3.11.08

Sanggupkah Anda Membelinya Untuk Anak

Jangan beli jeli untuk anak anda buatan dari China. Biasa di jual di karnival, pasaraya dan biasanya di kedai 2 ringgit. Sebenarnya kita sebagai mak bapa yang memelihara kesucian makanan anak kita. Ini baru faktor kebersihan belum dikira faktor halal haram lagi.

Ajarlah anak-anak kita cara membeli makanan yang ada logo halal dari JAKIM sahaja.







2.11.08

Photo dan Video Hariraya Keluarga Wan Ismail/Tok Wan Di Kelantan

Di sini disertakan rangkuman foto-foto keluarga Tok Wan (Wan Ismail) di kampung sempena Hari Raya Aidil Fitri tempohari




Ceria-ceria selalu

Video Tokwan Bersama Cucunya bermain tarik tali......











Tok Wan Sentiasa Ceria Melayan Karenah Cucunya




Buai Laju-Laju



Perlukah Anak Saya Masuk Di Tadika Pada Usia Muda?



Bagi Ibubapa yang mempunyai anak berusia 4, 5 dan 6 tahun begitu memikirkan tadika yang manakah sesuai untuk perkembangan anak mereka.

Ramai yang bertanyakan dalam hal ini..


Banyak hal yang boleh dibincangkan terutama konflik interest di antara kehendak anak yang sebenar dengan kehendak kita sebagai ibubapa.

Ramai ibubapa mempunyai keinginan untuk melihat anak-anaknya

a) belajar Bahasa Inggeris dan menguasainya dengan cepat. Almaklumlah Zaman IT dan juga pelajaran sains dan maths di ajar dalam B.I sejak tahun 1 sekolah rendah lagi.. Keduanya status ibubapa akan up sedikit kalau kekawannya tahu anak mereka ok dan boleh bercakap B.I.

b) belajar di tempat yang dikatakan ada "kelas". Contohnya di pusat yang terkenal, dikenali atau selalu diiklankan di media massa.

c) belajar tadika pada usia muda ... usia 3 tahun ... 4 tahun.. 5 tahun...lagii muda lagi menjadi buah mulut kekawan.. "pandainya anak anda... pada usia muda dah mampu ikuti pelajaran di tadika..." senyum ibu dan ayah mendengar pujian kekawan.

d) belajar dengan memakai uniform, nampak segak dan bergaya... atau jimat baju nak basuh...

e) anak cepat belajar mengeja.. pada tanggapan kita... bila anak pandai mengeja maka anak akan pandai membaca dan anak telah mengikut trend semasa.

Betul ke Begitu.......

Apa pula hak anak?
Antara Hak Anak ialah

1. Ibu, adakah saya dah ready (readiness anak-anak) untuk belajar di tempat baru dengan suasana baru?

2. Sesuai tak usia 3-4 tahun masuk tadika? bagaimana pula 5 tahun?
(akta kementerian pendidikan yang mengawal selia tadika menyatakan bahawa tadika hanya untuk 5 dan 6 tahun sahaja. Anak yang berusia sehari - 4 tahun adalah di Taska di bawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak-anak di taska kami mengikuti program dari usia sehari sehingga 4 tahun dan program lanjutan pra sekolah untuk yang berusia 5 tahun.)

3. Anak perlukan pembangunan 4 Dimensi serentak dalam hidup mereka iaitu dimensi aqal/intelek, dimensi emosi (emosi , pergaulan dan bahasa), dimensi fizikal dan yang paling penting di zaman ini ialah dimensi roh/kerohanian/SQ/ akhlaq/ ibadat/ rasa bertuhankan Allah sebagai Pencipta.
Persoalan ialah di tadika yang ingin dipilih ada menyediakan ruangan itu atau tidak?

4. Anak perlu belajar sebagai manusia dan bukan robot.... budaya terlalu banyak exam, test, ujian dan disiplin yang ketat sesuai atau tidak dengan proses pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.....

5. Adakah tadika yang ingin dipilih sesuai dengan tahap perkembangan anak kita terkini..... adakah tadika menyediakan program yang menyeluruh dengan tajuk dan tema berkala untuk anak 3, 4 dan 5 tahun? atau Kebanyakan tadika memfokuskan kepada anak-anak 6 tahun sahaja? manakala anak 3,4,5 tahun masih dianggap kecil dan dibiarkan bermain dengan warna, melukis, bermain sahaja sepanjang hari?

6. Kementerian pendidikan menyatakan bahawa spec tadika adalah di bangunan rumah tepi (corner lot). Tadika di bangunan kedai tidak termasuk dalam senarai.

7. Adakah anak perlu menunjukkan potensi mereka dengan cepat mengikut kehendak ibubapa atau anak hidup dengan keyakinan dirinya dan boleh memilih bila potensi hidupnya ingin diserlahkan secara zahir buat tatapan generasi dewasa.

Pada pandangan peribadi kami ialah

1. Semua keputusan adalah di tangan ibu bapa. Setiap keputusan dan tindakan akan menghasilkan natijah atau result maka bersedia dgn "end of result" bila sudah membuat keputusan dan tindakan.

2. Ambillah masa untuk melawat tadika yang akan dipelajari oleh anak. Masa lawatan ialah bukan pada waktu sekolah cuti tapi waktu belajar untuk melihat suasana sebenar dan tidak dipengaruhi dgn persekitaran bangunan, warna dan kawasan.

3. Kenali potensi anak dan tahap persediaannya untuk belajar sistem tadika.

4. Adakah tadika yang dipilih menyediakan program berkala dan bertema untuk usia anak kita.

5. Adakah tadika menyediakan ruangan akhlaq, ibadat dan ilmu kerohanian/agama untuk anak-anak... bukan sahaja dari sudut akademi tapi contoh tauladan daripada guru dan persekitaran.

6. Bagaimana penyediaan pemakanan.... memenuhi piawai yang sepatutnya? Terlalu banyak junkfood, gula, pewarna, perasa tiruan, perasa 'cokelat moden' boleh mencederakan emosi anak kita....


"Keputusan adalah di tangan kita"


30.10.08

BENGKEL PENGURUSAN MASA,

Bertempat di Le Paris Hotel, Port Dickson, N. Sembilan. Tarikh : 17 - 19 Oktober 2008






Selamat Berkursus Dan Mengamalkan Tips dan Ilmu yang diberikan

PROG. PEMANTAPAN PROFESIONALISME WARGA KERJA MPOB

MPOB. Bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru Selangor. Tarikh : 22 - 24 Oktober 2008.



29.10.08

Majlis Raya dan Pertemuan Raya KiK 88



Gambar di atas adalah hasil pertemuan ex kik SPM 88 sempena Hari Raya di rumah Aziz Mat Isa Bandar Baru Bangi. Tarikh ialah 27 Oktober 2008

Yang hadir ialah

Allwee n keluarga

Zubir n Keluarga

NArawi n Keluarga

Reduan Khalil n Keluarga

Aderi n Keluarga

Aziz n Keluarga

Perjumpaan Hari Raya Keluarga Keluarga Ngah 2008 - Gambar dan Video

Dah lama Keluarga Ngah tak bertemu sebegini, di sini disertakan gambar-gabar daripada majlis pertemuan tempohari



Antara acara yang dipertandingkan sesama ahli kerabat ialah

1. Bowling Padang
2. Susun seliper...
3. Cium dan Kenal - pada dedaun lah
4. Acara berjalan atas batu bata
5. Khas untuk cikgu dan cikgi, acara gelung getah dan straw
6. Penyampaian hadiah oleh Dato' Zawawi cum Ustaz Zawawi
7. Pemenang Penulisan Cerpen
8. Mesyuarat Agong oleh ahli-ahli majlis tertinggi Keluarga Ngah

Di bawah ini disertakan Video-video yang sempat diambil

A) Penyampaian Hadiah Oleh Ustaz/Dato' Zawawi serta komen daripada bakal YB Lang Baru.





B)Acara Gelang Getah dan Straw Khas untuk Cikgu-Cikgi dan Kaum Ibu



"Acara special untuk alihkan getah melalui straw tanpa sentuhan tangan atau dengan sentuhan" "Ini bergantung kepada otak mana nak guna - otak kanan dan otak kiri"


C)Acara Cium Dedaun dan Tuliskan Nama Pokoknya


"Satu acara yang menarik bila ada peserta membantah keputusan pengadil dengan menyatakan - mana ada daun durian belanda..... ayam belanda adalah....."


D)Bowling Padang



Selamat Bertemu Kembali Di Tahun Hadapan 2009

wassalam