28.11.17

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda
membaca
dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri
ini
*********************************************************************
***
*********************************************************************
***


Riwayat ketiga ini menunjukkan dengan seterang-terangnya kepada
kita hakikat pereka-perekanya. Siapakah mereka dan apakah sebenarnya
motif yang mendorong mereka mencipta cerita-cerita yang seperti ini.
Hasil analisa kita terhadap cerita ini menampilkan beberapa
kesimpulan
seperti berikut:-


1. Maksud mereka bukan sekadar melakukan Tabarra terhadap
Saidina Umar dan keluarga beliau tetapi juga melalui beberapa
perkataan
yang terdapat di dalamnya mereka juga melakukan TAbarra terhadap
Rasulullah dengan menyerang Baginda dengan serangan yang halus.
tetapi
sangat tajam. Oleh kerana mereka juga tidak percaya kepada Quran
yang ada
ini maka mereka mempersenda-sendakan orang yang membaca Al Quran,
seolah-olah Al Quran yang ada ini tidak dapat membuahkan apa-apa budi
bekerti yang baik dalam diri pembaca-pembacanya. Lihatlah kepada Abu
Syahmah yang senantiasa asyik membaca Al Quran. Apakah hasil yang
diperolehinya daripada pembacaan Al Quran ini? Tidak lain hanyalah
perlakuan keji yang telah menyeretnya menerima hukuman hudud hingga
mati!!


2. Paling mendukacitakan ialah pereka-pereka cerita ini tidak
mengetahui bahawa Abu Syahmah bukannya kuniah (nama samaran)
Ubaidullah.
Sekiranyanya mereka berkeras mengatakan Abu Syahmah ialah kuniah
Ubaidullah maka sikap itu merupakan bukti paling besar tentang
pendustaan
mereka. Sebabbya Ubaidullah bin Umar terus hidup sampai kepada
peperangan
Siffin dan dalam peperangan itu beliau syahid di pihak Muawiyyah.
semua
ahli sejarah termasuk ahli sejarah dari kalangan Syiah mengatakan
bila
Saidina Umar terbunuh syahid maka Ubaidullah terus membunuh Hurmuzan
yang
dianggap bersyubahat dalam pembunuhan Saidina Umar. Kes pembunuhan
itu
merupakan kes pertama yang dihadapi oleh Saidina Othman setelah
beliau
dilantik menjadi Khalifah. Adakah Ubaidullah telah hidup kembali
setelah
menerima hukuman had seperti yang tersebut dalam kisah yang sedang
kita
bicarakan ini.? Atau musih ISlam itu tidak nampak sesuatu yang lain
selain hasrat mereka untuk memburuk-burukkan Saidina Umar serta
keluarganya dan dalam kekalutan memburu hasrat itu mereka tidak sedar
siapa yang hidup dan siapa pula yang mati.?


3. Nabiz itu sendiri asalnya bukanlah sesuatu yang haram kecuali
kalau ia memabukkan. Dan ia tidak memabukkan melainkan selepas 3/4
hari
(diperam). Kenapakah golongan pereka-pereka cerita palsu yang bodoh
ini
telah menganggap setiap nabiz memabukkan. Dalam riwayat yang pertama
sebelum ini telah kita lihat bagaimana dengan jelas mereka menuduh
Abu
Syahmah meminum arak (khamar) sedangkan di sini lain pula ceritanya.


4. Riwayat ini membuktikan bahawa wanita yang denganya Abu
Syahmah melakukan perzinaan itu adalah perempuan (Imraah) yang
memberi
erti seorang yang sudah berkahwin. Soalnya kenapakah perempuan itu
menyembunyikan sampai begitu lama perkara yang mencemarkan
kehormatannya
sehingga melahirkan anak. Sebenarnya bagi seorang perempuan yang
sudah
berkahwin melahirkan anak bukan satu perkara pelik. Apa buktinya
anak itu
bukan anak suaminya.? Dakwaaannya semata-mata tidak boleh dijadikan
kerana bukti dan dalil itu adalah sesuatu yang lain daripada dakwaan
Bahkan kita sependapat diamnya perempuan itu selama 9 bulan merupakan
sebesar-besar bukti pembohongannya.


