8.5.09

Menjadi perunding latihan adalah anugerah

Perunding latihan adalah individu yang dilatih untuk pandai bercakap, pandai mengolah ayat dan pandai menyusun kata-kata sehingga menjadikannya satu anugerah dalam menguasai dewan pendengar disamping mampu menyediakan hujah yang menyakinkan. Kesemuanya adalah memerlukan latihan dicampur dengan minat diri perunding itu berserta ilmu yang dicarigali dan akhirnya dicampur sedikit dengan potensi dan bakat yang sedia ada.

Perunding yang bagus adalah perunding yang berbicara dengan kuasa bicara matahati dan bukannya ilmu pada aqal sahaja.

Ramai yang ingin menjadi perunding memandangkan banyak unsur material boleh didapati di sini tetapi tak ramai yang datang dengan anugerah yang telah dinyatakan di atas.

Teringat saya pada seorang kawan yang menjadi perunding latihan disebabkan oleh usaha dan keinginan Pak Ciknya yang mahukan jawatan itu padanya.....

Pelbagai kemahiran, kepakaran dan ilmu perunding dicurahkan kepadanya tetapi bila diamati pada dirinya, beliau seolah-olah berlakon sahaja, beliau belum menjiwai seorang trainer latihan.

Apabila beliau bercakap dihadapan peserta, gegaran suaranya adalah gegaran daripada mindanya, aura suara hati tidak banyak bersama-samanya.

Kawan-kawan perundingnya yang bersama-sama tidak dapat merasakan aura bicara hati... semuanya nampak "dal" dan malap.

Apabila diberikan satu-satu modul untuk beliau membicarakannya, beliau begitu takut untuk keluar secara spontan, beliau akan membuat nota demi nota sehinggakan beliau rasa konfiden... namun macam biasa berlaku, beliau hanya berlakon di hadapan peserta, beliau kurang menghayati juice modul tersebut.... yang mana akhirnya.... isi dan isu yang penting dipendekkan atau ditinggalkan manakala, isu dan isi yang assesori pula ditekankan.

Apabila beliau mengemukakan persoalan kepada peserta, beliau kurang mampu membaca reaksi peserta kerana terlalu tertumpu kepada note yang disediakan olehnya... akhirnya peserta menjadi tidak faham... suasana menjadi kaku....

kawan-kawannya terpaksa masuk membantu supaya kefahaman peserta menjadi lebih jelas...... namun begitu.... dari raut mukanya, egonya tinggi kerana beliau tak setuju campurtangan tersebut...

Beliau suka bergerak bersendirian mengetepikan konsep teamwork unit latihan.....

Lama-lama saya sedari bahawa untuk menjadi perunding latihan ini memerlukan minat yang mendalam, kesukaan kepada bidang dan keberanian menempuh cabaran serta menjadi insan peka pada perubahan sekeliling.....

Wassalam



No comments: