PENULISAN PERTAMA KLUSTER PENDIDIKAN PRIM TN 50
oleh Allwee Fakiih / wan alwy (18.2.2018)
ASPIRASI KLUSTER - 10%
· 1.
Pendidikan
menggunakan teknologi yang sesuai dengan cara pembelajaran generasi z, alfa,
beta dan seterusnya.
· 2.
Pendidikan
berasaskan bakat dan potensi anak. Bukan berasaskan satu sistem pendidikan
untuk semua tanpa mengira potensi anak, demografi dan geografi. Mengenal pasti
kecenderungan dan minat anak-anak perlu di peringkat awal usianya secara ujian
bersistem dan berstruktur dan bukan semasa di tingkatan 4 seperti yang berlaku
sekarang.
· 3.
Penggunaan
teknologi dan gajet yang membantu
pembangunan pendidikan akal, rohani, emosi, fizikal dan sosial (A.R.E.F.S) generasi muda dan bukan melalaikan mereka.
·
4. Pendidikan yang
mampu melahirkan generasi muda yang tahu, mahu, mampu dan berkuasa menguasai
dan mengawal teknologi masa depan dan bukannya dikawal, dipengaruhi dan
dimusnahkan oleh teknologi.
·
5. Pendidikan masa
depan yang tidak memisahkan agama dalam kehidupan generasi muda dan mereka
mengamalkan agama sebagai sebahagian daripada kehidupan.
PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
·
6. Pendidikan awal
kanak-kanak di taska dan tadika dijadikan sebagai asas pengukuhan pembinaan karektor
dan pembinaan jatidiri, disiplin, keutuhan amalan fardu ain seperti solat 5
waktu dan solat berjamaah, pengukuhan penguasaan kepada bahasa ibunda Bahasa Melayu
secara tertib dan tersusun dikuti bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris, Arab,
Urdu, Cina dan Tamil, pendidikan fizikal yang melibatkan motor kasar dan motor
halus dan pendidikan bermain sambil belajar.
Pengukuhan pendidikan karektor, agama, moral, bahasa dan komunikasi,
kepemimpinan kemasyarakatan ini diperkuatkan melebihi pendidikan subjek dan
mata pelajaran seperti yang diamalkan sekarang.
· 7.
Pendidikan
kendiri dan menguruskan persekitaran sendiri secara sihat wajib dimulakan di
peringkat taska tadika lagi seperti membersihkan kelas, membersihkan tandas dan
laman sekolah setiap pagi atau setiap minggu mengikut jadual bertugas, program
pungutan sampah dan kitar semula 3R (recycle)
seperti yang telah diamalkan di Jepun.
·
8. Pendidikan awal
kanak–kanak juga dimasukkan subjek yang mendedahkan pendidikan STEM iaitu
Sains, Teknologi dan Matematik yang sesuai dengan usia mereka. Malah dedahkan
juga pendidikan Sains Angkasa.
·
9. Pendidikan awal
kanak-kanak menggunakan konsep flash
memory, flash cards, cybernatic dan whole memory. Penggunaan ini adalah
asas kepada anak-anak di masa hadapan berbanding pendidikan cara menghafal dan
mengeja yang agak ketinggalan untuk menguasai zaman kepantasan pergerakan
maklumat.
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
·
10 Pendidikan
Sekolah Rendah dan Menengah menekankan konsep
pergaulan lelaki dan perempuan yang betul dan sihat untuk menghapuskan
pergaulan bebas dan mencegah terjadinya perzinaan. Pendidikan Seks perlu diolah
sebaik mungkin yang bersesuaian dengan ajaran Islam, adat dan adab ketimuran.
Pendidikan seks daripada barat tidak boleh diceduk sepenuhnya kerana budaya
yang berlainan. Pendidikan seks mesti dan wajib bersesuaian dengan budaya
ketimuran.
·
11. Pendidikan
Sekolah Rendah dan Menengah lebih menekan kepada technical skill berbanding teori dan ilmu hafalan yang sukar
diamalkan jika tiada pendedahan. Zaman masa hadapan lebih kepada kebolehan
mengolah ilmu dan maklumat ke dalam bentuk tindakan amalan dan kemahiran.
1
·
12. Pendidikan
Sekolah Rendah dan Menengah harus meletakkan subjek mata pelajaran yang sesuai
dengan usia pelajar dan masa depan mereka dan bukan meletakkan berdasarkan
keperluan politik atau berdasarkan pengalaman lalu penggubal dasar. Fokus
kepada pendidikan masa hadapan dan bukan pendidikan masa lalu.
·
Pendidikan bersama
masyarakat di peringkat sekolah menengah dan universiti supaya pelajar dan
mahasiswa terdedah kepada keadaan kehidupan semasa masyarakat dan pandai
membina pergaulan yang sihat dan beradab dengan orang dewasa dan warga tua.
PENDIDIKAN UNIVERSITI
·
13.Pendidikan di
peringkat universiti harus dibuat bersesuaian dengan pasaran kerja dan pasaran
keusahawanan. Program anjuran Urban
Transformation Centre adalah contoh terbaik yang boleh diperkasakan
lagi. Persediaan harus dibuat apabila AI
(artificial Intelligent) mula mampu
mengambil alih tugasan kerja manusia.
·
14. Pendidikan di
peringkat universiti harus merapatkan jurang perbezaan dengan pekerjaan di
industri. Perbanyakkan kemahiran dan praktikal dan kurangkan assignment di atas kertas dan dalam
bentuk kerangka idea.
1
·
15. Pendidikan agama
adalah pendidikan wajib di setiap universiti awam dan swasta. Subjek yang
diperkenalkan adalah subjek yang menyeluruh dan wajib diambil dan lulus dengan
kepujian. Bukan lagi subjek pilihan.
·
16. Pendidikan di
peringkat universiti melahirkan golongan belia dan beliawanis yang menguasai
ilmu ekonomi Islam, menguasai ilmu politik Islam dan menguasai ilmu
pemerintahan dan ketamadunan Islam.
PENDIDIKAN UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS
·
17. Pendidikan belia
dan beliawanis pula perlu disediakan program peningkatan kemahiran (upskilling) untuk menguasai dan
menguruskan AI di atas talian dan di
masa hadapan. Di mana robot dan robotik akan banyak mengambil alih tugasan
belia dan beliawanis di alam pekerjaan.
·
18. Pendidikan seks
dan pendidikan keibubapaan adalah antara pendidikan yang wajib dilalui oleh
para belia dan beliawanis sebelum mereka masuk ke gerbang perkahwinan.
·
19. Perkukuhkan
Sistem Kemahiran Dual Nasional dan Program kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) di bawah Jabatan Kemahiran Malaysia dan Ciast. Mempertingkatkan taraf
pendidikan kemahiran sehingga melahirkan banyak universiti kemahiran di setiap
negeri.
·
Pendidikan
keimanan, akhlak dan moral sebagai teras kepada pendidikan nasional.
PENDIDIKAN ISLAM
·
20. Penyediaan
pendidikan berpengaruh berasaskan pandangan Al-Quran, Sunnah, pandangan ijma ulamak seperti pendidikan melalui
keteladanan, pendidikan berasaskan kebiasaan atau uruf masyarakat setempat yang tidak bertentangan dengan ajaran
Islam, pendidikan melalui nasihat, pendidikan melalui sifat common sense dan keperihatinan dan
pendidikan berasaskan hukuman yang dibenarkan oleh Islam.
·
Penyediaan ruang
dan peluang kepada mahasiswa dan belia untuk bersama ulama yang bijaksana.
·
21. Pendidikan Ahli
Sunnah Wa jamah (ASWAJA) diperkukuhkan secara kreatif, mudah difahami dan
dipelajari bermula daripada pendidikan seawal usia di taska, berterusan di
tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti bagi membendung gejala
ajaran sesat yang nampak secara nyata seperti Qardiani, Kristian, ajaran sesat yang berlindung atas
nama Islam seperti Syiah dan ajaran yang memalingkan umat Islam daripada agama
Islam seperti Ateis, Liberal dan
sebagainya.
·
22. Memberi
penekanan kepada pelajar Islam bahawa menguasai pendidikan Islam yang syumul
seperti muamalat, pengurusan Islam (takaful, pelaburan, wasiat, simpanan
wadiah), penghayatan Quran dan Sunnah, menguasai Fiqh dan Usul Fiqh, menguasai
ilmu Hadis, mendalami ilmu Tauhid dan Tasawwuf adalah elemen pendidikan yang
penting untuk menjadikan generasi muda Islam sebagai generasi yang unggul dan
mampu memimpin ummah di masa hadapan.
·
23.Pendidikan Islam
diperteguhkan dengan menyediakan barisan para pelajar lepasan agama yang mahir
dalam agama Islam berdasarkan pecahan ilmu, mempunyai toleransi antarabangsa
yang berbeza, toleransi antara agama, toleransi antara mazhab tetapi tidak
menggadaikan prinsip Islam.
·
24. Pendidikan Islam
diberi taraf dan penarafan yang setaraf dengan pendidikan sains dan vokasional
dan bukan dianaktirikan di sekolah.
·
Pendidikan alaf
baru yang tidak melupai asas pendidikan seorang manusia.
·
Memasukkan
konsep hafazan Juz Amma (juz 30) di sekolah menengah sebagai persiapan awal
menjadi ketua keluarga dan pemimpin masyarakat malah membantu memperkasakan
pendidikan kerohanian.
·
Menjadikan
subjek Islam sebagai subjek wajib lulus di dalam peperiksaan SPM.