5. seperti sama -sama telah kita maklum kisah ini telah
diriwayatkan melalui 3 jalan. tetapi tidak disebutkan pada mana-mana
jalan riwayat tentang perempuan tersebut, orang arabkah atau Yahudi
atau
perempuan itu sengaja dibawa datang dari Persia untuk menyiapkan
cerita
ini?!!!



********* UMAR MEMUKUL ABDUL RAHMAN*************************


Sebenarnya Abu Syahmah itu bukanlah kuniah Ubaidullah tetapi
kuniah Abdul Rahman Al Ausath, iaitu salah seorang anak Saidina Umar.
Kisah sebenarnya sejauh yang diterima oleh ulama pengkaji Hadith
tidak
lebih dari yang disebutkan oleh mereka bahawa pernah Abdul Rahman Al
Ausath mengikuti Amar bin Al Asy ra dalam satu angkatan jihad di
Mesir.
Pada suatu hari, beliau meminum nabiz dan kebetulannya beliau mabuk.
Pada
pagi keesokannya beliau pergi menemui Amar bin Al Asy meminta supaya
melakukan had ke atasnya. Akan tetapi Amar bin Al Asy enggan
melaksanakan
justeru beliau tidak mendapati langsung kesan-kesan mabuk padanya dan
tiada pula saksi yang menyaksikan (selain daripada keyakinannya yang
berasaskan pendapat bahawa bukan semua nabiz itu memabukkan dan Abu
Syahmah atau Abdul Rahman pula tidak meminumnya dengan kesedaran
bahawa
nabiz itu sudah memabukkan). Abdul Rahman pun berkata, " Kalau engkau
tidak melaksanakan hukuman ke atasku, aku akan mengadukan perkara ini
kepada ayahku". Dengan terpaksa 'Amr bin Al ASy pun melaksanakan
hukuman
had ke atasnya di dalam khemahnya sampai tidak diketahui oleh
sesiapapun.
Kemudian Saidina Umar mendapat tahu perkata itu, beliau menegur 'Amr
Al
Asy dengan berkata," Kenapakah engkau tidak menjalankan hukuman itu
di
hadapan khalayak ramai malah sebaliknya engkau sembunyikan
perlaksanaannya?" tatkala Abdul Rahman pulang ke MAdinah berikutan
kemenangan yang dicapai oleh orang Islam di Mesir maka Saidina Umar
memukul Abdul Rahman sebagai ta'dib (membentuk adab) dan tarbiyyah
(pendidikan). Secara kebetulan beberapa hari kemudian Abdul Rahman
jatuh
sakit dan sakitnya itu rupa-rupanya membawa beliau menemui ajalnya.


Selepas mengemukakan cerita ini Imam Ibnu Al Jauzi dan As Suyuti
menulis bahawa, " Sekadar inilah asalnya cerita ini tetapi ahli-ahli
cerita telah menokok tambahnya sehingga menjadi satu cerita yang
tersendiri pula" (Al Maudhu'at jilid 3 ms 275, Al la Ali'u Al
Masnu'ah
jilid 2 ms 198)



***** Kesimpulannya,


Pereka cipta cerita ini merupakah pekerjaan orang majusi atau
yahudi atau golongan yang menggabungkan kedua sifat ini yang mengaku
bahawa mereka mempunyai para Imam yang mengetahui hal yang ghaib.
Mereka
ini menaruh dendam kasumat kepada Saidina Umar dan keluarganya yang
telah
menjatuhkan empayar mereka. walaupun begitu mereka tetap bercanggah
pendapat dalam menunjukkan pula kepalsuan cerita-cerita mereka itu.


Wassalammualaikum


Tulisan itu adalah ditulis Oleh Ustaz MUhammad Asri di dalam Majalah
Al
Mustaqim