11.6.12

Peringatan Buat Trainers...!

Master Trainer memberikan peringatan buat semua trainers di bawahnya dalam menuju satu set standard yang telah ditetapkan dan menyakinkan mereka pada hakikat zaman mereka berada sekarang.....

Antara ideas yang diberikan oleh Master Trainer ialah

1. Bina mindset bahawa "tempat kerja" bukan tempat welfare. Tanamkan dalam diri untuk mencapai standard yang telah ditetapkan.  Semua trainers perlu buktikan kerja yang mereka lakukan adalah berkualiti.

2. Setiap hasil kerja adalah hasil secara teamwork bukan hasil individu. Jadi sepatutnya semua main peranan untuk hasilkan yang terbaik. Ini bermakna perlu merancang bersama....

Perlu sentiasa;
       a. Tegur jika nampak silap.
       b.Maintain standard syarikat.
       c. Sentiasa tanya khabar kerja orang lain
      d. Semak hasil kerja ramai2
      e. Guna ilmu dan kemahiran yg dah diajar/dipelajari

3. Setiap Report yang dipersembahkan bukan "rubbish" sebab tidak penuhi standard syarikat.

4. Setiap Laporan yang dibuat perlu pada komen yang logik dan perlu penyelarasan.

5. Jangan hidup atau teringin hidup dalam zon selesa?

6. Kena faham bahawa Master Trainer hidup dalam dunia yang mempunyai  standard tinggi.

7. Tunjuk kesungguhan utk zero defect.

8. Work smart dan bukan hanya work hard.

9. Mesti profesional dalam buat kerja.

10. Standard kerja perlu serius.

11. Belajar untuk terima teguran ini dan teguran seterusnya. Carilah "Dunia pekerjaan lain" yang sesuai dgn keupayaan dan personaliti diri jika merasakan bahawa dunia di sini tidak lagi di jiwa dan di hati.

Satu Teguran yang amat membina buat Trainers muda yang dahagakan "tunjuk-ajarmu sifu".

Teguran Master Trainer yang seolah-olah menyatakan bahawa.... semua Trainers perlu hidup dengan kebolehan dan potensi serta kelebihan yang ada sebaik dan seoptimum mungkin.

DAN bersedia melayarkan bahtera haluan hidup sendiri sebagai usahawan dan melahirkan ramai pula pekerja dan pengikut setelah ilmu dan kemahiran cukup di dada dan BERANI membuat perubahan..... ini bermakna..Master Trainer tidak mahu trainers hidup selama-lamanya di bawah jagaannya...nanti ILMU Pengetahuan serta Kemahiran tidak Berkembang.....

 

No comments: