Selepas Perang Dunia Yang Pertama, kumpulan yang berhaluan ke Barat bergerak begitu hebat sekali di Mesir. Kebangkitan nasionalisma di dunia Islam mencapai puncaknya dengan penggulingan sistem Khalifah Islam Othmaniah di Turki oleh Kamal Attarturk.
Sheikh
Hassan Al Banna menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah ekoran dari
pemerhatian beliau terhadap kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka.
Ikhwanul Muslimin ditubuhkan dalam tahun 1928, sebaik sahaja beliau
keluar dari Darul Ulum. Pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti
Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Rashid Ridha'
lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya.
Di antara ciri yang menonjol bagi Harakah Ikhwanul Muslimin ialah penekanannya yang berterusan terhadap kepentingan JIHAD. Jihad yang diajar oleh Ikhwan ialah Jihad yang difahami oleh semua orang Islam iaitu Jihad yang tidak mempunyai sebarang unsur tolak ansur.
Bukannya
konsep JIHAD yang direka-reka oleh Puak Modernist. Ikhwan menganggap
bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu sia-sia jika ia tidak
bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan Agama
Islamnya. Bersedia untuk mati tanpa mengharapkan sebarang balasan dunia
melainkan semata-mata cintakan Allah dan hari Akhirat.
Al
Ikhwanul Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan
pemuda Islam melakukan latihan menguatkan tubuh badan untuk persediaan
perang. Akhirnya mereka menubuhkan Unit tentera mereka sendiri untuk
mempertahankan harakah apabila diperlukan. Sheikh Hassan al Banna
berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad menumpas penjajah
British dan menghalau mereka selama-lamanya dari Mesir.
Di
dalam peperangan Palestin pada tahun 1948, pasukan sukarelawan Ikhwan
Muslimin adalah pasukan yang paling berani berperang di pihak Arab.
Apabila Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf penubuhan negara Yahudi di
Palestin, Sheikh Hassan al Banna menyeru semua negara Islam meninggalkan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan berjihad menentang Yahudi. Sheikh Hassan al
Banna dan penyokongnya dengan terang-terang dan berani melaungkan bahawa
Islam sajalah agama yang terbaik dan penyelesai kepada semua masalah
yang dihadapi oleh Mesir.
Ikhwanul
Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara yang hanya
meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Mereka mendesak supaya
undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan dan rakyat
tunduk kepada undang-undang Allah. Sheikh Hasan al Banna berkata dalam
satu ucapannya : "Al Ikhwanul Muslimin memegang sikap bahwa Islam
mempunyai implikasi yang luas dan menyeluruh. Islam mengawal semua
tingkah laku individu dan masyarakat. Setiap sesuatu mestilah tunduk di
bawah undang-undangNya dan mengikut ajaranNya. Sesiapa yang menurut
Islam dari segi Ibadat saja tetap meniru orang kafir dalam semua hal
lain boleh dianggap sama taraf dengan orang kafir".
khwanul
Muslimin bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam Mesir yang
kuat dan memansuhkan semua parti-parti yang ada. Begitulah tegasnya
sikap al Ikhwanul Muslimin sehinggakan menjadi syarat bagi sesiapa yang
ingin menjadi ahli harakahnya berhenti dari menjadi ahli sebarang parti
politik yang ada di Mesir pada zaman Raja Farouk.
Walaupun
al Ikhwanul Muslimin menyokong Nasionalis Arab Sekular dalam soal
membebaskan Mesir dari belenggu Penjajah, dan kesatuan Arab, ini
bukanlah menjadi matlamat tetapi cara saja. Menyatukan bangsa Arab
adalah langkah pertama kepada penyatuan Ummat Islam di negara Arab.
Bebas dari penjajahan bermakna Ummat Islam mempunyai kesempatan untuk
menubuhkan sebuah negara Islam. Malangnya apabila tergulingnya Raja
Farouk dalam Revolusi 23hb. Julai 1952, negara Mesir ditukar kepada
sebuah Negara Nasionalis Sekular tulin serta terus melanjutkan polisi
membaratkan Mesir seperti yang dibuat oleh pemerintah dahulu.
Masa
telah membuktikan bahawa pemerintah yang baru adalah sama ganasnya
terhadap pergerakan Islam seperti pemerintah yang dulu juga malah mereka
lebih tamak, zalim dan gila kuasa. Al Ikhwanul Muslimin bukan mahukan
kuasa untuk kepentingan diri sendiri, malah mereka berjanji berkali-kali
untuk menyokong sesiapa yang memerintah asalkan undang-undang Islam
dijalankan. Semua ini ditolak mentah oleh diktator Tentera yang baru
berkuasa itu.
Percubaan
untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December 1954, menjadi
alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk menghancurkan
Ikhwan al Muslimin. Ikhwan telah dituduh melakukan penembakan itu
walaupun Ikhwan berkali-kali menafikannya. Beribu-ribu anggota Ikhwan
telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga mati.
Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12 tahun selepas
peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah
difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran
negara.
Akhirnya Presiden
Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang penting untuk
'menghapuskan pengaruh gerakan apa yang dipanggil reaksionari Ikhwanul
Muslimin'. Beliau (Gamal Abdul Nasser) telah mencadangkan supaya kuasa
ketenteraan dan undang-undang digunakan untuk menghancurkan Harakah
Islam ini.
Hassan Ismail
Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang menggantikan Hassan al
Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah disiksa walaupun umurnya
sudah tua dan uzur. Pada 29hb. Ogos, 1966 tiga orang pemimpin Ikhwan
telah dihukum bunuh. Yang paling terkenal di antara tiga itu ialah
Ash-Shaheed Sayyid Qutb yang juga seorang ulamak dan penulis terkenal di
dunia Arab. Adiknya Muhammad Qutb yang juga seorang penulis yang
terkenal. Dua orang adik perempuannya, Aminah dan Hamidah Qutb pun turut
dikurung dalam penjara bertahun-tahun lamanya.
Beberapa
tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah meramalkan mala petaka ini
dan memberi amaran kepada pengikut-pengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin
akan dihina, ditentang, ditahan, dianiaya, disiksa dan akan dikenakan
kesusahan yang amat pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa
kemenangan di dunia dan di akhirat akan tetap bersama Ikhwan akhirnya.
Walaupun
Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan di Syria,
Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva,
Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al Banna dan
menyibarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau
keluar dari Mesir apabila beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan
Mesir. "
Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Khilafah Islamiyyah telah jatuh secara rasminya pada tahun 1924, walaupun secara rohaninya memang telah runtuh jauh lebih lama sebelum itu bermula zaman Kerajaan Bani Umaiyah.
Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Khilafah Islamiyyah telah jatuh secara rasminya pada tahun 1924, walaupun secara rohaninya memang telah runtuh jauh lebih lama sebelum itu bermula zaman Kerajaan Bani Umaiyah.
Menurut
Sufyan Ath Thauri, salah seorang wali Allah yang tersohor- Khalifah
yang benar itu hanya ada lima: Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina
Uthman, Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Namun tidak kita
nafikan masih ada beberapa orang lagi bekas Khalifah Islam yang telah
cuba mengikut cara Rasulullah saw. Muslim yang berjuang di bawah naungan
jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal
hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam- luar Islam lain di dalam.
Allah
SWT telah menjanjikan menerusi lidah Rasul-Nya, akan muncul setiap 100
tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaran-Nya dan
menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para
Sahabat. Antara ciri-ciri seorang mujaddid ialah perjuangannya amat
berlainan dengan taifah-taifah yang sezaman dengannya, dia membawa minda
perjuangan Islam yang baru- yang belum pernah ada sebelum itu,
perjuangannya zahir di awal kurun Hijrah, perjuangannya merebak begitu
cepat ke seluruh pelusuk dunia Islam, mendapat tentangan yang hebat pada
mulanya walaupun dari dalam dunia Islam sendiri, dibantu dengan karamah
dan lain-lain.
Ternyata umat
Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para
pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin,
dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan
Ma’thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna
telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang
kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini
menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia
pada hari ini.
Meskipun umat
Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada
semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun
Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani
cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang
memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.
Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda’wah, murabbi dan
pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah…
Kini
dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke-15 Hijrah,
yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin
umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini
dikuasai Yahudi la’natullah. Yang mempunyai jiwa Muhammad Al Fateh, yang
memiliki peribadi Nabi, yang berwatak Rasul, yang berminda Al Ghazali,
yang setertib Umar Abdul Aziz.
Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna
Beliau
dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir.
Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang
bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di
masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan
perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan
suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.
Semasa
al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi
seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru
bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam,
bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah
sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih
kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab,
yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau
dewasa.
Setelah Syeikh Zahran semakin
sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi
guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al-Banna memindahkan al-Banna
ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al-Banna menghafal al-Quran
di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh
al-Quran.
Minat dan keaktifan Hasan
Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di
madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi
Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang
bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah.
Ketika
berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah
al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum
memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum
100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna,
beliau memberi pengecualian.
Sejak
usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang
saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna
pun aktif ikut halaqah yang diadakan oleh syeikh-syeikh pemimpin sufi,
terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat
mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syeikh Abdul Wahhab al
Hashafi bin Syeikh Hasanain al-Hashafi.
Penglibatan
al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau
menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk
menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat. Kata Imam Al
Ghazali: Tarbiyyah sufi adalah tarbiyyah tertinggi. Dari sini jugalah
beliau sedar betapa pentingnya untuk para pejuang mempunyai aurad
(himpunan wirid-wirid yang biasa diamalakan oleh para sufi) sendiri yang
dapat diamalkan setiap hari. Maka tersusunlah al-Ma’thurat .
Sekalipun
Hasan Al-Banna ditarbiyyah secara sufi, namun beliau tetap tidak
menyetujui cara hidup sebahagian orang-orang sufi yang
berlebihan-lebihan dalam soal ibadah sahaja dan meninggalkan lapangan
perjuangan Rasulullah yang syumul. Contohnya: beruzlah (mengasingkan
diri) berlebih-lebihan ataupun yang hidup matinya hanya untuk untuk
memperolehi kenikmatan beribadah secara peribadi sahaja. Ini
sedikit-sebanyak menjadikan perjuangan mereka seakan-akan cara hidup
penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian.
BELAJAR DI KAHERAH DAN KESEDARAN REFORMASI
Pada
1923, pada usia 16, al-Banna telah memasuki Fakulti Darul ‘Ulum, Azhar
yang masyhur di Kaherah. Di Azhar, bila teman-temannya memakai pakaian
Mesir (topi khas yg bernama tharbus), al-Banna memakai serban, karena
ingin mencontohi Rasulullah SAW. Selama 4 tahun di Kaherah, beliau telah
terdedah kepada hiruk pikuk politik di Kaherah pada awal 1920an, dan
meningkatkan kesedaran beliau tentang kesan fahaman sekular dan Barat
yang telah menembusi masyarakat Islam, hingga ke akar umbi.
Inilah
yang menyebabkan al-Banna begitu tersentuh dengan keadaan pemuda-pemudi
Islam yang hanyut dari ajaran Islam. Al-Banna meyakini perang untuk
memenangi hati dan pemikiran pemuda-pemudi adalah begitu penting untuk
menyelamatkan Islam daripada serangan hebat Barat. Semasa belajar di
Kaherah, al-Banna menyelami hasil penulisan reformis Islam yang awal,
termasuklah Muhammad ‘Abduh (1849-1905), yang merupakan guru ayahnya
semasa di Azhar. Tetapi yang banyak mempengaruhi pemikiran al-Banna
merupakan murid ‘Abduh, iaitu Rashid Rida (1965-1935).
