Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
28.5.09
Adilkah Begitu?
Masuk pagi balik petang,
Dapat gaji bayar hutang!
Anda seorang yang sangat rajin. Tidak kira siang atau malam,
anda bekerja tanpa mengira masa. Namun, walau sekuat manapun anda bekerja, pendapatan anda masih juga berada di tahap yang
sama. Hutang semakin banyak, tapi malangnya gaji tak juga
bertambah. Bos semakin kaya, tetapi anda semakin papa. Adilkah semua ini?
Belajar tinggi sampai ijazah,
Dapat kerja gaji rendah!
Anda tekun belajar sehinggalah mendapat segulung ijazah.
Apabila tamat pengajian, anda gagal untuk mendapat
pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan anda. Terdapat
seramai 20,000 orang menganggur setiap tahun. Apakah
peluang anda untuk bersaing? Sampai bila anda nak bergantung
pada kedua IBU BAPA anda?
Kerja hebat, gaji pun lebat,
Jadual padat, balik pun lewat!
Kerja anda seringkali memerlukan anda untuk pulang lewat
dan bekerja pada hujung minggu. Anda juga perlu outstation
dan terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Jika
keadaan ini berterusan, mana mungkin anda dapat luangkan
masa dengan mereka. Mahukah anda melihat anak anda
membesar tanpa kehadiran seorang AYAH/IBU di sisi?
Orang belum bangun, anda sudah,
Orang sudah tidur, anda belum!
Itulah adat orang berniaga. Kerja anda memang berat,
namun kadang-kala pendapatan anda tak setimpal dengan
apa yang anda buat. Modal tiap-tiap hari keluar, tetapi
untung anda belum tentu. Tiada cuti, tiada bonus, tiada rehat, tiada masa untuk keluarga. Hanya kerja semata-mata.
Seronokkah hidup seperti ini?
Ngeri Jadi Peminjam Ah long
Islam mengharamkan Ceti kerana padanya adalah masalah riba yang menyiksakan... pinjam RM500 bayar RM5000... berapakah riba/kadar bunga yang dikenakan?
Riba bukan sahaja pada ah long tapi juga pada sistem perbankan di Malaysia...
Ada personal loan yang dikenakan interest 20 - 24% setahun oleh bank yang terkemuka di Malaysia dengan alasan "senang diluluskan"
Kad Kredit pula walaupun digambarkan melaksanakan sistem interest yang rendah dari 12-18% setahun tetapi ianya sebenarnya mencecah 40% setahun jika penggunanya membayar bayaran minimum - inilah ah long bersistem namanya.
Begitu juga sistem pinjaman perumahan, walaupun diberi dengan nama muamalat Islam... namun ianya tetap ada unsur riba atau interest yang melampau...
Jika membayar selama 30 tahun... satu rumah yang anda beli menyamai hampir 3 rumah pada harga yang sama..... adilkan begitu atas nama muamalat Islam.... bila dikaji dan dicheck balik... sistemnya sama sahaja dengan konvensional tapi yang membezakan ialah namanya muamalat Islam, ada akad (ijab dan kabul), dinyatakan jumlah pinjam dan jumlah keseluruhan yang akan dibayar dan juga tidak mengikut BLR tetapi ianya di fixedkan atau mengikut FLR.
wallahu'alam
**************************************************************************************
*
Azab di penjara ah long
atikah.mohddali@kosmo.com.my
Dirantai 2 bulan
SUBANG JAYA - Tiga lelaki hanya mampu mengalirkan air mata dan meluahkan kesyukuran sebaik mereka diselamatkan dari kurungan di sebuah bilik sebesar bilik tandas di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini semalam.
Mereka yang berusia 29 hingga 45 tahun itu dikatakan mula dikurung di situ sejak awal April lalu dan diseksa bagaikan 'tawanan perang' oleh sindiket ah long.
Menambahkan lagi penderaan, ah long terbabit hanya memberi sebuku roti kepada setiap mangsa dalam tempoh dua minggu sekali.
Kesemua mangsa juga hanya diberi minum air paip.
Selain itu, mangsa-mangsa yang berasal dari Kajang, Gombak dan Segamat, Johor itu turut dirotan sekiranya mereka membuat bising ketika berada dalam kurungan tersebut.
Sebaik diselamatkan, mangsa-mangsa itu terpaksa dipapah keluar selepas mereka tidak mampu berjalan sendiri akibat sakit seluruh badan kerana dipukul.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa-mangsa diselamatkan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai ah long pada pukul 11 pagi di hadapan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong semalam.
"Selepas soal siasat terhadap kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun, kita telah menyerbu tingkat bawah sebuah rumah kedai di Serdang Raya," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.
|
|
Menurut beliau, dalam serbuan pada pukul 2.30 petang, badan ketiga-tiga mangsa itu diikat dengan rantai dan ditempatkan di dalam dua buah bilik kecil bersaiz tandas.
Satu bilik tersebut di kurung seorang mangsa manakala satu bilik lagi ada dua mangsa dikurung sekali.
Katanya, rumah kedai tersebut telah diubah suai dengan menempatkan dua bilik kurungan berukuran 1.2 X 1.2 meter dan 1.2 X 1.8 meter dan setiap bilik itu dipisahkan oleh dinding konkrit.
Rahim memberitahu, ketiga-tiga mangsa itu akan melakukan kegiatan rutin seperti makan, minum, tidur dan membuang air besar di dalam bilik kecil tersebut sehingga hutang tertunggak mereka telah dijelaskan oleh ahli keluarga masing-masing.
Dunia Pemakanan Kita Yang semakin Ngeri
Masih banyak makanan guna asid borik
|
|
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.
26.5.09
Potensi Pekerja Yang Diabaikan OLeh Top Management
Bermula daripada group pertama lagi sampai sekarang group ke 12, saya melihat kepelbagaian potensi VE ini yang hebat yang mana mungkin "top management" terlepas pandang melihatnya atau selama ini tiada program untuk VE.
Potensi yang mereka ada ialah
1. Kreativiti dalam melahirkan idea yang mantap.
2. Pengalaman kerja mereka di bengkel kereta, mekanik, toyota, honda, ssangyong, kia, naza, nissan, produa, proton yang kalau mampu diolah semula oleh top management maka satu tindakan mantap dapat disernakan.
3. Betapa sayang dan setianya mereka pada syarikat tetapi nampak mereka macam mudah dibuang oleh HR atas alasan yang simple dan cara penolakan yang cerdik.
4. Ada sebahagian daripada mereka nampak layak untuk diangkat ke tahap KC memandangkan pengalaman yang mereka ada... cuma mereka perlukan ijazah sahaja sepertimana requirement yang ditetapkan. Mereka mampu berfikir secara matang seperti lepasan ijazah malah ada yang lebih baik daripada itu, walaupun mereka hanya ada SPM dan Diploma.
Potensi-potensi ini kalau terabai akan dipancing oleh lawan yang sealiran dalam industri yang sama... akhirnya... yang berpotensi akan meninggalkan syarikat bila diofer dengan kerja yang gajinya lebih baik, situasi lebih baik dan majikan yang menyenangkan hati mereka.
Dalam ilmu pengurusan yang dituntut oleh pekerja hanyalah
1. Gaji yang sedikit selesa dengan situasi semasa.
2. Kebajikan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga terutama medical benefit seperti rawatan di klinik panel.
3. Elaun yang simple. Imbuhan yang sedikit ok dan menyejukkan jiwa.
4. Keselamatan diri ketika bekerja.
5. Janji pengurusan yang tak tertunai. Pengurusan yang banyak menabur janji seumpama ahli politik yang berjanji ketika atau semasa pilihanraya...... kalau tak ditunai... rakyat akan menuntut sampai bila-bila....
6. Pembuangan pekerja yang diperketatkan... jangan buang pekerja hanya sekadar dituduh melakukn kesilapan tanpa disahkan bersalah. Bina prosedur yang standard.
7. Pekerja diofer untuk bersuara malah dididik cara melontarkan luahan hati. HR jangan buang bekerja yang sekadar bersuara kerana HR mahu mengambil hati CEO.
8. Berikan masa untuk pekerja berhibur menghilangkan stress seperti hari sukan, family day dan hari berkomunikasi dan menyambung erat silaturrahim.
9. Jika semua diatas dijaga... maka pekerja akan melaksanakan tugasan sepenuh hati...
Kalau itulah yang terabai maka.... berlian akan layu cahayanya dan akan meninggalkan syarikt tersebut.......
wassalam
20.5.09
Muzakarah Ulama' Tentang Syiah
Sebelum ini, saya menerima banyak pertanyaan begitu.
Jadi saya sertakan 12 siri video dalam muzakarah ulama anjuran Persatuan Ulama' Kedah.
Video 1
Video 2
Video 3
Video 4
Video 5
Video 6
Video 7
Video 8
Video 9
Video 10
BERSAMBUNG
12.5.09
Antara Dakwah dan Jemaah ... Peninglah?
Isu ini macam isu "telur dulu ke? atau Ayam dulu?
