5.2.09

Perak... Antara Cabaran dan Pengalaman Yang Tragis..


Sejak petang semalam... akhbar dan media memainkan lagu keroncong dan irama sentimental berhubung dgn "kegoyahan pemerintahan Negeri yang terkenal dgn struktur rajanya yang indah dalam Malaysia"

IKUTI perbincangan akhbar yang mana... bila kita baca setiap satunya... kita akan dapat apa natijah dan pengalaman yang begitu berharga......

DALAM KOSMO 5/2/2009

Tidak bermoral, pilihanraya negeri langkah terbaik - Tengku Razaleigh

05 Feb 2009 2:21PM

KL: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.

Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.

Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.

KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.

"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. / Harakah, Razaleigh.com


Nada anak raja dari Kelantan ini seakan nada Tun Dr Mahathir semalam yang mengatakan BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti


Bubar dulu, perkenan kemudian


MOHAMMAD NIZAR (tengah) pada sidang media mengumumkan pembubaran DUN Perak bersama ahli-ahli Exco negeri di Ipoh semalam.


IPOH - Desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu tetapi tidak ada siapa yang menyangka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup mengumumkannya lebih dulu sebelum mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Itulah kejutannya pada waktu krisis politik Perak memuncak semalam.


KERETA Toyota Camry yang membawa Mohammad Nizar meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas beliau menghadap Sultan Azlan semalam.


Mohammad Nizar pada sidang akhbar yang dikelilingi para pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) semalam sekadar memberi alasan bahawa beliau sudah terdesak.

"Keputusan itu dibuat selaras dengan hasrat untuk mengembalikan semula hak rakyat memilih dan memberi mandat baru kerajaan negeri Perak.

"Kesemua 29 ADUN Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini (semalam) telah bersetuju DUN Perak dibubarkan secepat mungkin dan kita akan mendapatkan perkenan Sultan Perak selepas ini,'' katanya.



BN sedia tubuh kerajaan - Majoriti mudah untuk ambil alih pemerintahan di Perak


NAJIB bersalaman dengan Jamaluddin sambil diiringi Mohd. Osman (dua, kanan), Nasarudin (kiri) dan Yit Foong (depan) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini semalam.

Empat wakil rakyat itu ialah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada UMNO.

"Kalau ada bilangan cukup, tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah yang juga Pengerusi BN ketika mengulas kejayaan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar, juga di Putrajaya, berkata, BN sudah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan hasil tindakan keempat-empat wakil rakyat itu.


emua ternanti-nanti siapa MB baru




IPOH - Selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat terkunci langkah politiknya semalam, bayangan Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Perak mula menampakkan sinar.

Nama-nama besar dalam Barisan Nasional (BN) Perak mula menarik perhatian kerana dalam fikiran ramai, jawatan Nizar itu sudah kosong.

Antara nama yang disebut-sebut ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak asing lagi dalam politik negeri Perak.

Mereka ialah ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Selain mereka, nama lain ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah) dan Datuk Nazari Ismail (Manjoi).

Ramly yang mewakili DUN Manong dalam Parlimen Kuala Kangsar sejak 1999 merupakan antara pemimpin paling kanan UMNO negeri dan memegang jawatan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Ramly antara yang paling lantang mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat, daripada isu pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru Cina dan kampung tersusun serta pembelian Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi pemimpin negeri.

Beliau juga dilihat lebih lantang berbanding bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli yang lebih banyak menyepikan diri.

Raja Ahmad pula mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional selaku bekas Ahli Parlimen Larut.

Raja Ahmad pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) selain Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).


VERSI DIGITAL UTUSAN

Versi Digital


DARIPADA UTUSAN N BERITA HARIAN

Terima realiti politik - Zahid

PUTRAJAYA 4 Feb. - Sikap pakatan pembangkang yang suka bercakap besar dan hanya 'pintar mengeluarkan kenyataan politik' perlu diubah dengan menerima realiti politik yang berlaku sekarang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari pembangkang yang keluar parti dan menjadi wakil Bebas harus diterima oleh pakatan pembangkang sebagai pengajaran.

''Itulah hakikat politik, jangan hanya pintar mengeluarkan kenyataan politik tetapi realiti politik harus difikirkan.

''Mereka harus terima kenyataan bahawa hanya kira-kira 10 bulan kerajaan mereka tumbang dan Allah telah takdirkan bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula negeri Perak," katanya di sini hari ini.


DAP bincang dengan PKR, Pas

IPOH 4 Feb. - DAP Perak akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berhubung kegagalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, adalah tidak wajar apabila permintaan mereka untuk mengadakan pilihan raya tidak dilayan.

''Ini permintaan Menteri Besar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin).

''Dalam keadaan biasa kalau Menteri Besar atau Perdana Menteri berasakan mereka tidak mendapat majoriti DUN atau Parlimen, cara 'terhormat' ialah menyerahkan pada rakyat menentukan,'' katanya di sini hari ini.

Terdahulu, usaha Koo Ham memasuki istana untuk bersama-sama Mohammad Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak membubarkan DUN dihalang pihak polis.


‘Sultan Perak perlu masa buat kajian’

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerlukan masa untuk membuat kajian sebelum membuat keputusan terhadap permintaan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Tuanku ketika beliau menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, petang semalam.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Badan Perhubungan Pas Perak di sini, malam tadi, Nizar berkata, Sultan Azlan Shah tidak menetapkan tempoh masa membuat keputusan, tetapi beliau akur dengan kedudukan itu dan menerima ketetapan baginda.


“Saya sudah persembahkan kepada Tuanku Sultan berkenaan suasana tidak menentu dan nyatakan sebabnya serta menyatakan mengikut bidang kuasa diperuntukkan kepada Menteri Besar sebagai ‘leader of the house’ memohon perkenan DUN dibubarkan serta merta.

“Namun, oleh kerana beberapa perkara yang saya fikir terpaksa diambil kira Sultan, maka baginda menyatakan akan tengok dan lihat, beri masa sebelum umumkan kepada saya (keputusan baginda).

“Mungkin Tuanku akan rujuk pakar perundangan bagi mengelak krisis Perlembagaan. Saya faham budi bicara Sultan, adil kepada rakyat"

Sikap angkuh memakan diri - MIC

KUALA LUMPUR 4 Feb. - MIC menyifatkan sikap angkuh pakatan pembangkang ketika memerintah negeri Perak selama ini telah memakan diri apabila wakil rakyat mereka beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata, selama ini pakatan pembangkang terlalu yakin wakil rakyat BN akan melompat parti dan menyertai mereka.

''Sesuatu yang melucukan apabila sebelum ini PKR begitu beria-ia mengatakan terdapat ahli BN yang akan melompat parti, sedangkan hakikatnya mereka kini kehilangan ahli parti yang kembali semula ke pangkuan BN.

''Mereka merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat kerana percaya hanya BN yang mampu membawa perubahan positif kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berpendapat, perkembangan di Perak hari ini merupakan satu sejarah buat BN kerana mereka mampu merampas kembali negeri itu daripada pentadbiran kerajaan pembangkang.

Katanya, perkembangan itu akan memperkukuhkan lagi BN dan mencerminkan situasi politik yang positif di negara ini.

Menurutnya, tidak dapat disangkal lagi, kebajikan rakyat akan lebih terjamin di bawah pimpinan BN.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Subramaniam pula berkata, tindakan empat wakil rakyat pakatan pembangkang itu memberi pengajaran bukan sahaja kepada BN tetapi juga terhadap pihak pembangkang supaya tidak terus hanyut dalam kedudukan yang 'selesa'.



Nik Aziz harap pilihan raya di Perak

KOTA BHARU 4 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap rakyat diberikan semula kuasa untuk memilih kerajaan Negeri Perak melalui pilihan raya.

Beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan langkah terbaik dengan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mengikut kemahuan mereka sendiri.

''Memang itu (bubar DUN) cara yang paling baik daripada melompat parti, saya rasa cukup tidak faham macam mana keadaan Malaysia macam itu.