MENGAJAR DI ISMA'ILIYYAH
Selepas
tamat belajar di Darul ‘Ulum pada 1927, berusia 21, al-Banna telah
menjadi guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma’iliyyah. Pada
masa itu, Isma’iliyyah merupakan pusat pemerintahan Canal Zone dan
menjadi ibu pejabat Suez Canal Company (SCC). Ia menempatkan kem tentera
dan kediaman bagi pekerja Barat yang mana menjadikan pekerja dan
penduduk Mesir di situ sebagai kelas kedua, iaitu menjadi buruh kasar di
perusahaan-perusahaan Eropah itu.
Kehidupan
agama Islam yang dianut penduduk Ismailia pun terumbang-ambing dalam
pertentangan khilafiah antara pelbagai kelompok tasawuf. Tugas al-Banna
yang pertama ialah meningkat kesedaran dan penyatuan aqidah di kalangan
masyarakat Ismai’iliyyah. Al-Banna melihat kehadiran kuffar ke
Isma’iliyyah sebagai pendudukan tentera, pengeksploitasian ekonomi,
pencemaran budaya dan kehilangan maruah.
Ini
meningkatkan semangatnya untuk mengusir British daripada Mesir, dan
umumnya, pengaruh Barat. Daripada saat al-Banna tiba di Isma’iliyyah,
beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti masyarakat.
Al-Banna berusaha untuk merapatkan diri dengan orang-orang penting di
bandar tersebut sambil bergaul mesra dengan seberapa banyak masyarakat
umum yang boleh.
PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN
Pada
tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke
Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari
saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat
da’wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini
ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.
Pada
1934, Ikhwan telah membuka lebih daripada 50 cawangan di Mesir. Pada
hujung 1930an, Ikhwan telah mempunyai cawangan di setiap daerah di
Mesir. Ikhwan menubuhkan banyak sekolah, masjid dan kilang. Beliau
menerbitkan akhbar harian di Kaherah yang diberi nama “al-Ikhwan
al-Muslimoon” yang membolehkan beliau berda’wah dengan lebih meluas,
berbanding dengan syarahan.
Selepas
1938, Ikhwan mula menampakkan menampakkan luarannya yang bercorak
politik. Ikhwan menggesa ke arah dunia Islam yang sejati dan menolak
Barat dan sekular. Ikhwanul Muslimin melihat pemikiran sebeginilah yang
merosakkan asas masyarakat Islam di era moden, dan menganjurkan kembali
kepada Islam sebagai penyelesaian kepada masalah dan penyakit masyarakat
Islam. Pada akhir perang dunia kedua, Ikhwan telah mempunyai 500 000
ahli yang aktif dan lebih kurang 2 kali ganda penyokong (ada sumber yang
mengatakan 3 juta). Akitiviti Ikhwan mula melampaui sempadan
antarabangsa.
Ikhwan turut berkembang
dengan pesat di Jordan, Syria, Palestin, Lubnan dan Afrika Utara. Pada
awal 1950an, cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan
Jordan. Antara 1942-45, al-Banna banyak melawat Jordan bagi
mengembangkan sayap Ikhwan di sana. Lebih daripada 2000 cawangan
ditubuhkan secara keseluruhannya dan 50 di Sudan. Kemudian, pengaruh
Ikhwan telah dirasai di merata tempat di dunia, di Teluk dan negara
bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia.
Dalam
usia yang begitu muda, al-Banna telah muncul sebagai pemimpin besar,
selaku Mursyidul Am Ikhwan yang pertama. Antara yang berada di bawah
pimpinannya ialah tokoh-tokoh hebat seperti Syeikh Amien Al-Husaini
(Mufti Palestin), Syeikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual
dan tokoh pejuang Palestin), Syeikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar
yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya,
bukannya British dengan segala kekuatan tenteranya).
Peningkatan
yang mendadak ini mula menarik perhatian British dan anak didik mereka,
iaitu ahli-ahli politik Mesir ketika itu. Mereka mendesak al-Banna
untuk tidak meneruskan gerakannya, namun beliau tetap pada kedudukannya.
Bahkan Richard Michael, agen CIA di Kedutaan AS di Kaherah, Mesir
tampak ketakutan ketika Sirah Nabawiyah yang diajarkan al-Banna telah
membangkitkan semangat perjuangan generasi muda muslim.
British
mengadakan dunia adalah terlalu fragile dan Mesir hendaklah dibina ke
arah modenisasi dan kemakmuran. British membayangkan bahawa Ikhwan perlu
mendapatkan pertolongan daripada British untuk terus maju. Al-Banna
mendengar dengan sabar, dan kemudian dengan berani dan tegas memberitahu
duta British bahawa Mesir dan kesemua harta kekayaannya adalah milik
rakyat Mesir dan masa untuk British di Mesir sudah berada di penghujung.
JIHAD DI PALESTIN
Apabila
tragedi Palestin berlaku pada 1946, angkatan Ikhwan merupakan antara
bala tentera yang aktif. Dengan semangat jihad dan cintakan syahid,
angkatan Ikhwan yang serba kekurangan adalah lebih digeruni oleh bala
tentera Yahudi la’natullah, berbanding tentera-tentera kerajaan Mesir,
Syria dan Jordan yang cukup lengkap dengan peralatan dan latihan, tetapi
kosong roh Islam dan tiada pergantungan kepada Allah.
Ini
adalah bukti bahawa di sana adanya pertolongan Allah yang tidak
tertakluk kepada logik akal, dan juga bukti bahawa Ikhwanul Muslimin
adalah Gerakan Islam yang benar dan begitu jugalah Gerakan-Gerakan Islam
lainnya yang mengikuti jejak langkah Ikhwanul Muslimin. Angkatan jihad
Ikhwan telah pun berjaya sampai ke pintu masuk Tel Aviv dan hampir mampu
menguasainya, namun dinafikan oleh pengkhianatan oleh
pemerintah-pemerintah Arab pada masa itu.
Ini
disebabkan mereka bimbang sekiranya Ikhwan mendapat kemenangan,
pengaruh dan sokongan terhadap Ikhwan pasti akan bertambah dan sukar
untuk disekat. Untuk itu, Raja Faruk telah memenjarakan ramai ahli-ahli
Ikhwan. Perdana Menteri Mesir ketika itu, Noqrashi Pasha telah
mengharamkan Ikhwan. Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Mesir itu
telah dibunuh dan kejadian itu dikaitkan pula dengan Ikhwan. Beberapa
bulan berikutnya, segala aset Ikhwan telah dirampas dan beribu-ribu
pemuda-pemudi Ikhwan telah ditangkap dan dipenjara.
Pada
1948, al-Banna secara lantang mengatakan bahawa kerajaan Mesir
bertanggungjawab di atas kelemahan dan kekalahan tentera Arab dalam
Perang Palestin I melawan Yahudi. Akhirnya, al-Banna telah diusir ke
bahagian utara Mesir pada tahun 1948.
SYAHIDNYA SEORANG PEJUANG
Akhirnya,
satu komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan
dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna. Pada 12
Februari 1949, pada hari yang cerah di sebuah pasar di Kaherah, al-Banna
telah ditembak oleh agen kerajaan di hadapan bangunan Persatuan Pemuda
Islam. Selepas beliau dibawa ke hospital, beliau telah dibiarkan
terlantar di atas lantai dengan darah yang masih mengalir tanpa adanya
bantuan dari sesiapa pun untuk menyelamatkan beliau. Dua jam selepas
beliau ditembak, beliau meninggal dunia menuju Ilahi. Tiada seorang pun
telah dibawa ke muka pengadilan di atas kejadian tersebut. Al-Banna
hanya berusia 43 tahun pada ketika itu. Anak perempuan bongsunya juga
dilahirkan pada hari yang sama. Ibunya telah menamakannya ‘Ishtisyhad’
iaitu kesyahidan (martyrdom).
Allah
SWT adalah sebaik-baik perancang. Allah SWT tidak membiarkan perjuangan
al-Banna berkubur begitu sahaja lantaran umur dunianya yang begitu
singkat. Benih-benih Islam dan kader-kader pejuang hasil tarbiyyah
al-Banna tanpa penat lelah telah meneruskan perjuangan al-Banna.
Al-Banna
sendiri lebih suka “mengumpul orang daripada mengumpulkan maklumat ke
dalam buku”, dan dengan itu beliau telah membina organisasi Ikhwan dan
menyediakan panduan-panduan bagi membolehkan Ikhwan tetap hidup,
walaupun tanpa kehadirannya. Hanya sedikit penulisan-penulisan yang
dihasilkannya kerana kebanyakkan masanya dihabiskan untuk
pentarbiyyahan. Antara bukunya yang terpenting ialah “Warkah Kepada
Pelajar Muslim”, di mana al-Banna menerangkan prinsip-prinsip Gerakan
Islam.
MURSYIDUL AM IKHWAN
Antara Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang terawal ialah :
i) al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna
ii) Hassan al-Hudaibi
iii) Umar at-Tilmissani
iv) Muhammad Hamed Abul-Nasr
v) Mustafa Masyhur
BEBERAPA TOKOH IKHWAN LAIN
As-Syahid Sayyed Qutb (Mesir)
As-Syahid Abdul Qader 'Audah (Mesir)
Sheikh Mustapha Al-Siba'yi (Syria)
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi (Qatar)
Sheikh Sa'eed Hawwa (Syria)
As-Syahid Abdullah 'Azzam (Palestine – syahid di Afghanistan)
Sheikh Muhammad Ahmad Al-Rashid (Iraq)
Sheikh Abdul-Fattah Abu Ghuddah (Syria)
As-Syahid Sheikh Ahmad Yaseen (Palestine – mengasaskan HAMAS)
Sheikh Sayed Sabiq (Mesir)
Sheikh Muhammad Al-Ghazaly (Mesir)
Rached al-Ghannoushi Mahmouz al-Nannah Fathi Yakan (Lubnan)
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Muneer al-Ghadban Syeikh Abdul Majeed al-Zindanee Syeikh Muhammad Mahmud Shawwaf (Iraq)
Syeikh Abdul Latif Abu Qurrah
PENUTUP
Berpandukan
kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin inilah munculnya Gerakan-Gerakan Islam
yang lain di setiap watan (negara) Islam di seluruh dunia. Begitulah
buah tangan seorang mujaddid, ia pasti akan menular ke seluruh dunia.
Antaranya ialah Jami’at E Islami (Pakistan – diasaskan oleh Sayyid Abul A’la al-Maududi),
Parti Refah
(Turki – diasaskan oleh Najmuddin Erbakan, telahpun diharamkan dan
beliau telah dipenjara. Parti AK yang memerintah Turki pada hari ini,
yang diketuai oleh Recep Tayyip Erdogan, ialah hasil tarbiyyah
Najmuddin),
FIS – Front Islamique du Salut (Algeria – memenangi pilihanraya pada 1990, namun dijatuhkan oleh kuasa tentera, beribu-ribu ahli dibunuh dan dipenjara),
HAMAS - Harakah Muqawwamah Islamiah (Palestin) dan Gerakan-Gerakan Islam lain yang diasaskan berdasarkan ideologi Ikhwan.
Gerakan-gerakan
ini bergerak serentak di seluruh dunia, mengharungi cabaran mengikut
keadaan dan suasana di watan masing-masing, namun mempunyai wihdatul
fikr dan wihdatul amal yang satu.
Muktamar
di peringkat antarabangsa sering diadakan dan Gerakan-gerakan Islam
kini bergerak untuk menegakkan khilafah dan membebaskan bumi Islam dari
musuh kuffar dan juga yang bertopengkan Islam.
1. ALLAH MATLAMAT KAMI
2. RASULULLAH PEMIMPIN KAMI
3. AL QURAN PERLEMBAGAAN KAMI
4. JIHAD JALAN KAMI