Sejak petang semalam... akhbar dan media memainkan lagu keroncong dan irama sentimental berhubung dgn "kegoyahan pemerintahan Negeri yang terkenal dgn struktur rajanya yang indah dalam Malaysia"
IKUTI perbincangan akhbar yang mana... bila kita baca setiap satunya... kita akan dapat apa natijah dan pengalaman yang begitu berharga......
DALAM KOSMO 5/2/2009
Tidak bermoral, pilihanraya negeri langkah terbaik - Tengku Razaleigh
05 Feb 2009 2:21PM KL: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.
"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.
Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.
Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.
"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.
Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.
KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.
"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. / Harakah, Razaleigh.com
Nada anak raja dari Kelantan ini seakan nada Tun Dr Mahathir semalam yang mengatakan BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti
Bubar dulu, perkenan kemudian
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

MOHAMMAD NIZAR (tengah) pada sidang media mengumumkan pembubaran DUN Perak bersama ahli-ahli Exco negeri di Ipoh semalam.
IPOH - Desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu tetapi tidak ada siapa yang menyangka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup mengumumkannya lebih dulu sebelum mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Itulah kejutannya pada waktu krisis politik Perak memuncak semalam.

KERETA Toyota Camry yang membawa Mohammad Nizar meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas beliau menghadap Sultan Azlan semalam.
Mohammad Nizar pada sidang akhbar yang dikelilingi para pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) semalam sekadar memberi alasan bahawa beliau sudah terdesak.
"Keputusan itu dibuat selaras dengan hasrat untuk mengembalikan semula hak rakyat memilih dan memberi mandat baru kerajaan negeri Perak.
"Kesemua 29 ADUN Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini (semalam) telah bersetuju DUN Perak dibubarkan secepat mungkin dan kita akan mendapatkan perkenan Sultan Perak selepas ini,'' katanya.

BN sedia tubuh kerajaan - Majoriti mudah untuk ambil alih pemerintahan di Perak

NAJIB bersalaman dengan Jamaluddin sambil diiringi Mohd. Osman (dua, kanan), Nasarudin (kiri) dan Yit Foong (depan) di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini semalam.
Empat wakil rakyat itu ialah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada UMNO.
"Kalau ada bilangan cukup, tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah yang juga Pengerusi BN ketika mengulas kejayaan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.
Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.
Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar, juga di Putrajaya, berkata, BN sudah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan hasil tindakan keempat-empat wakil rakyat itu.
emua ternanti-nanti siapa MB baru
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat terkunci langkah politiknya semalam, bayangan Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Perak mula menampakkan sinar.
Nama-nama besar dalam Barisan Nasional (BN) Perak mula menarik perhatian kerana dalam fikiran ramai, jawatan Nizar itu sudah kosong.
Antara nama yang disebut-sebut ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak asing lagi dalam politik negeri Perak.
Mereka ialah ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Selain mereka, nama lain ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah) dan Datuk Nazari Ismail (Manjoi).
Ramly yang mewakili DUN Manong dalam Parlimen Kuala Kangsar sejak 1999 merupakan antara pemimpin paling kanan UMNO negeri dan memegang jawatan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Ramly antara yang paling lantang mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat, daripada isu pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru Cina dan kampung tersusun serta pembelian Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi pemimpin negeri.
Beliau juga dilihat lebih lantang berbanding bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli yang lebih banyak menyepikan diri.
Raja Ahmad pula mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional selaku bekas Ahli Parlimen Larut.
Raja Ahmad pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) selain Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
VERSI DIGITAL UTUSAN
Versi Digital
