23.12.23

Isu Hangat Tentang Ashabul Kahfi Hasil Ucapan Seorang Pemimpin Tertinggi Malaysia

 Daripada isu ini dibincangkan oleh orang berilmu sama ada yang bersifat natural atau bersifat pro kpd pemimpin..

Pelbagai data, Fakta, hujah dan rujukan di nyatakan.

 PELBAGAI Soalan yang muncul..

1. Adakah wujud agama Kristian (istilah Kristian) di Zaman Ashabul kahfi?

2. Adakah Kristian sama dgn Nasrani?

3.Bila muncul istilah Kristian ini?

4. Adakah kisah ashabul kahfi ini adalah kisah dari orang Nasrani atau Orang Yahudi?

5. Apa beza Kristian Zaman itu dengan Kristian Zaman Sekarang?

6. Apakah definisi sebenar Kristian?

7. Di.mana lokasi sebenar Ashabul Kahfi .. di Jordan? Di Syria? Atau di Turkeye?

Ikut 2 pandangan berbeza dari 2 ustaz atau agamawan 

==================================

PANDANGAN PERTAMA:

Ashabul Kahfi Orang Kristian?

Ada seorang pemimpin sebut:
Ashabul kahfi orang kristian. Beriman kepada Allah.

Ada seorang ust kata:
Pemimpin tu sesat. Orang kristian ni pegang triniti, Ashabul kahfi pula beriman kepada Allah. Celah mana pegang triniti beriman kepada Allah?! Sesak molep

Pandangan saya:
1- Kristian adalah pengikut Nabi Isa AS, dalam bahasa arab mereka digelar nasoro atau nasrani. Christian bahasa Inggeris
2- Kristian yang asli mentawhidkan Allah, namun selepas itu ia telah di seleweng dengan menuhankan Nabi Isa alaihi salam.
3- Kristian yang mentawhidkan Allah dan hidup sebelum Nabi Muhammad SAW itulah yang dimaksudkan dalam ayat:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Kristian), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Kata Imam Fakhruddin al-Razi pengarang Tafsir Mafatih al-Ghaib:
. المُرادُ الَّذِينَ آمَنُوا قَبْلَ مَبْعَثِ مُحَمَّدٍ بِعِيسى عَلَيْهِما السَّلامُ مَعَ البَراءَةِ عَنْ أباطِيلِ اليَهُودِ والنَّصارى مِثْلَ قُسِّ بْنِ ساعِدَةَ، وبَحِيرى الرّاهِبِ وحَبِيبٍ النَّجّارِ
Maksudnya: Mereka yang beriman sebelum kebangkitan Nabi Muhammad dengan Nabi Isa dalam keadaan bebas daripada kesesatan Yahudi dan Nasoro seperti Qus bin Sa`idah, Buhaira al-Rahib, Habib al-Najjar, Waraqah bin Naufal… maka mereka mendapat ganjaran baik di sisi Allah…
 Maksudnya berdasarkan ayat di atas, orang kristian yang mentawhidkan Allah ada pada zaman dahulu.
Lawan mereka ada orang kristian yang kufur. Iaitu mereka yang menuhankan Nabi Isa.
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ عُزَيْرٌ ٱبْنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ ٱللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَٰهِهِمْ ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوْلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَبْلُ ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ٣٠
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Di sini Allah menempelak Kristian yang telah menyeleweng.
Maka berdasarkan penjelasan di atas dahulu kala orang Kristian ada mereka yang mentawhidkan Allah, ada mensyirikkan Allah.

Berbalik kepada persoalan: Adakah Ashabul Kahfi orang Kristian?
Jawapannya: Ya. Mereka adalah orang kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah. Itulah pandangan kebanyakan ahli Tafsir.