·
25. Pendidikan yang
mempunyai sistem yang mampu menyerapkan kefahaman dan tindakan generasi muda
bahawa belajar untuk ilmu yang tinggi dan berkemahiran yang sesuai dengan zaman
dan bukannya sistem pendidikan yang menjurus kepada keputusan peperiksaan yang
baik tetapi kosong dari sudut pengamalan ilmu dan kemahiran kehidupan.
· 26.
Penubuhan satu
badan penasihat dan pelaksana pendidikan yang tidak diganggu gugat oleh politik
- kepolitikan kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang bukan
memerintah. Badan ini bebas bersuara dan merancang fokus kepada pembangunan
pendidikan yang sesuai dengan kehendak dan kepantasan perubahan zaman.
·
27.Pemerkasaan
sistem pengurusan sekolah secara efisien bersesuaian dengan kehendak teknologi
dan mesra guru, ibubapa dan pelajar.
·
Menyediakan
infrastruktur sekolah bandar dan luar bandar yang sesuai dengan kehendak zaman
bukan secara secara fizikal tetapi juga warganya yang tahu dan mampu
menggunakannya secara optimum.
·
28.Penyediaan sistem
latihan guru yang efisien dan berkesan dalam menyiapkan guru dengan perubahan
teknologi dan perubahan konten dan method pengajaran – pembelajaran.
Menyediakan guru mempunyai 9 ciri-ciri guru alaf baru.
·
29. Pendidikan
berasaskan kebersamaan dengan ibubapa seperti kepastian ibubapa untuk
menghantar anak tepat pada waktunya di sekolah.
Kerjasama dengan guru dan pendidik supaya kemahiran literasi dan
numerasi dapat dijalankan dengan baik di rumah dan di sekolah.
·
30.Pendidikan
berkonsepkan “Homeschooling” yang
diusahakan oleh kelompok ibubapa, NGO dan swasta harus juga diberi perhatian
kerana perkembangannya yang semakin meluas. Pihak kerajaan perlu mengkaji
kenapa pendidikan homeschooling
berkembang dan wujud. Ibubapa yang terlibat harus diberi pembelaan apabila
anak-anak mereka tidak berupaya memasuki sistem arus perdana pendidikan negara
atas sebab tertentu sama ada disebabkan masalah biologi, emosi dan penyakit.
·
Konsep
pendidikan ISTAC harus diterapkan di semua universiti awam Malaysia.
·
Meningkatkan
pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar, persekitaran yang kondusif
dengan sistem pembelajaran berpusat pelajar, latihan berterusan untuk
melahirkan pelajar yang berdisiplin, mampu mencari bahan sendiri, mampu melebar
luaskan kefahaman secara kendiri, mampu melihat sesuatu yang tersurat dan
tersirat, mampu dan bertanggungjawab pada tugasan yang diberikan, mampu bekerja
secara berpasukan, kolektif dan mahir dalam berkolaborasi serta mampu fahami
dan patuh arahan guru demi menuju matlamat dan objektif yang mahu dicapai pada
standard dan KPI yang telah ditetapkan.
·
Meletakkan
Malaysia dalam kelompok teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut ukuran
PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun akan datang (tahun 2032 atau 2033).
·
Pendidikan harus
juga memberikan pendidikan khusus kepada orang Asli dan kaum minoriti dalam
aspek penggubalan dasar pendidikan, kurikulum dan ko-kurikulum.
·
Bagi memantapkan
gerakerja guru dan berlaku adil kepada guru yang bekerja keras membangunkan
kecemerlangan pendidikan, pihak kerajaan dan KPM harus menyediakan elaun khas
sebagai penghargaan dan menaikkan semangat kerja guru yang rajin, berinisiatif
dan cemerlang.
·
Sekolah wajib
menyediakan ruangan kelas yang baik dan sesuai untuk pembelajaran. Bilangan
pelajar wajib tidak melebihi 25 orang untuk pelajar mendapat pendidikan,
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Ianya membolehkan guru memberikan
tumpuan kepada setiap pelajar dalam ruang lingkup masa yang terhad.
·
Penyelenggaraan
infrastruktur sekolah harus lengkap dan cekap serta mempunyai jadual berkala
untuk menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif buat pelajar dan guru.
KENYATAAN ISU-ISU/SEMAKAN REALITI – 5%
·
Gejala anak-anak
yang tercicir daripada arus pendidikan perdana.
·
Pendidikan
bertaraf exam oriented melahirkan
generasi tidak berfikir.
·
Pelajar dan
Mahasiswa hanya mempunyai ilmu dan kemahiran berdasarkan apa yang dipelajari di
sekolah dan di universiti sahaja. Mereka terpisah dengan ilmu dan peristiwa
semasa yang berlaku setiap hari di persekitaran mereka. Mereka terpisah dengan
maklumat terkini dan semasa yang berlaku. Walaupun dunia IT, internet dan alam
maya milik generasi muda, mereka masih berpisah dengan realiti semasa.
·
Pelaksanaan
sistem pendidikan Islam di sekolah biasa dilihat sebagai melepaskan batuk di
tangga sedangkan jumlah pelajar muslim ramai dan majoriti di kebanyakan
sekolah. Kekurangan guru-guru agama yang mahir mengajar. Pengamalan ilmu dalam
kelas di luar bilik darjah kurang. Pihak pengurusan sekolah yang kurang serius.
Keperluan fasiliti yang kurang seperti di sekolah Methodis, Convent, St John
dan sekolah bukan kebangsaan dan bukan sekolah aliran agama sedangkan sistem
pendidikan Islam yang menyeluruh mampu membendung gejala keruntuhan akhlak dan
moral masyarakat Islam.
·
Bebanan silibus
di sekolah rendah dan menengah yang membebankan emosi dan minda pelajar dan
ibubapa. Di samping latihan di rumah (homework)
yang banyak secara tidak sistematik.
·
Ibubapa yang
memisahkan diri daripada pendidikan anak-anak di sekolah. Tiada kesinambungan
pendidikan sekolah dan pendidikan di rumah. Tiada kolaborasi antara ibubapa dan
warga sekolah.
·
Bagi generasi
muda yang tidak mampu mengawal tekanan pembelajaran dan tekanan gaya kehidupan
akan terjerumus kepada masalah kesihatan mental.
·
Generasi muda
juga terpisah daripada ilmu keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan
krisis dan risiko kerana semua mata pelajaran itu tidak didedahkan secara
keseluruhan asasnya kecuali mereka yang mengambil bidang perniagaan, kewangan
dan perakaunan. Ramai generasi muda sejak sekolah lagi banyak melakukan konsep “try and error” dalam perniagaan
tambahan sebagai mencari wang saku tambahan atau terpengaruh dengan konsep
berniaga untuk kaya dan bermewah-mewahan pada usia muda. Pada usia muda, mereka
senang ditipu oleh golongan dewasa yang datang memberikan harapan kemewahan itu
dan ini. Akhirnya, generasi muda terjebak dengan masalah berkaitan kewangan
seperti berhutang kad kredit seawal usia di universiti, terjebak dalam
pelaburan “Pak Man Telo”, Skim Cepat Kaya, Skim saham komoditi forex, MLM dan pelbagai skim pelaburan
dan kewangan yang nampak indah di luar.
·
Ada juga berjaya
membina perniagaan kecilan seperti dropship,
MLM tetapi gagal mengekalkan wang yang banyak lantaran kekurangan kemahiran
menguruskan wang yang akhirnya bermewah-mewahan dan terjerumus dalam pelbagai
masalah sosial dan hutang.
·
Sistem
pendidikan lebih menjurus kepada kecerdikan akal dan intelektual dan kurang
memberikan tumpuan kepada kecerdikan emosi, rohani, sosial, kemahiran
mendengar, membuat keputusan, mengurus emosi dan risiko serta kecerdikan survival dalam kehidupan.
·
Sistem
pendidikan kini menjadi antara penyebab kepada gejala sosial dan keruntuhan
akhlak generasi muda.
·
Sebahagian
silibus yang diajar di sekolah dan universiti menjadi tidak releven dengan masa
depan pelajar. Mata pelajaran yang tidak boleh diambil dan diamalkan di masa
hadapan.
·
Sistem
pendidikan untuk anak-anak antara 4 hingga 6 tahun (tadika dan pra sekolah)
masih memfokuskan kepada akademi dan peperiksaan. Sedikit memberikan ruang
kepada sistem pendidikan pembangunan karektor, akhlak dan kepemimpinan
kemasyarakatan.
·
Sistem
pendidikan di peringkat universiti tidak menyediakan mahasiswa menjadi
kebolehpasaran kepada dunia kerjaya melainkan mahasiswa lepasan universiti
kemahiran.
·
Kegagalan pelaksanaan
sistem pendidikan seks dan sistem pendidikan keibubapaan membuka ruang yang
luas kepada isu gejala sosial.
·
Penekanan yang
kurang secara kesedaran, keprihatinan dan tindakan bijak yang diterapkan kepada
pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti tentang bahaya penggunaan
internet secara salah dan bahaya manipulasi internet dan aplikasi di dalamnya
yang boleh menjuruskan kepada bahaya kehidupan diri sendiri dan orang lain.
Kecerdikan menguruskan aplikasi internet perlu dipupuk supaya generasi muda
menguasai internet secara baik dan memberikan manfaat kepada mereka dan orang
di sekeliling mereka. Revolusi 3.0 dan 4.0 yang tidak diuruskan dengan baik
akan membahayakan manusia secara keseluruhannya.
