30.9.08

Salam Raya dan Salam Keharmonian Sejagat

Alhamdulillah saya selamat sampai ke kampung.
Seronok melihat perubahan persekitaran bandar dan kampung yang ditinggalkan.

Pagi tadi ayah didatangi oleh tetamu untuk mengurut tangannya yang terseliuh.

Ayah memang dikenali sebagai insan yang pandai mengurut.

Nampak gaya tetamu tersebut ayah kenali... seorang ibu bersama anak perempuannya yang masih kecil

PAda mulanya beliau kata terjatuh daripada motosikal... tapi bila dilihat pada urat biru yang timbul... pada hemah saya yang bias a melihat ayah mengurut... rasanya kalaulah jatuh motor tentulah dah lebih dari 3 hari....

Saya cuba memberanikan diri bertanya..."dah lebih 3 hari agaknya?"

Tiba-tiba... airmata si ibu menangis.... lah rupanya bukan jatuh motor tapi buatan si suami yang tak berhati perut.... memukul isteri bila duit tak dapat........

MAsih ada lagi jantan seperti itu di akhir bulan puasa ini... esokkan dah nak raya....
bukan itu sahaja...muka si ibu ini juga ada kesan-kesan tertentu.....

Bila ditanya oleh kakak saya kenapa tak buat report... sebab bukti dah ada....

Si ibu ini membisu.....

BUkankah kita ada badan atau agensi yang boleh dirujuk bila berlaku peristiwa dera ini?.... kenapa kaum hawa terutama di kampung tidak mahu bersuara? menuntut hak mereka sebagai kaum yang perlu dilindungi.....

Itulah persoalan yang bermain difikiran saya.....

Kenapa masih ada lagi lelaki yang bertindak ganas pada isteri.... yang hanya tahu buat anak tapi bukan menerima tanggungjawab Allah sebagai Amanah menjaga wanita ketika akad nikah dilaksanakan.?

Kenapa masih ada yang malas bekerja dan masih meminta duit dari isteri..... bila tak dapat dipukulnya isteri.... tapi bila waktu malam menjelang dicarinya isteri.... bukankah itu satu yang ditentang oleh RAsulullah melalui hadisnya yang mulia....?

Fikirkanlah wahai kaunm adam ketika berakhirnya puasa dan ketika tibanya hari raya......

25.9.08

Keizinan Bergantung Pada Pemikiran dan Kepercayaan Guru

Assalamualaikum semua,

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, kami diberi tugas oleh perunding utama menjalankan kajian impak keberkesanan program ICT di kampung-kanpung yang terpilih. Kedudukan kampung ini dianggap mewakili Daerah.

Berbagai pengalaman yang diambil dan diceduk sepanjang program kajian ini.... sudah 25 hari berlalu...

Pengalaman kami ke sekolah rendah... memohon keizinan guru besar untuk mengadakan kajian ke atas pelajar bagi menilai ilmu komputer mereka dan sejauh mana rapatnya mereka dengan pusat ICT desa.

Alhamdulillah dari sekolah bandar ke sekolah pinggiran bandar seterusnya ke sekolah desa, kami tiada masalah dengan sekolah rendah dan mudah untuk mendapat keizinan guru besar setelah ditunjukkan surat perlantikan kami oleh kementerian yang terlibat. Lebih tersenyum lebar bila berhadapan dengan guru besar di desa yang begitu meraikan kami.

Sedikit cabaran bila ke sekolah menengah di sesetengah bandar atau pinggiran bandar, pengetua menunjukkan sikap tidak mesra dengan kehadiran kami, surat dari kementerian yang ditunjukkan tidak dapat memberikan satu kepercayaan kepada nya untuk membenarkan kami. Beliau masih inginkan surat daripada PPD kerana katanya PPDnya tegas orangnya..tak mahu pelajar diganggu... tapi bila kami ke sekolah menengah di setengah pinggiran bandar dan desa, tiada pula permintaan surat daripada PPD, mereka menyambut kami dengan mesra dan memberikan kerjasama dan pertolongan sebaik mungkin.

Mungkin ada sesuatu peristiwa telah terjadi di sekolah tersebut sehinggakan merisaukan pengetua memberikan keizinan kepada kami berada 25 minit sahaja di sekolah berjumpa pelajar dan mendapatkan maklum balas. Lagipun tugasan kami tiada kaitan dengan mana-mana agenda. Apa yang penting ialah hasilnya nanti untuk kebaikan masyarakat sekeliling.

Setiap kali ke sekolah menengah, kami selalu berdoa mudah-mudahan Allah mudahkan urusan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang hubungan pelajar dengan pusat ICT desa.... yelah untuk kesinambungan masa depan pelajar itu sendiri....

Kami sekarang ini berada di seberang prai utara.....

wassalam.

15.9.08

Cabaran Pengemudi Program


Untuk menjadi seorang trainer yang bagus atau penceramah yang bagus memerlukan kepada latihan yang berterusan. Di samping bakat yang boleh digilap.

Seorang penceramah perlu sensitif dengan suasana dan gelagat yang ditunjukkan oleh peserta di samping cekap memainkan perasaan peserta untuk mencapai matlamat program.

