulu.

Di kaca TV, penyampai haruslah versatil dalam apa jua situasi. Ketika itu, apa sahaja emosi yang tidak kena dalam diri harus diketepikan. Namun, di sebalik lensa kamera yang memotret mereka sebagai individu serba bijak dan sempurna itu, tidak banyak diketahui umum tentang karier itu. Sukar atau senang, semuanya tersimpan sebagai rakaman berharga buat penyampai terbabit sahaja.


BAWAH dari kiri: Noormadiana, Siti Fazurita, Siti Aisyah, Beatrice dan Hazel. Atas dari kiri: Atikah, Norsila, Aina, Nur Izaati, Cassandra dan Khirjaa.


Dari situlah idea pencarian program Penyampai Ikon bermula. Bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya, bekas pembaca berita di TV3, Yusanani Yushak kini mula membidik misi mahu melahirkan generasi baru penyampai TV berkaliber di RTM.

Bukan soal menyambung legasi atau membina semula nama yang tenggelam selepas meninggalkan TV3, Penasihat Persembahan di RTM itu ada alasan yang lebih kukuh.

"Saya percaya ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama. Beginilah, apabila tiba masa yang sepatutnya, seseorang penyampai berita kena berundur untuk memberi peluang kepada orang baru.

"Ketika karier saya bermula, saya belajar melalui jalan yang sukar. Dulu, tidak semua senior mahu berkongsi ilmu dengan saya. Bahkan saya perhatikan, kerja wartawan ini memerlukan satu latihan intensif. Melangkah sahaja ke bilik berita, seorang wartawan itu terus sibuk dengan tugasan seharian dan tiada masa untuk dihantar berkursus," katanya yang serius mahu melihat kemunculan penyampai baru yang berkaliber menerusi Penyampai Ikon.


BARISAN peserta Penyampai Ikon tekun mendengar taklimat daripada pengetua mereka, Yusanani.


Bertindak sebagai Pengetua Penyampai Ikon yang memulakan episod pertamanya menerusi TV2 Rtm malam ini, Yusanani percaya biarpun bersifat program realiti TV, Penyampai Ikon mampu melahirkan penyampai TV yang benar-benar layak bergelar 'ikon'.

"Saya faham, ikon satu ungkapan yang besar maksudnya. Untuk program ini, saya mahu semangat untuk bergelar ikon meresap ke dalam diri kesemua 17 peserta. Sebab itulah program ini dinilai 100 peratus oleh juri profesional, bukannya SMS dan hanya seorang yang akan diangkat sebagai Penyampai Ikon," katanya yang mula berkhidmat di RTM sejak awal 2009.

Untuk menjadi penyampai yang baik, kewartawanan menjadi asas yang kukuh. Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadi wartawan yang secara realiti sentiasa bersedia bertanya untuk mendapatkan jawapan.

Sekiranya diperhatikan, penyampai atau pengacara yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latar belakang kewartawanan. Lihat sahaja Aznil Nawawi yang pernah menjadi wartawan am di TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman yang mempunyai latar belakang kewartawanan penyiaran di TV3.


ATAS dari kiri: Mohamed Shahril, Mohd. Sharkawi dan Khairul Faizi. Bawah dari kiri: Ensyfrido, Al Firdaus dan Kamal.


Penyampai TV boleh dikategori kepada dua: penyampai yang berotak dan juga penyampai yang kurang bijak.

Penyampai yang berotak ialah mereka yang membuat penyelidikan dan kelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara yang satu lagi ialah mereka yang tidak membuat kajian sebelum mewawancara seseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disediakan oleh pihak lain atau penerbit rancangan.

Dalam Penyampai Ikon, semestinya penyampai dalam kategori kedua yang bakal dilahirkan, namun sepintas lalu adakah ia persis menyamai sebuah program pencarian bakat pengacara, Malaysian Top Host yang pernah disiarkan TV3 satu ketika dahulu?

Di mana ketulenan Penyampai Ikon berbanding Malaysian Top Host dan apa yang menjadikan ia unik berbanding program realiti sedia ada?

"Malaysian Top Host lebih ke arah pencarian pengacara TV, selain menekankan personaliti menarik. Berbanding dengan Penyampai Ikon, ia sebuah program pencarian penyampai TV yang lebih lengkap merangkumi laporan berita, penulisan skrip berita TV, imej serta disiplin," kata Yusanani.




Uniknya, peserta yang tersingkir tidak akan dikeluarkan daripada program Penyampai Ikon, sebaliknya mereka akan dikekalkan dan wajib mengikuti segala jadual yang ditetapkan sehingga ke episod terakhir.

Peserta yang tersingkir dalam Penyampai Ikon bukan bermaksud mereka gagal untuk selama-lamanya. Jika tidak bergelar Penyampai Ikon atau menjadi pembaca berita utama, mungkin mereka boleh memulakan karier sebagai wartawan dalam program berita. Dari situ, ilmu dan bakat akan berkembang dan tidak mustahil mereka boleh menjadi penyampai yang berjaya pada kemudian hari.

"Dalam Penyampai Ikon, kami tidak mahu mensia-siakan pelaburan yang telah dibuat sejak dari awal pencarian bermula April lalu.

"Peserta yang telah disingkir tetap akan berada di dalam kelas tetapi penglibatannya tidak akan disiarkan.

"Satu lagi uniknya program ini ialah kesemua peserta Penyampai Ikon akan diberi peluang untuk bergelar wartawan penyiaran di RTM. Maknanya, mereka sudah ada pekerjaan apabila program berakhir. Berbanding ramai lagi wartawan di Bilik Berita RTM yang tidak berpeluang berkursus, mereka ini sangat bernasib baik," kata Yusanani.

Menggariskan disiplin setiap peserta dan pasukan Penyampai Ikon sebagai prinsip yang menentukan kejayaan program berkenaan, Yusanani menambah: "Bukan glamor atau berharap untuk dikenali, sebaliknya Penyampai Ikon adalah platform terbaik untuk memasuki dunia kewartawanan TV secara profesional."

19.8.09

Graduan IPT Islam Kurang Laris... Betul ke?

Dalam akhbar kosmo hari ini - 19 Ogos 2009, menyatakan bahawa ramai pemegang diploma dan ijazah pengajian Islam atau yang berkaitan, tidak atau kurang diterima oleh majikan.... walaupun MEF menafikan dgn memberikan contoh bahawa graduan UIAM majoritinya telah bekerja....

Persoalan ialah

1. Salah Siapa? Graduankah atau Subjek itu sendiri?

Bagi saya, sebagai graduan yang bersekolah di sekolah agama sejak tingkatan 1 seterusnya ke Universiti Islam, saya melihat persoalan ini perlulah ditujukan kepada graduan itu sendiri dan bukannya kepada subjek islam atau IPT Islam.

Kenapanya?

Sikap graduan yang mempunyai ilmuan Islam tetapi pemikiran masih tidak terbuka kepada dunia pekerjaan yang lebih luas.

1. Belajar subjek agama bukan untuk jadi ustaz dan ustazah sahaja atau bukan untuk jadi guru sahaja.

Ramai graduan yang keluar daripada fakulti Islam sama ada dalam atau luar negara hanya meletakkan motif untuk menjadi guru, ustaz atau ustazah... kenapa? kerja lebih mudah... hanya berjumpa dengan pelajar... atau berjumpa dengan pemikiran yang lebih rendah daripada pemikiran aras diploma atau ijazah atau lebih dari itu..... tak perlu kpd pemikiran yang lebih kritis dan mencabar....

Sedangkan kekosongan jawatan guru agama adalah terhad. Dengan adanya program J-Qaf di sekolah maka peluang untuk diisi oleh graduan agama sedikit terbuka... tetapi.... sampai bila peluang itu datang... pintu itu akan tetap ditutup apabila kuota dah dipenuhi yang akhirnya jumlah yang menganggur akan terus meningkat.

2. Graduan IPT Islam hanya mahu hidup atau bekerja dalam dunia yang dipenuhi dengan graduan IPT Islam.
Mentaliti ini perlulah dibuang jika ingin mendapat pekerjaan dengan mudah. Graduan IPT Islam perlu bersedia hidup seorang diri dikelilingi oleh graduan yang bukan dari IPT Islam. Perlu bersedia hidup yang lingkungan situasi yang tidak islamik atau situasi yang bebas dan bersifat liberal. Apa yang penting jadilah seperti ikan yang hidup di lautan luas yang airnya adalah masin.... selagi ikan itu hidup... dagingnya tidak terserap dgn kandungan garam yang begitu banyak disekelilingnya.

Malah graduan IPT Islam akan dipandang hebat jika mampu menukarkan situasi yang kurang Islamik kepada situasi yang mana individu di dalamnya akan menghormati pentingnya akhlak Islam dilaksanakan sebaik mungkin.

Malah akan menjdi lebih hebat, jika menukarkan situasi yang kurang itu kepada situasi yang disukai ilahi secara berhemah.

3. Janganlah mati hanya kerana belajar subjek agama sahaja atau berbangga dgn IPT Islam sahaja.

Ilmu ciptaan Allah ini terlalu luas dan terlalu banyak untuk dipelajari.... jangan hadkan pemikiran kita hanya kepada apa yang kita belajar di dunia sekolah atau dunia universiti... luaskan ufuk pemikiran kita dengan meluaskan ufuk pembacaan dan ufuk ilmu kita...

Untuk mendapatkan pekerjaan, graduan IPT Islam perlu mempelajari dan mendalami ilmu kemahiran yang dikehendaki oleh dunia pekerjaaan di samping mendalami ilmu kemanusiaan dan ilmu menjadi manusia hebat.

Antara kemahiran baru yang boleh didalami ialah kemahiran "mindmapping", Neuro Linguistic Programming (NLP), Kemahiran Berfikir, Kemahiran Membaca, Speedreading, Kemahiran Masa, Kemahiran Pengurusan Diri, Kemahiran Menghadapi Tekanan Hidup dan Tekanan Tempat Kerja, Kemahiran Temuduga, Kemahiran Membuat Nota, Kemahiran Decision Making, Customer Relation, Public Speaking, Negotiation Skills, Handling Difficult People and Situation dan Kemahiran Menuntut Ilmu dan Kemahiran BARU......

Apabila graduan itu keluar IPT.... yang sedang menunggunya ialah segala ilmu -ilmu baru yang belum diterokai olehnya yang masih diperlukan oleh majikan di luar sana.

4. Kenapa takut menjadi peniaga atau berfikiran seorang usahawan....

Hari ini, dunia pekerjaan menjadi sempit, masalah ekonomi yang tidak menentu, masalah permintaan jauh kurang daripada penawaran tenaga kerja maka dunia usahawan akan terbuka luas.

Dunia berniaga bukan lagi untuk orang yang dibuang sekolah, dunia berniaga bukan lagi untuk orang yang tersisih dalam pendidikan tetapi dunia berniaga telah terbuka kepada sesiapa yang ingin membina dunia pekerjaan yang self - control....

Jika takut untuk berniaga maka yang paling utama sekarang ialah membina minda dan pemikiran sebagai usahawan walaupun masih bekerja dgn orang lain.... kaji dan selidiki apakah ciri-ciri usahawan yang berjaya...... ambil , hayati dan jadikan diri kita sebagai usahawan di tempat kerja..... usahawan ketika temuduga ...maka anda akan menjadi istimewa dan mudah untuk diterima bekerja oleh sesiapa sahaja....

16.8.09

Program Fitrah Sejagat Khas Buat Peserta Program TV2 - Penyampai Ikon.

Program memperkasakan 4 Dimensi Peserta penyampai ikon telah bermula dari 12 Ogos Sehingga ini hari 16 Ogos 2009.

Program telah memulakan dgn menyatakan kepada peserta secara fahaman ilmu dan fahaman aktiviti bahawa kecerdikan rohani, emosi, akli dan jasadi perlulah diperkasakan dgn peratusan yang betul.....

Kulihat adik-adik ini yang rata-rata dalam lingkungan 20-an adalah insan yang punyai pendidikan yang baik sama ada diploma ataiu ijazah... namun mereka masih lagi "fresh" dgn dunia yang sebenarnya melainkan seorang dua.....

Ada dari Semenanjung dan ada dari Sabah dan Sarawak.... ada yang bekas no 3 dalam final myStar LG, ada punya butik, ada perwatakan lawyer, ada yang masih baru selepas alam pekerjaan dan pelbagai background yang menarik....

Namun seperti remaja lain... mereka tidak sunyi daripada usikan cabaran semasa seperti kehilangan kasih sayang ibu atau ayah..... cabaran cara dibesarkan..... cabaran menghadapi dunia remaja... dan cabaran melayan kehendak diri dan kehendak nafsu diri yang sentiasa meminta yang bukan-bukan... yang sentiasa ingin tonjolkan diri sehingga ke tahap yang tinggi lalu melahirkan keegoaan diri... menunjuk-nunjuk..dan pelbagai cabaran yang sukar untuk dipersembahkan dengan kata-kata atau tumpahan dakwat tulisan.

Mereka begitu gembira apabila kami memperkenalkan modul fitrah sejagat ini yang bermula dengan memahami potensi kejadian diri.... bersedia meluahkan apa yang berbuku di hati dan meletakkan hati untuk menghidupkan kuasa pemaaf dalam diri....

Apabila potensi itu telah terserlah maka kami bajai ia dengan ilmu yang membantu mereka memperkasakan diri mereka sendiri dengan mengurangkan kepergantungan kpd orang lain...."kita adalah insan yang menentukan apa yangberlaku pada diri kita... kita punyai kuasa pilihan...."

Dengan memahami keajaiban otak... potensi pemetaan minda... keunikan diri menerusi Neuro linguistic Program... dan dicampuri mengenal diri melalui tulisan ilmu grafologi. Kesemua ilmu yang diadukkan membuatkan kehebatan minda kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang berfikir....

Kekuatan jasadi juga dititik beratkan dengan latihan Shaolin Qi Gong (bunyi chi kong) dan Kix Bixx.... ada peserta menjadi gagah perkasa dan ada juga yang pancit terutama yang kurang beriadah.

Para peserta mempelajari ilmu aura tanpa mereka sedari melalui gerakan ringkas setiap masa jemu dan mengantuk mereka..... mereka mengenal warna kekuatan diri......

Apa yang penting sekarang ialah...bagaimana mereka menggunakan kuasa kecerdikan aqal dan kuasa mata hati untuk mengadunkan semua ilmu menjadi kefahaman dan tindakan yang membawa mereka menjadi manusia hebat yang menggunakan kehebatan untuk kerahmatan masyarakat dan dunia disekeliling mereka.

Selamat bersaing secara positif dalam program realiti tv2 - penyampai ikon 2009!

14.8.09

Perginya Tidak Akan Kembali!

Salam Buat Semua,

Perginya beliau mengejutkan semua insan yang mengenalinya... tidak akan kembali buat selama-lamanya......

Pernah bertemu teman-temannya.... saya dikhabarkan bahawa ketika ibu beliau mengandungkan beliau.... ibunya bermimpi tentang "bulan jatuh ke riba"...

Begitulah kehebatan beliau.... mempunyai suara yang memukau jantung dan telinga pendengar...

Lagu rintihan hamba.... sewaktu beliau bersama nada murni... cukup memukau dan mendirikan bulu roma pendengar..... terutama ketika kita mendengar di waktu yang sunyi....

Salam Kesedihan dan Ta'ziah dari semua.....