·
Konten dan
kemahiran Sistem pendidikan sekolah dan universiti berada pada satu tahap
berpisah jauh dengan dunia kerjaya dan dunia realiti pekerjaan.
·
Sejauh mana
kemampuan guru–guru di pendalaman dan di kota melaksanakan penggunaan buku teks import bagi memenuhi
target pelaksanaan kurikulum yang selari dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
·
Sejauhmana pelaksanaan Dual Language programme (DLP) dari sudut
keberkesanan dan kelancaran jangka panjang kerana kekurangan sumber dan bahan
bantu kepada pelajar, guru dan ibubapa yang terlibat. Malah ada unsur campurtangan
pihak luar sekolah.
·
Sistem pengurusan dan
pentadbiran sekolah yang melibatkan sebahagian guru terutama isu pengurusan
data dan sistem online. Bebanan ini
menjadikan guru tidak memberikan fokus sepenuhnya kepada sistem pengajaran
mengikut standard yang ditetapkan. Efisiensi sistem online juga dipertikaikan terutama sistem kelajuan bandwidth , sistem penyimpanan data
besar, sistem backup data, sistem upload dan download data. Malah perkakasan komputer (hardware) ketinggalan zaman terutama di sekolah pinggir bandar dan
pendalaman.
·
Pelaksanaan sesuatu
program, kurikulum baru dan silibus tidak dibuat secara membuat kajian
menyeluruh berdasarkan demografi dan geografi. Pelaksanaan hanya berdasarkan
kehendak pihak atasan dalam kementerian atau kehendak menteri setelah melihat
kejayaan di negara lain. Akibatnya pelaksanaan secara melepaskan batuk di
tangga dan menjadi satu bebanan buat guru mengejar KPI yang ditetapkan, pelaksanaan
tanpa adanya kajian setiap fasa dan tiada bertempoh malah paling menyedihkan
apabila pelaksanaan akan terhenti akibat pertukaran menteri atau pertukaran
pegawai atasan yang mengeluarkan idea dan cadangan. Para pelajar dilihat
menjadi mangsa eksperimen tanpa output
dan outcomes membangunkan pelajar
yang terlibat untuk masa depan mereka.
·
Isu guru duka lara yang
mengganggu proses pembelajaran dan pembelajaran guru yang akhirnya mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran secara sempurna di dalam kelas seperti guru
banyak bercuti akibat masalah keluarga dan anak. Akibatnya sistem pengajaran
dan pembelajaran terganggu dan ini memberi kesan kepada pembangunan pelajar
sekolah.
·
Ada sebahagian guru tidak
dapat menghabiskan silibus di sekolah kerana terlibat dalam pelbagai latihan
ilmu dan kemahiran tatkala pelbagai program baru diperkenalkan di sekolah.
Ianya belum lagi termasuk sistem ko-kurikulum yang adakalanya membataskan waktu
guru untuk mengajar dan waktu pelajar untuk belajar.
·
Ada sebahagian guru
diberi tugasan mengajar banyak mata pelajaran (biasanya berlaku di pendalaman
akibat kekurangan guru atau sebagai guru ganti guru-guru yang cuti bersalin
atau mengikuti kursus di luar).
·
Ada sebahagiannya pula
diberi subjek yang tidak dipelajari di maktab perguruan atau subjek yang guru
tidak mahir dan tidak menguasainya. Ini memberi kesan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran yang memberi kesan kepada mod pelajar untuk belajar dan kefahaman mendalam pelajar kepada
subjek yang dipelajari.
·
Pihak kementerian melalui
pelbagai pakar pendidikan mengeluarkan pelbagai metodologi pengajaran dan
pembelajaran seperti flipped classroom,
round table, think-pair-share, hot seat, kreativiti sajak dan nyanyian,
sistem pembentangan dalam kelas, roleplay,
gallery walk, three stray one stay,
peta i-think yang mengandungi 8 peta
idea, simulasi, kajian lapangan, stesen, eksperimen, inkuari penemuan dan
pelbagai cara mengajar yang diwawarkan dari masa ke semasa. Persoalannya ialah
sejauhmana semua guru atau majoriti guru di bandar, pinggir bandar, luar bandar
dan pendalaman menguasai secara baik dan sempurna cara pengajaran dan
pembelajaran yang dikemukakan.
·
Sejauhmana pemantauan
guru dibuat dan sejauhmana pembaikan dilakukan dari masa ke semasa bersesuaian
dengan tempat guru mengajar dan kemampuan pelajar menerima proses pembelajaran
baru.
·
Sejauhmana kemampuan guru
mengolah kaedah-kaedah baru di atas dan menghabiskan silibus pembelajaran
dengan peruntukan masa yang diberikan di dalam kelas. Setiap metodologi
pengajaran moden berhadapan dengan masa yang terhad di sekolah.
·
Sejauhmana guru-guru
memanfaatkan dan mengamalkan kemahiran alaf baru dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka secara holistik dan berkaitan antara satu sama lain. Antara
kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi, kolaborasi, kemahiran interpersonal
dan arah kendiri, kemahiran mengeluarkan dan menjana idea, kemahiran mencari
dan mengolah maklumat menggunakan pemikiran kreatif, konstruktif dan kritikal
secara inovatif, impresif dan impactful.
·
Sejauhmana pula kemahiran
dan kesabaran guru menerapkan kesemua kemahiran yang dimiliki kepada pelajar
yang diajarnya di dalam kelas terutama kelas yang melebihi 40 orang pelajar.
·
Sejauhmana penyusunan sistem memperkasakan kemahiran
guru-guru di sekolah secara sistematik, tersusun dan terarah kepada matlamat
yang jelas iaitu guru yang mampu mengajar menggunakan silibus alaf baru, mampu
menggunakan peralatan moden dan mampu mengajar secara kreatif dan mudah
difahami pelajar secara kaedah baru dan moden. Antara matlamat yang telah
dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tentang ciri-ciri guru alaf
baru seperti guru yang menguasai subjek dan kandungan kurikulum, menguasai dan
mahir berketerampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan pelajar dan
menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling, mahir
menggunakan teknologi terkini dan sentiasa update
teknologi, mempunyai kemahiran kolaborasi dengan jaringan guru, memiliki
semangat berpasukan sebagai murobbi dan mursyid dan memahirkan diri dalam
menyelesaikan masalah diri, keluarga, pelajar dan sekolah.
·
Sejauhmana pelajar mampu
melaksanakan proses pembelajaran baru yang melibatkan teknologi dan pencarian
bahan sendiri sebelum masuk ke dalam kelas terutama melibatkan kawasan luar
bandar dan pendalaman serta kawasan golongan miskin dan kurang berada.
·
Sejauhmana kekuatan
jaringan dan access internet di luar
bandar dan kawasan pendalaman sebagai tonggak kepada proses pembelajaran alaf
baru.
·
Cabaran sama kini adalah
generasi muda yang belajar lebih mahu berguru dengan alam maya tanpa mahu
berguru dan bertalaqqi dengan ulamak, pensyarah dan guru. Masalah akan timbul
jika berguru dengan teknologi kerana berkemungkinan memilih bahan bacaan yang
salah daripada penulis/guru yang salah. Malah konsep hikmah guru dan hikmah
perguruan akan lenyap. Ada ilmu, kemahiran dan pengalaman harus diambil secara
langsung dengan guru dan belajar bagaimana guru melihat sesuatu ilmu,
peristiwa, kemahiran dan pengalaman persekitaran secara tersirat dan tersurat.
Internet dan alam maya gagal memberikan inspirasi dan pengalaman sebegitu.
Berguru bukan sahaja tertakluk kepada pendidikan Islam malah juga pendidikan
konvensional dan pendidikan kemahiran.
·
Pemikiran belia dan
beliawanis yang lebih kepada mindset “menerima bantuan” dan bukan mindset “memberikan bantuan”.
·
Pemikiran generasi muda
yang suka bermewahan dan meletakkan konsep bekerja dan berusaha kerana duit dan
bukan kerana ilmu dan kemahiran serta pengalaman hidup.
·
Kebimbangan terhadap mutu
pendidikan di Malaysia meningkat apabila laporan keputusan penaksiran
antarabangsa seperti program PISA (Programme
for international Student Assessment ) dan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study )
menunjukkan penurunan di bawah tahap standard antarabangsa pada tahun 2011
berbanding dengan tahun 1999.
·
Bajet kepada sektor
pendidikan adalah tinggi setiap tahun, namun begitu kedudukan pendidikan
Malaysia dilihat ketinggalan berbanding dengan Shanghai, Singapura, Korea
Selatan, Finland, Hongkong, Chinese Taipei, Jepun, Poland, Hungry. Persoalan
ialah adakah sistem pengagihan peruntukan yang diberikan setiap tahun turun dan
sampai kepada sasarannya atau bocor kepada sasaran yang tidak berkaitan.
·
Persoalan terhadap sistem
pendidikan yang menjurus kepada perpaduan negara memandangkan Malaysia
mempunyai kluster sistem pendidikan yang berbeza-beza iaitu sistem pendidikan
sekolah cina, sekolah India, sekolah kebangsaan, sekolah berprestasi tinggi,
sekolah berasrama penuh aliran sekolah agama, aliran sekolah misionari, sekolah
teknikal, sekolah vokasional dan sekolah di bawah MARA.
·
Pertembungan budaya
antara sekolah aliran cina, India dan sekolah kebangsaan juga melebarkan jurang
perpaduan apabila setiap sekolah aliran akan mengajar dalam bahasa ibunda dan
mempraktikkan budaya etnik, kaum dan bangsa masing-masing malah kepincangan
politik antara kaum juga akan menyebabkan jurang antara kaum melebar kerana
parti politik kaum menjadikan sekolah pendidikan aliran masing-masing sebagai
markas menyuburkan jurang perpaduan.
·
Sejauhmana 6 ciri utama
yang ditetapkan oleh pihak kementerian mampu melahirkan pelajar yang mampu
bersaing di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa. Enam ciri itu ialah
berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa,
beretika kerohanian dan beridentiti nasional. Bagaimana dengan pelaksanaan dan
penyediaan proses pembentukan yang dibuat.
·
Pertindihan tugasan dan
tanggungjawab antara Kementerian pendidikan pusat dengan pendidikan negeri dan
pendidikan daerah.
·
Kekurangan penyelaras di
peringkat bahagian pada setiap jabatan dan pentadbiran yang mengakibatkan
permasalahan pada aliran maklumat, komunikasi, sokongan, pemantauan dan
tindakan.
.
DIAGNOSIS REALITI (ANALISIS PENYEBAB PRIMER DAN SEKUNDER)
– 10%
·
Keciciran
pelajar dan gejala sosial sering diperkatakan oleh media dan dibincangkan pada
forum kemasyarakatan.
·
Laporan
Persekutuan Majikan Malaysia juga tidak menafikan bahawa para graduan gagal
mendapat pekerjaan akibat kurang menguasai bahasa Inggeris dan kurang upaya
menjana idea baru malah gagal dalam proses ujian membuat keputusan. Media massa
dan perbincangan forum juga membicarakan isu yang sama.
·
Seperti yang
dilaporkan oleh KPM bahawa bajet yang besar disediakan oleh kerajaan namun
begitu pembangunan infrastruktur pendidikan, sistem latihan pemerkasaan ilmu,
kemahiran guru dan keberhasilan pada standard peringkat global masih di tahap
rendah. Ianya menimbulkan persoalan sejauh mana efisiennya perbelanjaan yang
telah dibuat dan sejauh mana mencapai sasaran yang telah dicapai.
·
Angka bankrupsi generasi muda yang tinggi
mengundang persoalan ilmu dan kemahiran menguruskan wang. Akhbar berita harian
november 2017 melaporkan sebanyak 1.1% individu yang bankrup di antara 2014
hingga 2016 adalah generasi muda berusia 30 tahun ke bawah. Bagi tempoh
Januari hingga September tahun 2017, 9 individu di bawah usia 30 tahun
diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit. Pada 2014, seramai
12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015)
dan 22 orang (2016). Manakala majoriti mereka yang diisytihar muflis kerana kad
kredit adalah yang berusia atas 30 tahun.
·
Laporan akhbar
utusan pada 26 Jun 2015 pula menunjukkan bahawa 107,000 individu yang diisytihar muflis, 23,484 daripadanya adalah golongan
belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.
·
Pendidikan penggunaan internet secara sihat perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan negara kerana berdasarkan laporan akhbar kosmo, Kajian Kumpulan
Fokus pada 2013 pula mendapati, pukul 10 malam hingga 1 pagi adalah waktu
penggunaan laman sosial paling tinggi dalam rutin kehidupan golongan pelajar. Di
Malaysia, 74.3 % daripada 20.1 juta pengguna internet menjadikan telefon pintar
sebagai peranti utama melayari internet. Jumlah ini termasuk generasi muda atau
generasi Y.
·
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mendapati, aduan
berkaitan penggunaan media baharu meningkat antara tahun 2013 dan 2014
melibatkan kesalahan kekeliruan, bahan lucah, mengancam serangan, penipuan
internet, penggodaman dan pembelian dalam talian.
·
Pelaksanaan kokurikulum dan silibus menjadi kurang efisien di sekolah
apabila penggubal dasar berada di ofis dan bukan di lapangan.
·
Berdasarkan kajian Encik Habib Mat Som, Universiti Pendidikan Sultan Idris
dan Syed Kamaruzaman Syed Ali Universiti Malaya pada tajuk Komitment Guru Dalam
Pelaksanaan Kurikulum dan Inovasi Berkesan menyatakan secara ringkasnya bahawa
diri dan keperibadian guru menjadi satu cetusan kepada pelaksanaan kurikulum
secara hebat dan berinovasi. Keperibadian guru itu timbul daripada latihan dan
pendedahan yang secukupnya dalam latihan perguruan dan latihan ilmu dan
kemahiran semasa.
·
Dalam kajian yang diterbitkan iaitu prinsip asas kurikulum dan pengajaran
terbitan Universiti Malaya juga menyentuh tentang konsep pembinaan kurikulum
yang perlu dibuat di lapangan dan perlu kepada memahami kehendak sasaran dan
bukan syok sendiri di ofis.
·
Laporan Utusan pada 3
Januari 2016 menyatakan bahawa antara kegagalan mahasiswa mendapatkan pekerjaan
ialah ilmu dan kemahiran yang dikuasai semasa pelajar di universiti termasuk
kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi.
·
Tulisan di akhbar kosmo
pada 3 januari 2016 juga menyatakan bahawa antara cabaran graduan mendapatkan
pekerjaan adalah penguasaan kepada kemahiran akademi dan kemahiran insaniah
seperti kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, komunikasi dan
kepemimpinan.
·
Tulisan Dr Mohd Yahya
Mohd Ariffin daripada USIM bertarikh 20 Jun 2013 menyatakan antara cabaran
graduan Melayu mendapat pekerjaan adalah cabaran persaingan dengan kaum cina
dan India yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Antara cadangan beliau ialah
graduan Melayu menceburi bidang
keusahawanan dengan mengambil kursus–kursus jangka pendek. Ini
menunjukkan bahawa subjek keusahawanan bukanlah subjek teras malah graduan
harus mempelajari ilmu dan pengetahuan baru yang tiada kena mengena dengan apa
yang telah dipelajari 4 tahun di universiti.
·
Berdasarkan laporan
daripada blog rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (tulisan 6 November 2012)
menyatakan bahawa ada pelajar yang mempunyai keputusan SPM 7A, tidak menyambung
pengajian ke universiti tetapi mengambil keputusan mengambil diploma
kejururawatan kerana menyakini bahawa mudah mendapat pekerjaan melalui diploma
kemahiran berbanding ijazah daripada universiti. Ada yang sanggup menerima gaji
SPM sebagai pembantu pentadbiran walaupun lepasan Ijazah Pengurusan
Pengangkutan kerana isu sukar mendapat pekerjaan.
Kata blog itu lagi, Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha mengatasi
masalah pengangguran dalam kalangan graduan. Pada tahun 2010 jumlah
pengangguran mencecah 42,955 atau 24.62 % daripada 174,439 graduan yang
ada. Menurut Kementerian Pengajian
Tinggi, universiti-universiti dan
politeknik di seluruh negara mengeluarkan 184,581 graduan tahun 2012.
Bagaimanapun, 44,391 atau 24 peratus daripada jumlah tersebut tidak mempunyai
pekerjaan. Menurut statistik kementerian, graduan daripada kursus Sastera dan
Sains Sosial merupakan kelompok pengangguran terbesar iaitu 44.5 % atau 19,784
daripada jumlah keseluruhan graduan yang menganggur. Kelompok kedua pula ialah
graduan kursus teknikal iaitu seramai 12,321 atau 27.7 % manakala graduan
kursus sains berada di tempat ketiga 7,321 orang atau 16.49 % daripada jumlah
keseluruhannya. Statistik juga menunjukkan seramai 21,248 pemegang ijazah masih
belum mempunyai pekerjaan manakala bagi pemegang diploma, hanya 3 % daripada
jumlah graduan yang menganggur keseluruhannya.
PROGNOSIS (AKIBAT SEKIRANYA ISU-ISU BERKENAAN TIDAK
DITANGANI) – 5%
·
Apabila ramai pelajar
tercicir daripada arus perdana, aktiviti tidak sihat mudah mempengaruhi mereka
kerana tahap pemikiran yang masih lagi rendah manakala jiwa yang mahukan
kemewahan dan kesenangan tinggi. Anasir subversif dan anasir jahat mudah
menyerapi mereka.
·
Pendidikan exam oriented menjadikan pelajar tidak
boleh berfikir secara waras dan bijaksana. Mereka mudah mengikuti idola pujaan
tanpa melihat jauh ke hadapan kebaikan dan keburukan yang bakal diperolehi.
Mereka sekadar bijak menghafal dan mengingati sesuatu perkara. Mereka bijak
meluahkan apa yang disimpan di minda tetapi gagal mengolah secara baik. Lalu proses
menyelesaikan sesuatu isu, masalah akan menjadi sesuatu yang membebankan
mereka. Mereka mudah untuk ikut sahaja keputusan orang lain dan mudah
dipengaruhi. Mahasiswa yang berfikiran exam
oriented akan sukar mendapat pekerjaan dan akan tercicir daripada arus
perdana dunia pekerjaan malah gagal memaju pelbagai idea membangunkan bangsa.
·
Pelaksanaan sistem pendidikan Islam sambil lewa akan
mewujudkan generasi pelajar yang belajar agama tetapi kurang mempraktiskan.
Malah mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Mereka mempelajari tetapi kurang
memahami intipati ilmu.
