Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
23.4.10
18.4.10
REZEKI Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Jalanraya yang di tar akan ditar sekali lagi.... bangunan yang dahpun dirasmikan akan dirasmikan sekali lagi.... pendek kata pelbagai aktiviti dilakukan supaya suasana nampak meriah....
Masa inilah rezeki untuk usahawan...juallah apa saja...pasti laku...
Harga rumah sewa juga akan naik....letaklah berapa sahaja.....
Sewa rumah RM20,000
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
HULU SELANGOR – Kerancakan pilihan raya kecil Hulu Selangor membawa rezeki melimpah ruah apabila rumah-rumah di kawasan itu disewakan di antara RM4,000 hingga RM20,000 sepanjang tempoh proses pilihan raya berlangsung.
Kadar sewa ditentukan berdasarkan perbincangan antara pihak pemilik dan penyewa bergantung kepada jenis rumah sama ada teres atau banglo.
17.4.10
Jauh Perjalanan Luas Pengalaman part 8
Antara yang yang menariknya ialah.....
1. Pengalaman kami di felda Chuping dimana inilah felda yang sedikit pelik dan unik berbanding felda-felda lain iaitu tanamannya... kawasan penanaman tebu yang terbesar di Malaysia....
Proses sekarang ialah menukarkan tanaman tebu kepada tanaman getah.... proses tanam semula yang cukup unik.
Penduduknya adalah insan-insan hebat yang hidup dalam pelbagai cabaran di era penanaman tebu..Alhamdulillah mereka mempunyai pengurus baru yang berasal daripada generasi ke-2 yang mana byk memahami kehendak peneroka.
Peneroka-peneroka di sini menunggu kedatangan kami, proses penyelidikan di sambut mesra. Ianya begitu memudahkan kami. Jikalau kami ke kedai kopi,, tak sempat untuk memperkenalkan diri...terus di sambut oleh peneroka dgn penuh kesediaan untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan.. malah mereka sanggup duduk berkumpul mempermudahkan urusan kami....
Malah R.A - R.A kami juga memaklumkan proses mengambil maklumat di kawasan perumahan juga cukup mudah.... bila satu rumah dikunjungi.. penghuni rumah lain akan datang dan berkumpul jadi proses pengambilan maklumat menjadi semakin mudah....
ada yang menyatakan , bila mereka sampai ke rumah ke 3, responden yang dapat dikumpul memenuhi kuota individu yang kami tetapkan kpd R.A kami...
Akhirnya, program penyelidikan yang biasanya tamat pukul 4ptg dapat dihabiskan pada pukul 1.30 ptg.
Syabas dan tahniah kepada warga peneroka felda Chuping di atas kerjasama yang begitu baik sekali.
Pihak kami meneruskn perjalanan ke felda yang antaranya tertua di kedah... 2 felda yang dah hampir dgn sempadan...
Apabila menyelami kemelut felda lama, isu rumah dan tanah generasi ke2, ke 3 menjadi isu utama..... ada penduduk menolak mentah-mentah pelawaan kami untuk mengisi borang penyelidikan dgn kata-kata pedasnya....iaitu penyelidikan yang dibuat..tak bawak ke mana....sekadar selidik aje...tidak memberikan satu penyelesaian kpd mereka....
Bila diterokai jiwa dan emosi...maka ..kami fahami... sesuatu yang telah dipendam lebih 30 tahun tentulah menjadi satu gegaran gunung berapi bila letupan emosi diluahkan.... ada yang baling puntung rokok menyatakan geramnya kepada sesuatu isu yang kami kemukakan.... saya sendiri terlekat hampir 1 jam lebih melayan luahan 6 orang generasi ke 2 dan ketiga terhadap apa yang mereka fikirkan ianya satu penganiayaan terhadap mereka..
Apa yang saya nampak ialah beberapa isu yang boleh diselesaikan iaitu:
1. Isu penyebaran maklumat yang tidak menyeluruh....generasi pertama, kedua dan ketiga banyak tidak tahu 30 aktiviti utama yang felda lakukan untuk kebaikan peneroka. Banyak bantuan dan skim pinjaman tidak sampai ke generasi ke 2 dan ke 3....
2. Isu geran atas nama sapa...juga merupakan isu besar terutama apabila majoriti peneroka asal telah tiada....kenapa? segala bantuan dan pinjaman serta kekuatan suara bergantung kpd "geran atas nama sapa"....
3. Generasi ke 2 dan ketiga juga ingin memberikan pandangan dan pendapat kerana mereka kini merupakan pengusaha ladang milik ayah mereka. Mereka juga ingin melibatkan diri dalam membangunkan felda yang mereka duduki...jadi jika ruang diberikan kpd mereka secara positif.... byk perkara yang boleh diselesaikan. Mereka cukup sayang dan bangga menjadi warga felda tetapi peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka yang tidak ditangani dgn sempurna menyebabkan kebanyakkan mereka menarik diri.....
4. Jgn biarkan mereka terutama generasi ke 2 dan ke 3 memendam rasa kerana umur mereka pun antara 30 - 65 tahun.... umur yang sudah matang.... sesuatu yang terpendam...bila meletup..akan menjadi satu letupan yang dah..syat...
Di sini tugasan berat menanti pengurus, Am dan petugas khas... perlu kepada individu yang mantap emosi.....