Skrip yang disediakan tidak boleh diikuti begitu sahaja kerana skrip dibuat tanpa diadunkan dengan perasaan persekitaran jadi penceramah perlu pandai mengemudikan program atau majlis yang diserahkan kepadanya.

Jika penceramah menggunakan peralatan media maka perlu ada seseorang yang boleh memahami kehendak penceramah sebagai rakan sparing.

Penceramah juga kena tahu cara kawal mikrofon... seeloknya usah bercakap kepada rakan lain semasa memegang mikrofon ...nanti peserta dengar apa yang diucapkan.... offf dulu baru bercakap..... perlu sensitif dengan persekitaran.

Begitulah susahnya menjadi pengemudi program... setiap gerakan kita sentiasa diawasi oleh peserta serta rakan urusetia atau fasilitator yang lain.

Betul tak abang ngah?

3.9.08

Harapan Bakal Anak Mithali... Tahniah KBM Remaja

30 dan 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat buat lebih 150 pelajar sekolah menengah sekitar Banting. Satu program keinsafan diri telah diadakan oleh KBM KL bersama pemaju utama daripada Pulau Pinang (abang Ngah).

Program yang disusun cantik dan diolah dengan susunan jalan cerita yang menarik akan menyentuh hati adik-adik remaja tingkatan 5. Sekeras mana hati mereka...tangisan keinsafan akan kedengaran.




Program bermula dengan sentuhan mesra di mana para peserta diminta memahami rakan partner. Walaupun ada yang sudah
5 tahun berkenalan, mereka masih tersenyum lebar bila mengetahui bahawa sebenarnya 2 rakan karib masih lagi belum memahami semendalam mungkin kerana masing-masing telah berkawan dengan memakai topeng-topeng yang dibina dan dipakai setiap hari tanpa ada ketelusan sehinggalah program ini dilaksanakan. Sehinggakan ada yang berkata" Walaupun saya dah lama berkawan dengan Lina tapi hari ini, saya betul-betul memahami rakan saya ini."

Namun begitu berlaku satu peristiwa yang membuka pekung di dada, apa bila sebilangan besar pelajar perempuan bangun dan meminta pelajar lelaki sekelas untuk turut bangun seraya berkata...."aku dan kawan-kawan mohon maaf pada kau orang semua sebab kita orang selalu kutuk eng
kau orang terutama ***** dan ****."



La... rupanya kat sekolah ni, ada satu persengketaan dan perselisihan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.....

Lagi teragis...bila ada pelajar lelaki bangun secara terbuka mohon maaf pada seorang perempuan sambil berkata dipenghujung ayatnya "..aku sayang padamu"... sempat jugak si adik ni luahkan kata sayang pada kaum berlainan jenis.... remaja zaman sekarang yang mudah terlibat dengan cinta monyet.... kenapa? sebab kat TV, kat majalah dan kat mana-mana media selalu menggambarkan percintaan seolah-olah bercinta itu lumrah remaja dan halal dalam Islam.
Pada sebelah petangnya pula, para pelajar diajak untuk menghayati erti kasih sayang kepada ibu dan ayah serta kawan-kawan secara terbaik.

Pada sebelah malam dalam MAM 1, adik-adik diajak berfikir tentang ayah dan ibu, kebaikan mereka, kesilapan kita terhadap andaian negatif kita kepada mereka. Adik-adik diminta memikirkan apakah dosa - dosa yang pernah mereka lakukan terhadap ibu dan ayah.....

Pada situasi ini, ramai yang menangis kerana tahu betapa ramai remaja hari ini berdendam dengan kedua ibu bapa mereka, mereka menyangka ibu bapa mereka tidak adil kepada mereka tanpa menyedari sebenarnya remaja konfuse antara kasih sayang dan ketegasan.

Remaja tidak tahu (barangkali) ada ibu dan ayah yang menangis disebabkan tingkah laku mereka, Ada ibu dan ayah yang menahan lapar kerana ingin melihatkan semua anak mereka makan sekenyang yang mungkin. Ada ayah yang bekerja sampai larut malam sebab nak tengok kehidupan keluarga dan anak-anak bahagia. Bila dikhabarkan kepada mereka tentang kesusahan dan kepayahan serta penderitaan ayah dan ibu untuk membesarkan mereka... ramai yang mengalirkan air mata..terharu dan insaf yang selama ini remaja hanya memikirkan diri mereka sahaja.

Adik remaja diajak berfikir jika.... ayah dan ibu pergi buat selama-lamanya..... apakah yang akan berlaku pada mereka....... dan sketsa "pemergian ibu" dilakonkan.... ramai yang menangis sekuat hati melihatkan hal sedemikian....



Last sekali dalam MAM 2, para pelajar diajak berfikir...jika mereka pula yang pergi menemui ilahi... adakah mereka sudah bersedia dengan soalan malaikat dan apa yang berlaku seterusnya..... suasana sedih dengan lakonan daripada fasilitator sungguh memberikan impak yang berkesan kepada peserta.......