Kata Ibn Ashur pengarang Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir dalam mentafsirkan ayat Ashabul Kahfi:
فَكانَ مِن أهْلِ أبْسُسَ نَفَرٌ مِن صالِحِي النَّصارى يُقاوِمُونَ عِبادَةَ الأصْنامِ، وكانُوا في زَمَنِ الإمْبِراطُورِ (دُوقْيُوسْ) ويُقالُ (دِقْيانُوسْ) الَّذِي مَلَكَ في حُدُودِ سَنَةِ ٢٣٧، وكانَ مُلْكُهُ سَنَةً واحِدَةً، وكانَ مُتَعَصِّبًا لِلدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وشَدِيدَ البُغْضِ لِلنَّصْرانِيَّةِ، فَأظْهَرَ كَراهِيَةَ الدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وتَوَعَّدَهم (دُوقْيُوسْ) بِالتَّعْذِيبِ، فاتَّفَقُوا عَلى أنْ يَخْرُجُوا مِنَ المَدِينَةِ إلى جَبَلٍ بَيْنَهُ وبَيْنَ المَدِينَةِ فَرْسَخانِ، يُقالُ لَهُ (بِنْجَلُوسْ) فِيهِ كَهْفٌ أوَوْا إلَيْهِ، وانْفَرَدُوا فِيهِ بِعِبادَةِ اللَّهِ، ولَمّا بَلَغَ خَبَرُ فِرارِهِمْ مَسامِعَ المَلِكِ، وأنَّهم أوَوْا إلى الكَهْفِ أرْسَلَ وراءَهم، فَألْقى اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَوْمَةً، فَظَنَّهم أتْباعُ المَلِكِ أمْواتًا
Di kawasan Absus terdapat kelompok orang Kristian yang soleh. Mereka memerangi penyembahan berhala. Mereka hidup di zaman Duqyus atau Diqyanus kira-kira tahun 237 Masihi. Beliau amat taksub dengan agama romawi dan amat bencikan agama Kristian… Duqyus mengancam mereka untuk diseksa, maka kelompok tersebut keluar daripada kota menuju ke gua yang digelar binjalus. Disitulah terletaknya gua, yang mereka beribadat di sana…

Kata Ibn Ashur lagi:
وقِصَّةُ أهْلِ الكَهْفِ لَها اتِّصالٌ بِتارِيخِ طَوْرٍ كَبِيرٍ مِن أطْوارِ ظُهُورِ الأدْيانِ الحَقِّ، وبِخاصَّةٍ طَوْرُ انْتِشارِ النَّصْرانِيَّةِ في الأرْضِ
Kisah Ashabul Kahfi ada kaitan kuat dengan peringkat penyebaran agama Hak.. Khasnya penyebaran agama kristian di muka bumi

Jadi, ashabul kahfi orang Kristian yang mentawhidkan Allah adalah pendapat ahli tafsir. Bahkan ramai yang berpendapat sedemikian.

Jadi Ust yang menyesatkan pemimpin tadi bagaimana?
Pandangan saya Ust tersebut gopoh dalam menghukum.
Beliau menyangka orang Kristian bukan Nasoro, padahal ia merujuk kelompok yang sama.
Beliau juga menyangka orang Kristian semua mensyirikkan Allah. Sedangkan dalam al-Quran dan pendapat ahli tafsir menjelaskan ada orang nasoro atau kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah.

* Ziarah ke Gua Ashabul Kahfi di Jordan

Ust Faiz Fateh al-Azhari

≈===========================/////========


PANDANGAN KEDUA,

ASHABUL KAHFI: KRISTIAN ATAU MUSLIM?

Soalan: Adakah wujud kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam Bible sebagaimana yang dinyatakan PMX?

Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam Taurat?

Jawapan: Tidak

Soalan: Adakah kisah Ashabul Kahfi disebutkan di dalam al-Quran?

Jawapan: Ya. Kisah Ashabul Kahfi  merupakan kisah benar mengenai sekumpulan pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 hingga 26, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah SW menidurkan mereka selama 309 tahun.

Soalan: Jadi, dari manakah kisah Ashabul Kahfi muncul di dalam agama Kristian?

Jawapan: Riwayat terawal yang ditemui adalah ia merupakan kisah yang di bawa dalam khutbah singkat dalam gereja Ortodoks Timur yang dikarang oleh seorang pemuisi terkenal dari Eddessan iaitu Jacob of Sarug (450-521 Masihi). Lihat Gibbon, Edward. The History of the Decline and Fall of the Roman Empire, (London: Penguin Classics, 2001). 387-388; Al-Majdub, Ahmad ‘Ali. Ahl al-Kahf fi al-Injil wa al-Tawrah wa al-Qur’an, (Kaherah: al-Dar al-Misriyyah al-Lubnaniyyah, t.t.) 58.

Soalan: Apakah sebab turun ayat 9-26 daripada Surah al-Kahfi

Jawapan: Beberapa orang pendeta Yahudi telah menyampaikan kepada wakil pembesar Quraisy yang menghantar Uqbah bin Abi Mu’ayt dan Nazar bin Harith untuk bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tiga perkara:
i. Pemuda-pemuda yang keluar dari masa lampau.
ii. Lelaki yang telah sampai ke timur dan barat bumi.
iii. Roh.
Huraian Ibn Kathir secara panjang lebar berkenaan tiga persoalan boleh diteliti secara lebih lanjut. Lihat Ibn Kathir. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, (Riyadh: Dar Taybah, 1999), 5: 136.

Tujuan pertanyaan itu adalah untuk menguji Rasulullah SAW kerana kisah Ashabul Kahfi memang masyhur dalam kalangan para pendeta Yahudi dan agak mustahil diketahui “orang luar”. Kalau Baginda seorang Nabi dan Rasul, sudah tentu hal ini diketahui. Jika sebaliknya, terbukti Baginda penipu. Setelah berlalu 15 hari, Jibril datang dan membawakan wahyu berupa jawapan bagi ketiga-tiga persoalan tersebut.

Soalan: Apakah definisi Kristian?

Jawapan:
1. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Kristian adalah agama yg penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan. Lihat https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=Kristian

2. Menurut Alkitab, perkataan “Kristian” hanya dipakai tiga kali sahaja di dalam Perjanjian Baru dan setiap contoh merujuk kepada “Kristian” di dalam gereja awal.

“...dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokha, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian” (Kisah Rasul-Rasul 11:26).

“Raja Agripa bertitah kepada Paulus, ‘Kamu fikir kamu boleh menjadikan beta seorang Kristian, dalam tempoh yang singkat ini?’” (Kisah Rasul-Rasul 26:28).

“Tetapi jika kamu menanggung penderitaan oleh sebab kamu orang Kristian, janganlah malu kerananya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana kamu pengikut Kristus” (1 Petrus 4:16).

Mereka digelar “Kristian” kerana kelakuan, perwatakan serta pertuturan yang mirip dengan Yesus Kristus. Istilah “Kristian” bermaksud, “pengikut Yesus Kristus” ataupun “mereka menjadi kepunyaan Yesus.”

Kesimpulannya, Kristian adalah seseorang yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat mereka dan mempunyai satu hubungan peribadi dengan Yesus Kristus.

Apakah ciri-ciri seorang Kristian? Seorang penganut Kristian tidak dapat tidak, mesti berpegang dengan Apostles’s Creed. Apa intipatinya? Konsep triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus.

Soalan: Bolehkah menyatakan bahawa Ashabul Kahfi itu beragama Kristian?

Jawapan: Saya nampak, sudah ada sedikit salah faham timbul dalam kalangan masyarakat awam dalam memahami isu ini apabila kenyataan PMX agak tergantung. Misalnya, ada seorang hamba Allah menulis, “Agama mereka adalah Nasrani (kini dipanggil Kristian).”

Ini kesimpulan yang tersasar.

Apa yang jelas dalam kitab-kitab tafsir bi al-ma’thur, Ashabul Kahfi tidak dinisbahkan sebagai Nasrani atau Masihi, kecuali dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (2: 114), Ibn Kathir menyatakan mereka beragama Nasrani. Penisbahan mereka kepada agama Nasrani boleh ditemui dalam kitab-kitab tafsir bi al-ra’yi misalnya oleh Ibn ‘Asyur.

Saya cenderung kepada penjelasan al-Tabari bahawa mereka dinyatakan sebagai “Muslim mengikut agama ‘Isa”. Lihat al-Tabari. Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, (Giza: Dar Hijr, 2001), 15: 162. Bahkan, inilah kesepakatan umat Islam dan seluruh para ulama’. Sabda Rasulullah SAW:

‌الْأَنْبِيَاءُ ‌إِخْوَةٌ ‌لِعَلَّاتٍ: ‌دِينُهُمْ ‌وَاحِدٌ، ‌وَأُمَّهَاتُهُمْ ‌شَتَّى
Para nabi bagaikan saudara sebapa, agama mereka satu [Islam], dan syariat mereka berbeda-beda." (Riwayat Ahmad, no. 9632)

Boleh jadi Ashabul Kahfi berada dalam kelompok Ibiyuniyyah (Ebionites), kelompok Yahudi pengikut ajaran Nabi Isa yang menolak ketuhanan Nabi Isa dan menganggap Baginda hanya seorang utusan Allah. Mungkin sebab itulah kisah mereka menjadi buah mulut para pendeta Yahudi Madinah turun temurun. Cuma kita tidak boleh lagi panggil mereka “Kristian” kerana Kristian kemudiannya telah pun menyesatkan mereka. Lihat Rev. J. M. Fuller, "Ebionism and Ebionites", dalam Henry Wace (ed.) Wace Henry. Dictionary of Christian Biography and Literature to the End of the Sixth Century A.D., with an Account of the Principal Sects and Heresies, (Massachusetts: Hendrickson Publishers, t.t.), 608; Hakkinen, S. “Ebionites” dalam A Companio to Second-Century Christian Heretics, ed. Antti Marjanen & Petri Luomanen, (Netherlands: Brill), 272.

Sebagai penuntut ilmu yang dilatih dalam bidang Akidah, Perbandingan Agama, dan Pemikiran Islam sejak peringkat Sarjana Muda sehingga kini sebagai calon Doktor Falsafah (doakan urusan tesis saya dipermudahkan), pendefinisian dan rujukan kepada etimologi amat dititikberatkan kerana ia adalah nilai keadilan yang kita letakkan kepada satu-satu perkara.

Justeru, pandangan saya tidak sesuai lagi dan tidak tepat - pada masa kini - untuk menyatakan mereka beragama Kristian.

Soalan: Tapi, mengapa kitab oleh temui ada pandangan ulama silam dan kontemporari yang menisbahkan mereka kepada Nasrani?

Jawapan: Ia sesuai pada zaman dan uruf tertentu apabila masyarakat memahami bahawa penisbahan Nasrani itu merujuk kepada pengikut Nabi Isa yang membawa ajaran yang bukan difahami sebagai ajaran Kristian hari ini.

Secara peribadi – tanpa mengurangkan rasa hormat kepada PMX – saya tetap berpandangan ucapan beliau agak tergantung dan boleh menimbulkan kekeliruan dan konteks umat Islam di Malaysia sehingga “terpaksa” diperjelaskan pula oleh sebahagian asatizah dan pendakwah. Jika beliau kekal sahaja dengan terjemahan teks al-Qur’an tanpa menyebut “kalau kita cerita begini, orang Kristian pun senang…”, itu sudah memadai kerana fokus beliau dalam video berkenaan adalah menceritakan tentang komitmen Ashabul Kahfi kepada pendirian / akidah mereka.

Kaedah fiqh menyebut
عادة جمهور قوم في قول أو فعل
“Adat kebiasaan sesuatu kaum adalah pada pertuturan dan perbuatan mereka.” Lihat al-Zarqa. Mustafa Ahmad. al-Fiqh al-Islami fi Thawbihi al-Jadid, Beirut: Dar al-Fikr, 1968), 557.

Saya yakin tidak ada dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang memahami Ashabul Kahfi sebagai penganut Kristian (dengan kefahaman Kristian pasca Persidangan Nicea). Kita diajar Ashabul Kahfi itu mengikut ajaran Nabi Isa, dan beriman dengan agama Allah. Definisi Kristian yang saya bawakan di atas sudah memadai untuk menjadi hujah.

Para ulama menggunakan uruf sebagai asas pembinaan hukum berdasarkan athar yang diucapkan oleh Abdullah ibn Mas’ud:
ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ، وما رآه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
“Apa yang umat Islam melihatnya sebagai kebaikan, maka ia dianggap baik di sisi Allah. Apa yang umat Islam melihatnya sebagai keburukan, makai a dianggap buruk di sisi Allah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, no., 3602)

Menamakan mereka sebagai penganut Kristian amat janggal sekali dalam pemahaman, bahasa dan kebudayaan umat Islam di Malaysia, walaupun tidak salah dalam uruf di tempat lain atau masa lalu.

Kesimpulan

Kisah Ashabul Kahfi tidak dinyatakan dalam Bible. Mereka adalah Muslim, mengikut ajaran Nabi Isa yang asal, bukan penganut Kristian.

Semoga isu ini selesai dengan baik tanpa lanjutan perbalahan. Dari sudut positif, saya pasti sudah ramai mendapat ilmu baharu dalam isu ini, baik yang pro mahupun kontra. Kita doakan sesiapa sahaja yang mengangkat kisah ini dengan niat yang baik, dirahmati Allah SWT.

Ashabul Kahfi kekal sebagai kisah yang tidak dihuraikan lanjut dalam al-Qur’an kerana objektif dalam kisah itu adalah untuk kita meneladani keteguhan iman mereka. Itulah yang wajar kita pegang dan hayati bersama. Wallahu a’lam.

*Gambar ketika di Masjid Agung Çamlıca, Üsküdar, Istanbul, Türkiye. Anjing Ashabul Kahfi besar lagi kot dari anjing-anjing di Türkiye ni?

MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMAD FUAD

============================


SEMOGA IANYA MELUASKAN UFUK PEMIKIRAN KITA...


 



8.2.22

Bagaimana Mahu download Video daripada FB Page

 

You can download your previously Live broadcasts in two ways: from your Page and from Creator Studio. The videos are downloaded as .MP4 files and saved to your downloads folder.

Download a Previously Live Video from a Page

  1. Go to your Page.
  2. Click on your previously Live video so that it is full screen.
  3. Click in the upper-right corner.
  4. Select Download Video.

Download a Previously Live Video from Creator Studio

  1. Go to Creator Studio.
  2. Click Content Library.
  3. Click Posts.
  4. Click next to the video you would like to download.
  5. Select Download SD.

30.8.21

Guru Taska Tadika Diperlukan Segera. Kemasukan September dan Oktober untukk Taska dan Kemasukan 2022 untuk Tadika

 

 

Jawatan Kosong Perlu Segera.

Kemasukan SEPTEMBER dan OKTOBER 2021


Ciri Pekerja Yang Dicari :

1. Minimum SPM untuk Taska, Minimum Diploma Untuk Tadika.
2. Wanita BELUM Kahwin.
3. Umur Bawah 27 Tahun.
4. Meminati Pendidikan Anak Kecil.
5. Mesra, Peramah Dengan Anak Anak Kecil.
6. Tahan Dengan Tangisan Anak-Anak.
7. Mampu bekerja lebihan Masa.
8. Boleh Bekerja di bawah pengawasan minima Penyelia.
9. Mampu bekerja dalam Pasukan.
10. Boleh bekerja dengan kami melebihi 1 Tahun ke atas.
11. Jaga Solat, Amanah, Komitmen Tinggi Untuk Selesaikan Tugasan yang Diberikan.
12. Mampu mengikuti peraturan dan SOP yang ditetapkan dengan jayanya.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.

Benefit yang disediakan:
Elaun OT.
Elaun Prestasi.
Penginapan Disediakan.
Elaun Dapur.
Latihan Kemahiran.
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
 
 
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Experience Level
< 1 year
Job Categories
Education/Training
Minimum Education Required
Minimum SPM untuk Taska. Minimum Diploma Untuk Tadika
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
 
 
Salary & Other benefits
Salary
RM 1 200 - 1 300 per month

Elaun OT. 
Elaun Prestasi. 
Penginapan Disediakan. 
Elaun Dapur. 
Latihan Kemahiran. 
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan
 
 
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.

10.6.21

GURU TASKA TADIKA DIPERLUKAN SEGERA - AMBILAN JULAI 2021

 

Jawatan Kosong Perlu Segera.

Kemasukan Julai 2021


Ciri Pekerja Yang Dicari :

1. Minimum SPM untuk Taska, Minimum Diploma Untuk Tadika.
2. Wanita BELUM Kahwin.
3. Umur Bawah 27 Tahun.
4. Meminati Pendidikan Anak Kecil.
5. Mesra, Peramah Dengan Anak Anak Kecil.
6. Tahan Dengan Tangisan Anak-Anak.
7. Mampu bekerja lebihan Masa.
8. Boleh Bekerja di bawah pengawasan minima Penyelia.
9. Mampu bekerja dalam Pasukan.
10. Boleh bekerja dengan kami melebihi 1 Tahun ke atas.
11. Jaga Solat, Amanah, Komitmen Tinggi Untuk Selesaikan Tugasan yang Diberikan.
12. Mampu mengikuti peraturan dan SOP yang ditetapkan dengan jayanya.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.

Benefit yang disediakan:
Elaun OT.
Elaun Prestasi.
Penginapan Disediakan.
Elaun Dapur.
Latihan Kemahiran.
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
 
 
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Experience Level
< 1 year
Job Categories
Education/Training
Minimum Education Required
Minimum SPM untuk Taska. Minimum Diploma Untuk Tadika
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
 
 
Salary & Other benefits
Salary
RM 1 200 - 1 300 per month

Elaun OT. 
Elaun Prestasi. 
Penginapan Disediakan. 
Elaun Dapur. 
Latihan Kemahiran. 
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan
 
 
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.

25.4.21

JAWATAN KOSONG KERANI DIPERLUKAN SEGERA

 

JAWATAN KOSONG KERANI

DIPERLUKAN SEGERA

Lokasi : Bandar Baru Bangi.

Tugasan:                      

Membantu pihak pengurusan dalam urusan pengkeranian yang meliputi urusan dokumen di pejabat, siapkan invois dan resit melalui sistem, melayan pelanggan melalui Phone n email, menyiapkan tugasan melalui Google drive, Word, Excel, PowerPoint, Canva.

Membantu pengurus dlm urusan berkaitan HR dan operasi.

Punya sikap tidak bertangguh, siap on time dan berprestasi tinggi. Boleh bekerja sendiri dengan minimum pemantauan.

Boleh kerja lebih masa. Kerja siap sebelum due date.

Tahu dan celik IT - Word, Excel, PowerPoint, Canva.

Tahu photoshop, ilustrator, grafik software adalah satu kelebihan.

Tahu asas akaun dan perakaunan.

Minimum adalah diploma.

Wanita sahaja.

Bujang dan Belum Kahwin.

Umur: 30 tahun ke bawah.

Boleh bawa motor dan mempunyai lesen motor.

Tunggu apa lagi! 📞 Untuk maklumat lanjut, boleh terus Whatsapp atau hubungi nombor yang tertera di bawah untuk interview.

PERLU SEGERA

👉 http://www.wasap.my/+6012-9819527

👉 http://www.wasap.my/+6012-9819527

👉 http://www.wasap.my/+6012-9819527

8.3.21

Guru/Pengasuh Taska dan Guru Tadika Perlu Segera

Jawatan Kosong Perlu Segera.


Ciri Pekerja Yang Dicari :

1. Minimum SPM untuk Taska, Minimum Diploma Untuk Tadika.
2. Wanita BELUM Kahwin.
3. Umur Bawah 27 Tahun.
4. Meminati Pendidikan Anak Kecil.
5. Mesra, Peramah Dengan Anak Anak Kecil.
6. Tahan Dengan Tangisan Anak-Anak.
7. Mampu bekerja lebihan Masa.
8. Boleh Bekerja di bawah pengawasan minima Penyelia.
9. Mampu bekerja dalam Pasukan.
10. Boleh bekerja dengan kami melebihi 1 Tahun ke atas.
11. Jaga Solat, Amanah, Komitmen Tinggi Untuk Selesaikan Tugasan yang Diberikan.
12. Mampu mengikuti peraturan dan SOP yang ditetapkan dengan jayanya.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.

Benefit yang disediakan:
Elaun OT.
Elaun Prestasi.
Penginapan Disediakan.
Elaun Dapur.
Latihan Kemahiran.
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan.

Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
 
 
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Experience Level
< 1 year
Job Categories
Education/Training
Minimum Education Required
Minimum SPM untuk Taska. Minimum Diploma Untuk Tadika
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
Salary & Other benefits
Salary
RM 1 200 - 1 300 per month
Other Benefit (Optional)
Elaun OT. 
Elaun Prestasi. 
Penginapan Disediakan. 
Elaun Dapur. 
Latihan Kemahiran. 
Berpeluang dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat yang disediakan
 
 
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
Sila whastapp 0129819527 untuk interview online secepat mungkin.
 
 
 

15.6.20

Saya akan kembali di sini

Insya Allah..

Saya akan kembali menulis dan mengumpulkan mana aman artikel yang menarik sesuai dengan tema dan arah tuju blog ini...

Sudah 1 tahun lebih tidak beraksi di sini..

Selamat kembali