6.3.09

Silat Gerakkan Ringkas

Silat Melayu adalah terkenal dengan pergerakan yang lembut tapi keras akibatnya...

Sesiapa yang pernah belajar silat melayu akan terasa kehebatan seni mempertahankan diri ini.... kalau kita perhatikan di peringkat sekolah rendah, seni mempertahankan diri lebih didominasikan oleh Tae Kwan Do dan Karate-Do... saya tidak pasti kenapa silat tidak dibenarkan di bawa masuk di peringkat sekolah....

Kalau diperhatikan pergerakan Tae Kwan Do... Saya dapati ianya agak sedikit kasar dan jauh daripada nilai kelembutan melayu.

Dalam mencari ruangan atau gerak video, persilatan simple dan mudah...

Saya dapati "setakat ini", ada beberapa silat kalau dilihatkan kepada sejarahnya seakan-akan berasal daripada satu perguruan ...dan selepas itu... ianya dikembangkan

Antaranya ialah sejarah yang saya jumpai dalam internet ini, saya paparkan di sini (walaupun saya dapati ianya datang dalam pelbagai versi yang berbeza)

"Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat ini daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat ini.

Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor.

Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.

Pada tahun 1963, seorang pemuda yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

Pada suatu masa, Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh bangsa lain.

Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat ini daripada Tok Guru Yahya Said.

Kemudian pada tahun 1966, Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat ini kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak Guru Azmi Long dengan harapan Silat ini akan terus berkembang subur."

Daripada penulisan ini, kita fahami bahawa

Pak Yahya Said telah mengajar kepada 3 orang yang hebat lagi perkasa

1. Azmi Long yang mengembangkan silat ringkas ini melalui Silat Kalimah
2. Ustaz Hanafi melalui Silat Cekak (Malaysia - Hanafi - Hanafi Malaysia)
3. Cikgu Zohdi melalui Silat Kalimah Yahya Said
4. Ada yang saya temui bernama Silat Kalam Utama


NAmun begitu berdasarkan video yang diambil daripada you tube... pergerakan antara mereka ada persamaan dan ada perbezaan....

Harap kita boleh melihatnya dgn hati terbuka

1. Silat Kalimah


2. Silat Cekak Malaysia


3. Silat Cekak Ustaz Hanafi



4. Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
<

6. Silat Kalimah Panglima Tangkas


ITU adalah antara video yang sempat saya jumpa.....

apa yang saya dapati ialah kalaulah ke semua perguruan ini ada akademi yang boleh bertukar idea... saya nampak ianya boleh dikembangkan untuk memartabatkan persilatan melayu yang riingkas ini di samping kita ada pelbagai pertubuhan dan gerak silat yang indah dan pelbagai....

Sekadar lontaran idea...

Wassalam



No comments: