12.11.08

Satu Pandangan yang BERNAS mengenai Perniagaan MLM

DI bawah ini, saya sertakan artikel yang menarik yang pernah saya baca mengenai Industri MLM, artikel yang ditulis oleh individu yang pernah bersama MLM dan masih terus bersama dalam form yang sedikit berbeza..... buku-buku beliau banyak di pasaran terutama di MPH

Ikutilah pandangan beliau ini....terutama "leader/group wang segera" ; "leader/group sengkek"; "leader/group opportunis mlm - bukan sejati".

Saya sendiri pernah termasuk dalam kumpulan ini, penat bekerja dgn mereka... duit yang diutamakan dan bukan leadership atau kepimpinan... akhirnya ketika group sedang membesar...jenis-jenis leader/kumpulan di atas melompat ke syarikat lain dgn alasan yang akan dinyatakan oleh penulis di bawah.. alasan yang sama

Dan saya melihat mereka melompat dan terus melompat sehingga tak terdaya melompat dengan alasan syarikat lain offer better income, syarikat baru, plan pemasaran lebih bagus dan belum jumpa syarikat yang serasi..... :)

**************************************************************************************************

SEBELUM LEBIH ROSAK LAGI l
sponsoring_ABC_1.jpgHENDAK mencari orang yang benar-benar berjaya di dalam MLM boleh diiibaratkan seperti ‘mencari gagak putih di kalangan gagak hitam’ — itulah gambaran sukarnya mencari yang benar-benar berjaya dan kaya. Tetapi untuk mencari yang hanya cakap-cakap berjaya, dengar-dengar berjaya, gambaran berjaya, bunyi-bunyi berjaya, penglipurlara adalah seperti ‘mencari gagak hitam di kalangan gagak putih’ — itulah gambaran ramainya golongan ini.

Mengapa begitu? Kerana sejak dari mula lagi, sejak MLM diperkenalkan di bumi Malaysia mulai dari tahun 1976, itulah budaya yang ditanamkan di dalam industri ini. Persepsi MLM adalah untuk ‘wang segera’ masih kekal sehingga hari ini bahkan makin subur dan makin bercampur-aduk hinggakan masyarakat awam makin keliru antara MLM yang asli, MLM Binary, Skim Cepat Kaya, Pelaburan sengsara, dan berbagai-bagai lagi istilah-istilah baru yang makin berterusan.

Persepsi yang dicipta dan budaya yang ditanamkan adalah “Kalau nak wang yang banyak masuk MLM.” Hampir tidak kedengaran, “Kalau hendakkan bisnes yang stabil, masuklah MLM.” Masuk sahaja? Itulah persepsi yang dicipta dan budaya yang ditanamkan — masuk sahaja. MLM adalah landasan — jika misalnya keretapi masuk ke dalam landasan, masuk sahaja, adakah kereta api itu akan sampai ke destinasi? Adakah masuk saja di dalam MLM boleh mendatangkan wang dan kejayaan?

Suasana akan menarik orang yang sealiran dengan suasana. Suasana wang, termasuk ‘wang segera’ akan hanya menarik orang-orang yang sememangnya mencari wang segera di dalam MLM. Kerana itu jika anda perhatikan, orang-orang yang kononnya ‘leader’ bersama kumpulannya akan melompat dari satu syarikat MLM ke syarikat lain. Apa yang mereka cari? Mereka mencari wang segera yang sememangnya tidak ada, melainkan syarikat MLM tersebut diwujudkan sementara, hanya untuk menarik peminat-peminat ‘wang segera’.

Bahkan kata mereka yang bijak, untuk mengetahui sama ada syarikat MLM tersebut boleh bertahan lama atau akan segera berkubur (kemudian hidup semula dengan menukar kepada nama syarikat lain — penyanyi sama, lagu lain) ialah dengan melihat mereka yang mengerumuni syarikat MLM tersebut. Jika dikerumuni oleh mereka yang selalu dipanggil kononnya ‘leader’ dan peminat wang segera, syarikat tersebut akan mengalami masalah pendek nyawa. Mengapa? Sebagaimana mereka datang beramai-ramai, mereka akan melompat beramai-ramai dari syarikat MLM tersebut. Kononnya mereka diharapkan sebagai tunggak — bila tunggak tiada, robohlah syarikat.