·
Kelemahan penguasaan kepada ilmu-ilmu Islam yang penting
akan menyebabkan generasi muda kehilangan ruh perjuangan Islam yang sebenar
sebagai khalifah Allah di muka bumi. Sistem kehidupan Islam berasaskan ilmu
seperti kewangan Islam, pentadbiran Islam, kepemimpinan Islam dan ilmu Al
Quran, Fiqh, Hadis, Tauhid dan Tasawwuf kurang mampu dicernakan bersesuaian
dengan kehendak zaman malah gagal menandingi ilmu konvensional dari sudut pelaksanaan
yang diterima pakai oleh masyarakat kebanyakan. Akan wujud generasi muda yang
tidak tahu amalan itu dikira sesat. Apa yang mereka tahu ialah mencuba
amalan-amalan yang difikirkan seronok dan sesuai dengan amalan semasa.
·
Kehebatan satu-satu generasi Islam ialah apabila mereka
menguasai ilmu dan kemahiran Islam secara praktikal dan diamalkan oleh majoriti
umat Islam seperti apa yang berlaku di zaman kegemilangan ilmu dan pengamalan
Islam bermula zaman Sahabat Rasulullah sehingga kegemilangan zaman Umayyah,
Abbasiyyah, Saljuk dan Otmaniyyah.
·
Terpisahnya golongan agamawan dengan golongan bukan
agamawan dalam aspek pentadbiran dan kepemimpinan negara sehingga Agama Islam
dianggap mengancam kemajuan masa hadapan.
·
Subjek agama Islam bukan dipelajari untuk peperiksaan tetapi
untuk amalan kehidupan sebagai jalan hidup.
·
Tanpa melahirkan generasi muda yang mencintai ilmu,
beramal dengan ilmu, meneroka satu ilmu kepada ilmu yang lain akan menjadikan
generasi muda yang sukar bersaing dengan dunia barat yang mempraktiskan budaya
itu malah melahirkan generasi muda yang kagum dengan kejayaan orang lain dan
gagal membina kejayaan diri dan bangsa sendiri.
·
Melahirkan generasi yang menggabungkan ilmu Islam secara
praktikal dengan ilmu konvensional mampu menjadikan generasi yang diingini oleh
masyarakat masa hadapan dalam menghadapi cabaran yang complicated.
·
Badan-badan yang melaksanakan program pendidikan semasa
dan masa hadapan wajib berpisah daripada pengaruh politik dan orang
berkepentingan supaya hala tuju pendidikan dibuat untuk rakyat dan generasi
masa hadapan dan bukan untuk kepentingan golongan tertentu. Kita tidak mahu
badan pendidikan dipergunakan oleh golongan tertentu yang akhirnya melahirkan
sistem pendidikan caca marba, selalu berubah-ubah, mengidap penyakit “try and error”, pelajar-pelajar sekolah
dan mahasiswa dijadikan tikus putih di dalam makmal.
·
Kegagalan menyediakan infrastruktur yang kondusif kepada
sistem pembelajaran masa hadapan akan menjadikan segala usaha adalah sia-sia.
·
Latihan guru dan perguruan mengikut subjek yang
diperkenalkan adalah sesuatu latihan yang penting, kegagalannya menjadikan
proses pendidikan semasa dan masa hadapan adalah proses tangkap muat dan
sekadar melepasi KPI tanpa mencipta satu impak yang positif dan berkesan untuk
masa hadapan.
·
Kita tidak mahu ibubapa berpisah daripada arus perdana
dan menyerahkan kesemuanya pendidikan anak-anak kepada sekolah kerana hubungan
ibubapa dan sekolah akan melahirkan generasi yang cemerlang dan tidak mempunyai
dua identiti berbeza antara sekolah dan rumah.
·
Kegagalan kerajaan memantau sistem yang berpisah dengan
sekolah seperti sistem homeschooling akan melambatkan perkembangan sistem
pendidikan masa hadapan. Di samping akan mewujudkan generasi pelajar yang
kurang memahami sistem pendidikan sekolah kerana tidak melaluinya yang akhirnya
akan membina generasi yang menjauhkan diri daripada penglibatan dengan
kementerian pendidikan dan kerajaan.
·
Ketidakperihatinan kerajaan kepada menyediakan silibus
dan kurikulum yang sesuai dengan keadaan semasa dan masa depan akan melahirkan
pelajar yang tidak mampu mempraktiskan ilmu yang didapati di sekolah dan
universiti malah gagal mengharungi cabaran kerjaya dan kehidupan. Mereka akan
belajar semula perkara dan keperluan industri pekerjaan dan merasakan
seolah-olah masa yang dihabiskan semasa di sekolah menengah dan universiti
adalah sia-sia dan membazirkan. Ini akan menjarakkan sesetengah golongan untuk
memasuki arus perdana sistem pendidikan negara.
·
Kejahilan pelajar tentang ilmu kewangan akan melahirkan
generasi yang mudah ditipu demi mahu hidup mewah dan bergaya. Mereka akan
terlekat hutang piutang dan hutang kad kredit dengan mudah dan terjerumus ke
lembah bankrup di usia muda yang akhirnya memusnahkan masa depan.
·
Kejahilan ilmu keusahawanan pula menjadikan pelajar
bergantung sepenuhnya kepada kerajaan menyediakan pekerjaan kepada mereka.
Mereka menjadi generasi yang takut untuk berusaha sendiri secara kecilan.
Mereka akan takut kegagalan di usia muda. Malah jika berjaya, mereka dicabar
dengan kemahiran menguruskan kejayaan dan kewangan yang akhirnya gagal
mengekalkan momentum kejayaan kerana terlibat dengan masalah kewangan.
·
Kecerdikan akal sahaja tidak boleh menjamin kejayaan
dalam kehidupan berteraskan integriti, belas kasihan, akhlak mulia dan disiplin
padu.
·
Pendidikan awal kanak-kanak wajib berteraskan pembangunan
peribadi dan karektor kerana di sinilah bermulanya proses pembelajaran menjadi
manusia yang baik, hebat dan berkarismatik untuk masa hadapan.
·
Kegagalan mencapai kecerdikan teknologi dan ICT akan
menjadikan generasi muda hanyut dan hidup di alam autistik yang memisahkan
dengan dunia nyata yang akhirnya membawa kepada kehancuran masa depan generasi
muda.
·
Isu –isu guru dan perguruan harus ditangani sebaik
mungkin seperti isu guru duka lara, sistem infrastruktur dan demografi kawasan
luar bandar dan pendalaman kerana kesemuanya mengganggu tugas guru dan proses
pembelajaran.
·
Kesemua metodologi pembelajaran moden dan masa hadapan
wajib dikuasai oleh kesemua guru terlibat supaya kemahiran itu dipraktiskan
oleh semua pelajar untuk membina persiapan mereka di masa hadapan. Tiada guna
semua kemudahan sistem pengajaran disediakan tetapi kurang dipraktiskan oleh
guru pelaksana. Ini akan melambatkan matlamat pendidikan tercapai dalam
kerangka masa yang diberikan.
·
Kegagalan mengatasi pertembungan pemikiran antara sekolah
kebangsaan dengan sekolah jenis Cina dan
India akan menggagalkan perpaduan rakyat Malaysia ke arah keharmonian kaum.
·
Kementerian harus juga mengkaji sistem pendidikan
cemerlang negara-negara yang diiktiraf oleh dunia dari sudut kecemerlangan
sistem pendidikan ke arah masa depan. Kita tidak boleh syok sendiri. Namun
melihat kejayaan orang lain sebagai satu aspirasi membina kejayaan sistem pendidikan
kita berasaskan acuan yang sesuai dengan adat dan budaya sendiri.
PENGAUDITAN KAPASITI (KEMAMPUAN UNTUK BERTINDAK SECARA
BERKESAN) – 10%
e laksanakan pelbagai dasar seperti DEB, Wawasan 2020. TN 50 adalah
penyambung dasar yang sedia ada.
·
Dasar TN 50 adalah aspirasi atau idea sumbang dari rakyat
pelbagai lapisan kepada pihak kerajaan (bottom-up)
dan bukan dari kerajaan kepada rakyat (top-down).
·
Pihak kerajaan
mempunyai pelbagai kapasiti kepakaran sumber manusia yang mencukupi untuk
menjana idea tambahan, bekerja melaksana dan menguruskan perjalanan dan
memantau TN50.
·
Sebagai contoh
kluster pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai kakitangan hampir
500,000 orang termasuk semua kakitangan pusat, negeri, daerah, pengetua, guru,
kakitangan sokongan sekolah seluruh Malaysia. Jika diolah dengan baik, setiap
perancangan boleh dicapai dalam jangka waktu yang ditetapkan.
·
Infrastruktur
yang kebanyakan telah lengkap untuk asas pendidikan dan diperbaiki dari masa ke
semasa sama ada di bandar, luar bandar dan pendalaman. Jika dijaga dan dibuat
perancangan yang betul dengan penggunaan bajet penyediaan dan pemulihan
infrastruktur yang sedia ada, maka meneruskan agenda TN 50 tidak membawa
masalah yang besar.
·
Pihak
kementerian juga mempunyai sekolah SBT, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari
yang boleh digunakan sebagai sekolah yang menerima konsep percubaan perkara
baru sebelum disebarkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah lain secara
berperingkat-peringkat.
·
Pihak kerajaan
juga mempunyai kepakaran pendidikan, pakar pengurusan dan pakar strategik di
universiti awam dan swasta yang boleh dijadikan kumpulan pakar dan kumpulan
fokus menjana idea pelaksanaan dan pemantauan.