8.4.10
Jauh Perjalanan Luas Pemandangan dan Pengalaman Part 7
Ayahnya adalah peneroka di situ, selepas ayahnya meninggal dunia, status peneroka ganti diberikan kpd ibu, selepas itu status itu diberi pula kepada adiknya selepas kematian ibu....namun begitu...rumah dan kebun disitu ditinggalkan hampir 12 tahun tanpa sebarang jagaan. Akibatnya rumah asal telah menyembah bumi manakala kebun getah pula tak terjaga dan musnah begitu sahaja...yang tinggal dalam 200 pokok sahaja.
Beliau mengambil alih tugasan itu setelah statusnya ditukarkan kepada beliau....malah suaminyalah orang yang bertukus-lumus membetulkan keadaan yag ditingggalkan...
Yang menjadi masalah sekarang ialah...
1. permohonannya untuk menanam semula pokok yang dah mati itu menghadapi kesukaran walaupun tanah yang masih kosong hampir 7-8 ekar........ beliau dimaklumkan oleh pengurusan supaya perlu mengikuti konsep menanam semula nanti iaitu kena tunggu 10 tahun lagi.....
2. Rumah yang roboh itu telah diganti dgn rumah kecil..itupun bantuan ehsan daripada jiran-jiran dan ketua JKKK/R di situ.
3. Taraf hidupnya dibawah paras kemiskinan sedangkan rata-rata penduduk disitu mendapat pendapatan melebihi 1500.00. Beliau dan suami berusaha membaiki kehidupan tapi bantuan pinjaman susah dapat memandangkan kewangan yang tidak kukuh menyukarkan beliau dipercayai untuk mendapatkan pinjaman....
4. Beliau mendapat bantuan JKM dalam 200 sebulan.
5. Beliau juga berusaha menternak ikan di depan rumah dgn bantuan kewangan sahabat-sahabatnya... beliau nampak seorang yang rajin tetapi keadaan penghalang juga banyak untuk beliau tempohi.....
Yang datang dalam minda saya ialah.. kekadang kita berjumpa dgn orang yang ada potensi untuk membina perubahan tetapi beliau masih baru di TR ini...baru berpindah masuk... beliau belum kuat kuasa networking dan kenal who's who. Dalam proses pembinaan.... sistem marketingnya dan networkingnya baru dalam proses pengolahan......
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya kami semua bertolak pula ke Wilayah Perak, menziarahi TR Trolak, Besout dan Behrang...
Penduduknya peramah dan mudah untuk menerima kedatangan kami malah open untuk mengisi atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Ada kawasan yang nampak ceria dan agak moden dgn pelbagai kemudahan disediakan termasuklah ada bank malah ada mesin ATM...jarang-jarang jumpa...malah dikatakan bahawa hanya di situ sahaja yang ada, di TR lagi masih tiada kemudahan itu.....
Apabila kecekapan pengurusan felda TR, ditambah kecekapan JKKK/R dan kehebatan GPW digabungkan sebaik mungkin maka impak sinergi ini akan memberikan impak yang positif dan manfaat yang berpanjangan kepada semua warga peneroka. Maka pelbagai kemudahan yang datang mencurah-curah..... begitu juga senario yang negatif akan berlaku apabila sinergi daripada core group ini tidak kuat atau terpisah disebabkan fahaman dan pemikiran yang berbeza dan pertentangan emosi dilayan.....
ADa satu TR yang kami pergi, rata-rata peneroka membincangkan masa depan TR itu dengan kekuatan belia atau generasi keduanya, mereka meminta felda memberikan tumpuan kepada membangunkan generasi ke dua sebagai pewaris mereka kerana majoriti umurnya dalam lingkungan 40-50 tahun....yang sememangnya layak diberi kuasa untuk mentadbir ladang dan kebun bapa mereka.
Kami jumpa pelbagai potensi diri daripada generasi kedua ini, tapi sayangnya undang-undang menyatakan bahawa yang boleh pegang persatuan disana ialah yang pegang geran atas namanya..... maknanya...selain persatuan belia, generasi pewaris ini (gen 2, 3,4 dan seterusnya) hanya boleh jadi pemerhati dalam mesyuarat JKKK/R atau GPW, suara mereka tidak didengari dan tidak diberi perhatian oleh pihak pengurusan TR sedangkan mereka punyai kuasa untuk memutuskan disamping mempunyai kekuatan fizikal yang masih boleh bekerja........
Jika suara mereka tidak didengari, maka mereka akan beralih kepada individu atau group di luar sana yang sedia mendengar pandangan mereka...sedangkan orang luar tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam felda secara realiti...orang diluar sekadar boleh menabur janji yang fantasi..... orang yang berada di dalam TR lebih mengentahui hakikat situasi dan keperluan mendesak di TR masing-masing....yang mana tentulah berbeza di antara satu tempat dgn tempat yang lain.....
Bersambung.......
-
TAdi, saya baru menerima panggilan telefon 1. Daripada Takaful Amanah Call Centre 2. Nama Konsultan : Zaki, telefon ialah 03-41087544 3. Mod...
-
Daripada isu ini dibincangkan oleh orang berilmu sama ada yang bersifat natural atau bersifat pro kpd pemimpin.. Pelbagai data, Fakta, huja...
-
The Adizes Methodology, my reference model for all of the concern structure models gathered for this study, can be difficult to describe. ...