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Asri Rabbani meninggal - Rebah sewaktu pegang mikrofon pada sesi latihan di RTM


Jenazah Asri dibawa keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Kanchong untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi.


KUALA LUMPUR - Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).




Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam.

"Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.

"Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.

"Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri," jelasnya.



88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Asri pergi tak kembali

"Suaranya benar-benar mempunyai aura dan merupakan anugerah Allah yang paling berharga" – RAMLI MS




PASTINYA lirik puitis penuh sentuhan rohani di sebelah cukup kuat untuk mengingatkan kita semua kepada figura bernama Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani.

Benarlah, setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan yang terakhir kerana pada tanggal 13 Ogos 2009 lalu (semalam), kira-kira seminggu sebelum Ramadan 1430 Hijrah menjelang tiba, seluruh jiwa yang mengenali Asri bagaikan terpana dipukul halilintar.

Suasana ceria, teruja dan gembira tiba-tiba bertukar menjadi kalut dan cemas, anak kepada Robiah Ehsan, 70, yang sedang berdiri hendak memulakan sesi latihan menjelang satu majlis pelancaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) rebah dan nazak. Setengah jam kemudian, berita pemergiaannya diketahui umum.

Perginya Asri tanpa pesan. Tanpa ucap selamat tinggal buat semua, kepada peminat yang sentiasa menyanjungi, sahabat seperjuangan mahupun buat keluarga tercinta.

Hanya lunak suaranya yang tinggal jadi kenangan dan lagu Pergi Tak Kembali seakan-akan mendayu-dayu, merintih dalam sendu dan tangis saat kerandanya di usung menuju ke persemadian terakhir di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam semalam.


ALLAHYARHAM Asri mengetuai kumpulan Rabbani sehingga berjaya menjadi kumpulan nasyid paling disegani dalam industri muzik tanah air.


Lagu yang ditulis sendiri oleh Allahyarham, Pergi Tak Kembali, itu cukup mengingatkan semua tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan setiap makhluk bernama manusia.

Kata seorang teman Che Amran daripada kumpulan Raihan yang telah lama mengenali Asri : "Dalam hati saya, setiap kali mendengar berita kematian sesiapa sahaja termasuklah rakan-rakan, saya berkata, biarlah, itu takdir. Tapi saya selalu minta kepada Tuhan, janganlah orang berkenaan Ustaz Asri.

"Tapi panggilan Ilahi tidak mampu dilawan. Hari ini (semalam) Ustaz Asri dijemput Ilahi. Mulanya saya anggap berita yang diterima menerusi panggilan telefon sekadar gurauan.

"Dalam berdebar-debar, saya hubungi Azadan (anggota Rabbani) dan barulah saya tahu, benarlah Asri sudah tiada."




Bagi pencinta dan seluruh penggiat muzik nasyid di Malaysia, nama Asri muncul nombor satu sebagai tiang yang menjadi tunjang kekuatan. Dialah sumber inspirasi kepada mana-mana sahaja anak-anak muda yang mula ingin menginjak ke dunia nasyid.

"Bagi saya, Allahyarham adalah pahlawan sejati kepada perkembangan muzik nasyid kontemporari. Dialah pahlawan yang akan mengetuai gerakan kami.

"Dialah satu-satunya orang yang akan menjadi rujukan dan inspirasi penyanyi nasyid baru. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu dendangan Allahyarham sewaktu Allahyarham masih bersama Nada Murni lagi," tambah Che Amran yang ditemui di lobi Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Kuala Lumpur ketika menziarahi jenazah Asri.

Pemergian Allahyarham pada usia 40 tahun sungguh mengejutkan dan merupakan kehilangan besar kepada negara khususnya kepada bidang dakwah Islam menerusi seni.

Keunggulan anak ketujuh daripada 13 adik-beradik itu di mata pencinta muzik nasyid bukan hanya tertumpu kepada keindahan melodi dan kelunakan suaranya yang sukar ditemui persamaan dengan mana-mana penyanyi nasyid yang ada.


ALLAHYARHAM Asri menghabiskan hampir dua dekad hidupnya dalam muzik nasyid.


Sebaliknya pengetahuan agama yang tinggi dan pekerti Asri itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja pantas menyenangi kehadirannya.

Dua hari sebelum kematiannya, Allahyarham bersama ahli kumpulan Rabbani yang lain iaitu Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Loqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman sempat mengadakan satu sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama dengan Hotel Singgahsana, hotel yang tidak pernah mengenepikan nama Rabbani apabila tibanya Ramadan sejak 12 tahun lalu.

Seraya tersenyum, ini antara bait-bait terakhir yang dilafazkan Allahyarham ketika sesi sidang media itu berlangsung: "Orang kata, apabila tiba bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja dan banyakkan ibadah, tetapi bagi saya pula, kerja ini (membuat persembahan) merupakan ibadah kepada saya."

Kepada Ustaz Asri, semua perlakuan, perbuatan dan aktiviti seni yang diceburinya sejak bersama Nada Murni lagi merupakan satu ibadah. Lirik-lirik yang ditulis Allahyarham sendiri banyak berkisar tentang dakwah Islam yang mengajak umat agar kembali ke jalan Allah.

Sejarah awal

Menyingkap sejarah awal pembabitan Allahyarham dalam dunia seni segalanya bermula pada tahun 1991 apabila Allahyarham mula berjinak-jinak dengan kumpulan nasyid Nada Murni dan semakin serius apabila tertubuhnya kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997.

Meskipun kemunculan kumpulan Rabbani di persada muzik tanah air dipandang enteng pada awalnya tetapi itu sedikit pun mematahkan semangatnya walaupun ketika itu nama Raihan sedang mewangi di kalangan peminat nasyid.


ALLAHYARHAM melayan peminat ciliknya dalam satu majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.


Rabbani mengejutkan banyak pihak apabila tampil bersama 13 ahli kumpulan dan menjadi satu-satunya kumpulan nasyid di Malaysia yang mempunyai anggota paling ramai.

Dalam soal keahlian dan tanggungjawab menjaga keutuhan kumpulan agar tidak berlaku onar yang meretakkan hubungan sesama ahli, Ustaz Asri sendiri pernah menjelaskan, keakraban dan setiakawan adalah kunci kekuatan mereka untuk bertahan sehingga kini.

Perkara itu diakui oleh komposer dan pengarah muzik terkenal Ramli MS. Katanya, apa yang menjadikan Asri satu nama besar dalam industri muzik nasyid adalah keunikan suaranya yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

"Saya individu yang mendengar muzik setiap hari tetapi setiap kali mendengar nyanyian daripada Allahyarham, telinga saya bagaikan tertusuk sesuatu yang indah.

"Suaranya benar-benar mempunyai aura dan merupakan anugerah Allah yang paling berharga," ujar Ramli.


KUMPULAN Rabbani pernah berduet dengan penyanyi Amy Search (empat dari kanan) menerusi lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.


Selama 12 tahun kumpulan Rabbani ditubuhkan, kumpulan nasyid yang dianggap pencabar terdekat kepada Raihan itu melalui banyak fasa termasuklah menyesuaikan muzik nasyid tradisional dengan elemen-elemen muzik dari luar negara.

Bermula daripada konsep nasyid klasik melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut cita rasa yang sesuai dengan era terkini.

Sehingga kini bersama Rabbani Allahyarham sudah menghasilkan 18 buah album. Bukan itu sahaja, keunggulan Asri dan Rabbani dibuktikan menerusi pelbagai pencapaian dan anugerah yang telah diraih. Ini termasuklah kemenangan demi kemenangan kumpulan Rabbani dalam Anugerah Industri Muzik.


SAAT manis ketika Allahyarham Asri bersama isteri, Halizah Shahzan dalam satu temu bual untuk ruangan Intuisi Cinta Kosmo!.


Seorang teman seperjuangan Allahyarham, penyanyi Yassin yang ditemui menyifatkan pemergian arwah satu kehilangan yang besar dalam industri muzik Malaysia.

"Ini kehilangan yang besar pada industri muzik sebab ramai orang yang membesar dengan lagu-lagu Rabbani. Saya sendiri terkejut sebab tidak tahu dia ada penyakit kronik kerana dua tiga hari sebelum ini saya baru jumpa arwah dan tidak nampak sebarang perubahan langsung.

"Arwah juga seorang yang baik. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti tiada seorang pun yang tidak suka akan personalitinya," ujar Yassin sambil menitiskan air mata.

Sesungguhnya, apa yang tercatat menerusi penulisan ini tidak dapat menggambarkan keseluruhan riwayat hidup yang pernah dilalui oleh seorang hamba Allah, seorang lelaki, seorang penasyid, seorang penghibur, seorang pendakwah, seorang suami dan seorang ayah bernama Mohd. Asri Ibrahim.


ALLAHYARHAM bersama isteri dan anak tercinta (dari kiri) Sofiyah Munawarrah, Nor Afikah, Mohd. Ilham, Mohd. Fathi, Halizah Shahzan, Hamdi Rabbani dan Najmuddin.




Disahutnya panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, peminat dan rakan-rakan, Allahyarham Asri telah pergi meninggalkan semua dalam sekelip mata.

Sepantas itu nyawanya diambil semula oleh Sang Pencipta. Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, Asri pergi dan takkan kembali lagi.

Allahyarham yang meninggal dunia pagi semalam ada menulis dalam blognya asrirabbani@blogspot.com yang berbunyi: "Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...."


*****************************************************************************

Berita Harian:

Vokalis utama Rabbani meninggal





KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin.


Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.

"Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal dunia.

"Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat," katanya.

Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula.

"Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke lantai," katanya.

Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain.

"Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan ikon nasyid," katanya.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Setempat

Asri mengadu tidak sihat

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

AL-FATIHAH...keluarga dan anggota kumpulan Rabbani
AL-FATIHAH...keluarga dan anggota kumpulan Rabbani

SHAH ALAM: “Balik malam tadi (kelmarin), Asri mengajak saya keluar makan malam, perkara yang jarang dapat kami lakukan bersama kerana kesibukannya. Kami keluar berdua kerana anak-anak sudah tidur dan Asri kata pesan (makanan) apa saja. Selepas itu kami menonton televisyen berdua dan berbual lama.

“Bagaimanapun, ketika keluar hendak menjayakan rakaman program Syahadah di RTM (Radio Televisyen Malaysia), pagi tadi (semalam), Asri mengadu tidak sihat dan batuk lalu dia minta saya menghantarnya ke pejabat Rabbani Productions di Taman Manjalara, Kepong.

“Itu pertemuan terakhir saya dengannya sebelum diberitahu dia sudah tiada, lebih kurang jam 11 pagi,” kata Nur Jannah Shahadan, 39, isteri vokalis utama Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim, 40, ketika ditemui di rumah keluarga arwah di Kampung Bukit Lanchong di sini.

Asri meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan enam cahaya mata, Mohd Nasimuddin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Soffiyah Munawwarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.

Menurut Jannah, walaupun tidak menyangka Asri akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya begitu cepat, dia tetap bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kekuatan untuk menerima kenyataan suami tercinta sudah pergi menghadap Ilahi.

“Komitmen Asri terhadap kerjaya seninya menjadikan saya seorang yang berdikari. Allahyarham seorang suami dan bapa yang baik. Tidak ada apa yang terkilan di hati cuma pagi tadi (semalam) sebelum dia keluar rumah, saya tidak dapat memeluknya erat.

“Kenangan paling manis baru-baru ini kami dapat menunaikan umrah bersama-sama sambil berziarah di Istanbul. Asri menyifatkan pemergian kami ke Tanah Suci itu untuk mengerjakan umrah sambil berbulan madu selepas 16 tahun kami berkahwin.

“Insya-Allah, saya akan tabah mengharungi kehidupan ini membesarkan anak bersendirian,” katanya.

Azadan Abdul Aziz, 36, seorang daripada anggota Rabbani dan yang paling rapat dengan Allahyarham berkata, dia dan anggota lain akan meneruskan perjuangan kumpulan nasyid paling popular itu.

“Asri bukan hanya kawan dan rakan seperjuangan dalam dunia seni yang berdakwah menerusi lagu nasyid, malah dia pemimpin dan bapa kepada kami. Namun, Allah lebih menyayanginya dan kami reda pemergiannya.

“Meskipun beliau sudah tiada, semangat dan kekuatannya akan terus bersama kami untuk meneruskan perjuangan Rabbani. Banyak program dirancang pada Ramadan ini terutama persembahan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

“Selepas ketiadaan Asri, saya akan kumpulkan semua anggota Rabbani untuk membina semula kekuatan bagi menghadapi hari esok. Perjuangan Rabbani dalam bidang seni akan diteruskan.

“Meskipun saya dan anggota lain dapat menerima ketentuan Allah SWT, kami semua tetap terkejut kerana pemergian Asri terlalu mendadak. Sebelum itu kami pernah berbual berdua, macam mana dengan Rabbani jika berlaku apa-apa dengan Asri. Tak sangka pula perbualan kami menjadi kenyataan.

“Pun begitu kami bersyukur kerana Asri pergi dalam keadaan tenang dan wajahnya seperti orang tidur,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini, selepas Maghrib malam tadi, bersebelahan pusara bapanya yang meninggal dunia hampir setahun lalu.

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Minta al-Quran sebelum rebah

Oleh Esme Johari Wahab dan Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
KESUNGGUHANNYA menyebarkan dakwah melalui lagu cukup kuat apabila memperjuangkan irama nasyid selama 25 tahun bermula dengan kumpulan Nada Murni yang diasaskan Al-Arqam selama 15 tahun kemudian menubuhkan Rabbani pada 1 Mac 1997.

BELASUNGKAWA MOHD ASRI IBRAHIM (1969 - 2009)

Sepanjang tempoh itu, Asri yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri, menghiburkan peminat dengan alunan zikir, nyanyian malah suaranya berkumandang memanggil umat Islam menunaikan solat apabila masuk waktu di televisyen.

Kewibawaan dan kepimpinannya mengendalikan Rabbani cukup dikagumi kerana mampu bertahan hingga ke hari ini biarpun mempunyai bilangan anggota yang ramai.

Selain Asri, kumpulan berkenaan turut dianggotai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin, Mohd Asri Ubaidullah dan Zulkiflee Azman.

Selain aktif dalam menjayakan persembahan seni, Rabbani juga melebarkan sayap dalam bidang perniagaan sehingga membawa kepada penubuhan Rabbani Productions Sdn Bhd.

Rabbani menerbitkan 19 album seperti Rabbani, Arah Dari Mana... Ke Mana... (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000) dan Maulana (2007). Daripada irama nasyid klasik sehingga menampilkan irama Timur Tengah dan disesuaikan mengikut peredaran zaman.

Sekalipun mengadu kurang sihat dan mengalami muntah, pagi semalam, Asri tetap hadir ke majlis sidang media dan pelancaran program Dokumentari Syahadah Musim ke-5 yang akan disiarkan Ramadan ini, di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Asri pengsan ketika hendak melakukan raptai ujian bunyi dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur oleh rakan kumpulan Rabbani dan disahkan meninggal dunia jam 11.05 pagi oleh doktor pakar hospital itu.

Rakannya daripada kumpulan Raihan, Che Amran Idris ternyata terkejut apabila menerima berita kematian itu malah menyifatkan ia satu kehilangan besar untuk industri nasyid tanah air.