·
Pihak
kementerian juga mempunyai 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) di
seluruh negara (yang sedang dinaiktaraf dan diperkasakan bangunan dan sistem
pendidikan) dan Institut Aminuddin Baki yang boleh digunakan untuk memberikan
latihan intensif kepada semua guru yang terlibat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang memenuhi aspirasi TN 50.
·
Pihak kerajaan
juga mempunyai jaringan dengan badan-badan korporat yang bersedia menyumbangkan
dana, tenaga kepakaran dan logistik untuk menjayakan aspirasi TN 50.
·
Pihak
kementerian juga mempunyai tenaga pakar yang berpengalaman dalam dunia
pendidikan. Apa yang penting ialah mengumpulkan semua daripada mereka dan
mengoptimumkan kepakaran yang ada untuk memanfaatkan pelaksanaan dan pemantauan
aspirasi TN 50.
·
Pihak
kementerian juga menyediakan pelbagai kurikulum pengajaran dan pembelajaran
yang sentiasa dikemas kini bagi memenuhi impian pendidikan bertaraf global dan
antarabangsa.
·
Pihak
kementerian juga sentiasa menghantar pegawai, guru dan pelajar menghadiri
pertandingan, konvensyen, forum dan aktiviti peringkat antarabangsa untuk
mengukur taraf pendidikan yang dilaksanakan dan kemampuannya bersaing di
peringkat global.
·
Dari sudut bajet
kewangan pula, bajet belanjawan yang besar sentiasa diberikan kepada pendidikan
negara. Sebagai contoh pada Bajet 2018 yang lalu, peruntukan yang disediakan
untuk pendidikan sebanyak 61.6 billion ringgit. Peruntukan ini adalah satu
peruntukan yang besar. Jika diletakkan pada tempatnya, diberikan kepada sasaran
yang berimpak tinggi untuk mencapai aspirasi TN 50, maka adalah sesuatu yang
tidak mustahil misi mencapai pendidikan alaf baru dan bersifat global akan
terhasil.
PEMILIHAN PRESKRIPSI / OPSYEN MENGIKUT FASA 5 PERINGKAT – 30%
A) SEGERA (TAHUN 1)
·
Membuat proses
penerangan dan penambahbaikan dasar pendidikan negara di samping menjadikan
dasar pendidikan TN50 sebagai komplimentari dan pelengkap kepada Sistem
Transformasi Pendidikan Negara.
·
Menubuhkan
pasukan pengkaji yang akan mengkaji sistem pendidikan negara-negara luar yang
diiktiraf maju dan telah melahirkan tenaga pakar negara dan melahirkan rakyat
yang hidup berasaskan kecemerlangan potensi diri seperti negara Jerman, Poland,
Jepun, Korea Selatan dan seumpamanya.
·
Menubuhkan badan
pendidikan bebas yang mampu merancang, melaksana dan memantau sistem pendidikan
negara. Badan ini wajib bebas daripada campur tangan mana-mana pihak tak kira badan
politik atau yang berkepentingan peribadi atau kumpulan.
·
Menubuhkan badan
pendidikan Islam di bawah Majis Raja-Raja yang mampu merancang, melaksana dan memantau
sistem pendidikan Islam secara berkesan dan bebas campur tangan pihak yang
tiada kaitan.
·
Menubuhkan
Badan/Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Malaysia bagi merancang, melaksana dan
memantau sistem pendidikan pra sekolah supaya selaras dengan sistem pendidikan
negara dan sistem pendidikan masa depan.
·
Mengadakan
kerjasama dengan badan berkaitan integriti
dan kementerian pelajaran
memperkasakan kurikulum integriti, akhlak dan moral supaya melahirkan pelajar,
mahasiswa dan rakyat masa hadapan yang mempunyai nilai integriti yang tinggi
tentang kehidupan mereka, masyarakat dan kepemimpinan negara kerana negara yang
maju dan sempurna adalah negara yang mempunyai rakyat yang berintegriti yang tinggi, sifat belas
kasihan, mawaddah dan rahmah yang hebat dan sifar korupsi serta sifar jenayah yang
semuanya berpaksikan kepada nilai-nilai ketimuran dan nilai agama yang hanif.
·
Menubuhkan satu
badan atau majlis mengumpulkan seluruh guru-guru cemerlang yang telah bersara
untuk terus memberikan input dan pandangan pembangunan sistem pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
·
Menubuhkan satu
badan khas yang dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dan kepakaran dalam
bidang pendidikan bermula daripada pendidikan kanak-kanak bawah usia 4 tahun,
kanak-kanak pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan seterusnya peringkat
universiti.
·
Melihat kembali
konsep peperiksaan di Malaysia sama ada konsep yang ada sekarang sesuai dengan
pendidikan masa hadapan.
·
Menyemak
kurikulum di sekolah rendah dan menengah malah di peringkat universiti. Adakah
kurikulum sekarang ke arah menyediakan para pelajar dan graduan hidup di
persekitaran masa hadapan.
·
Membuat tanda
aras pembelajaran di Malaysia dengan standard antarabangsa.
·
Melihat kembali
kurikulum dan standard pembelajaran kurikulum Agama Islam di sekolah biasa sama
ada telah mencapai standard pendidikan Islam yang sebenarnya atau sekadar
terlalu asas sahaja. Juga melihat pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran
pendidikan Islam di semua peringkat.
·
Peranan pegawai
dan agensi pusat, negeri dan daerah diperkemaskan dan distrukturkan semula
untuk menambah kecekapan tugasan, operasi dan kebertanggungjawaban serta mengurangkan pembaziran
sumber dan pembaziran kewangan.
·
Membuat kajian
terperinci anjakan proses “pembelajaran daripada pembelajaran berasaskan
sekolah dan institusi” kepada “pembelajaran berasaskan sistem” yang mana semua stakeholder mampu berperanan memajukan sistem pembelajaran dan
memperkasakan pelajar secara lebih luas.
·
Melakukan
semakan komprehensif pada setiap bahagian dan perkara yang telah dilaksanakan
mengikut fasa yang telah ditetapkan.
B) JANGKA PENDEK (TAHUN 1 HINGGA
TAHUN 5)
·
Merapatkan
jurang perbezaan pencapaian pendidikan antara masyarakat bandar dan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan gender sehingga 50 % pada tahun 2020.
·
Memastikan
pendaftaran dan kemasukan pelajar dari pra pendidikan awal kanak-kanak sehingga
kemasukan pelajar ke sekolah menengah berada dalam kedudukan 100% walaupun
terdapat halangan geografi dan demografi. Ianya perlu untuk memastikan
kemampuan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan Malaysia menuju pendidikan alaf
baru.
·
Memperkasakan
sistem peperiksaan di Malaysia secara berperingkat berasaskan sekolah menuju ke
arah peperiksaan berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Ianya bermula
daripada pendidikan di taska, tadika, sekolah dan seterusnya di peringkat
universiti.
peningkatan berterusan terhadap pendidikan sains, matematik, teknologi,
kejuruteraan sebagai asas kepada kehidupan masa hadapan di samping menyediakan
ruang menyerapkan unsur kerohanian dan pendidikan Islam di dalamnya supaya
pembangunan masa hadapan tidak kosong daripada pembangunan kejiwaan dan
kerohanian bertuhan pencipta alam semesta.
·
Melaksanakan
kewajipan kepada semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan India menjadikan
bahasa Melayu salah satu bahasa komunikasi di sekolah untuk melahirkan ramai
anak Cina dan India boleh membaca, menulis dan berkomunikasi secara baik bahasa
kebangsaan negara.
·
Meletakkan
pendidikan agama Islam dan pendidikan Moral bukan sekadar untuk membina
perpaduan dan memupuk persefahaman erat berbilang agama tetapi juga menumpukan
kepada pembangunan kejiwaan, kerohanian dan keperibadian diri menjadi warga
negara yang baik, suka kebaikan dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan.
·
Menyediakan
sistem latihan guru yang melahirkan guru yang mampu berfikir aras tinggi dan
mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan secara berfikir aras tinggi sebagai
sokongan ke arah perubahan sistem pembelajaran aras tinggi.
·
Melakukan
semakan komprehensif pada setiap bahagian dan perkara yang telah dilaksanakan
mengikut fasa yang telah ditetapkan.
·
Melaksana
unit-unit kecil yang akan menggerakkan pelaksanaan kluster pendidikan menuju
matlamat, gerakerja dan usaha tindakan mencapai aspirasi pendidikan TN50.
C) JANGKA SEDERHANA (TAHUN 6 –
TAHUN 10)
·
Menubuhkan satu
badan khas untuk menguruskan konten pembelajaran di pra pendidikan awal kanak-kanak,
pendidikan sekolah rendah dan menengah dan univerisiti yang bertanggungjawab
besar menukarkan konten pengajaran dan pembelajaran ke arah konten berbentuk
interaktif, video, tulisan di alam maya secara tersusun, sistematik dan
berkualiti tinggi yang mampu diakses oleh guru dan pelajar 24 jam di mana
sahaja. Badan khas ini dipantau sepenuhnya oleh kementerian pendidikan, badan
khas pendidikan, badan khas pendidikan Islam, badan khas lepas guru-guru
cemerlang.
·
Pendidikan
Malaysia mencapai sasaran 60% yang melibatkan 11 anjakan utama transformasi
Sistem Pendidikan Negara seperti yang dilancarkan oleh kementerian. 11 anjakan
itu ialah
o
Menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa yang
telah mencapai 60% pelaksanaannya.
o
Kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan galakkan mempelajari bahasa tambahan.
o
Melahirkan
rakyat yang menghargai nilai berasaskan kepercayaan dan agama masing-masing.
o
Mentransformasi
profesion keguruan sebagai profesion pilihan dengan cara mengetatkan syarat
pengambilan guru, mengubah IPG menjadi institusi bertaraf antarabangsa.