Apa yang penting bagi saya ialah setiap orang yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah... perlu mengenali Islam sebaik mungkin... Islam bukan untuk Ustaz dan Uztazah tetapi untuk semua manusia yang inginkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Rukun Iman dan Rukun Islam adalah asas yang perlu dipelajari dan difahami sebaik mungkin... dan perlu TINDAKAN iaitu diPraktiskan dalam kehidupan... sebab itu ESQ Training yang dipelopori oleh Pak Ary Ginanjar membawa isu 1.6.5. iaitu satu Tuhan (Allah) - Godspot dan dikelilingi oleh kefahaman yang mendalam terhadap rukun Iman (6) dan Rukun Islam (5).... dibawa hujah ini dengan menggabungkan apa yang dinyatakan oleh al quran dengan kejadian sains dan membuktikan dengan keadaan semasa..... supaya masyarakat melihat Islam secara realiti....
Boleh ke saya berdakwah mengajak orang lain ke arah kebaikan sedang saya tahu sikit-sikit....?
Boleh... dipersilakan kerana kejadian kita sebagai manusia ialah mengajak manusia lain melakukan kebaikan disamping kita melakukan kebaikan dan terus berdisiplin melakukan kebaikan dan terus berdisiplin mengajak orang lain melakukan kebaikan..
Bukan hanya tugas ustaz dan ustazah sahaja mengajak orang lain ke arah kebaikan dan ke arah Islam tetapi itu tugas kita semua....
So Jamaah Islam macamana pula?
Jamaah Islam adalah gabungan manusia yang ingin melakukan kebaikan dengan amal jamaie atau amalan berkelompok atau amalan secara bersistem.
Bila kita ramai dan melakukan secara teamwork, kerja sama, kerja pasukan dan mempunyai silibus atau sistem, maka kerja mengajak kearah kebaikan akan menjadi lebih mudah, lebih baik dan lebih bermotivasi daripada kerja seorang diri.
Bila lakukan seorang diri... kita akan cepat putus asa bila berdepan dengan cabaran atau rintangan kerana setiap perjuangan ada rintangan dan dugaan tetapi bila berkelompok... setiap rintangan akan dihadapi bersama.. bila kita rasa nak tersungkur maka ada kawan yang datang memberikan semangat dan rangsangan untuk bangkit semua.
Dalam perjuangan perlukan masa untuk recharge energi rohani, emosi, aqal dan jasad, maka secara berkelompoklah aktiviti itu senang untuk dijalankan....
Yang mana nak pilih?
Ini isu sensitif bagi setengah pihak....
Bagi saya, pilihlah yang anda mampu memberikan sepenuh komitmen yang sesuai dengan potensi yang ada pada anda... yang mana anda lebih lama untuk bersamanya kerana prinsip dan dasar perjuangan sesuai dengan prinsip anda...
Manusia adalah unik dan begitu berbeza sebab itu Allah memberikan ruang kepada kita dengan pelbagai approach jamaah Islam yang ada disekeliling kita... yang penting ialah anda bergerak secara teamwork dan berkelompok... yang penting aqidahnya jelas (ahli sunnah wal jamaah) dan diiktiraf oleh masyarakat Islam secara keseluruhan..
Kehidupan kita umpama burung helang.... terbang dari satu noktah ke noktah yang lain
Allah juga meminta kita mengenali Alam supaya menjadi ulul albab....
Manakala solat adalah proses untuk kita jadi baik...... sesiapa yang bergelumbang dengan dosa dan kesilapan... banyakkan solat kerana ia adalah proses untuk menjadi baik
Akhirnya sebelum kita berpisah... marilah kita semua membaca al quran kerana ia adalah surat Cinta dari Allah buat kita semua....
Wassalam
10.5.09
Betul ke Cerita Tsa'labah Yang Tak nak Keluarkan Zakat?
Ceritanya cukup menarik dengan sokongan Ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah...
Cuma...bila masuk Kisah Tsa'labah yang gagal bayar zakat... hati saya rasa terdetik... betul ke cerita ni... nampak macam pelik sikit..
Kenapa?
Sebab seorang sahabat Rasulullah yang juga Ahli Badar... tiba-tiba berubah akhlak daripada seorang yang solat dibelakang Rasulullah kepada seorang yang enggan keluarkan zakat....hanya kerana menternak binatang sehingga jadi usahawan.
Yang pelik ialah Rasulullah tak nak terima zakat setelah beliau sedar akan kesilapannya....sedangkan Rasulullah adalah Insan yang memaafkan orang lain
Cerita tersebut semacam nak burukkan peribadi sahabat Rasulullah dan nak tunjukkan kegagalan Rasulullah mentarbiyyah Para Sahabatnya semacam cerita sebelum ini iaitu "Anak Umar Berzina setelah minum arak", "Umar Bunuh Anak Perempuan" .... yang telah dibuktikan ianya dicereka oleh pendusta agama walaupun ulamak kita terpengaruh dgn cerita tak logik itu.
Saya cuba mencari apakah rahsia disebalik cerita itu dan akhirnya saya temui artikel menarik ini
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Tsa’labah : Ahli Badar Yang Teraniaya
Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Ceritanya begini:
Tsa’labah ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.
Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau langsung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.
Nabi s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.
Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!
Persoalannya :
Siapakah Tsa’labah ini?
Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?
Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan sahabat r.a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan sahabat r.a. (yang sebenarnya untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.
Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.
Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.
Wassalam
8.5.09
Menjadi perunding latihan adalah anugerah
Perunding yang bagus adalah perunding yang berbicara dengan kuasa bicara matahati dan bukannya ilmu pada aqal sahaja.
Ramai yang ingin menjadi perunding memandangkan banyak unsur material boleh didapati di sini tetapi tak ramai yang datang dengan anugerah yang telah dinyatakan di atas.
Teringat saya pada seorang kawan yang menjadi perunding latihan disebabkan oleh usaha dan keinginan Pak Ciknya yang mahukan jawatan itu padanya.....
Pelbagai kemahiran, kepakaran dan ilmu perunding dicurahkan kepadanya tetapi bila diamati pada dirinya, beliau seolah-olah berlakon sahaja, beliau belum menjiwai seorang trainer latihan.
Apabila beliau bercakap dihadapan peserta, gegaran suaranya adalah gegaran daripada mindanya, aura suara hati tidak banyak bersama-samanya.
Kawan-kawan perundingnya yang bersama-sama tidak dapat merasakan aura bicara hati... semuanya nampak "dal" dan malap.
Apabila diberikan satu-satu modul untuk beliau membicarakannya, beliau begitu takut untuk keluar secara spontan, beliau akan membuat nota demi nota sehinggakan beliau rasa konfiden... namun macam biasa berlaku, beliau hanya berlakon di hadapan peserta, beliau kurang menghayati juice modul tersebut.... yang mana akhirnya.... isi dan isu yang penting dipendekkan atau ditinggalkan manakala, isu dan isi yang assesori pula ditekankan.
Apabila beliau mengemukakan persoalan kepada peserta, beliau kurang mampu membaca reaksi peserta kerana terlalu tertumpu kepada note yang disediakan olehnya... akhirnya peserta menjadi tidak faham... suasana menjadi kaku....
kawan-kawannya terpaksa masuk membantu supaya kefahaman peserta menjadi lebih jelas...... namun begitu.... dari raut mukanya, egonya tinggi kerana beliau tak setuju campurtangan tersebut...
Beliau suka bergerak bersendirian mengetepikan konsep teamwork unit latihan.....
Lama-lama saya sedari bahawa untuk menjadi perunding latihan ini memerlukan minat yang mendalam, kesukaan kepada bidang dan keberanian menempuh cabaran serta menjadi insan peka pada perubahan sekeliling.....
Wassalam
Bila Nafsu Menjadi Raja?
Antara perbincangan hangat ialah bertajuk seks bebas di kalangan pelajar IPT yang belajar di luar Malaysia.
Seorang pelajar lelaki menceritakan bagaimana beliau melihat sebuah percintaan pelajar sekolah berasrama penuh sehingga ke sesuatu yang mengejutkan di mana mereka mengambil video asmaradana seks yang mereka lakukan ketika musim cuti, di mana pelajar perempuan mengikuti pak wenya yang juga pelajar sekolah berasrama itu.
Aku terfikir... kalau pelajar yang cerdik seperti inipun diuji dengan kelemahan hati dan aqal untuk mengawal diri.... menjadikan nafsu sebagai raja... maka apatah lagi pelajar sekolah biasa.
Di sini aku sertakan satu artikel yang menarik daripada akhbar berita harian buat tatapan semua...
BAHANA SEKS
Bahana nafsu
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.
Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.
Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.
Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).
Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.
Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling. |
Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.
Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.
Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.
Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.
Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas. |
“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.
“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.
“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.
Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.
Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.
Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.
Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.
“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.
“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.
Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.
Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.
Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.
“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.
“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.
Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.
Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.
“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.
“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.
Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.
“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).
“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.
Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.
Kes pelajar mengandung sebelum kahwin
Kes pertama:
SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.
Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.
Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.
Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.
Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.
Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.
Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.
“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.
“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.
“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.
Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.
Kes kedua.
INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.
Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.
Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.
“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.
“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.
Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3