Istilah ‘leader’ itu pun sudah terlalu jauh terpesong dari makna asal. Bagaimana boleh dipanggil ‘leader’ jika tidak ada kesetiaan — hanya melompat dari satu syarikat MLM kepada syarikat MLM lain — berterusan tanpa henti. Bolehkah di panggil ‘pemimpin’ (makna ‘leader’) jika hanya merosakkan industri MLM?

Sebahagian lagi, untuk menunjukkan syarikat MLM yang disertai itu ‘baru’ dan hebat mereka mengatakan syarikat MLM yang telah lama sebagai ‘Tradisional’ dan ‘Conventional’ memberi gambaran seolah-olah sudah ketinggalan zaman. Tapi, jika diperhatikan, syarikat-syarikat MLM yang disebut lama dan tradisional itulah yang menghasilkan ‘gagak putih’. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Hanya syarikat yang mengamalkan asas MLM iaitu mengutamakan produk dan menjadikan pelan pemasaran sebagai landasan untuk memasarkan produk itu sajalah yang mampu bertahan dan melahirkan ‘gagak putih’. Untuk mendengar penglipurlara dan melihat ‘gagak hitam’, carilah di dalam syarikat MLM (baru atau lama) yang menterbalikkan asas MLM itu menjadi — pelan pemasaran keutamaan, produk hanyalah landasan.

Semestinya, menjadi tugas kita bersama untuk mempertahankan dan memperelokkan industri MLM ini. Jika bukan kita warga MLM, siapa lagi? Jangan sampai diri kita ini turut sama merosakkan industri yang telah dan sedang dirosakkan ini. Jangan kita turut serta menjadi ‘makhluk perosak’ MLM.

Apa buktinya persepsi MLM telah dan sedang mengalami kerosakan, dirosakkan sendiri oleh warga MLM? Mudah — sekarang ini, bila anda menyebut MLM atau mula melukis ‘rajah bulat-bulat’ adakah anda dialu-alukan atau dihindari? Jawab dengan jujur. Jika dialu-alukan, mengapa? Jika dihindari, mengapa?

Kalau bukan warga MLM sendiri yang merosakkan MLM, siapa agaknya yang merosakkan? Ada kelompok lain? Tidak ada. MLM dirosakkan oleh warga MLM sendiri. Maka, siapakah yang akan berusaha membaik pulih persepsi dan imej MLM selain warga MLM sendiri juga? Tidak akan ada kelompok lain yang akan berusaha membaik pulih kerosakan yang sedang dialami oleh MLM. Bayangkan, apa akan terjadi kepada industri MLM jika kita warga MLM tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan apa yang telah rosak. Ini adalah tanggung jawab kita bersama.

Artikel ini dipetik dari majalah SUKSES keluaran pertama. Untuk membaca artikel-artikel dari penulis yang terkenal ini, layari laman beliau www.razziarmansur.com


**************************************************************************


9.11.08

Etika Kewartawanan..... Jangan diabaikan..

Alhamdulillah, saya baru selesai bersama dgn Team melaksanakan satu latihan kepada warga executive industri dalam "executive empowerment program" di Lembah Azween. Alhamdulillah respon yang diterima sangat baik terutama dalam perbincangan dan bengkel berkaitan peta minda, IKO, Forensic Auditing dan Story of The Champion Sperm.

Ketika berbincang sesuatu isu penting dgn Bos CEO syarikat perundingan, tercetus satu isu yang menarik iaitu kenapa segelintir wartawan artis/hiburan terlalu "busy body" sehingga ingin mencerita satu persatu dengan detail pergaduhan di antara 2 artis yang sedang dalam proses penceraian akibat "tangkap basah" yang berlaku. Peristiwa yang sepatutnya disembunyikan itu, didedahkan kepada masyarakat umum satu persatu jalan ceritanya sama ada melalui tulisan atau melalui siaran hangat di TV. Seolah-olah wartawan ingin menjadikan mereka mempunyai kuasa menentukan apa sepatutnya berlaku kepada artis sebagai bahan sasaran cerita mereka.

Kenapa kita nak ceritakan aib orang lain... untuk apa.... kepuasan hati..... untuk peminat... atau untuk apa sebenarnya?. Cuba-fikir-fikirkan.....

Sepatutnya, 2 artis tersebut dibiarkan menyelesaikan masalah mereka berdua dgn penglibatan golongan hikmah daripada ahli keluarga mereka. Itu rumahtangga mereka... kedua berhak untuk menentukan setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan berdasarkan agama Islam yang mulia.

Tak perlu diwar-warkan kepada umum.

Begitu juga dgn perkahwinan artis sensasi hujung tahun ini, juga ada wartawan yang sibuk menentukan sama ada kedua-duanya sihat dan subur sehinggakan jumpa pakar sakit tuan untuk pastikan keduanya subur.......tergelak besar saya membaca sisipan itu di kedai .... walaupun saya tak membelinya.... cerita itu diletakkan di muka depan.... Ya Allah, selamatkan etika kewartawanan ini......

Buat apa nak disibukkan subur atau tidak keduanya. Zuriat mereka telah pun ditulis di Luh Mahfuz Allah. Adakah sebab bekas tunang artis itu yang berkahwin dgn orang lain sudah mempunyai anak... so... si wartawan ini "tak dapat nak lelapkan mata" takut artis yang bakal berkahwin itu tak dapat anak.?

Siapa yang sebenarnya lebih risaukan hal kesuburan ini? Artis kah? peminat kah? atau wartawan yang menulisnya kah? atau pun mereka takut perkara sama yang telah terjadi ke atas wedding of the year tahun lepas? tahun sebelumnya?

Come on... tak de isu lainkan yang boleh dihidangkan kepada masyarakat Melayu Muslim Malaysia ini.. yang bercita-cita menjadi umat contoh untuk orang lain atau untuk umat lain...

Kita perlu berubah... pemikiran kita perlu berubah menjadi yang terbaik kalau kita ingin menguasai dunia sebagai insan/umat "wasatho"... kalau tidak kita akan terus kerdil dan dipermainkan oleh orang lain.......

Fikir-Fikirkanlah dengan pandangan hati, nurani, iman........waras.......



6.11.08

Antara Pelajar..... Sekolah Kerajaan.... Sekolah Swasta..... Sekolah Lokal...... Sekolah Antarabangsa....... Dan Akhlak Anak-Anak Kita

Pagi ini, saya masuk ofis lewat di Jalan Ampang....

Selepas letak kereta, mata terus terpandang sepasang sejoli yang masih berpakaian sekolah duduk di tangga bangunan ofis. Jarak bangunan dengan sekolah pasangan sejoli itu hanyalah 100 meter sahaja. Berdasarkan warna seluar hijau dan baju seakan-akan hijau dan cream itu menunjukkan pelajar tersebut dari sekolah antarabangsa. Ada 3 sekolah di sini, satu antarabangsa dan dua lagi sekolah kerajaan.

Adik lelaki dan gadis ini sedang menikmati rokok yang dihembus-hembus... wah! usia baru dalam 15 tahun sudah pandai merokok.... kenapa golongan hawa juga merokok sekarang ini.....

Jam sudah menunjukkan 8.15 pagi..... monteng agaknya....

Sekolah antarabangsa adalah biasanya terdiri daripada anak orang kaya.... ayah dan ibu kaya dan ternama.... anak-anak bagaimana pula?... ternama juga dgn akhlak dan nilai yang mulia?

Adakah sekolah bukan kerajaan kurang menekan masalah disiplin dan lebihkan kepada mengambil keuntungan dan memastikan segala yuran dibayar tepat pada masanya...

Bagaimana pula dgn sekolah kerajaan... bagaimana disiplin di sana. Di dada akhbar melaporkan keruntuhan akhlak dan nilai pelajar di sekolah kerajaan... seolah-olah disitulah tempat segala masalah remaja sehingga membuatkan ramai parents yang berduit gerun untuk menghantar anak lantas mencari alternatif ke sekolah swasta atau sekolah swasta antarbangsa. Adakah selesai masalah disiplin di sekolah bukan kerajaan?. Jwapannya.... ada di fikiran anda?