"Kami baru saja bertemu dan berbincang dua hari lalu mengenai urusan perniagaan. Semuanya berjalan lancar malah dia langsung tidak nampak dalam keadaan sakit," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagi Che Amran, pengalaman berkongsi pentas menjayakan persembahan bersama pada 1 Ogos lalu detik paling menarik baginya selepas sekian lama tidak menjayakan persembahan besar bersama.

Mengenali arwah sejak 15 tahun lalu, Che Amran menyifatkan arwah seorang yang sangat tenang dan mudah didekati. Kehilangannya memang tiada galang ganti.

Sementara itu, Penolong Penerbit Dokumentari Syahadah, Murad Mohamad Safie berkata, pihaknya menjemput Rabbani untuk majlis pelancaran program itu memandangkan kumpulan berkenaan menyampaikan lagu tema bagi program ilmuan itu sejak lima tahun lalu.

"Sebaik tiba kira-kira jam 10 pagi, Asri mengadu kurang sihat dan meminta al-Quran daripada saya. Bagaimanapun, belum sempat saya mendapatkannya, dia jatuh pengsan. Sepatutnya ketika itu, dia perlu bersiap sedia menjalani ujian audio sebelum sidang media diadakan.

"Saya terus menanggalkan stokin dipakainya dan mengurut kakinya. Kakitangan RTM turut membantu, tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Sebaik sampai di hospital, saya mendapat panggilan daripada rakannya mengatakan doktor mengesahkan Ustaz Asri meninggal dunia jam 11.05 pagi," katanya.

Kolaborasi Rabbani bersama KRU menerusi lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada menjadikan kumpulan ini dikenali ramai hingga menang Kumpulan Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lapan tahun berturut-turut.

Selain memenangi beberapa anugerah seperti Album Nasyid Terbaik (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), 2003 (Qiblat) serta 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati) menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM).

Dalam memperjuangkan lagu nasyid, Rabbani sering bergabung bersama kumpulan nasyid lainnya mengadakan persembahan. Kali terakhir, Konsert Antara Dunia 2009 bersama Raihan, Hijjaz, Shoutul Harokah dari Indonesia dan Nebras (Arab Saudi) di Stadium Malawati, Shah Alam, 1 Ogos lalu.

Selasa lalu, Asri hadir di majlis sidang media dan menandatangani perjanjian mengadakan persembahan sepanjang Ramadan ini di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya untuk kali ke-18.

Arwah meninggalkan balu, Noor Jannah Shahadan, 38, dan enam anak iaitu Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Atikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6; dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah yang dilahirkan di Klang, Selangor pada 3 Ogos 1969, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lancong, Seksyen 28, Shah Alam selepas solat Asar, semalam.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Daripada Akhabar Harakah

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

ImageSalah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Image

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. - mks. _


11.8.09

ILMU itu dicari dan Bukannya mencari

"ILMU itu dicari dan bukan mencari".... "ILMU itu didatangi dan bukan mendatangi"

ITUlah kata-kata hikmah Imam Malik kepada khalifah ketika diminta datang ke istana mengajar khalifah ilmu agama....

ITUlah terjadi kepada dunia training hari ini......

Trainer atau konsultan datang dari jauh... bertolak dari rumah sebelum subuh.... bangun di waktu pagi pada pukul 4.30 am.... ayampun tak sempat nak berkokok lagi....

Datang dengan penuh semangat dan pelbagai option tajuk latihan di minda.... solat subuh di perjalanan bersama teman.....

Bila berada dalam kelas.... emosinya sedikit terganggu bila melihatkan peserta....ya... sebahagian peserta ambil sikap tak acuh sahaja..... dalam menuntut ilmu... ada yang bukak komputer sambil baca email yahoo... ada yang bukak internet cari maklumat yang tiada kena mengena dengan subjek yang diajar.... ada buat assignment orang lain dan pelbagai tindakan yang boleh mengguris hati......


Ya... mereka bersikap sedemikian kerana menganggap subjek yang diajar tiada kena mengena dengan exam atau assgnmnet.... tiada markah yang akan diambil kira....

Sehebat mana pun seorang trainer... bila menghadapi situasi itu..moodnya akan juga berubah... lalu perancangan asal dengan kesungguhan asal akan berubah.... matlamat penyampaian akan tercapai.... keberkatan ilmu mungkin kurang.....

Ilmu yang sepatutnya diberi 120% akan berkurangan dan terus berkurangan... maybe 80, maybe 70, may be 50%.....

ILMU adalah dicari dan didatangi kerana mahal harganya...lebih mahal daripada wang ringgit...

Pengalaman yang ada pada ilmu dengan pengalaman secara praktikal bagaimana menikmati ilmu secara ringkas dan padat serta berkesan
... lebih berharga dari segalanya... ianya akan dicapai dan diresapi hanya apabila ianya dicari oleh pencari ilmu......

Sehebat mana seorang pemberi ilmu... ianya tidak mampu memberikan pengalaman berharga itu sekiranya pencari ilmu tidak membuka minda, hati, jiwa dan raga untuk meresapi kehebatan ilmu tersebut... dengan izin Allah yang Maha Esa....


Minda pencari ilmu..... kesedarannya.... keinginannya..... perasaan yang meluap-luap padanya.... akan membawa kepada tindakannya yang bersungguh inginkan ilmu itu adalah kunci untuk penyerapan ilmu semaksima mungkin....

Kalau tidak.... sekadar...hanyalah sekadar sahaja........


9.8.09

UMAR YANG TERANIAYA

Siapakah pembunuh Saidina Umar al-Khattab r.a.? Dia ialah Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj as-sunnah an-nabawiyah, Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Tambahnya lagi, Abu Lu;lu’ah membunuh Saidina Umar r.a. kerana kemarahannya kepada Islam dan para pemeluknya dan membalas dendam bagi pihak kuffar terhadap apa yang dilakukan oleh saidina Umar r.a. ke atas mereka ketika menakluk negara mereka, membunuh para pemimpin mereka dan membahagi-bahagikan harta mereka.

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”


MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI:

http://alfiqrah.wordpress.com/2007/06/13/sikap-syiah-terhadap-umaral-khattab-ra


Sikap Syiah Terhadap Umar al-khattab r.a

Siapakah pembunuh Saidina Umar al-Khattab r.a.? Dia ialah Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj as-sunnah an-nabawiyah, Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Tambahnya lagi, Abu Lu;lu’ah membunuh Saidina Umar r.a. kerana kemarahannya kepada Islam dan para pemeluknya dan membalas dendam bagi pihak kuffar terhadap apa yang dilakukan oleh saidina Umar r.a. ke atas mereka ketika menakluk negara mereka, membunuh para pemimpin mereka dan membahagi-bahagikan harta mereka.

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”

Lihat pada gambar tertulis: Kubur Abu Lu’lu’ah Rahimahullah (Semoga Allah merahmatinya). Gambar ini diambil dari salah satu forum Syiah:

http://www.yahosein.org/vb/attachment.php?attachmentid=162&stc=1

Gambar-gambar lain

06.jpg

04.jpg

03.jpg

01.jpg

Siapakah Syiah sebenarnya?

Terima Kasih Suffian kerana berusaha mendedahkan siapa

syiah secara saintifik dan ilmiah....

Ban-syiah.blogspot.com

mohd suffian hj jaafar


Jangan ghairah dedah maklumat peribadi

KUALA LUMPUR - Para pekerja kerajaan dan swasta dinasihat agar tidak terlalu ghairah mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman-laman sesawang rangkaian sosial Internet kerana bimbang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, maklumat yang tidak sesuai terutama yang menjurus ke arah perbuatan negatif dikhuatiri menjadi rujukan kepada majikan atau ketua jabatan dalam menilai seseorang pekerja.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan kebanyakan masyarakat di negara ini menganggap fungsi laman sesawang rangkaian sosial sebagai hiburan semata-mata sehingga sanggup memuat turun apa sahaja ke dalamnya.


8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888


Bukan sahaja kakitangan kerajaan atau swasta perlu berhati-hati malah remaja, pelajar dan seluruh pengguna laman web sosial juga perlu berhati-hati.....


Harus diingatkan bahawa pembaca laman web itu ada yang berjiwa baik dan ada yang bersifat penggodam... pendedahan yang keterlaluan akan memberi impak negatif..

Pengguna terutama remaja suka mendedahkan.... nama penuh mereka...... tarikh lahir yang sempurna... alamat rumah penuh... nombor handphone dan pelbagai rahsia diri dan rahsia keluarga kepada umum tanpa meletakkan pemikiran takut atau cemas kalau dibaca dan digunakan oleh mereka yang berhati durjana atau pengganas.... perompak...perogol... dan segala pe... yang berhati syaitan...atau berhati penyakit

Sebagai contoh...

Pergi ke laman web facebook, tab nama -nama gadis di sana, anda akan dpt baca biodata mereka secara detail.... lebih teruk lagi ialah laman friendster yang pada mulanya menawarkan kenalan sosial dan akhirnya menjadi kenalan nafsu....

Oleh itu buat pengguna internet terutama remaja.....

HATI_HATI dengan dunia cyber... mereka yang menyamar identiti lebih ramai daripada mereka yang baikhati






5.8.09

Anda = apa yang anda makan = berdasarkan jenis darah



"One of the ten most important
health books ever written."
-Nutribo

"To the first science that understands you as a biochemical individual. Following decades of on-going research and clinical work, Dr. D'Adamo created The Blood Type Diets, a way of eating and living that has transformed the health of millions.

His first book, the New York Times best-seller Eat Right 4 Your Type started a health revolution over ten years later that continues ever-stronger. With more than 5 million copies in print in over 50 languages, Eat Right 4 Your Type celebrates its 10th year as an unprecedented non-stop bestseller in hardcover, and was named as one of the ten most important health books ever written by respected health publishing analysts."

Buku Tulisan Dr Adamo merupakan buku yang membuka minda dunia perubatan bahawa darah mempunyai peranannya dalam kesihatan, kegemukan dan gaya hidup kita....

Pengambilan makanan yang serasi dengan jenis darah akan membantu kita mengurangkan risiko menghadapi penyakit yang kronik.

Buku ini berada pada tarafnya yang tersendiri apabila dijual 5 juta unit dalam 50 bahasa....

Kajian beliau berdasarkan kesinambungan kajian ayahnya sendiri yang juga seorang doktor.....

Bacalah ilmu baru ini.....