Meningkatkan program latihan perguruan secara profesional. Menyediakan laluan
perkembangan kerjaya perguruan berasaskan kompetensi dan prestasi dan bukannya
senioriti.
o
Memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai agen
membudayakan pengurusan gaya korporat, efisien dan terbaik. Mengukuhkan proses
pelantikan pengetua dan proses penggantian pengetua dengan ciri
kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan pelajar yang
tinggi dan terbaik.
o
Mengupayakan
JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
dengan mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
sistematik dan dipimpin oleh PPD. Memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk
membuat keputusan yang dibenarkan. Memastikan sekolah menikmati infrastruktur
asas sepenuhnya dan menerima bantuan kewangan secara saksama.
o
Memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dengan menyediakan kemudahan akses
internet secara pantas di sekolah. Menambahkan kandungan pembelajaran dalam
talian untuk perkongsian amalan yang terbaik yang dihasilkan oleh guru, pelajar
dan pengurusan. Memaksimumkan penggunaan internet dan ICT bagi pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri merentasi sempadan dan tanpa mengira
tahap pencapaian kemahiran pelajar.
o
Mentransformasikan
kebolehan dan keupayaan sistem penyampaian kementerian dengan memberi lebih hak
kepada keupayaan JPN dan PPD membuat keputusan berkaitan dengan bajet dan
personel dan lebih bertanggungjawab meningkatkan keberhasilan pelajar. Menambah
sekurang-kurangnya 3000 personel daripada kementerian dan JPN ditempatkan di
PPD untuk memberi sokongan kepada sekolah. Memperkukuhkan kebolehupayaan
kepemimpinan utama dan merangka fungsi dan struktur baharu kementerian, JPN dan
PPD.
o
Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta
secara simbiosis dan meluas. Melibatkan ibubapa dalam membantu anak-anak di
sekolah melalui sarana secara online malah ibubapa boleh mengakses pencapaian
anak,anak, melihat keputusan pembangunanan anak-anak secara talian. Mendapatkan
maklumbalas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan
kualiti guru semasa. Melibatkan secara aktif kumpulan alumni dan NGO yang
berminat membangunkan sekolah.
o
Memaksimumkan
keberhasilan pelajar bagi setiap ringgit yang diberikan oleh kerajaan.
Mengaitkan setiap program kepada pencapaian dan keberhasilan pelajar yang
terlibat. Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan kepada
bidang yang paling penting seperti peningkatan kemahiran profesion guru.
o
Meningkatkan
ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung dengan menerbitkan
laporan kemajuan pelan pembangunan pendidikan secara berkala setiap 5 tahun.
·
Merapatkan
jurang perbezaan pencapaian pendidikan antara masyarakat bandar dan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan gender sehingga 80 % pada tahun 2035.
·
Menyediakan
ruang dan peluang kepada semua pelajar mempelajari pelbagai bahasa selain
bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti bahasa Cina, Tamil, Arab dan pelbagai
bahasa etnik setempat untuk membina keharmonian di masa hadapan.
·
Menyediakan
guru-guru bahasa secukupnya untuk berkhidmat di semua sekolah tak kira di
bandar atau luar bandar. Menyediakan peluang untuk penduduk setempat menabur
bakti mengajar di sekolah kawasan kelahiran atau kediaman mereka. Bagi
menampung kekurangan guru, pihak kementerian menyediakan satu mekanisme
pengambilan guru sementara atau guru separuh masa yang mengajar di sekolah
berhampiran kediaman mereka. Pihak kementerian boleh mempelajari konsep dan pelaksanaan
ala – ala uber dan grabcar.
·
Memastikan
kelompok guru-guru yang mampu berfikir aras tinggi dan mampu mengajar secara
aras tinggi telah mencapai 60 %.
·
Menyediakan
sistem latihan kepimpinan dan kepemimpinan kepada guru-guru yang terlibat
secara langsung dengan pentadbiran sekolah bagi menyediakan sistem pentadbiran
sekolah yang efisien dan cemerlang di samping penaiktarafan fizikal dan bahan
peralatan ICT.
·
Guru-guru yang
dinaikkan pangkat sebagai timbalan pengetua dan pengetua wajib mengikuti kursus
induksi khas dan kursus kepemimpinan dari masa ke semasa berasaskan perubahan
zaman dan perkembangan teknologi. Pendedahan kepada kepemimpinan pentadbiran
dan kepemimpinan instruktional diperluaskan.
·
Memendakkan
sistem pendidikan sekolah rendah kepada 5 tahun berbanding 6 tahun sekarang.
·
Memendekkan
sistem pendidikan sekolah menengah kepada 4 tahun berbanding 5 tahun sekarang.
·
Memendekkan
sistem persekolahan di peringkat sekolah rendah dan menengah untuk mematangkan
secara cepat generasi muda di samping mempercepatkan mereka memasuki sistem
pendidikan kolej dan universiti yang lebih menjuruskan kepada mengurangkan
birokrasi struktur pendidikan sekolah kepada kebebasan sistem dan struktur
pendidikan menara gading.
·
Menyediakan
sistem latihan guru STEM yang dinamik dan efektif yang mana guru dilatih supaya
berkemahiran tinggi mengajar subjek sains, matematik, kejuruteraan dan
teknologi mengikut kepelbagaian geografi dan demografi pelajar.
·
Menyediakan
kesinambungan pelajaran STEM di peringkat menara gading sebagai mata pelajaran
wajib dipelajari dan bukan lagi mengikut fakulti–fakulti yang berkenaan.
·
Menyediakan satu
mekanisme untuk memastikan sekolah berprestasi rendah yang berada dalam
kelompok band 6 dan band 7 telah ditukarkan 100% kepada sekolah berprestasi
tinggi.
·
Memperbanyakkan
lagi sekolah kluster kecemerlangan pencapaian akademik dan pencapaian bukan
akademik dan sekolah bertaraf berasrama penuh (SBP).
·
Menyediakan
peluang yang luas dan terbuka kepada mahasiswa menyambungkan pengajian ke
peringkat Master dan Phd.
·
Membina
kesedaran, kepentingan dan tindakan kepada semua lepasan siswazah bahawa
pengajian peringkat sarjana muda adalah sebagai permulaan penerokaan ilmu dan
kemahiran sahaja. Mereka perlu melanjutkan pengajian ke peringkat
Sarjana/Master dan Phd untuk melengkapkan diri dengan ketamadunan dan kemajuan
tahun semasa.
·
Melakukan
semakan komprehensif pada setiap bahagian dan perkara yang telah dilaksanakan
mengikut fasa yang telah ditetapkan.
·
Melaksana
pemerkasaan unit-unit kecil yang menggerakkan pelaksanaan kluster pendidikan
menuju matlamat, gerakerja dan usaha tindakan mencapai aspirasi pendidikan
TN50.
·
Menukar unit
kecil pelaksana kepada gerakan yang lebih besar dan lebih komprehensif dan
bersifat memberikan impak yang tinggi dari sudut output dan outcomes yang telah
ditentukan pada standard dan KPI nya.
D) JANGKA PANJANG (TAHUN 11 –
TAHUN 30)
·
Pendidikan
Malaysia mencapai sasaran berada di kedudukan kelompok teratas satu per tiga
teratas dalam pentaksiran PISA dan TIMSS.
·
Pendidikan
Malaysia mencapai sasaran 100% - 11 anjakan utama transformasi Sistem
Pendidikan Negara seperti yang dilancarkan oleh kementerian. 11 anjakan itu
ialah
o
Menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
o
Kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan galakkan mempelajari bahasa tambahan.
o
Melahirkan
rakyat yang menghargai nilai berasaskan kepercayaan dan agama masing-masing.
o
Mentransformasi
profesion keguruan sebagai profesion pilihan dengan cara mengetatkan syarat
pengambilan guru, mengubah IPG menjadi institusi bertaraf antarabangsa.
Meningkatkan program latihan perguruan secara profesional. Menyediakan laluan
perkembangan kerjaya perguruan berasaskan kompetensi dan prestasi dan bukannya
senioriti.
o
Memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai agen
membudayakan pengurusan gaya korporat, efisien dan terbaik. Pelantikan pengetua
dan proses penggantian pengetua dengan ciri kebertanggungjawaban yang tinggi
bagi meningkatkan keberhasilan pelajar yang tinggi dan terbaik.
o
Menjadikan JPN,
PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
dengan mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
sistematik dan dipimpin oleh PPD. Memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk
membuat keputusan yang dibenarkan. Memastikan sekolah menikmati infrastruktur
asas sepenuhnya dan menerima bantuan kewangan secara saksama.
o
Memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dengan menyediakan kemudahan akses
internet secara pantas di sekolah. Menambahkan kandungan pembelajaran dalam
talian untuk perkongsian amalan yang terbaik yang dihasilkan oleh guru, pelajar
dan pengurusan. Memaksimumkan penggunaan internet dan ICT bagi pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri merentasi sempadan dan tanpa mengira
tahap pencapaian kemahiran pelajar.
o
Mentransformasikan
kebolehan dan keupayaan sistem penyampaian kementerian dengan memberi lebih hak
kepada keupayaan JPN dan PPD membuat keputusan berkaitan dengan bajet dan
personel dan lebih bertanggungjawab meningkatkan keberhasilan pelajar. Menambah
sekurang-kurangnya 3000 personel daripada kementerian dan JPN ditempatkan di
PPD untuk memberi sokongan kepada sekolah. Memperkukuhkan kebolehupayaan
kepemimpinan utama dan merangka fungsi dan struktur baharu kementerian, JPN dan
PPD.
o
Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta
secara simbiosis dan meluas. Melibatkan ibubapa dalam membantu anak-anak di
sekolah melalui saranan secara online malah ibubapa boleh mengakses pencapaian
anak,anak, melihat keputusan pembangunanan anak-anak secara talian. Mendapatkan
maklumbalas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan
kualiti guru semasa. Melibatkan secara aktif kumpulan alumni dan NGO yang
berminat membangunkan sekolah.
o
Memaksimumkan
keberhasilan pelajar bagi setiap ringgit yang diberikan oleh kerajaan.