5.11.08

Cara Laju kan Mozilla Firefox

Kawan saya ada hantar artikel ini, saya gunakan untuk engine pencarian saya firefox.... kesannya di rasai...

Caranya ialah

"
kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba......

Kredit to putera aslim at webkl.net


CUBALAH.........

Apa itu Keystroke? Apa Bahayanya?

Kepada peminat cyber cafe..... petikal artikel di bawah sanagat berguna kepada anda!



HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!





Alat ini dinamakan
Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

Wallahua'lam…………….

3.11.08

Yoga Akan Diharamkan? Betul ke?

Ada kawan bertanya, betul ke Yoga diharamkan?.

Sebenarnya saya sendiri mendengar berita itu daripada Radio 24.



Buat masa sekarang ini, saya akan berkata "no komen". Biarlah Majlis Fatwa keluarkan dulu sebab musabbabnya.

Isu ini akan nampak confuse sehinggalah Majlis Fatwa perjelaskan yang mana salah dan yang mana betul kerana mereka telahpun membuat penyelidikan 6 bulan dgn bantuan kepakaran tertentu.

Sebagai insan yang pernah belajar yoga secara ringkas dan sedikit aktif dalam senaman Shaolin Chi Gong, apa yang saya perhatikan ialah

1. Kita sebagai Malay Muslim perlu ada stand dan ilmu agama untuk elakkan perkara yang mengganggu aqidah kita... jadi sebelum belajar kena tahu sedikit latar belakang sifu.

2. Setakat gerakan yoga atau tai chi atau chi gong, pada hemat saya... ianya tidak menyalahi malah memberi kesihatan dengan gerakan perlahan dan konsisten.

kalau kita perhatikan betul-betul pergerakan tersebut... kita dapati Islam telah lama mengajar satu pergerakan yang lembut, perlahan, konsisten yang mana mampu menyihatkan tubuh badan dan juga memperkasakan minda dan intelektual....... nak tahu ape dia ? TENTULAH Solat 5 waktu dan juga Solat Sunat kita...

Terkejut bukan.... itulah realitinya...

Bila saya belajar yoga dan chi gong.... saya tersedar bahawa dalam Islam banyak benda yang kita tak hargai.... ketika itu dan kini... saya lebih menghargai Gerakan Solat kerana ianya adalah ibadat khusus untuk kita semua.... selain kita rapat dgn Allah, kita juga sihat tubuh badan.. dengan syarat buat seelok mungkin kesempurnaannya dan bukan "solat touch n go" atau "solat smart taq".

3. Cuba elakkan dan kalau boleh tak yah langsung... buat yoga atau chi gong menggunakan musik atau alunan daripada temple, kuil kerana alunan itu ada unsur keraguan padanya. Seumpama anak-anak kita di taska atau tadika yang kononnya utamakan bahasa Inggeris... kalau ownernya Kristian, maka anak kita akan didedahkan lagu-lagu gereja yang bersifat gelompang alpha.. atas alasan lagu yang memberi ketenangan jiwa dan membangunkan otaknya... hati-hati.... akan unsur musik dan alunan gelombang ini....

4. Ritual yang dijalankan juga boleh meragukan kita.... kenapa perlu bertapa.... berzikirkan lagi bagus.....

5. Dimulakan dgn bacaan mentera..... yang ini confirm menyalahi Islam...... daripada baca mentera... lebih baik mulakan dengan Bismillah dan Al Fatihah..... dapat pahala dan berkat.


wallahu'alam... sama-sama kita tunggu pandangan Majlis Fatwa dengan illah dan panduan untuk kita semua.... jangan cepat melatah.... tapi belajar dgn jiwa dan hati yang terbuka.


Para Saintis Mengakui Betapa Perlunya Kehadiran Tuhan Yang Maha Pencipta.

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit didalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Terdapat 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000
dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan diatas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya
berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh
50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.


Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang mereka bentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untukmengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang memasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jikadikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini?
Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang
mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah
segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.