''Dia (wakil rakyat) melompat parti tentu ada 'mastermind'. Kalau hendak cari majoriti macam itu, lebih baik tiada pilihan raya, bagi duit saja,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Bagaimanapun, Sultan Azlan Shah sehingga malam ini belum membuat keputusan mengenai cadangan pembubaran DUN itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang melompat parti sebagai tidak bermaruah dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat.


Dr. Mahathir tidak setuju tindakan BN

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan Barisan Nasional (BN) menerima sokongan bekas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan idea yang baik.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, beliau tidak setuju dengan tindakan BN kerana parti tersebut sepatutnya menerima mereka yang benar-benar berkualiti.

''Menerima ADUN yang berhadapan tuduhan rasuah tidak akan mempertingkatkan kualiti parti ketika BN berhadapan dengan masalah kualiti kepimpinan dalam parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Strategi Eksklusif Krisis Kewangan Global anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Pembentukan kerajaan baru itu berikutan keputusan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO hari ini.

Dengan pengumuman itu, BN kini mempunyai sokongan 31 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Dr. Mahathir menjelaskan, sekiranya kedua-dua ADUN itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah selepas diterima oleh BN maka orang ramai akan melihatnya sebagai satu manipulasi.

Tegas beliau, bukan satu idea yang baik dengan membawa orang yang kualitinya teruk.


DARIPADA AKHBAR KL POS

Nasaruddin cipta rekod pelompat terpantas negara

05 Feb 2009 12:13AM

BERBANDING tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kerajaan campuran barisan pembangkang Perak yang sudah isytihar nak jadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional, pada awalnya kelibat ADUN kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dicelah-celah sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya petang Rabu mengejutkan para wartawan yang hadir.

Ini kerana sebelum ini tiada siapa yang sangka beliau akan lompat balik ke pangkuan UMNO setelah baru 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Tindakan beliau bukan saja mencipta sejarah paling singkat lompat dan lompat balik tetapi juga memberi tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum ini riuh merayakan lompatannya.

Beliau berdiri dibelakang Najib semasa sidang akhbar itu. Dikerumuni para wartawan selepas itu Nasaruddin berkata beliau berbuat demikian kerana mahu melihat tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil.


Manusia berpaling tadah patut dilempar dengan kasut - Tok Guru

05 Feb 2009 12:47AM

KB: Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. / Harakah


Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan


BN tunggu isyarat Istana mengadap Sultan Azlan Shah esok

05 Feb 2009 12:03AM

BARISAN Nasional (BN) Perak akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi bahawa parti itu mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga ADUN Bebas yang menyatakan sokongan terhadap BN akan turut serta dalam pertemuan itu.

"BN Perak akan mengadap Sultan Perak esok, tapi kita belum pasti lagi bila masanya kerana masih menunggu isyarat daripada pihak istana," katanya.

Pertemuan tersebut akan diketuai Pengerusi BN Perak yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pucuk pimpinan BN belum memikirkan mengenai calon Menteri Besar yang baru.

"Itu belum difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Pak Lah tetapi kita ada 28 calon sekarang ini," katanya.


BN kurang bijak tarik YB yang tiada kualiti, dituduh rasuah - Mahathir

05 Feb 2009 12:00AM

KL: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.


MB yakin keadilan Sultan, sementara jalankan tugas MB seperti biasa

04 Feb 2009 11:57PM

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.

"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.


DARIPADA HARAKAH.... RINGKASAN SEBAB WEBSITENYA TAK BOLEH DITEROKAI.... ramai sangat pengunjungnya...

Najib bertindak, umum terburu-buru tanpa dapat perkenan Sultan

IPOH, 5 Feb (Hrkh) - Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mendapat sokongan majoriti Dewan,

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah, Nizar masih MB - Pengamal Undang-undang

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Susulan kemelut politik yang berlaku di Perak berikutan empat Adun ber

Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon agar Sultan Perak tidak meng

DAP anggap Najib Razak 'perompak politik'

KOTA BHARU, 4 Feb (Hrkh) - Tindakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak memancing Adun Pakata

Wajar diadakan pilihan raya semula di Perak - Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Feb (Hrkh) - Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat









No comments: