Islam mengharamkan Ceti kerana padanya adalah masalah riba yang menyiksakan... pinjam RM500 bayar RM5000... berapakah riba/kadar bunga yang dikenakan?
Riba bukan sahaja pada ah long tapi juga pada sistem perbankan di Malaysia...
Ada personal loan yang dikenakan interest 20 - 24% setahun oleh bank yang terkemuka di Malaysia dengan alasan "senang diluluskan"
Kad Kredit pula walaupun digambarkan melaksanakan sistem interest yang rendah dari 12-18% setahun tetapi ianya sebenarnya mencecah 40% setahun jika penggunanya membayar bayaran minimum - inilah ah long bersistem namanya.
Begitu juga sistem pinjaman perumahan, walaupun diberi dengan nama muamalat Islam... namun ianya tetap ada unsur riba atau interest yang melampau...
Jika membayar selama 30 tahun... satu rumah yang anda beli menyamai hampir 3 rumah pada harga yang sama..... adilkan begitu atas nama muamalat Islam.... bila dikaji dan dicheck balik... sistemnya sama sahaja dengan konvensional tapi yang membezakan ialah namanya muamalat Islam, ada akad (ijab dan kabul), dinyatakan jumlah pinjam dan jumlah keseluruhan yang akan dibayar dan juga tidak mengikut BLR tetapi ianya di fixedkan atau mengikut FLR.
wallahu'alam
**************************************************************************************
*
Azab di penjara ah long
SUBANG JAYA - Tiga lelaki hanya mampu mengalirkan air mata dan meluahkan kesyukuran sebaik mereka diselamatkan dari kurungan di sebuah bilik sebesar bilik tandas di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini semalam.
Mereka yang berusia 29 hingga 45 tahun itu dikatakan mula dikurung di situ sejak awal April lalu dan diseksa bagaikan 'tawanan perang' oleh sindiket ah long.
Menambahkan lagi penderaan, ah long terbabit hanya memberi sebuku roti kepada setiap mangsa dalam tempoh dua minggu sekali.
Kesemua mangsa juga hanya diberi minum air paip.
Selain itu, mangsa-mangsa yang berasal dari Kajang, Gombak dan Segamat, Johor itu turut dirotan sekiranya mereka membuat bising ketika berada dalam kurungan tersebut.
Sebaik diselamatkan, mangsa-mangsa itu terpaksa dipapah keluar selepas mereka tidak mampu berjalan sendiri akibat sakit seluruh badan kerana dipukul.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa-mangsa diselamatkan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai ah long pada pukul 11 pagi di hadapan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong semalam.
"Selepas soal siasat terhadap kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun, kita telah menyerbu tingkat bawah sebuah rumah kedai di Serdang Raya," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.
|
|
Menurut beliau, dalam serbuan pada pukul 2.30 petang, badan ketiga-tiga mangsa itu diikat dengan rantai dan ditempatkan di dalam dua buah bilik kecil bersaiz tandas.
Satu bilik tersebut di kurung seorang mangsa manakala satu bilik lagi ada dua mangsa dikurung sekali.
Katanya, rumah kedai tersebut telah diubah suai dengan menempatkan dua bilik kurungan berukuran 1.2 X 1.2 meter dan 1.2 X 1.8 meter dan setiap bilik itu dipisahkan oleh dinding konkrit.
Rahim memberitahu, ketiga-tiga mangsa itu akan melakukan kegiatan rutin seperti makan, minum, tidur dan membuang air besar di dalam bilik kecil tersebut sehingga hutang tertunggak mereka telah dijelaskan oleh ahli keluarga masing-masing.
No comments:
Post a Comment