Mengaitkan setiap program kepada pencapaian dan keberhasilan pelajar yang
terlibat. Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan kepada
bidang yang paling penting seperti peningkatan kemahiran profesion guru.
o
Meningkatkan ketelusan
untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung dengan menerbitkan laporan
kemajuan pelan pembangunan pendidikan secara berkala setiap 5 tahun.RID
MENGUASAI
·
Merapatkan
jurang perbezaan pencapaian pendidikan antara masyarakat bandar dan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan gender sehingga 95 % pada tahun 2050.
·
Meningkatkan
pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk pelajar berkeperluan
khusus seperti OKU, berkeperluan fizikal, anak-anak hiperaktif, anak-anak austistik, anak-anak
down sindrom dan yang berkaitan dengan penyakit psikologi.
·
Menyediakan
jaringan untuk keperluan khusus seperti jaringan kaunselor, terapis, doktor
perubatan, doktor rawatan alternatif dan komplimentari.
·
Memastikan
kelompok guru-guru yang mampu berfikir aras tinggi dan mampu mengajar secara
aras tinggi telah mencapai 100 %. Antara pemikiran yang diterapkan dalam
kemahiran aras tinggi ialah pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah
dan kepimpinan serta kepemimpinan.
·
Melakukan
semakan komprehensif pada setiap bahagian dan perkara yang telah dilaksanakan
mengikut fasa yang telah ditetapkan.
E) PASCA JANGKA PANJANG (SELEPAS
TAHUN 2050)
·
Menyediakan
sistem pemantauan berkala supaya setiap pencapaian yang dibuat dapat dikekalkan
dan dipertingkatkan lagi supaya bersesuaian dengan keperluan tahun 2050.
·
Menyediakan
mekanisme untuk melihat keperluan sistem pendidikan masa hadapan yang lebih
mencabar dan berubah-ubah secara dinamik dan progresif.
·
Menyediakan satu
bajet khusus bagi melihat segala kekuatan dan kelemahan yang sedia ada serta
pelan pemulihan dan pembangunan ke arah lebih baik, matang dan dewasa sesuai
dengan kehendak dan keperluan zaman tanpa meninggalkan dasar-dasar agama.
·
Melakukan
semakan komprehensif pada setiap bahagian dan perkara yang telah dilaksanakan.
·
Menerbitkan
laporan awam kemajuan dan cabaran pelaksanaan
kluster pendidikan TN 50 untuk dijadikan panduan pembangunan sistem pendidikan
yang lebih maju dan ke hadapan.
SISTEM / MEKANISME UNTUK MENGAWAL/MITIGASI PELAKSANAAN OPSYEN
PILIHAN – 10%
·
Badan Khas
Pendidikan yang ditubuhkan.
·
Badan Khas
Pendidikan Islam yang ditubuhkan.
·
Badan/Majlis
Pengasuhan dan Pra Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan.
·
Badan berkaitan
integriti seperti Institut Integriti Malaysia.
·
Badan Khas
pengumpulan guru cemerlang, pakar pendidikan, pakar pengurusan dan pakar
industri.
·
Majlis Raja-Raja
Melayu bersama Jakim dan Majlis Agama Negeri.
·
Kementerian
Pendidikan Malaysia (kementerian yang terlibat dalam kluster pendidikan)
·
Pejabat Perdana
Menteri.
·
NGO pendidikan
yang memahami aspirasi TN 50.
·
Menyediakan
sistem yang boleh mengimbangi cabaran keperluan, kekangan, harapan dan
keupayaan yang sedia ada.
·
Mengimbangi
kepelbagaian pemikiran sama ada pemikiran dalam kotak, luar kotak dan pemikiran
tanpa kotak.
·
Memantau
perubahan-perubahan yang berlaku ketika pelaksanaan pada setiap peringkat fasa
dan opsyen yang disediakan.
·
Sentiasa
mengingati pasukan pelaksana dengan memahamkan mereka pada dasar dan matlamat
yang hendak dituju.
·
Berlapang dada
menerima apa-apa dapatan semasa mengikut kadar kebijaksanaan yang ada.
·
Setiap pasukan
pelaksana wajib fahami dengan jelas prinsip dan nilai yang dipegang dan
sentiasa melihat gambaran yang besar menuju tahun 2050.
·
Utamakan
pendapat mereka dalam bidangnya khususnya mereka yang rajin bekerja dan fokus
dalam gerakerja.
·
Jaga integriti,
maruah dan haibah dalam gerakerja dan pelaksanaan yang dilakukan.
·
Membuat semakan
secara berkala prestasi dan gerakerja pasukan.
·
Sentiasa ikuti
perkembangan semasa – fleksibiliti dalam pelaksanaan tanpa menggadaikan dasar
dan matlamat yang telah ditetapkan.
·
Waspada pada
cabaran yang kerap muncul walaupun kecil dan bersedia dengan sebarang
kemungkinan.
PELAN KONTIGENSI – 10%
Tidak semua apa
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna, setiap projek besar akan ada
cabaran-cabaran sepanjang perjalanan menuju ke matlamat menjadikan Sistem Pendidikan
Malaysia bertaraf global, berada dalam Sistem Berprestasi Tinggi dan
Sesuai dengan kehendak zaman semasa serta menyediakan impak yang positif kepada
para pelajar dan graduan yang mengikutinya.
1. Jika berlaku penentangan oleh individu berpengaruh, sekumpulan
individu secara bersendirian atau berjemaah, badan pelaksana perlu menyediakan
sekumpulan individu yang mengkaji tentangan yang dibuat dan menyediakan solusi
terbaik untuk pimpinan atasan meneruskan agenda TN 50 sehingga jayanya.
2. Jika berlaku sebahagian pelaksanaan TN 50 tersasar
daripada landasan yang sebenar, badan pemantauan yang dilantik perlu membuat
perjumpaan yang kerap supaya pelaksanaan TN 50 sentiasa berada dalam sistem dan
landasannya.
3. Jika berlaku dalam satu jangka waktu pelaksanaan, masyarakat
dan generasi muda masih kabur halatuju TN50 dan mula mengasingkan diri, pasukan
perancang dan pelaksana TN50 perlu membuat hubungan atau engagement secara berkala dengan generasi muda dan masyarakat yang
keliru supaya halatuju, matlamat dan dasar utama difahami pada setiap fasa-fasa
pelaksanaan supaya masyarakat dan generasi mula menyokong dan mengambil
bahagian pada pelaksanaan berperingkat itu.
4. Jika berlaku di kalangan pelaksana atau masyarakat yang
mula hilang pendirian akan kejayaan dan pencapaian TN 50 maka pasukan mengubal
dan pelaksana harus memainkan peranan penting menarik perhatian dan kepercayaan
bahawa proses gerakerja TN50 sentiasa konsisten pada landasan walaupun
mengambil masa 30 tahun.
5. Jika berlaku situasi yang terhenti pelaksanaan akibat
sesuatu peristiwa yang besar berlaku maka semua pasukan dipanggil berkumpul
semula untuk membina motivasi dan inspirasi untuk meneruskan gerakerja ini.
Untuk menghadapi kehilangan barisan penggubal dan pelaksana, perlu dibuat
barisan pelapis pada setiap proses dan fasa pelaksanaan supaya segala visi,
misi dan objektif setiap fasa dapat dihabiskan walaupun kehilangan tonggak
utama.
6. Jika berlaku sesuatu perancangan atau projek yang dilihat
berada dalam trend bermusim atau tertunda-tunda akibat masalah kewangan ,
masalah kelulusan atau apa jua masalah yang mengganggu perjalanan maka perlu
ada satu mekanisme pantas dibina bersama jadual dan standard of prosedure (sop)
untuk memastikan sistem dan struktur yang ditetapkan dapat dipenuhi mengikut
standard asal tanpa berlaku pengubahsuaian yang tidak perlu.
7. Jika berlaku situasi pertukaran kuasa pemerintahan, maka
perlu pastikan badan-badan penggubal, pelaksana dan pemantauan diletakkan di
bawah kuasa eksekutif peringkat awal pelaksanaan yang bebas daripada pengaruh
politik semasa tetapi lebih menjurus kepada kepentingan rakyat dan masyarakat
masa hadapan. Malah setiap anggota badan
penggubal, pelaksana dan pemantau perlu melakukan akur janji yang mereka bebas
daripada pengaruh dan kecenderungan mana-mana parti politik dan yang pasti
fokus utama ialah mencapai aspirasi TN 50 untuk masa depan generasi muda.
Disediakan oleh:
Wan Mohd Allwee
Wan Ismail
( Allwee Fakiih Wan Alwy )
Kluster
Pendidikan