Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
28.7.08
Cendawan Tiram Kelabu ....Tengah Meletup....
Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan
SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.
Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.
Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.
Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.
CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.
Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.
Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.
Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?
Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.
Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.
21.7.08
Betulkah Teknik SISTEM Kewangan seperti ini?
Kawan saya bertanya. betulkan Sistem Muamalat Islam seperti ini...
Beliau membuat permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 daripada Bank Ar Rahji memandang bank ini adalah bank terbesar di Saudi dan baru memasuki pasaran kewangan Islam di Malaysia. Alhamdulillah pinjamannya diluluskan... tapi....
Proses itu yang menjadi tanda tanya diri beliau.
1. Proses itu lulus melalui telefon
2. Cara lulus ialah
"Encik, tahniah kerana pihak bank telah meluluskan pinjaman encik sebanyak rm15,000. Namun begitu pihak bank tidak memberikan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk barangan....?
Kawan saya kata beliau tergamam buat seketika... mcmanapula dalam bentuk barangan?
"Barangan apa?"
"Barangan susugold"
"Adakah encik hendakkan barangan tersebut atau encik perlukan tunai. Jika encik perlukan tunai encik boleh menjualnya semula kepada syarikat MSK dengan jualan rm15,000 tetapi pihak encik kena membayar rm250 untuk pengangkutan"
KAwan saya kata... "bila pulak aku order barangan itu dan bila pulak aku uruskan pengangkutan itu"... Jawab saya... "pengangkutan alam maya lah ni...."
"Adakah itu cara BAnk AlRajhi membuat urusan untuk dapatkan pinjaman peribadi ini?
Pegawai tersebut berkata (thru telefon) " Ya, encik."
"Adakah encik bersetuju?" Kawan saya kata nak buat macamana, aku perlukan duit itu so aku bersetujulah walaupun dalam hati terasa mcm pelik aje muamalat ini.
"Kalau encik bersetuju, saya akan sambungkan kepada pegawai MSK"
Lalu talian tersebut disambungkan, tapi aku rasa pegawai tu duk sebelah aje dgn pegawai bank tersebut...senang...senang dia sambung dan senang-senang ia putuskan....
So pegawai bank itupun bacalah aqad atau kontraknya.... so aku ikutlah sebab katanya dalam ISlam kena ada ijab dan qabul..... terlepaslah duit RM250 aku hanya untuk pengangkutan alam maya ni ha.....
Lepas tu... duit yang aku dapat jadi RM 14,750. Dan ditolak lagi dengan RM10 - duit setem dan tolak lagi dengan insuran/takaful diri sebanyak RM101.70
Akhirnya... aku dapat RM14,639.30
Lepas tu aku kena bayar bulan RM349 selama 5 tahun iaitu RM 20,940
Soalannya kepada saya dan kepada anda semua...
1. "Betul ke itu cara muamalat Islam......????"
2. "Masa aku ambil dgn Bank Konvensional dulu, bank bagi duit yang aku pinjam setelah ditolak yuran proses, duit setem dan insuran...."
Jadi Saya serahkan kepada anda semua untuk fikirkan adakah ok cara tersebut.......
14.7.08
Kenangan MURABBI
Ramai yang bercita-cita ingin menjadi murabbi, mendidik manusia menuju ke jalan yang benar lagi diredhai atau memberi tips-tips untuk berjaya mencapai matlamat yang dituju.
Namun, untuk menjadi murabbi, bukanlah satu tugas yang mudah... murabbi adalah pendidik, daie, menunjuk arah ke jalan yang mempunyai nilai mulia...
Murabbi mestilah insan yang beres 4 dimensi manusia iaitu kecerdikan aqal, kecerdikan rohani, kecerdikan emosi dan kecerdikan fizikal/fisiologi.
Murabbi adalah insan mulia dan penyabar... barisan ulama' kita seperti Hassan Al Banna, Ulamak-Ulamak Nusantara, Hamka, Tok-Tok guru Kita yang mempunyai jiwa halus, lidahnya penuh dgn hikmah, pemikirannya tajam, bernas dengan idea baru atau idea yang telah dimerkasakan. tindakannya tidak ekstrem tapi memenuhi sinaran hikmah. Mereka menjadi kenangan pada mereka yang telah ditinggalkan.
Bagaimanakah mereka dididik... itulah yang perlu dipelajari, diselidiki dan dibincangkan untuk menjadi amalan...
Ikuti 2 clip video ini sebagai contoh untuk santapan kita bersama...
Wassalam
11.7.08
Berjumpa Jesus dalam hutan...
'Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama
>> keluarga.
>>
>>
>> Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan
>> diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan
>> berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak
>> timbul
>> sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.
>>
>>
Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang
Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya
>>
>> sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar
>> kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.
>>
>>
>> Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di
>> ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, ' Nak, ayah tahu selama
>> ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita.' Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.
' Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran.
Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya,' sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.
>>
>> Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani
>> menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan
>> ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah
>> soalan yang bakal menerjahnya hari itu.
>>
>>
' Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah
meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu....'
>>
>>
>> Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba
>> salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong.
>> Lagipun kata-kata ayahnya mahukan ' kebenaran' mengundang seribu makna
>> yang
>>
>> tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan
>> kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara
>> perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab.' Ya Ayah. Saya minta
>> maaf.
>>
Tetapi saya telah menemui kebenaran....'
Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi
>> perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat
>> kuat
>> pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ?
>> Sambil
>>
>> tersenyum si ayah bertanya lagi,' Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini? '
Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita
tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia
>> telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali
>> selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar.
>> Sehinggalah
>> pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya
>> dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan
>> kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju
>> jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.
>>
>>
>> ' Ayah tahu siapa lelaki itu ? ' tanya pemuda itu kepada
>> ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.
>>
>>
' Dia Jesus Christ, ayah. '
Suasana hening seketika.
' Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya
kepadanya ?' Si ayah memecah suasana.
>>
>>
>> ' Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia
>> itu
>> Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang
>> pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah.'
>>
Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru.
Mungkin ayahnya telah menemui ' kebenaran '.Inilah peluang dakwah untuk ayah,
>> kemudian ahli keluarga yang lain.
>>
>>
>> ' Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi
>> Nasrani ? ' Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.
>>
>>
>> ' Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru
>> selamat manusia akhir zaman ....'
>>
>>
>> ' Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat....'
>>
>>
>> Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa
>> ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah
>> tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak
>> sembahyang.
>> Tapi, kini.....
>>
>>
>> ' Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh
>> Jesus
>>
>> Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu..' sambung si
>> ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela
>> nafasnya
>> panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.
>>
>>
>> ' Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak
>> putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir
>> putus
>> asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan
>> ayah......'
>>
>>
>> Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu
>> mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, ' Tiba-tiba datang
>> satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu
>> ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada
>> betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan
>> lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung
>> kita.'
>>
>>
>> Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung
>> lagi,
>> *' Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri
>> memberikan
>>
>> salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya,
>> siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil
>> mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang
>> pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang.'*
' Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita
Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah
>> bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu
>> dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah
>> menemui kebenaran...'
>>
>>
Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, '
kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? ' Si ayah tidak terus menjawab,
>> sebaliknya
>>
>> ketawa kacil yang panjang.
>>
>>
>> ' Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu
>> masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin
>> iaitu
>> Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah
>> banyak
>>
>> Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam
>> justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam.'
>>
>>
Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah
tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, ' Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat
>> andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak !
Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam.....' sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................'
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3